Sunday, August 26, 2012

Cerita Raya Aku

 Salam Aidilfitri kepada semua. Hari ni dah raya kelapan. Macam mana raya korang? Best? Kepada yang seronok tu alhamdulillah sebab kita masih lagi berpeluang beraya dalam kegembiraan dengan orang yang tersayang. Kepada yang bersedih tu tabahkan hati mungkin ini dugaan untuk anda sebelum anda diberikan kegembiraan yang anda sendiri tidak pernah idamkan. InsyaAllah kerana Allah itu maha adil.

Ok tak nak mood sedih2 ni sebab aku nak bercerita tentang kegembiraan but at the same time sedih jugak sebab ramadhan dah berlalu pergi. Rasa macam sekejap je kan. Pejam celik pejam celik dah habis sebulan. Nasib baik sempat lagi nak celik kalau pejam terus??? Kerja Allah SWT..

 Sebelum bertolak balik kelantan sempat lagi dok snap gambar..Hehehe
(nampak macam tinggi je aku dalam gambar ni)

Korang raya kat mana tahun ni? Aku raya kat kampung aku la. Of course la kelate. Untung parents aku dua-dua orang kelate so tak payah nak berebut nak balik mana kan. Tu orang lain cakap tapi berebut jugak ummi dengan abah aku nak raya pertama kat kampung masing-masing. Last2 raya pertama memang kat kampung masing2. Pagi belah abah then petang belah ummi. Tu pun boleh berebut lagi nak pagi raya pulak nak kampung masing-masing. So aku nasihatkan kepada yang belum berkahwin tu tak payah demand sangat la nak orang senegeri sebab senang nak balik kampung. Kalau dah ada dua family berebut jugak. Tiap-tiap tahun aku lalui tapi bukan aku suami isteri la (bajet ada suami) tapi parent aku.. Muehehehe...

Tahun ni family aku sedondon warna maroon aka merah aka merah hati aka red. Yang mana dalam gambar ada yang berbaju merah tu maknanya my family. Yang warna lain tu korang padankan lah sendiri mana satu family diorang.


 Red Family










Comel je aku tengok budak-budak ni salam nak ambil duit raya. Macam-macam adegan dan telatah mencuit hati ( ayat macam iklan kat astro ceria!!)




Grey Family

 Satu je aku snap for this family sebab banyak lagi permintaan yang panggil nak bergambar. Tak sempat nak snap banyak :P



 Blue Family




 Kalau korang perasan budak-budak yang sama je dalam semua gambar. Nak buat macam mana kalau bab-bab duit raya diorang yang pergi dulu. Tu yang buat family kita orang meriah!!!Hehe




 Green Family



Bagos betul semua duduk sekelompok. Merah sama merah. Biru sama biru. Hijau sama hijau. Kelabu sama kelabu. Cuma ada satu family je tak tangkap. Hijau jugak tapi muda sikit. Senang kerja aku tak payah nak menjerit panggil anak-beranak duduk atas kerusi wat potrait kan. Semua dah dengan family masing-masing. Muahahaha..Lepas bagi duit raya....
.
.
.
.
.
.
.
.


 Makan la apa lagi. Lapar wei!!!Nasi minyak tengah mengeluarkan wap2 yang amat mengiurkan (meremang bulu roma aku taip perkataan tu..:P)


  Ni je la gambar yang aku sempat tangkap. Ada banyak lagi dalam folder tapi yang berilmiah yang ni je. Yang lain kurang berilmiah sikit. Tak wajib untuk dipertontonkan di khalayak ramai. Muahaha..:D


Once again selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin dari hujung rambut hingga hujung kaki aku ucapkan. Raya memang sebulan tapi janganlah sampai over sangat ye. Puasa sebulan tak nak pulak celebrate betul-betul ( baca Quran, puasa, tarawikh,sahur)

Lots of luv,
Fatin Aziz...

10 comments :

Eyqa Lovetta said...

woww... syoknye raye... selamat hari raye sis...

fatin aziz said...

selamat hari raya my dear!!!

wawa abdullah said...

colourful raya awak..mcm2 kaler ade.. Selamat hari raya.. :)

p/s: masih mood raya? Jom join contest review saya. Duet raya and voucher free menanti anda.. :)

wawa abdullah said...

http://www.miszwawa.com/2012/07/contest-review-review-jomhosting.html

fatin aziz said...

selamat hari raya gak sis...

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

wahhh...meriahnyaaa raya..!slm kenal, dear..:)

fatin aziz said...

mmg meriah sgt2..salam kenal gak..selamat hari raya sis :)

wana wazm said...

hai,sy tag awak di http://coretangirlblog.blogspot.com/2012/08/hanif-idrus-segmen-menerjah.html

jemput join..=)

misluvcoklat said...

tedia meriahnya raya kat kelantan no.
ee, geram sunggoh tenet lembab tak leh nak layan gambaq.
haru sunggoh. haha XD

fatin aziz said...

memang meriah pun..
bukak lain kali pulak tunggu tenet laju..hek3

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt