Saturday, August 11, 2012

Normal Delivery Vs Operation. Your Choice??


Assalamualaikum WBT..
Bila umur semakin matang, nombor semakin banyak, kulit semakin berkedut, cuma ketinggian je tak meningkat sampai sekarang, post2 kat sini pun semakin advance, maju dan matang!!.Hehe.Aku jumpa article ni kat Fb. Thanks kepada yang sudi share. Korang pernah rasa? Kalau yang pernah aku ucapkan tahniah kepada kakak2 yang pernah mengalami pengalaman ni. Bukan semua orang dapat rasa. Perempuan je boleh rasa macam mana sakit, perit, gembira, sedih bercampur apabila keluarnya seorang insan yang putih bersih. Tu pun tak semua perempuan berpeluang. Jujurnya aku teringin nak rasa jugak walaupun sakitnya hanya Allah je yang tau. But at least kita boleh rasa macam mana mak, umi, mama, mummy, ibu melahirkan kita.



Sekarang ni ramai yang sanggup buat operation berbanding secara normal. Alasannya? Hanya diorang je tahu. Dikecualikan kalau terpaksa. Yang aku tau la kan. Ramai yang nak buat operation rather than normal sebab takut suami lari. Ye la bila dah bersalin rahim akan jadi longgar so suami tak suka. Hehe. Tapi kan kalau suami betul2 sayang kita kenapa dia nak tinggalkan kita sebab kita yang dah bersusah payah lahirkan zuriat dia kan? Kalau takut rahim isteri longgar tak payah la suruh isteri mengandung kan?? Dan tak payah la buat anak.( tu yang penting!!) Hehe.

Wanita yang bersalin normal ni banyak pahalanya. Berlipat kali ganda pulak tu so apa salahnya kalau bersalin secara normal kan. Plus kalau andai kata nyawa kita dicabut saat tu kita akan dianggap mati syahid. Ganjaran syurga menanti! Betapa besarnya rahmat menjadi seorang wanita.

So kepada wanita2 di luar sana termasuk diriku yang akan menjadi wanita beberapa tahun lagi (sekarang teenager lagi..hehe)tak payah la takut untuk bersalin normal. Sesungguhnya akan ada senyuman disebalik kesakitan yang kita alami itu di samping pahala2 yang dijanjikan Allah SWT kepada kita.

2 comments :

Nabila Aziz said...

btol tak rmai sggup salin normal..hihi..

fatin aziz said...

tpi ni la dikatakan pengalaman..klau org cite kita tahu..hehe

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt