Tuesday, September 18, 2012

Korang Tidur Macam Mana?

1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala

Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.


2. Selubung seluruh badan dengan selimut
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.


3.. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala dan kaki bersilang

Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.


4. Tidur meringkuk

Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.


5. Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.


6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan

Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.


7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala

Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.


8. Tidur meringkuk di satu arah

Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.


9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa

Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu… jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?


10. Tidur meniarap

Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!





Saya, Nur Fatin Shazwani bt Aziz dengan ini tanpa segan dan silu mengaku bahawa cara tidur saya di no 7 dan 9. Mostly yang terdapat di no 9 tu sedikit sebanyak ada kena mengena dengan diri ini. Hehehe.

Yang paling tepat ialah pemboros! Memang aku pemboros tetapi bukan duit aku, duit poket ayah aku bagi. Duit aku sendiri aku simpan dalam bank ketat-ketat tanpa disentuh oleh sesiapa termasuk aku. Style tak cara boros aku??

p/s: Yang mana aku italic word tu, aku sure memang sifat aku. Bab penyibuk tu memang betul tetapi bukan secara terang-terangan. Aku akan ambil tahu pasal something melalui orang lain. Aku ni tak adalah orang tengah berborak pasal something terus aku berlari nak menyibuk gak. Dengan kawan-kawan tu normal la kan. Korang pun macam tu gak kan...dan gosip dah jadi lumrah dalam hidup setiap gadis! So kita ENJOY!!!


Korang pulak no berapa???


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

18 comments :

nurul ain said...

waaa mcm betul je..huhuhu nice blog dear

fatin aziz said...

hehe..thanx sis :)

Hidayah Salle said...

yes, mcm betol =)

fatin aziz said...

thanx for reading :)

Qilah said...

0oh2.. hehe.. stuju u all.. mmg cm bt0l..

fatin aziz said...

hehe..a'a kan..mostly mcm betol..

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

hihihi...macam betul la pulak..huhuhu

violetta_deamor said...

ok..mmg mcm mngena ja dgn aq.haha..

MéuzAngelo™ XXIII said...

tidur mengiring pastu selubung dgn selimut.. kalau boleh taknak tido dlm gelap.. haha

fatin aziz said...

hehe..thanx sbb baca walaupun pnjang :)

fatin aziz said...

no berapa kah??gtau la kat aku..hek3

fatin aziz said...

hehe..bukak lampu dlm blik bgi cerah :)

Hnahdy said...

mcm betul :)

Yasmin Aris said...

Kite semua kot ! hihi >,<

fatin aziz said...

hehe..thanx for reading :)

fatin aziz said...

amboi banyaknya..hehe

wana wazm said...

Hai,sy tag awak di http://justforcontest.blogspot.com/2012/09/random-giveaway-by-wawa.html

jemput join..=)

Nasuha said...

tak tentu,,ikut keselesaan..

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt