Wednesday, June 13, 2012

Sale Oh Sale

Assalamualaikum...

Ok cakap pasal sale ni before the end of school holiday hari tu, ayah aku bawa aku and family pergi Penang walaupun bulan lepas dah pergi. Pada mulanya ayah aku nak pergi holiday jauh-jauh sikit. Tapi mak aku tak larat. Maklumlah baru balik umrah. Nak relaks gak. So pergi je Penang. Pergi hari sabtu pagi, ahad tu balik. Aku memang selalu bercuti macam ni. Short holiday. Hahaha.

Kalau pergi Penang, aku suka shopping (erti shopping bagi aku ialah jalan2 cuci mata, tak beli pun tak apa). I dont know why. Maybe the shopping mall extra large than mall in Perlis. The best in town that is THE STORE. Hehee. Kutuk nampak. Hajat nak beli barang-barang raya la sekali. WAH!! Kelas kau Fatin..Puasa belum dah prepare nak raya.

So jalan-jalan la kat Gurney Plaza dengan Queensbay. Aku ingat nak beli kasut sebab kasut-kasut aku semuanya dah mampos ditanam dalam tong sampah Kolej Kediaman 12 Universiti Malaya sebab semuanya rosak. 3 weeks before habis asasi aku terpaksa pinjam kasut kawan aku. Ye la masa itu emas. Takkan nak keluar pergi shopping plak sedangkan final exam sedang melambai-lambai kat aku.

Kat Queensbay, Vincci ada buat sale. Korang tau jenama Vincci? Kalau korang tau hebat la sebab aku dulu lalu depan kedai Vincci pun pandang sebelah mata kadang2 tak pandang langsung. Sebabnya jenama tu mahal sangat. TETAPI setelah mengenali seorang kawan di UM yang memang gilakan Vincci aku pun terikut-ikut melawat Vincci kat KL. Nama pun KL ada barang murah ke? Sekadar jenguk dan keluar. Orang kata berlagak diva. Masuk kedai buat macam orang kaya tapi keluar habuk pun tak ada.

Disebabkan kat Penang, aku tengok orang ramai serbu kedai Vincci, aku dengan mak aku pun masuk la. Saja buat2 kaya sikit. Orang pegang kasut kita pegang jugak. Pastu tengok la ada sorang berpasang-pasang kasut dia beli. Amboi!! Ni artis yang baru nak naik nama ke? Lepas tu mak aku pulak panggil.

Umi: Kak Fatin, ni pilih kasut. Lawa-lawa, nampak remaja sikit. Kata nak pakai saja2. Lenguh pakai
         wedges. (aku mengaku yang aku ni bukanlah feminin sangat, baru wedges dah lenguh. Orang  
         lain heel berinci-inci boleh buat lumba lari lagi.)
Me  : (dalam hati)..Green light nampak. Mata ni pun lenguh jugak asyik tengok kasut ja.
Umi: Ha! Pilih la. Fatin pilih satu, umi pilih satu. Adik dia tak mau.
Me  : Over ah! Tadi umi dah beli kasut. Hehehe.
Umi: Tadi kasut raya ni kasut tak berapa nak raya. 2 pasang kasut Rm 80. Kalau 1 Rm 50. Rugi.. So
         kenalah ambik satu.
Me  : Patutlah...




Ni lah kasut yang aku pilih. Mak aku warna putih. Design sama. Tak boleh la warna over2 nanti mak aku pulak yang nampak remaja. Biar aku je yang over sorang-sorang.

Akibat kejelesan yang makin memuncak, tembok keegoaan adik aku akhirnya pecah. Tiba-tiba nak jugak kasut. Mula2 eksyen tak mau. Takkan nak beli satu, kena lah beli lagi satu. So mak aku pun tawarkan kat aku suruh pilih lagi satu. Hati dah berteriak girang ni. Tapi disebabkan kesian kat adik aku, aku pun bagi can kat dia la sebab aku dah pun beli kasut. Kasut yang sepatutnya milik adik aku jadi milik aku sebab tak ada saiz dia. So bagi je la..Kesian walaupun hati ini tidak mengizinkan. Ayat melampau!

 Ni lah pilihan adik aku yang kedua. Warna sama dengan aku. Lepas je bayar, aku dengan adik aku terus buat kerja gila. Kami berdua memakai terus kasut tu. Dua2 warna oren konon nak tunjuk adik-beradik la. Aku pakai sebab lenguh gila. Macam nak cabut kejap kaki ni lepas tu sambung balik bila dah ok.

 Ha! Ni kasut aku yang aku mula-mula beli. Kasut ni la yang sepatutnya aku beli nak pakai terus. Lepas tu kasut raya beli nanti. Tak adalah aku kena pakai wedges je memanjang. Tapi apakan daya aku harus/wajib jadikan kasut ni kasut raya sebab dah beli pulak kasut. So apakan daya hasrat aku nak dapatkan kasut idaman aku untuk dipakaikan di pagi raya terpaksa dilupakan. Ye la tahun lepas aku tak shopping barang raya. Maklumlah berjauhan dari keluarga. Sebagai tebusan nak belilah tahun ni. Melepas jugak...Nasib badan...

Ok lah..Aku nak tido dulu. Mengantok...

p/s: patutlah kawan aku suka melawat Vincci. Kasut dalam bilik dia penuh. Hari ni warna ni, esok warna lain rupanya Vincci ni pemurah jugak. Bolehla merasa pakai kasut jenama International kadang-kadang.

2 comments :

AmyZana said...

sesungguhnya... kasut Vincci pun sye tiada....~.~

fatin aziz said...

samala..before ni pun saya xde tapi lpas tgok sale tros jadi ada..hehe

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt