Monday, May 28, 2012

kawen awal/muda


 ha!!!!cakap pasal kahwin  terus tergerak hati nak letak gambar ni. Korang kenal tak?Kalau yang selalu follow blog Dena Bahrin tau la kan. Ni gambar Dena Bahrin. Aku copy ni bukan sebab nak wat benda yang tak elok cuma nak letak kat blog ni sebagai hiasan kepada tajuk di atas..hehe..Lagipun aku follow gak cerita cinta dia tu. Sweet gitu..

Korang tahu tak kenapa aku nak cerita pasal kahwin awal? Sebab tiap kali aku on FB mesti cerita pasal kahwin awal la, kebaikan kahwin muda la, kahwin waktu belajar la.Macam dah tak ada cerita lain dah. Tapi aku layan jugak sebab ada betulnya kahwin awal ni elak maksiat..TAPI aku tak kata la aku nak kahwin awal.Biarlah dapat kerja dulu.Yang pasangan kahwin awal tu mungkin jodoh dorang dah sampai. Kira redha je la kan....

Aku ingat lagi waktu kat sekolah dulu, aku dengan kawan2 aku  pernah lah berbincang pasal kahwin2 ni. Tak tahu la macam mana isu ni timbul waktu tu.Disebabkan oleh cikgu tak masuk kelas apa lagi bergosip la.Sampai bertengkar lagi tarik muka sebab semua nak menang dengan hujah masing2. Tapi sekarang sorang pun antara kita orang tak ada yang jadi lawyer.Kalau dah perempuan tu perempuan jugak la.Perempuan ni klau bab gosip dengan shopping memang tak boleh berenggang..ye dak???(bagi yang terasa tu sori la aku pun perempuan jugak..hehe)

I admit ada dikalangan sekeliling aku yang dah berkahwin. Nak kata kawan aku tu tak la. Tapi kawan kepada kawan aku. Umur sebaya la dengan aku dah pun berkahwin. Ada la kawan aku ni dok bercerita pasal kawan dia nak berkawin la, baru kawin la, dah lama kawin la. Ni semua cerita waktu kat U..Biasa la bila tinggal kat asrama tu bila masa terluang gosip la yang dibualkan.HAHA. Saja gatal nak buat dosa kering.hehe.TAPI AT LEAST KITA ORANG TAK MENGUMPAT!(kami bercerita yang benar sahaja!)

Mula2 aku dengar meremang jugak bulu roma aku yang mulus lagi gebu ni. Mana tak nya sebaya dengan kita dah kawin. Tapi kebanyakkan yang aku dengar dia orang kawin dengan lelaki yang dah ada kerjaya tetap la..InsyaAllah tak makan pasir..hehe..Tapi apa2 pun kita doakan mereka bahagia hingga ke akhir hayat.. amin..

Me???Korang ada tertanya-tanya pasal aku tak??Nak kawin bila?? Aku tahu mesti tak kan...Tak pe lah..Aku tak suruh korang cakap ye pun kan..hahaa..Aku serahkan pada takdir je..Baru 19 tak sesuai lagi kan. Ada la kawan aku yang sorang ni pernah cakap kat aku something. Dia cakap "fatin, ustaz kami cakap kita dah boleh berdoa mintak calon suami yang baik yang macam mana kita nak". Lepas aku dengar terkelu lidah. Dah macam batu dah kerasnya. Dia belajar semua ni di UIA. Aku tak kata dia gatal ke apa. At least i know she concern about her friend and tried to share some her knowledge that she got. UIA with UM..So we can increase our knowledge right?

So thats what i want to story about...PLEASE do not ever think I am itch because I just told you the truth. And all these happened around us so please be alert!

No comments :

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt