Monday, July 30, 2012

Bercinta Sebelum VS Selepas Kahwin



Assalamualaikum you all..(macam gedik je guna you all)
Ok lah hari ni dah hari keberapa kita puasa pun aku tak ingat. Aku cuma menghitung hari 5 hari awal puasa lepas tu aku tak ambil tau dah. Hehe. Lama jugak aku biarkan blog ni bersarang.Biarlah sekali-sekala nak jugak buat sarang sendiri ye dak? Aku menyepi sebentar sebab tengah melayan feeling aku bila dah start baca novel. Haha. Bila dah start baca novel, gunung berapi meletus sebelah rumah pun aku tak ambil tahu inikan pulak nak update blog memang tak lah.

Korang pun tau kan aku nak story apa kali ini. Tengok je title tu! Tak payah bajet sangat la aku nak taip banyak kali.

"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."


Sweet kan? Hati perempuan mana tak leleh kalau hari2 dapat kata2 macam ni. Baik korang mengaku. Kalau tak..............(lu pikir la sendiri) . Tapi lagi best kalau dapat kata2 macam ni daripada orang yang halal buat kita (suami). Betol tak????

Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.

Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.

Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.

Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.

"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".


Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.

Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.(statement ni buatkan aku rasa orang tu bodoh kurang cerdik sbb sanggup bunuh diri)

Ungkapan-Ungkapan romantis akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing

Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .

Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.

Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".





When you love her, make it clear that you want her. When you love her, don't struggle just to get her but struggle to marry her.- DENABAHRIN

Aku tak pernah rasa apa itu "cinta monyet" atau lebih tepat tak pernah rasa macam mana bercinta. Everyone have their own perception. Korang nak cakap aku ni over ke apa ke terserah la. Maybe dalam hati korang MUNGKIN cakap
" ye la kau x pernah bercinta boleh la cakap macam tu, x rasa perit, sakit, or something else bila putus"

dan aku akan jawab
" kwn2 sekeliling aku hampir semua pernah bercinta. Nangis, merajuk, x ckp dgn org, x angkat fon smua aku tgok and rasa although not directly on me and thats why i avoid from being in love with somebody who are not legally my husband...:)"

* InsyaAllah...aku mengharapkan suatu hari nanti aku akan bercinta kerana Allah bukan kerana NAFSU*

p/s: statement ni boleh menjawab kepada kawan2 aku kenapa aku ni susah nak berkawan/ rapat dengan lelaki....hanya satu..Im afraid if i will fall in love with the wrong person. Seriuosly aku tak boikot @ nak sakitkan hati siapa2 just nak spread out about this article that i got from iluvislam.

2 comments :

cikumi_violet said...

uhuk..terasa..haha..
ok tenks 4 artikel ni..
btol2..aq sokong sgt2!!
^^,

fatin aziz said...

spe mkn mempelam dia terasa masamnya...haha

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt