Monday, July 30, 2012

Bercinta Sebelum VS Selepas Kahwin



Assalamualaikum you all..(macam gedik je guna you all)
Ok lah hari ni dah hari keberapa kita puasa pun aku tak ingat. Aku cuma menghitung hari 5 hari awal puasa lepas tu aku tak ambil tau dah. Hehe. Lama jugak aku biarkan blog ni bersarang.Biarlah sekali-sekala nak jugak buat sarang sendiri ye dak? Aku menyepi sebentar sebab tengah melayan feeling aku bila dah start baca novel. Haha. Bila dah start baca novel, gunung berapi meletus sebelah rumah pun aku tak ambil tahu inikan pulak nak update blog memang tak lah.

Korang pun tau kan aku nak story apa kali ini. Tengok je title tu! Tak payah bajet sangat la aku nak taip banyak kali.

"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."


Sweet kan? Hati perempuan mana tak leleh kalau hari2 dapat kata2 macam ni. Baik korang mengaku. Kalau tak..............(lu pikir la sendiri) . Tapi lagi best kalau dapat kata2 macam ni daripada orang yang halal buat kita (suami). Betol tak????

Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.

Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.

Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.

Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.

"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".


Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.

Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.(statement ni buatkan aku rasa orang tu bodoh kurang cerdik sbb sanggup bunuh diri)

Ungkapan-Ungkapan romantis akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing

Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .

Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.

Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".





When you love her, make it clear that you want her. When you love her, don't struggle just to get her but struggle to marry her.- DENABAHRIN

Aku tak pernah rasa apa itu "cinta monyet" atau lebih tepat tak pernah rasa macam mana bercinta. Everyone have their own perception. Korang nak cakap aku ni over ke apa ke terserah la. Maybe dalam hati korang MUNGKIN cakap
" ye la kau x pernah bercinta boleh la cakap macam tu, x rasa perit, sakit, or something else bila putus"

dan aku akan jawab
" kwn2 sekeliling aku hampir semua pernah bercinta. Nangis, merajuk, x ckp dgn org, x angkat fon smua aku tgok and rasa although not directly on me and thats why i avoid from being in love with somebody who are not legally my husband...:)"

* InsyaAllah...aku mengharapkan suatu hari nanti aku akan bercinta kerana Allah bukan kerana NAFSU*

p/s: statement ni boleh menjawab kepada kawan2 aku kenapa aku ni susah nak berkawan/ rapat dengan lelaki....hanya satu..Im afraid if i will fall in love with the wrong person. Seriuosly aku tak boikot @ nak sakitkan hati siapa2 just nak spread out about this article that i got from iluvislam.

Wednesday, July 25, 2012

Kehamilan Kosong





 Hamba Allah:
saya pulak mimpi diri sendiri mengandung...:sedihnya:...padahal kawin pun tak, calon pun takde, mimpi mengandung pulak....mengarut betul




Yang Arif:
AWAS ya, takut JIN yang beritahu dia telah membuntingkan kamu hati hati ya, Jin adakala tindih manusia, adakal lebih dari tu semuanya gara gara, dampingan JIN yang selalu bersama tanpa di sedari awasi diri ya, ingatlah Allah selalu, bersucilah, sebelum tidur dan doakan kebaikan, subhanallah




Hamba Allah:

ha? jin membuntingkan? pernah jugak dengar...tapi apa tanda2nya dan apa mudaratnya? ku berlindung dengan Allah...



Yang Arif:
 bagi yang dah menikah di minta " Allahumma janibnas syaitan.........."
maksudnya syaitan berserta gerak nafsu diri
bagi yang menikah, adakala, HILANG KANDUNGAN
bagi yang berjauhan suami, boleh mimpi , bersetubuh real, seakan suami bersamanya, ada beberapa ayat ayat tertentu boleh di tujukan, agar isteri boleh mimpi basah
orang yang baca ayat tu lupa, ada khadam ayat, dialah terpa buat sesuatu dengan isteri

subhanallah
seterusnya bujang, suka melancap, suka sejenis, suka nafsu, syaitanlah bersama
syaitan buat kerja, manusia tak nampak
tetapi boleh jadi macam macam, perut membusung dan lain lain sebagainya
macam macam boleh jadi, jadi kekalkan diri bersuci, hati, ingat Allah sentiasa, muga Allah beri perlindungan pada muslimat mukminat
inshallah

#copypaste

Sekarang baru aku tahu macam mana yang orang kata mengandung tapi kandungan kosong. Kesian kan? Bawa perut ke hulu ke hilir bila sampai masa tahu2 kandungan kosong. Minta2 jauh dari segala bala. Mintak perlindungan Allah SWT.

Memang betul mimpi tak boleh percaya 100% TETAPI kewujudan jin dan syaitan kita harus percaya bukan? So berhati-hati la. Sandarkan diri kepada Yang Maha Esa. InsyaAllah kita akan selamat.



*sekadar berkongsi maklumat*

Monday, July 23, 2012

Tafsiran Mimpi #part 1

 Salam Ramadan untuk hari yang keempat. Ok hari nak bercerita sikit pasal mimpi.. First of all mesti korang tahu kan yang mimpi ni semua mainan tido. So korang jangan percaya sangat pasal benda2 mcm ni. Sekadar untuk ambil pengetahuan sudahlah. Nak percaya boleh tapi jangan terlalu taksub. Nak tahu benda tu betul atau tidak, adalah lebih baik merujuk pada yang lebih pakar..Ok??

Bawah ada 50 tafsir mimpi hasil daripada pakcik Google aku. Korang boleh la tengok mana la tahu kalau2 korang pernah mengalami mimpi2 macam kat bawah ni..Kalau ada share sama la ye.. Nak tahu jugak. Hehe. Actually aku suka dengar cerita mimpi2 orang ni.

1. Mimpi rambutnya putih : Akan cepat beruntung dalam usaha dan akan berumur panjang.
2. Mimpi rambutnya merah : Akan mempunyai perasaan hati yang tidak enak.
3. Mimpi rambut menutup mata : Akan mengalami celaan atau ejekan mendadak.
4. Mimpi melihat rambut palsu : Akan ditipu orang yang disangka teman sendiri.
5. Mimpi rambutnya seketika menjadi lebat : Akan memperoleh kegembiraan, bila sudah berkeluarga akan memperoleh anak.
6. Mimpi rambut berjatuhan : Alamat kurang baik, akan bersedih hati.
7. Mimpi potong rambut (bercukur) : Ada diantara sanak famili yang terganggu kesehatannya atau akan terpisah / bercerai dengan kekasihnya.
8. Mimpi menyisir rambut : Kesengsaraan dirinya akan segera berubah.
9. Mimpi mencat atau mewarnai rambut orang lain: Akan memperjuangkan sesuatu tetapi sia-sia.
10. Mimpi mencat atau mewarnai rambut sendiri : Harapan-harapan yang baik dalam bidang usaha.
11. Mimpi mencuci rambut (keramas) : Akan mendapat gangguan hidup
12. Mimpi memotong rambut orang lain : Akan memperoleh keuntungan atas biaya orang lain.
13. Mimpi memiliki rambut hitam lebat : Akan memperoleh kesehatan yang baik.
14. Mimpi mengepang rambut : Suatu persahabatan yang retak akan pulih kembali.
15. Mimpi melihat rambut tumbuh di tangan : Suatu, alamat kurang baik.
16. Mimpi melihat rambut keriting : Akan memperoleh keberhasilan dalam masalah cinta.
17. Mimpi melihat seorang lelaki yang botak : Akan memperoleh penghargaan dan kekayaan.
18. Mimpi melihat seorang wanita yang botak : Tanda kebencian.
19. Mimpi kepala timbul luka-luka banyak : Akan memperoleh keuntungan.
20. Mimpi kepala keluar tanduk : Akan ada perselisihan faham.
21. Mimpi muka masam atau cemberut : Akan mengalami kerugian.
22. Mimpi muka cantik molek : Akan bercinta dan bahagia.
23. Mimpi muka hitam atau bernoda hitam : Akan kurang baik dalam sehari dua hari.
24. Mimpi bercermin muka : Harus berhati-hati dalam segala tindakan.
25. Mimpi melihat wajah sendiri : Akan muncul kesedihan.
26. Mimpi melihat wajah yang hitam : Akan panjang umur.
27. Mimpi wajah yang tersenyum : Akan memperoleh kesenangan dan teman baru.
28. Mimpi melihat wajah jelek tidak karuan bentuknya : Akan muncul bencana.
29. Mimpi membasuh wajah sendiri : Akan memperoleh masa depan yang lebih baik.
30. Mimpi melihat wajah sendiri merah padam : Anda sedang jatuh cinta, tetapi dirahasiakan.
31. Mimpi melihat wajah orang merah padam : Seseorang akan menyatakan cinta kepada anda.
32. Mimpi berjenggot panjang : Akan bertapa atau berpuasa.
33. Mimpi rambutnya digunting orang : Akan berpisah dengan kekasihnya.
34. Mimpi melihat mukanya bergerak-gerak : Akan kesukaran memperoleh rezeki.
35. Mimpi mempunyai janggut : Akan sehat, segar bugar
36. Mimpi memotong janggut : Akan terjadi beberapa kerugian.
37. Mimpi melihat janggut berwarna merah : Waspadalah terhadap gangguan dari teman berhati palsu (pengkhianat).
38. Mimpi sepasang mata yang biru : Akan merasakan atau mendapatkan kasih sayang yang agung.
39. Mimpi sepasang mata yang hitam : Peringatan agar anda waspada / berhati-hati.
40. Mimpi sepasang mata yang juling : Akan kekurangan uang.
41. Mimpi pancaran mata yang hangat / bernafsu : Akan kecewa dalam bercinta
42. Mimpi sepasang mata yang berwarna hijau : Akan memperoleh teman yang setia.
43. Mimpi tidak mempunyai mata : Alamat sudah dekat ajalnya.
44. Mimpi melihat mata orang lain : Akan memperoleh emas atau perak.
45. Mimpi melihat seorang yang buta : Akan ada sahabat yang meminta pertolongan pada anda.
46. Mimpi diri sendiri bermata buta : Anda harus berhati-hati dalam pekerjaan.
47. Mimpi bermacam macam : Akan bermain cinta kepada dengan orang yang diidam-idamkan (lama dirindukan).
48. Mimpi hidung berdarah (mimisan) : Akan mengalami keberuntungan walau sekedarnya.
49. Mimpi melihat seseorang yang berhidung besar : Alamat anda harus memikirkan diri sendiri.
50. Mimpi melihat diri sendiri berhidung besar : Anda jangan pedulikan orang lain marah, sewaktu anda sedang menyelesaikan tugas yang sulit. 


Sebenarnya ada banyak lagi tapi grab 50 je sebab nanti panjang2 tak sempat anak mata nak menangkap.

Saturday, July 21, 2012

Pengalaman Berpuasa Di Perantauan

Assalamualaikum...
Dah tengok tajuk? Ok kalau dah, set dalam mind korang yang aku ni over. Tajuk bukan main lagi di perantauan. Bajet oberseas la tu. Padahal KL je pun.

Aku bukak twitter dengan FB tengok tweet kawan2 aku yang mengadu tak boleh balik sambut ramadan dengan family la, sedih la, rindu makanan mak la, makanan sahur tak sedap la. Chill la you all!!! Sedap je mulut aku cakap macam tu sedangkan aku pun tahun lepas sama jugak. Sebulan berpuasa di kolej. Tak boleh nak balik rumah. Hanya student2 seangkatan dengan aku je tahu kenapa kita orang semua tak boleh nak ambil peluang balik sambut ramadan kat rumah masing-masing. Maklumlah kelas yang padat everyday. Nak ponteng pun tak sempat.* ayat over*

Seriously aku faham keadaan korang sebab aku pun di situasi yang sama. Bangun sahur sendiri. Bukak puasa sendiri tanpa family disisi memang agak terharu. Tapi itu kan satu tanggungjawab kita sebagai pelajar. Tahun lepas kawan2 aku yang belajar dekat dengan rumah tak habis2 post kat fb aku betapa seronoknya berpuasa di rumah. Nak buat aku jeles leetteeeewww.. Tapi tahun ni sebulan aku akan berpuasa di rumah. Ha???Tengok Tuhan gantikan balik kesedihan kita dengan kegembiraan. So aku pun nak ganti semua juadah2 puasa yang aku tak boleh nak makan tahun lepas la. List makanan pun aku dah sediakan mengikut hari. Hahaha

Sepanjang aku kat kolej, korang nak tahu aku bersahur dengan apa??
Ni la peneman aku selama sebulan. Dan ditambah dengan...



Air Milo....dan diakhiri dengan...



buah kurma. Untuk tahan lapar.

Begitulah hidupku selama sebulan. Tapi yang bestnye, aku tak rasa lapar langsung walaupun aku ke hulu, ke hilir, naik bukit, turun bukit, naik lif dan turun lif semata-mata nak pergi kelas yang memang terlalu padat dari pagi pukul 8 am sehinggalah 5 pm. Lepas tu berlari-lari ke kafe pulak sebab malas nak beratur panjang beli makanan.

Tapi bila aku stay kat rumah, sahur dengan nasi still rasa lapar. Bukan setakat sahur dengan nasi, dari pagi sampai petang kerja aku goyang kaki. Masih lagi lapar. Maybe sebab aku tak ada kerja. So kepada yang tak ada kerja nak buat, carilah kerja. Menoreh ke, bercangkul ke, bercucuk tanam ke, cuci jalan raya ke ok tak??Hehe

Whatever it is im still missed that moment. 

p/s: Tak pernah sekali pun aku berpuasa tak bangun sahur tapi tahun lepas aku tak terjaga sahur. Sehari je la. Nasib baik aku boleh menghadapi hari tersebut dengan jayanya. Haha..*an evil laugh*


Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadan

Assalamualaikum..
Ok malam ni just a short post only. Tak nak tulis banyak2. Cuma nak cakap selamat menyambut bulan ramadan al -mubarak. Marilah kita sama-sama beribadat pada bulan mulia ni. Luangkan masa untuk terawikh yang cuma datang sekali setahun saja. Ambil peluang untuk kumpul pahala yang berlipat kali ganda. Insyaallah doa2 kita akan dimakbulka dan lakukanlah dengan keikhlasa yang lahir dari hati bukan dengan paksaan. Sesungguhnya bulan puasa mengajar kita erti kehidupan yang sebenar.

p/s: Pesanan ikhlas daripada owner fatinaziz's blog kepada semua readers dan juga diri sendiri.

Monday, July 16, 2012

Anti Sosial Kah Aku???

Salam readers...

1st of all good morning. Tak pernah aku bangun awal tapi kali ni terbangun awal. Tak tahu la kenapa maybe sebab nak menunjukkan yang umur tu makin meningkat. Tanggungjawab tu makin banyak. Masa untuk menjadi anak dara akan menjadi singkat. Masa untuk menjadi mak orang makin hampir. Haha. Mukadimah di pagi hari.

Okay refer to the title. For me its quite interesting to be discuss here just for fun. Bukan nak buka aib sendiri atau apa. Tapi cuma nak berkongsi kepada orang ramai tentang pandangan segelintir masyarakat yang menganggap insan pendiam ni anti sosial. Benarkah? Anti sosial dalam konteks tidak suka bergaul dengan orang ramai bukan sosial tahap kritikal tu.

Antara perkara tentang diri aku yang mungkin orang tak kenal anggap aku ni anti sosial.

1. Aku lebih suka habiskan masa dengan family berbanding kawan.

2. Aku lebih suka menghabiskan masa dengan social networking berbanding face to face.

3. Aku tak suka bergambar dengan orang bukan bermaksud aku suka bergambar dengan bintang
    pulak.

4. Aku tak bercakap dengan lelaki kalau bukan lelaki tu yang memulakan bicaranya terlebih dahulu.

5. Aku berkawan dengan semua tak kira gedik, ayu, kasar tetapi aku rapat dengan yang betul2 buat
    aku selesa.

Ha! Over kan pada pandangan korang. But dont ever judge a book by its cover.
Antara sebab2 aku bersifat sedemikian...

1. Kalau aku habiskan banyak masa dengan kawan, aku akan lupa diri. Asyik bercakap, cakap dan
    terus bercakap sehingga penat menghadirkan dirinya. Kalau hangout sehari tak cukup, sebulan
    pun tak cukup, setahun pun belum tentu cukup. Kalau boleh seumur hidup.

2. Tak suka face to face sebab muka aku akan bertukar warna bila ada orang menyakat aku.Haha.
    Dan satu kelemahan aku adalah bila bercakap aku tak boleh tengok mata orang. Tak percaya
    cuba tanya kawan2 aku.( bajet korang kenal kawan aku la)

3. Ya itu kenyataan! Aku tak suka bergambar apatah lagi berposing TETAPI aku suka mengambil
     gambar. Even longkang tepi jalan pun kalau menarik why not? Dengan DSLR longkang pun leh
    bertukar jadi taman bunga. Maybe sebab tu orang ingat aku ni anti sosial sebab tak banyak cakap
    tapi banyak buat kerja sambil mulut terkunci rapat.( ni kalau orang yg x kenal aku la)

4. Bukan seorang tetapi ramai kawan lelaki bertanya kepada kawan aku adakah aku ni terlalu
    pendiam sehinggakan diorang rasa malu nak tegur aku takot tak dilayan. Haha. Yang ni lucu.
    Mungkin pada pandangan mata kasar aku ni pendiam tapi why not kalau korang approach aku dulu
   confirm kenyataan pendiam tu akan mati serta merta dlm fikiran anda. Trust me! Terbukti berhasil!

5. Orang pendiam tu tak banyak kawan? Lupakan lah. Siapa kata? Aku ramai je kawan. Sebab apa?
    Sebab aku ni pendiam dengan orang yang tak rapat dengan aku. Control everything la. Tapi dengan
    yang rapat gelak macam evil, jalan macam lelaki berbadan tough, wearing jeans every time
    ( no time for skirt), cakap tak seayu peah kat kampung.

Ha! Tu je la ye yang aku boleh taip. Actually banyak lagi tapi tak pe la. Nanti korang bosan! Haha.So ubah fikiran anda yang mengatakan insan pendiam ni anti sosial. Sebenarnya diorang bukan anti sosial cuma ada sebab disebalik semua tu. Kalau nak kenal orang tu kenal dari segi dalaman bukan luaran. Aku banyak juga kawan2 yang pendiam ni. Tapi diorang fun je bila aku ajak keluar apa semua. Sebab diorang rasa selesa. So kita pun kenalah selesa dengan seseorang supaya orang selesa dengan kita

Tapi INGAT!!! Tak semua orang sukakan kita even kita pun tak sukakan semua orang. Kalau orang tak suka jangan dipaksa. Bak kata pepatah berkawan biar beribu, berkasih biar satu!

Wednesday, July 11, 2012

Gugup, Gementar, Takut dan sewaktu dengannya..

Salam readers...
Tengok tajuk tu dulu. Surprise tak?? Kalau tak sudah keluar dari sini. Haha. Eh2 masuk balik. Nak gurau sikit2 takkan tak boleh. Esok result upu keluar. Aku ulang RESULT UPU KELUAR!! Seriously aku memang  tengah takut sekarang ni. Satu badan sejuk macam duduk dalam fridge. Korang pernah rasa? Kalau tak pernah please move to your fridge right now and get into it. Dah masuk? Ha macam tu la rasanya. Aku tahu aku merepek. Bila otak tengah blank memang macam ni. Tapi korang layan je la ek.

Kepada yang tengah tunggu result upu korang mesti muka korang macam ni kan...
Sama tak? Lebih kurang je la kan. Kalau korang nak tahu muka korang macam mana snap sendiri and tengok sendiri. Hehe..

Dulu aku tak lah takut pun nak tunggu result upu. But for this time it is really make me scared. Aku harap sangat esok akan membawa perkhabaran yang baik. To you guys yang baca ni tolong doakan ek. Doa korang hanya Tuhan yang dapat membalas. Sesungguhnya orang yang berbuat baik akan dibalas baik. Ngeeeeee..Baik tak aku? Tetiba bagi tazkirah free dari orang yang tak bertauliah. Hahaha..

To all asasian, matric student, and also stpm student...Good Luck okay! Berdoa banyak2 sebab itu je yang boleh kita buat sekarang ni di samping bertawakal.

Baca yang dibawah ni dan fahami maksudnya...


Dah baca?? Kalau dah..renung2kan dan selamat beramal...

Tuesday, July 10, 2012

Random Post

Assalamualaikum..
Malam ni angin tak ada, ribut apatah lagi, petih tak ada call aku rasa macam nak update blog. So aku menulis la..Cuba tengok tajuk. "Random Post" sebab aku pun tak tau nak letak tajuk apa sebab aku menulis berdasarkan hati. Memang tak plan pun nak update.Tetiba je. So kalau rasa apa yang aku tulis ni merepek. Tolong kirim salam dan chowww dari sini..Haha

Finally!! Aku dapat habiskan jugak 2 novel yang aku beli hari tu. Yang tebal sama dengan kamus English yg Oxford tu. Nak tahu yang mana lagi best? Aku rasa personally bagi aku, aku lebih suka yang "sebenarnya saya isteri dia". "Doktor Cinta" pun best gak. Ada part sedih. Meleleh jugak la air mata. Yang novel satu lagi tu banyak yang sweet2. Sebab tu aku suka. Maklumlah aku kan minah jiwang. Abaikan...

Yeay!! Tak lama lagi nak puasa. Tak sabar. Maybe sesetengah orang tak suka puasa tapi suka raya tapi aku suka puasa dan raya lagi la suka.Haha..Seronok tu seronok jugak.Puasa ganti dah ke belum?? Lu pikir la sendiri..Maybe this year raya kat kampung sekejap je sebab aku family aku nak kena berangkat ke pahang. Bajet jauh gila sampai guna perkataan berangkat segala bagai. Aku kena pergi pahang atas rombongan perkahwinan. Hantar menantu..Cousin mak aku dah nak kahwin. Alhamdulillah harap2 apa dirancang berjalan lancar.

Banyak la pulak kad kahwin yang dihantar kat family aku suruh attend kenduri raya ni. Memang tak berapa nak rasa raya sangat la. Pergi rumah family. Makan ketupat, sate, lemang. Tapi kali ni aku kena makan ayam masak merah, gulai kawah lepas tu duduk sekejap sakit perut sebab makan banyak. Perut terkejut beruk.Haha

Ok la. Aku nak masuk tido dulu ye. Nak mimpi best2. Mimpi hantar kad kawin aku kat orang jugak ke. Dah! aku merepek..Chowwww!!!

Thursday, July 5, 2012

Hantu Novel



Assalamualaikum wbt...
Lama jugak aku cuti dari menulis kat blog ni. Maklumlah hari selasa hari tu baru lepas melawat popular. Rembat 2 biji novel tebal. FUHHH!! Baru habis 1 novel lega gila. Penat wei nak habiskan. Selalu aku beli yang nipis-nipis je. Tapi bila kena beli yang tebal memang seharian aku terperuk dalam bilik. Dah lama aku tinggalkan dunia novel selepas balik dari UM dulu.

2 novel tu mak aku yang pilih. Mak aku pun gila novel so aku tak berapa rasa rugi kalau beli novel pun sebab ramai yang nak baca. Lagipun aku tak berapa suka pinjam kat orang sebab nanti terkejar-kejar nak kena habis kan. Tak gitu kan??

Aku baru habis novel Sebenarnya Saya Isteri Dia. Boleh dikatakan top seller gak la. Dan best gila..Sweet je memanjang. Bab gaduh-gaduh pun still aku senyum baca sorang. Rasa macam nak khatam sekali lagi. Tapi bila ingatkan buku tu sampai 800 lebih muka surat terus terbantut niat aku. Lain kali la baca. Turn nak baca yang satu lagi pulak. Tapi rest la dulu. Biar sweet2 moment dalam novel tadi tu hilang dari ingatan tu dulu. Hehe.Minah jiwang kan???haha

Sinopsis
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


Kalau korang beli novel ni, aku gerenti korang akan senyum sorang2. Macam aku. Walau dah habis baca pun still tersenyum. Haha. Ok jangan layan aku. Otak tengah sakit...

Monday, July 2, 2012

Congrats To Spain



Sebelum tu korang tak payah la nak kata aku ni kuno ke apa sebab ceritakan benda basi. Biasalah bila nafsu untuk berblogging tu tak ada memang berkurun la aku tak update blog ni..

First of all once again congrats to Spain for being the winner of Euro 2012. Personally, aku memang tak minat Spain. Bagi peminat Spain jangan marah aku pulak. Manalah tahu tiba-tiba jumpa kat tengah jalan fire aku habis-habis sebab tak minat Spain. Actually aku tak minat bola. Tapi kalau Euro aku layan jugak. Aku tengok match pun bukan semua mtach aku layan. Aku layan kalau match tu melibatkan Portugal..Yeay I am the one of Portugal's fan. Aku tahu dalam hati mesti korang cakap ala Portugal dah kalah nak over lebih. Suka hati aku la. Hahaha

Bagi aku kan lebih fun kalau final Portugal vs Spain. Sebab?? Sebabnya lebih exciting. Mana taknya Spain menang penalti kot untuk semi-final. Tapi bila dengan Italy senang-senang je Spain belasah 4-0.

Peminat Italy pun jangan nak marah aku sebab aku bukan kutuk pun. Aku cuma cakap ikhlas dari hati..Haha.


Aku minat dengan pemain yang memakai jersi no 7. Cristiano Ronaldo. Yes that is it. Aku suka cara dia main plus muka dia yang handsome. Ok stop! Nanti korang cakap "ala pompuan mcm ni la bila pemain ensem minat la". Once again SUKA HATI AKU LA...Walaupun Portugal tak masuk final aku tetap akan sokong Portugal...YEAH!!! FOREVER PORTUGAL!!!
 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt