Wednesday, August 29, 2012

Petua Untuk Kulit Putih

Hye Hye Hye Everybody!!!
Mood aku sewel hari ni sebab tu intro dia macam tu. Korang layan je la ek.
Tak pernah aku update pasal kecantikkan tetiba je entry aku pasal kecantikkan. Pelik tak? Cakap la pelik.* sambil buat muka comel* Nampaknya usia dah semakin matang. Everything must look perfect for me. Hehehe. Mana taknya sekarang ni kalau nak keluar rumah mesti aku mix and match. Yuuuhhhhuuu!! Aku dan pandai "mix and match" dah sekarang ni tau. Nak keluar rumah pun nak iron baju walaupun jauhnya tak sampai sejengkal. Nampak tak betapa aku dah matang? *tepuk tangan sikit*


Ada kaitan ke? Mesti la ada. Nampak tak lelaki handsome tu? Tu la my future husband. :P
Aku nak tunjuk ni la sebab aku nak nampak cantik..Muehehehe..Actually aku pun tak kenal siapa budak ni tapi bila baca kat dalam tu baru aku tahu. Rupanya member of VIP band. Ala yang popular dengan Lagu Sedih tu. Yang ada Adam Af. Ok korang tak layan Malaysia punya lagu. Korang layan K-pop kan? kan? kan? Eleh aku dah tahu. Super junior? Bigbang? Wondergirl?...Bla bla bla.

Aku tak pernah pun beli magazine ni. Ni adik aku punya. Dia gatal nak beli sebab ada Justin Bieber. YYYEEESSSSS!!! Adik aku one of the fan JB. Apa yang menarik pun aku tak tahu. Nak kata single dah jadi hak milik Selena Gomez. Nak kata suara sedap, aku prefer Greyson Chance lagi. Nak kata handsome Shah Rukh Khan lagi la double triple handsome.
" Mana petua ni??Cepat la sikit"
Panjang sangat aku merepek!!!
Scroll bawah cepat...




Read this in 10 seconds!!

 Ni la petuanya. Ada banyak lagi tapi aku snap part ni sebab aku rasa macam nak try because its super duper easy. The others not too complicated but a lot of thing i have to prepare. Honey la, oat la. This one cuma perlukan tomato dengan limau nipis je. Easy right? Konfem-konfem dalam fridge korang ada benda ni kan. But its quite merugikan la juga. Tapi yang lain lagi la merugikan. Madu tu ingat murah ke???

Korang try la. Aku pun ingat nak try sebab balik kampung hari tu semua cakap
"kak fatin ni dulu2 ni putih melepak macam cina. Semua orang nak dukung. Semua orang nak cubit. Sekarang ni je dah hitam sikit"
See?? Hitam jugak yang disebut. Sebut la kurang cerah ke, pudar ke, gelap ke. Perkataan keramat tu jugak yang disebut. Sentap tau!!!

Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada tapi tak salah kalau benda ni baik untuk kulit kan? Daripada korang pergi cucuk vitamin C sana sini, baik korang buat macam ni even tak lah seputih orang yang cucuk sana cucuk sini. Yang cucuk-cucuk tu lah nampak macam tak bersyukur dengan kurniaan Tuhan kan?

Aku dah try semalam. Rasa dia agak pedih sikit. Tapi normal la semua produk pun kadang-kadang rasa pedih jugak but at the same time rasa sejuk. Bau pulak macam bau somtam. Sedap. Nyum3..Hehe.. Aku letak dalam peti ais sebab kalau tak letak takut lebam kat luar lama-lama. Lagipun sebiji tomato tu amatlah banyak bila ditumbuk-tumbuk. Boleh pakai banyak kali. Tak adalah merugikan sangat kan. Cara aku, aku tumbuk sebiji tomato lepas tu perah limau nipis then kacau sikit pastu tempek kat muka. Selebihnya aku simpan dalam bekas kecik ala-ala bekas dadih. Then masukkan terus dalam peti sejuk. Senang kan???



Ni la punca adik aku nak beli Yeeezzzz!! Satu page ni je pasal Justin Bieber tapi sanggup beli majalah yang berpage-page yang dia sendiri tak ada nafsu nak baca. Last-last kakak dia ni jugak la yang hadap baca word by word. Tak nak rugi la katakan!!! Tu yang sampai terjumpa petua-petua ni.



p/s: korang cubalah la ek petua ni. Kita tengok siapa yang putih dulu. Siapa putih dulu tunjuk gambar sebagai bukti. Muehehe :P

3 comments :

Mohd Lokman Bin Ramli said...

salam ziarah.. ^_^. anda boleh buat tempahan MyQalam Quran Read Pen berkualiti tinggi dan banyak lagi barangan muslim di Muslim Bazaar.

http://muslimbazaar.mnmall.me/
atau melalui
http://lokmanramli.blogspot.com/

Izzah Azizah said...

hahahaha. nice entry untuk this tipss.
:D

fatin aziz said...

Thanks..cuma berkongsi..hehe

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt