Thursday, September 27, 2012

The New Product Of "FATIN"

.....................
(target no mukadimah)

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia (gaya ala-ala YB). Tajuk macam aku ni buat online bussiness pulak.InsyaAllah akan datang.

Yes! The new product of me. The old me adalah aku ni bukan feminin. Tomboy? Tak ada lah sangat. Kasar? Sikit-sikit je la. Kebenaraannya adalah aku tak suka dengan benda-benda feminin yang boleh menampakkan aku ni macam perempuan melayu sejati. TAKE NOTE!

Aku tak suka pakai barang kemas! ( good for my future husband ) 
Tak suka pakai make up! ( once again good for my future husband )
Tak suka pakai heel yang sampai 5 inci ketinggiannya!
Tak suka pakai skirt! ( the maxi one )
Tak suka bawa handbag ke hulu-hilir! ( save budget for hantaran )
But now....


Masih lagi tak suka barang kemas! ( untung siapa jadi suami aku )
Tak suka pakai make up! ( just compact powder and lip balm other than that NO WAY!)
Suka pakai heel tapi paling-paling pun 3 inci je ( more to wedges )
Sekarang dah ada 2 maxi skirt in my collection! ( perubahan berlaku )
Handbag is my BFF! ( kena spent duit banyak for hantaran :P )


See? Mak borek anak pun rintik la sikit-sikit.

Ni kes ikut tabiat mak aku la ni. Mak aku memang suka shopping handbag. Every year mesti akan beli. Special for hari raya. Kalau hari-hari lain andai kata berkenan rembat satu. Aku pun fikir la apsal mak aku suka sangat dengan handbag ni. Padahal satu handbag ni boleh beli 3@4 helai baju. Better beli baju kan?

Tahun ni adalah tahun perubahan untuk aku. Motif? Mak aku dah mula menjinakkan aku ke alam perempuan melayu terakhir. Ajar aku pakai skirt. Pergi kelas selalukan pakai baju kurung. Nak keluar pergi mana-mana bawa handbag. Pergi jalan-jalan pastikan pakai kasut, kalau wedges lagi bagos untuk nampak tinggi. Lips balm tu pakai bagi bibir tak pucat ( nasib baik tak lipstick ) dan bla bla bla...

Bak kata pepatah sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Kan dah berlaku transformation. Dah macam dalam princess diaries. Kena transform everything from up to toe. 



Yang warna hitam tu my 1st handbag. Boleh dikatakan first la sebab guna for outing. Yang lain banyak guna buat gi kelas and semua tu just yang biasa-biasa je. Aku guna buat gi jalan-jalan memandangkan beg ni disediakan tali panjang. Multi function.

2nd one yang kat bawah. Beli waktu sale kat sogo. Below than hundred. Sogo kalau dah buat sale memang akan buat sepenuh hati. Jenama Valentino Creations. Beg ni pulak guna buat pergi kelas. Vogue tak? Sebenarnya malu gak nak bawa beg ni pergi kelas tapi bila difikirkan beg ni bukanlah semahal jenama so biarlah. Aku beli dalam RM50.++ Murah tak? Murah la. Barang jenama kot and 100% original.


Dan ayah aku beli handbag baru dari China....

"Jimmy Choo"
Bangga aku dengan orang Malaysia yang ukir nama kat negara orang. Jangan buat muka terkejut. Brand ni memang mahal kat sini tetapi teramat murah kat indonesia dan China. China kan terkenal dengan beg kulit so murah la. Kalau korang minat jenama ni apa kata korang pergi China atau Indon semata-mata nak beg. :P

Kalau kat sini nak beli jenama ni pastikan RM1000 dalam tangan anda. Tetapi kat luar especially China and Indonesia, korang just perlukan RM100 pastu top up sikit-sikit dapat beli beg branded.Betul! Tak tipu!

Mula-mula ayah aku bawa balik beg ni dalam hati aku cakap
" Beg apa macam ni? Tak ada taste betol la abah aku ni. " sambil muncung mulut.
Tapi sekali tengok jenama terus aku melompat-lompat masuk bilik mak aku dengan muka riang macam kanak-kanak baru dapat gula-gula seguni "ummi, kak fatin nak yang ni" sambil berposing dengan beg. International brand siapa yang tak nak.

I love this one very much sebab besar dan aku boleh bawa pergi kelas letak buku, coat, kain telekung, fail, pensil case, nak letak baby pun boleh. Betapa besarnya. Sebab tu aku suka! Dan multi function sebab ada tali panjang.

So pesanan di sini, kalau korang ni yang jenis gila beg macam mak aku ( aku tak gila lagi baru nak gila), jangan depends on brand sangat. Tengok harga dan buat perbandingan. Sebab mungkin kat tempat lain korang boleh dapat yang lagi murah sedangkan beg jenama yang sama, kualiti yang sama, dan original. Orang yang pro akan tahu sama ada beg itu original atau tak dengan pegang kulit beg. So jangan mudah cepat sangat nak sesuatu barang. Selagi kita boleh berjimat, jimatlah but at the same time u get what u want!

p/s: Tak ada niat nak riak, takabur, menunjuk-nunjuk atau sewaktu dengannya. Cuma nak berkongsi cerita atau maklumat kepada penggemar handbag di luar sana..:)
Pashmina kat China pun murah-murah.Diorang selalu jual guna harga lelong kalau beli banyak. Rasa macam one day kalau pergi sana nak beli barang banyak-banyak then buat bussiness kat sini :)

Lots Of Luv,
Fatin Aziz

Friday, September 21, 2012

Sperma & Ovum, Wajib Tahu

Salam..

First of all, aku tak ada niat nak burukkan atau buka aib siapa-siapa pun mahupun lelaki atau perempuan. Harap apa yang aku akan sampaikan (cewah macam penceramah) hanyalah sekadar perkongsian ilmu yang harus diketahui oleh semua orang. And one more thing, aku hanya berbicara melalui ilmu pengetahuan yang aku tahu sepanjang aku belajar. Andai ada kekhilafan harap dimaafkan...


Lets Begin...

How Human Develop




Ok. Mula-mula korang kena tahu yang lelaki memiliki sperma dan perempuan memiliki ovum. Penghasilan sperma dipanggil spermatogenesis dan penghasilan ovum dipanggil oogenesis. Apa itu spermatogenesis dan oogenesis? KLIK SINI
 Sperma di simpan di testis manakala ovum disimpan di ovary.
Sampai di sini harap korang faham.
.
.
.

Rupa sperma dan ovum korang boleh tengok di gambar atas. Sebelah kiri adalah sperma dan kanan pula ovum. Ketika melakukan persetubuhan ( bagi yang halal), sperma yang disimpan di tempat penyimpanan milik suami akan di transfer ke rahim si isteri. Disini, sperma akan masuk ke rahim isteri dengan adanya "semen" (google translate if tak tau) dan akan bertemu dengan ovum milik isteri. Dengan ini, pembentukkan janin akan berlaku (sekiranya dilakukan waktu subur) dan membesar membentuk bayi dari sebulan ke sebulan selama 9 bulan 10 hari.

Untuk mengetahui pengiraan waktu kesuburan boleh klik SINI
Pengiraan ini penting untuk golongan wanita/perempuan. Even belum kawen pun perlu tahu okay!

Andai korang masih lagi tak faham, boleh tengok video dibawah untuk menjelaskan lagi.



Jom tengok soalan yang aku dapat dari FB.


  Sekarang kita tengok feedback orang ramai.


 Ada yang tahu dan ada jugak yang tak tahu walaupun dah berkahwin. Walaupun benda ni basic je tetapi tak semua orang tahu. Before ni aku ingat benda ni semua orang tahu but im wrong. So tak salah kalau kita kongsi kan. Kalau korang nak tahu yang lebih lanjut, korang boleh cari maklumat di google. Kat sana banyak pasal human develop. :)


 Yes! Memang form 3 belajar bab reproduction. Kredit to pure science student sebab bab-bab ni ada dalam silibus korang. Apa yang aku tahu dari cikgu aku dulu, dia cakap bab-bab memang tak belajar tetapi sekarang dah masuk dalam silibus which is good for knowledge.

Walaupun sekarang aku berada dalam degree engineering tetapi aku pernah belajar dari form 3 dan bersambung di form 4&5 then belajar secara detail di asasi. Cuma degree je terlepas masuk engineering.:P

Aku bukanlah doktor mahupun geneticsist yang memang pro dalam hal ni tetapi ilmu yang aku belajar selama ni tak salah kita berkongsi kan?Lagipun benda ni basic je. Hehe
Harap korang yang berkenaan faham la sebab ni dah sehabis ringkas dah. Berjam-jam buat "research" untuk entry ni sebab takut salah atau tak faham. Sorry if terlalu banyak guna scientific name sebab blog ni public, tak nak golongan bawah umur menyalah tafsir. Korang boleh guna google translate. InsyaAllah akan membantu sebab aku dah try.

 Sampai sini je.
Thanks For Reading...


Lots Of Luv,
Fatin Aziz
The owner of this official blog.


p/s: Andai ada kesilapan harap dimaafkan dan teguran amatlah dialu-alukan. Hanya berkongsi ilmu apa yang aku tahu. If ada masalah InsyaAllah ill help you..
 

Tuesday, September 18, 2012

Korang Tidur Macam Mana?

1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala

Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.


2. Selubung seluruh badan dengan selimut
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.


3.. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala dan kaki bersilang

Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.


4. Tidur meringkuk

Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.


5. Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.


6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan

Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.


7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala

Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.


8. Tidur meringkuk di satu arah

Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.


9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa

Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu… jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?


10. Tidur meniarap

Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!





Saya, Nur Fatin Shazwani bt Aziz dengan ini tanpa segan dan silu mengaku bahawa cara tidur saya di no 7 dan 9. Mostly yang terdapat di no 9 tu sedikit sebanyak ada kena mengena dengan diri ini. Hehehe.

Yang paling tepat ialah pemboros! Memang aku pemboros tetapi bukan duit aku, duit poket ayah aku bagi. Duit aku sendiri aku simpan dalam bank ketat-ketat tanpa disentuh oleh sesiapa termasuk aku. Style tak cara boros aku??

p/s: Yang mana aku italic word tu, aku sure memang sifat aku. Bab penyibuk tu memang betul tetapi bukan secara terang-terangan. Aku akan ambil tahu pasal something melalui orang lain. Aku ni tak adalah orang tengah berborak pasal something terus aku berlari nak menyibuk gak. Dengan kawan-kawan tu normal la kan. Korang pun macam tu gak kan...dan gosip dah jadi lumrah dalam hidup setiap gadis! So kita ENJOY!!!


Korang pulak no berapa???


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Saturday, September 15, 2012

Sekiranya Sedih, Menangislah

Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.


5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.


7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.


Sebab tu kalau dalam drama mesti orang akan cakap menangislah tak payah-payah nak tahan. Buat sakit dalam hati je. Hek3 

Tapi serius aku nak cakap kalau korang rasa sedih macam nak nangis, aku nasihatkan korang menangislah sepuas-puas hati. Tu je ubat yang boleh menghilangkan kesedihan. Sebab bila korang dah berhenti menangis, korang akan rasa segar dan bersemangat. Percayalah! Jangan sesekali tahan mata daripada menangis kerana hati korang yang akan sakit disebabkan korang menahan diri daripada menangis :)


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Thursday, September 13, 2012

Amanat Penting Kepada Junior

For UPSR candidates:

Kepada adik-adik yang ambil UPSR, akak (akak you all tak aku-aku dah) nak ucapkan selamat menjawab exam. Walaupun terlambat its okay kan adik-adik. At least wish kan. Hehe. Do it your best bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. And remember UPSR slip/exam is nothing. Tak boleh beri kerja hebat pun kat adik-adik but it doesnt mean you guys dont need to take seriously. Let this will be the priceless present for your parents. INGAT!!! Kehidupan di alam persekolahan menengah more challenging and try to prepare your mental and physical!



For PMR candidates:

To all teenagers out there. REMEMBER!! Although SPM is more important, PMR will show that either you are ready or not to face the super duper SCARY exam (SPM). Kepada yang berhajat nak masuk SBP atau MRSM try to get 8 A's. By that result, you will easily get into it. But if not, dont try to do something crazy like commit suicide. It is cannot solve your problem unless you face the problem with mature.



For SPM candidates:

I know its too early for me to wish you guys good luck. Whatever it is consider this is an advice from super duper cutie senior. Ahaks! SPM amat penting. Ini akan menentukan arah tuju hidup adik-adik semua. Sekiranya tak tercapai, jangan bersedih sebab ingatlah, nasib dan rezeki semuanya kerja Allah. Ada sebab tertentu kenapa Dia tak kurniakan apa yang kita mahukan tetapi jangan pernah berhenti untuk mencapai apa yang kita inginkan kerana Allah amat menyintai umat yang berusaha dan bergantung hidup dengannya. Maka banyakkan berdoa dan berusaha okay :)



Sekiranya Allah cepat memakbulkan hajat kita, Dia sayangkan kita.

Sekiranya Dia lambat memakbulkan hajat kita, Dia sedang menguji kita.

Sekiranya Dia tidak memakbulkan hajat kita, Dia telah menyediakan rezeki yang lebih baik untuk kita...


Akhir Kata,,,,


Good Luck!!!





Lots Of Luv,
Fatin Aziz...





Tuesday, September 11, 2012

Officially A Student Of Engineering

 Ada macam engineer tak??


 
Salam readers, bloggers, people, students, mommy, daddy out there..
Now im "proudly" a student of engineering. Proud ke? Kira proud kan je la. Bukan boleh ubah dah kan. Mungkin ni jalan terbaik untuk aku sebagai hamba Allah setelah pelbagai liku, onak, duri aku tempuhi. *powernya ayat*

Bila sebut je engineering semua orang akan cakap
"Wah hebatnya ko fatin. Dapat engineering. Besar nanti jadi engineer. Gaji masyuuukkk!! Nak-nak kawen pulak dengan engineer! Cari kat aku sorang.."
Diorang pulak yang excited lebih..hhhmmm
Aku pulak dengan muka dont know senyum je. Iye kan pun tak. Menafikan pun tak. Sebabnya aku memang tak ada hati nak ambil engineering. Ni bukan cita-cita aku, bukan minat aku, and last but not least subjek yang paling aku benci kat sekolah ialah Pyhsics! Proudly to say that, Yes im the one of the haters in Physics!!:O

Spm aku teruk sebab Physic tapi tak tahu apsal kat asasi subjek ni jugak la yang bantu aku. Adakah minat terhadap Physics sudah mekar lagi mewangi lagi mengharum bak bunga mawar??.Jawapannya TIDAK.

Aku pernah cakap kat kawan aku macam ni.
" Weh aku ingat nanti degree aku nak ambil ENGINEERING la sebab ko tengok la Physic aku macam ok je dari yang lain" *sambil tunjuk kertas tutorial Physic dengan riaknya :P

Last-last ambik kau Fatin kata-kata menjadi kenyataan walaupun hati tak pernah pun berniat dan bermimpi nak ambil engineering. Mulut cakap lain, hati cakap lain. Yang mulut juga menjadi doa.




 Sumpah aku tak suka belajar benda alah ni dari dulu lagi.  :(



 Antara sebab aku tak suka engineering....

1. Engineering dengan Physics diibaratkan sahabat baik.
    Korang yang belajar fizik mesti tahu kan bab-bab elektrik segala bagai kan. Step up transformer,
    step down tranformer, heat capacity, dan bla bla bla...(jangan menafikan sebab aku budak sains!)

2. Engineering mesti lelaki.
    Bagi aku lelaki lebih macho kalau ambil bidang ni berbanding bidang sains contohnya biology, 
    geology...Lagi macho kalau pilot. (menyempat ko fatin..hehe)

3. Engineering mesti praktikal dengan litar-litar @ mesin depend dengan kos la.
    Aku lebih suka praktikal dengan benda-benda yang extreme. Habis tu litar tu tak extreme? Kalau
    tiba-tiba shocked ko jugak yang kena. Yes! I know it! Tapi aku prefer benda-benda bernyawa. 
    Manusia lagi BEST!!

4. Engineering more to calculation.
    I love maths. But sometimes i admit that im quite slow in calculation if its not involve in maths
    subject ( eg physics and chemistry)

5. Engineering is the major course in my family.
    Sepupu no satu, IT. No dua, power system engineering. No tiga pun power system engineering. No
    empat electrical engineering. No lima ( me) electrical power system engineering. (macam gabung 
    kos-kos sepupu aku je ).Semua yang ambil engineering lelaki ok aku je yang perempuan kat sini.


I cant do anything. Just keep silent and follow the fate. At the same time put extra effort.


Thats Why I Hate Engineering 
but at the same time im trying to love it slowly...


p/s: Tak kenal maka tak cinta. So kita kenal-kenal dulu lepas tu kita bercinta. Ada jodoh kita kawen. Muehehe..


Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

Saturday, September 8, 2012

Rombongan Hantar Menantu

Salam Lebaran semua. Yang keberapa aku pun tak hitung. Open house lagi ke? Jemputan kenduri ada lagi? Korang punya kenduri bila pulak? *kedip-kedip mata*. Kalau dah sampai seru tu post-post la invitation card tu kat sini. Jangan nak menyombong pulak. Biar aku je yang sombong sorang-sorang. Eh2 terover pulak. InsyaAllah aku datang kalau korang jemput. Hehehe

Ingat lagi last entry pasal kahwin? Kalau tak ingat scroll ke bawah sikit dan baca entry yang panjangnya macam karangan bm spm. Pastu korang naik balik baca entry ni pulak aka essay spm kedua. Habis je entry ni siap la paper bm spm aku. Teehhhee..

Sebelom korang tertanya-tanya biar aku jawab dulu..

Kenduri ni pada hari raya ke 6.
Di Bera, Pahang.
10 buah kereta (bukan kereta kancil tapi kereta yang boleh memuatkan 7 orang)
Hitung la sendiri berapa orang semuanya.

Malas nak taip banyak-banyak jadi dengan ini aku membiarkan anak mata anda semua yang mentafsir cerita aku..Lets begin..Jeng jeng jeng..


Kat sini ada musim Summer!! Kat tempat korang ado?? (sambil mengusap peluh di dahi)






Tak boleh main redah. Tunggu orang jemput dulu. Baru beradab bukan?


Tuan punya badan cakap dia macam Brad Pit. Anda pulak macam mana? Aku berkata "no komen". Hahaha


Brad Pit Kelate



Depan sekali ayah pengantin perempuan aka Tok Cik aku. Belakang baju merah tu pulak bakal menjadi ayah pengantin perempuan aka abah aku.:P


Ni la bakal menjadi ayah dan mak pengantin perempuan suatu hari nanti. :D



Suasana yang panas terik. Kalau dapat air oren segelas memang fffuuuhhhh terangkat.



Rombongan pengantin perempuan (motor tu interframe je lebih).


Lepas jalan mendaki bukit pulak. Kerana cinta lautan api sanggup ku renangi inikan pulak bukit.
(yang baju kelabu bukan bride ok. banyak dah yang tersalah orang)


Sedap sungguh makan sampai tak terkata. Jelas kelihatan muka sedang lapar.


Pengantin lama berangan nak jadi ala-ala pengantin baru gittuuuu..
Family kita orang ada "spiderman". Korang ada??



Spiderman Kelate. Semua gambar nak masuk. Spiderman gila glamor la katakan. Layan je la~~~


Tunggu pengantin ber Make Up.


Muka kebosanan tunggu pengantin. Nasib baik aku tak jadi pengantin terjun pergi duduk atas pelamin tu.

Selepas 30 minit
.
.
.

.
.
.
.
.


Keluar jugak....Alhamdulillah...*sambil teguk air dengan rakus*


Tak ada orang nak pegang payung. So pegang sendiri la. Excited!!! Sanggup payung diri sendiri!!


Wajah kegembiraan!!!!


Gaya baru pengantin payung diri sendiri. Salah satu resepi kebahagiaan rumah tangga. Korang cuba la nanti ek. Konfem bahagia :P


Ni baru betul!!! Tapi sepatutnya anak dara lagi manis pegang payung tu. Tu mak orang tu. Aku pulak dijadikan photographer tak bergaji. Saje kan tak nak aku masuk gambar. Tak apa nanti aku kawin semua gambar nak ada muka aku je. Kalau ada muka orang lain aku CROPPPP!!*Gaya sentapppp*


Seri pengantin gitu. Control ayu. Kalau kat rumah...anak beranak je yang tahu...


"Eh. Siapa tu abang?"


Suasana rumah pengantin lelaki...Semua muka lapar. Tak nampak dah kamera. Nampak nasi dengan gulai kawah je.





Tamat Sudehhh...
Nak next entry tak??
Tunggu next entry my official wedding day..wwwweeee!!!
(6 tahun lagi)

Thanks for reading..
:D


Lots of luv,
Fatin Aziz...

Wednesday, September 5, 2012

Saya Bukanlah Blogger Tegar

Assalamualaikum wbt...
Tengah-tengah orientasi pun sempat lagi aku update blog. Well masa itu harus dicari. Hehe..

Ye. Aku bukanlah blogger tegar yang everyday, every hour, every minute, every second kerja aku tercongok depan blog sambil jari menari-menari di keyboard, otak ligat berlari sana sini cari idea.

Selalunya aku update seminggu sekali atau seminggu dua kali atau kalau rajin seminggu tiga kali. Itu kalau rajin. Kalau malas seminggu sekali. InsyaAllah kali ni aku berazam tak akan tinggalkan blog ni bersawang, berhabuk macam tahun-tahun dulu yang memang masa tu tak ada langsung nak update blog plus aku memang seorang yang pemalas dalam bidang penulisan. Sebab tu aku tak berada dalam bidang setiausaha. Wwwweee..

  Sori kalau gambar banyak posing dengan cermin..Hehehe

p/s: entry ni pendek je sebab tak ada niat mahupun nafsu untuk berblog tetapi sebelum nak tinggal blog ni lama-lama mesti kena tinggalkan jejak untuk inform you all dulu kan..Dalam 2@3 hari lagi nanti aku akan publishkan entry "hantar menantu" tu ek..




Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

Sunday, September 2, 2012

"My" Wedding Day

Assalamualaikum WBT...
Apa khabar anda di sana? Saya di sini sihat walafiat. Tajuk bajet tak lama dah aku nak menikah. Jemput datang la ye. Kad-kad akan mula dihantar mulai bila-bila yang aku suka.Muehehe..

Haha..not my wedding day but my cousin wedding day. My wedding day next 6 years from now maybe :P 

Cousin aku yang perempuan tu bukan lelaki ok. Actually cousin mak aku tapi aku tak tahu apa pangkat dia kalau dengan aku so aku anggap cousin je la. Kalau korang nak tahu pertemuan antara lelaki dan perempuan ni diatur oleh somebody. Cousin mak aku jugak yang kenen-kenenkan dua orang. Mula-mula tak nak. Malu-malu konon tapi kalau dah jodoh tak kemana. Bercinta dengan orang lain bagai nak rak tapi kawen dengan orang lain. Cousin aku dulu bercinta dengan orang lain tau. Apa dah jadi dengam lelaki tu aku pun tak tau. But sincere from my heart this person (the groom) is much better than the old one. Seriously!!

Berlangsung pada hari raya ketiga.
Di Bachok, Kelantan..


Ni la pengantin perempuan. Kalau korang rasa dalam gambar tak cantik tapi mai sini aku nak habaq (gtau)..Kat luar dia memang cantik!!!
Kalau aku lelaki konfem-konfem aku masuk meminang la. Hak3


Tema turqouise. Tapi aku ni jenis yang pelik + aneh = baju hijau yang aku pakai. Bila ummi aku tanya..

Ummi: Kenapa tak pakai baju warna biru yang satu lagi tu??
Aku: Biar aaahhh!!! Bukan fatin pun yang nak kawen. Tema turqouise ke, kelabu tahi anjing ke, hijau lumut tepi tasik ke, hitam tahi cicak ke peduli apa. Kalau fatin kawen baru ikut tema..Hehehe :)
Tok Su : Betul2. Tok su setuju dengan kak fatin. Bukan kita yang nak kawen kan..
Ummi : -_-

Time for akad nikah :O
Sejak akhir-akhir ni aku suka ikut orang pergi akad nikah. Dulu malas sebab malas nak tunggu lama-lama. Faktor usia kot plus semangat tengok orang menikan :P

Macam mengantuk la pulak mata pengantin ni.






Dup dap dup dap..(firasat aku je la) yang pengantin tu relaks je aku tengok






Waktu ni konfem tangan pun menggeletar. Nasib baik suruh sign je kalau suruh buat essay macam mana la tulisannya ye???eeemmmm(fikir-fikirkanlah)


Kalau aku tak nak gelang, tak nak rantai, tak nak cincin tapi nak kunci kereta mercedes benz boleh..*kedip-kedip mata*

Tak berkelip mata Puteri (budak baju merah) tengok kak ngah kawen.


" betul ke kena sarung macam ni?? Pengang tangan macam ni ek??"



Waktu ni aku nampak tangan pengantin menggeletar..Yeeeeppppeeeee!! Tak payah nak cover sangat la. Memang terserlah keNERVOUSan di situ..




Cameraman: Cium lama-lama sikit. Nak ambil gambar.
( Hai mata tu tengok kat mana tu? Isteri depan mata..Hehehe)


Dalam hati "Tudung ni kacau la. Macam mana aku nak cium dahi? Dah la suruh aku cium dahi.."





Eh2 ummi aku pulak yang ada kat situ. Bagi la can anak dia...Nak jugak merasa ala-ala pengantin gitu~~~





Happy je walaupun di awal perkenalan buat-buat tak tahu :P












Bridemaid tak berbayar 1


Bridemaid tak berbayar 2
muka sedih sebab kakak dia dah di ambil orang :( 






"Makan Beradab"
Memang beradab la. Makan pun sikit je. Lepas pengantin habis makan apa lagi aku yang pergi serbu meja pengantin tu.

Habis sudeeehhhh~~~
Eh2 mana gambar bersanding? Ada dalam camera orang lain. Waktu bersanding perut aku menyanyi lagu "selamat penganti baru" so aku kena slow down volume so aku pergi la makan. Jadi tak sempat nak tangkap gambar. Habis je aku makan, pengantin turun nak makan. Habis je pengantin makan, aku pun duduk makan for second round..Hehe..Tak payah nak kutuk aku sangat la ye sebab korang pun buat benda yang sama jugak macam aku kan :D

Next entry
"hantar menantu"..
Di mana??
Bila??
Berapa ramai rombongan??
Tungguuuuu~~~~

Wassalam...
Lots Of Luv
Fatin Aziz..
 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt