Tuesday, July 10, 2012

Random Post

Assalamualaikum..
Malam ni angin tak ada, ribut apatah lagi, petih tak ada call aku rasa macam nak update blog. So aku menulis la..Cuba tengok tajuk. "Random Post" sebab aku pun tak tau nak letak tajuk apa sebab aku menulis berdasarkan hati. Memang tak plan pun nak update.Tetiba je. So kalau rasa apa yang aku tulis ni merepek. Tolong kirim salam dan chowww dari sini..Haha

Finally!! Aku dapat habiskan jugak 2 novel yang aku beli hari tu. Yang tebal sama dengan kamus English yg Oxford tu. Nak tahu yang mana lagi best? Aku rasa personally bagi aku, aku lebih suka yang "sebenarnya saya isteri dia". "Doktor Cinta" pun best gak. Ada part sedih. Meleleh jugak la air mata. Yang novel satu lagi tu banyak yang sweet2. Sebab tu aku suka. Maklumlah aku kan minah jiwang. Abaikan...

Yeay!! Tak lama lagi nak puasa. Tak sabar. Maybe sesetengah orang tak suka puasa tapi suka raya tapi aku suka puasa dan raya lagi la suka.Haha..Seronok tu seronok jugak.Puasa ganti dah ke belum?? Lu pikir la sendiri..Maybe this year raya kat kampung sekejap je sebab aku family aku nak kena berangkat ke pahang. Bajet jauh gila sampai guna perkataan berangkat segala bagai. Aku kena pergi pahang atas rombongan perkahwinan. Hantar menantu..Cousin mak aku dah nak kahwin. Alhamdulillah harap2 apa dirancang berjalan lancar.

Banyak la pulak kad kahwin yang dihantar kat family aku suruh attend kenduri raya ni. Memang tak berapa nak rasa raya sangat la. Pergi rumah family. Makan ketupat, sate, lemang. Tapi kali ni aku kena makan ayam masak merah, gulai kawah lepas tu duduk sekejap sakit perut sebab makan banyak. Perut terkejut beruk.Haha

Ok la. Aku nak masuk tido dulu ye. Nak mimpi best2. Mimpi hantar kad kawin aku kat orang jugak ke. Dah! aku merepek..Chowwww!!!

No comments :

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt