Wednesday, June 20, 2012

Love Story aka My First Sight Love

*mintak korang baca sampai habis ye*
Assalamualaikum wbt...

Ok..Hari ni aku nak cerita pasal love story. Korang jangan ingat aku ni gatal ke apa ke sebab story pasal benda-benda macam ni. 1 Januari 2012. Im still remember this date and will remember forever and ever. Hehe..
1 Januari ni cuti tahun baru bagi Kuala Lumpur dan negeri-negeri sama dengannya. So ayah aku pun call aku suruh balik sebab cuti 3 hari. Kebetulan sepupu mak aku nak pergi rumah so ayah suruh la tumpang. Mulanya aku tak nak sebab cuti tu pendek sangat. Kalau aku balik tak pasal-pasal aku buat kerja gila tak nak balik UM pulak..



Lebih kurang macam ni expression muka aku.MAYBE la sebab aku bukan cakap fon depan cermin. I have no feeling at that time because i have to make a decision. The first one is i dont want to go back because it was a short holiday. The second is I had to go home because my dad wanted to bring us to Langkawi. Bayangkan this is what we called "dilema gadis" bukan wanita sebab im still a teenager..Haha..

Korang rasa aku pilih mana?? For sure la aku pilih yang kedua. Mula2 memang tak nak pergi. Sepupu mak aku siap tempah tiket flight sebab aku tak nak pergi. Kalau tak dia nak bawa kereta bolehla aku isi barang aku penuh kereta kan??? Nak pergi Langkawi hari Jumaat, malam Khamis baru aku call ayah aku cakap nak pergi pulak. So terpaksalah ayah aku booked tiket flight.Aku ingatkan sepupu mak aku tu memang nak drive.So belilah tiket walaupun mahal...Sayang Abah!!

 Naiklah kami berempat. Sepupu mak aku, isteri dia, anak yang masih kecil dan aku yang tersesat dalam keluarga tu. Airasia pilihan kami sekeluarga!!(promote sikit) Guna penerbangan tambang murah je la nak naik MAS tak mampu. Tapi still mahal gak sebab booked last minutes. Apa-apa pun boleh jamu mata..Hobi aku kalau nak flight. Aku usha pramugara tak main la pramugari. Cantik macam Fouziah Ghous, kasar macam Scha Al-Yahya,lembut macam Sherry Ibrahim, pramugara tampan macam Anuar Zain je yang aku usha. Haha..Ek eleh korang pun sama kan?? Jangan nak tipu..Tipu tu berdosa tau!

Now barulah permulaan kepada story yang aku nak cerita. Tadi tu MUKADIMAH je..Hehehe..Sorilah kalau mukadimah lebih panjang daripada cerita yang nak diceritakan. Kalau tak nak baca sudah!! Tapi kalau dah baca sampai sini teruskan je la.* buat muka cute mintak simpati*..


Ceritanya bermula begini. Waktu aku nak balik ke KL dari Alor Setar (memandangkan Perlis tak ada airport so haruslah ke Alor Setar), aku dengan family sepupu aku kena duduk berasingan. Isteri dia kat lain, dia kat lain termasuk lah aku. Waktu aku nak duduk tempat aku adalah budak cina ni yang menyibuk gila.

me : Aik apsal ada orang kat tempat aku??Macam mana aku nak duduk??..(dalam hati)

Lepas tu ada perempuan cina yang berdiri kat seat yang paling kanan (tempat FA dok lalu-lalang)

me: Ni tempat awak ke?

aku tanya perempuan tu. Aku pun tak tahu kenapa aku guna "awak" sedangkan dia dah ada anak. Maybe aku kelam kabut kot. Lepas tu dia geleng kepala. Adalah seorang mamat muka macam cina. Aku ingat anak perempuan tu.

Hamba Allah: Tak de sape. Tempat ni bukan tempat dia..(sambil senyum tapi tak tengok muka aku)

Lelaki tu duduk kat seat tengah. Tiba-tiba mencelah, aku buat muka tercengang la.So, aku pun fikir la macam mana aku nak masuk pergi kat tempat aku kalau dia tak bangun bagi aku lalu. Takkan aku nak langkah dia pulak. Malulah wei..Apa punya lelaki la ni. Tak gentleman langsung!!

Kebetulan seat yang satu lagi kosong. Seat aku kat tingkap. Aku pun duduklah kat seat tu. Kalau owner dia datang pandai2 la lelaki tu bangun takkan nak aku pulak yang ajar kan.

Beberapa minit kemudian...



Hamba Allah: Ni bukan tempat dia tu tadi. Dia bukan duduk kat sini..( sambil senyum..)
Me                : Oh yeke..Ingat seat dia tadi..
Hamba Allah: Seat awak kat sini ek?
Me                : 12 A. Kat tepi tingkap tu.
Hamba Allah: * senyum kat aku*..Ni pun bukan tempat saya. Tempat saya kat depan tapi malas nak 
                          pergi..(aku rasa maybe dia tukar dengan family dia jugak kot)
Me                : Oh ye ke...

Muka suci gila. Macam orang educated la. Orang cakap kalau orang tu educated kita boleh tengok muka dia macam mana and aku rasa dia baik kot sebab family dia nampak macam humble je.
Korang cuba tengok berapa patah aku jawab. Benda yang sama kan?? Maklumah speechless. Ingatkan cina tapi Melayu, tinggi, stylo, putih, senyum je memanjang..Terus leleh wei...* macam cinta pandang pertama kan*...Ok mintak penampar!!

Beberapa minit kemudian pula..

Hamba Allah: Awak nak duduk tempat awak ke? Kalau nak, saya nak bangun..

Disebabkan kesian kat dia nak keluar bagi aku masuk apa bagai aku pun cakap macam ni..

Me: Kalau awak duduk seat saya boleh?
Hamba Allah : Macam mana? Saya duduk seat awak, awak duduk seat saya? (sambil pandang aku)
Me: *sekadar mengangguk* (hanya Tuhan je tahu perasaan aku)
Hamba Allah : Ok jugak..(senyum lagi)

Ha....Lentok wei..Seriously aku tarik balik kata2 aku yang dia tak gentleman..Hehehe..Lepas tu dia tak cakap dah. Korang perasan tak yang semua conversation aku dengan dia, dia yang mulakan dulu..Dia cakap berpatah-patah, aku balas mak aii, air liur tak sempat kering..

1 jam perjalanan tanpa bercakap..Yang ada cuma aku curi2 tengok dia. Bila dia tengok tingkap aku pun usha la dia..Haha..Tapi aku suruh dia duduk tempat aku bukan sebab aku nak usha tapi sebab yang aku duduk tu tempat orang so kalau tukar macam tu tempat kita orang berdua gak.At least aku tak ganggu tempat orang lain..
Lebih kurang macam ni la.. Hamba Allah tu kat tingkap. Aku pulak sebelah dia..Sweet tak???Jangan jeles ek sebab aku tau ramai yang nak berada dalam situasi aku sampai aku kena sound dengan kawan2 aku sebab hentikan conversation sedangkan aku boleh sembang macam2..Nak buat macam mana dengan lelaki sekelas aku pun tak cakap selagi lelaki tu tak mulakan. Macam mana pulak dengan orang yang tak kenal..Ye dak?? Aku tau korang tak setuju..Tapi tak apa la...

Terus terang aku cakap yang aku masih simpan lagi tiket flight tu tapi bukan yang ni la. Ni aku google. Yang real dah hilang tulisan. Malu nak captured..Haha..Diehard gila aku!!
Aku pernah cakap kat kawan aku yang aku akan buang tiket ni kalau aku jumpa dia balik dalam keadaan aku ingat dia, dia ingat aku..Haha..Gila kan?? Aku peduli apa bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. Dalam drama je yang ada..Huhu.

Kalaulah the end of this love story macam ni kan best..I mean secara yang halal la..Haishhh..Minah berangan jugak aku ni. So kepada yang asyik tanya aku and skodeng sapa BF aku terutama Shira Nordin. Secara rasminya aku cakap yang aku ni single and tak ada niat nak couple2 pun walaupun korang asyik dengar scandal aku sana sini daripada Mieda. Tu scandal budak2 kelas yang buat tanpa izin aku..Hehehe

p/s: Apa yang aku cakap ni cerita betul. Tak ada tipu2. And one more thing..Flight tu ada 3 seat tapi seat sebelah aku tu still kosong sampai flight tu terjunam kat airport KL..Means that cuma aku dengan dia je..Best kan?? Aku nak tidur tak boleh and dia nak tidur pun tak boleh sebab masing2 cover..Haha..*Tak ada niat nak gedik or something else, cuma nk kongsi cerita di mana ramai gadis kat luar sana impikan menghadapi situasi macam ni...dan aku salah seorang yang beruntung...

*Thanks For Reading This Long Entry*

4 comments :

n.A.n.i said...

suka3 heee:)

fatin aziz said...

Thanx nani sbb baca walaupun pnjang..hehe

misluvcoklat said...

pergh,seghiyes mcm cerita drama kott..hahah!
kalau terjumpa next time lagi suhwett !
wink wink..hikk

fatin aziz said...

Kan???mcm drama tpi tu kenyataan..huhu..doakan kmi jumpa lagi..haha..over!!!

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt