Thursday, June 7, 2012

percubaan nak karang novel

Assalamualaikum wbt.
Korang mesti pelik kan apsal la aku letak gambar mata yang cantik lagi menarik.Haha..Aku pun tak tahu. Saja syok-syok. Actually aku tak tahu nak update apa. Tak ada benda menarik. Lagipun sekarang ni aku tengah sibuk. Bukan sibuk study ke apa. Tapi tengah sibuk nak try reka cerita. Boleh dikatakan novel gak la. Bukan niat nak jadi novelis ke apa tapi saja nak cuba mana la tahu sebenarnya aku ni ada bakat menulis. Ye la kat sekolah dulu aku boleh je buat karangan gempak-gempak sampai satu karangan boleh dapat 96/100 markah. Bukan niat nak riak ok. Tapi gempak karangan tak bermakna boleh jadi penulis.

Aku sebenarnya tak nak aku lupa dalam bidang penulisan ni. Ye la kadang-kadang tu nak eja something dalam bahasa melayu pun dah lupa. Bila tanya adik aku, dia gelak adalah. Maklumlah bila kita dah tinggalkan persekolahan memang macam ni. Tambah-tambah semua yang kita belajar sekarang ni dalam English. Aku sure korang pun jadi macam aku gak. Benda yang simple pun dah tak reti nak eja kan??? Jadi bila aku try untuk menulis boleh la aku ingat balik macam mana nak tulis dalam pengikat kata. Ayat seru. Konklusinya semua pasal Bahasa Melayu la..Hahaha.

Aku teringin jugak nak post kan hasil karya yang tak seberapa untuk korang baca and komen yang mana salah. Tapi aku malu sebab ni 1st try. Sebelum ni aku tak pernah buat kerja-kerja macam ni. Baca novel pun aku tak suka. Tapi semenjak masuk U ni, benda yang tak suka dan tak pernah buat dah jadi habit aku. Kalau tak buat jadi tak sah. Antaranya baca novel and dengar lagu guna earphone. Kalau dulu earphone pun aku letak rata-rata. Sekarang ni earphone hilang riuh satu rumah aku cari.
Novel pun sama. setiap kali pergi Popular mesti bawa balik novel. Pelik kan? Tapi benar..Haha.. Tu je yang aku nak cerita. Tak nak blog ni jadi kusam terpaksa cerita benda-benda yang tak ada kena mengena. Ok lah nak sambung menulis lagi. Lot of love...


No comments :

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt