Sunday, August 19, 2012

Hari Raya Dah Datang. Jom Beraya!!!



Yeay!! Hari Raya Aidilfitri dah tiba. Tanda kemenangan umat Islam berpuasa selama sebulan. Ketupat, lontong, sate, nasi dagang, nasi himpit, lemang, rendang,soto, laksa semua tunggu okay..

Sebelum tu kena buat ucapan hari raya dulu. Baru lengkap!!

Di hari yang mulia ni, fatin nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Fatin susun sepuluh jari memohon keampunan dari semua tak kira yang mengenali secara langsung atau tidak langsung (alam maya). Andai kata tersalah bicara, terkasar bahasa, tersakitkan hati korang selama mengendalikan blog ni sekali lagi dengan tulus ikhlas fatin minta maaf sangat2. Mungkin keterlanjuran tu tidak disengajakan.Sesungguhnya fatin ni pun manusia biasa yang tak akan pernah hindar dari melakukan kesilapan...

 Selamat Hari Raya!!(happy mood is ON right now!!)

Jujurnya fatin berterima kasih kepada semua followers kerana sudi follow blog ni. Dan anda semua adalah kawan saya. Fatin hargai sangat-sangat. Terima kasih juga kepada yang komen entry2 fatin. Semua komen fatin baca. Tak ada tertinggal satu pun.

Kepada kawan2 yang mengenali, tak kira rakan dari SK Seri Indra, SMK Derma mahupun PASUM..Fatin minta maaf banyak2 andai kata ada buat salah kat korang. Sungguh tak ada niat nak sakitkan hati siapa-siapa, nak boikot mana-mana pihak, nak hindar mana-mana golongan. Mungkin itu satu kekhilafan dari tuan empunya badan yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Korang semua kawan yang BEST!!InsyaAllah aku akan ingat korang sampai bila-bila. Semoga persahabatan akan kekal tak kira di mana kita berada.



p/s: apsal macam lembut je gaya bahasa aku kali ni.Macam perempuan melayu terakhir pun ada. Nak minta maaf kenalah berlembut kalau tak mesti tak diampukan ye dak? Hehe.

2 comments :

cikumi_violet said...

slmat ari raye..
maaf zahir n batin sepnjang perkenalan kita noh..:)

fatin aziz said...

Selamat hari raya gak umi...

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt