Sunday, August 5, 2012

Our Malaysian Hero


Ni la hero kebanggaan Malaysia.. Menang kalah beliau dalam tournament mana pun kita tetap sayang dan sokong beliau. Betul tak?

Korang cuba tengok gambar kat atas tu. Cuma tengok mata dia betul2. Merah kan? Macam lepas menangis. Belum pernah lagi aku tengok match bila Lee Chong Wei kalah dia menangis. Tapi semalam memang jelas nampak betapa kecewanya dia sebab tak mampu nak bagi emas kat Malaysia. Tengok Chong Wei terduduk sambil menangis kat gelanggang aku pun jadi nak nanges bukan sebab kalah tapi sebab tengok Chong Wei nanges. Pelik kan tapi benar!!!

 Twitter aku semalam penuh orang dok tweet pasal badminton sampai sanggup ponteng terawikh termasuklah aku. Hehe. Apa2 pun Chong Wei memang usaha gila2. Aku sendiri nampak bermati-matian dia usaha. Macam-macam gaya ada. Kalau aku dah lama lembik kat gelanggang tu. Kira hebat la Chong Wei ni. Menang kalah tak penting yang penting dia tetap pemain no 1 negara. Wahhhhh hebat Malaysia!!!


Sapa yang tengok semalam mesti korang tengok betepa happynya Lin Dan. Aku pulak tiba2 rasa menyampah. Seolah-olah macam over atau lebih tepat menunjuk sebab dia menang. Bukan selama ni dia tak pernah menang pun. 30 kali dia berentap dengan Chong Wei baru 9 kali Chong Wei menang yang selebihnya dia tapi nampak semalam macam 100 kali berentap dan 1st time dia menang... Patut ke aku menyampah??Dia pun nak negara dia menang gak..Hehehe

No comments :

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt