Thursday, September 27, 2012

The New Product Of "FATIN"

.....................
(target no mukadimah)

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia (gaya ala-ala YB). Tajuk macam aku ni buat online bussiness pulak.InsyaAllah akan datang.

Yes! The new product of me. The old me adalah aku ni bukan feminin. Tomboy? Tak ada lah sangat. Kasar? Sikit-sikit je la. Kebenaraannya adalah aku tak suka dengan benda-benda feminin yang boleh menampakkan aku ni macam perempuan melayu sejati. TAKE NOTE!

Aku tak suka pakai barang kemas! ( good for my future husband ) 
Tak suka pakai make up! ( once again good for my future husband )
Tak suka pakai heel yang sampai 5 inci ketinggiannya!
Tak suka pakai skirt! ( the maxi one )
Tak suka bawa handbag ke hulu-hilir! ( save budget for hantaran )
But now....


Masih lagi tak suka barang kemas! ( untung siapa jadi suami aku )
Tak suka pakai make up! ( just compact powder and lip balm other than that NO WAY!)
Suka pakai heel tapi paling-paling pun 3 inci je ( more to wedges )
Sekarang dah ada 2 maxi skirt in my collection! ( perubahan berlaku )
Handbag is my BFF! ( kena spent duit banyak for hantaran :P )


See? Mak borek anak pun rintik la sikit-sikit.

Ni kes ikut tabiat mak aku la ni. Mak aku memang suka shopping handbag. Every year mesti akan beli. Special for hari raya. Kalau hari-hari lain andai kata berkenan rembat satu. Aku pun fikir la apsal mak aku suka sangat dengan handbag ni. Padahal satu handbag ni boleh beli 3@4 helai baju. Better beli baju kan?

Tahun ni adalah tahun perubahan untuk aku. Motif? Mak aku dah mula menjinakkan aku ke alam perempuan melayu terakhir. Ajar aku pakai skirt. Pergi kelas selalukan pakai baju kurung. Nak keluar pergi mana-mana bawa handbag. Pergi jalan-jalan pastikan pakai kasut, kalau wedges lagi bagos untuk nampak tinggi. Lips balm tu pakai bagi bibir tak pucat ( nasib baik tak lipstick ) dan bla bla bla...

Bak kata pepatah sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Kan dah berlaku transformation. Dah macam dalam princess diaries. Kena transform everything from up to toe. 



Yang warna hitam tu my 1st handbag. Boleh dikatakan first la sebab guna for outing. Yang lain banyak guna buat gi kelas and semua tu just yang biasa-biasa je. Aku guna buat gi jalan-jalan memandangkan beg ni disediakan tali panjang. Multi function.

2nd one yang kat bawah. Beli waktu sale kat sogo. Below than hundred. Sogo kalau dah buat sale memang akan buat sepenuh hati. Jenama Valentino Creations. Beg ni pulak guna buat pergi kelas. Vogue tak? Sebenarnya malu gak nak bawa beg ni pergi kelas tapi bila difikirkan beg ni bukanlah semahal jenama so biarlah. Aku beli dalam RM50.++ Murah tak? Murah la. Barang jenama kot and 100% original.


Dan ayah aku beli handbag baru dari China....

"Jimmy Choo"
Bangga aku dengan orang Malaysia yang ukir nama kat negara orang. Jangan buat muka terkejut. Brand ni memang mahal kat sini tetapi teramat murah kat indonesia dan China. China kan terkenal dengan beg kulit so murah la. Kalau korang minat jenama ni apa kata korang pergi China atau Indon semata-mata nak beg. :P

Kalau kat sini nak beli jenama ni pastikan RM1000 dalam tangan anda. Tetapi kat luar especially China and Indonesia, korang just perlukan RM100 pastu top up sikit-sikit dapat beli beg branded.Betul! Tak tipu!

Mula-mula ayah aku bawa balik beg ni dalam hati aku cakap
" Beg apa macam ni? Tak ada taste betol la abah aku ni. " sambil muncung mulut.
Tapi sekali tengok jenama terus aku melompat-lompat masuk bilik mak aku dengan muka riang macam kanak-kanak baru dapat gula-gula seguni "ummi, kak fatin nak yang ni" sambil berposing dengan beg. International brand siapa yang tak nak.

I love this one very much sebab besar dan aku boleh bawa pergi kelas letak buku, coat, kain telekung, fail, pensil case, nak letak baby pun boleh. Betapa besarnya. Sebab tu aku suka! Dan multi function sebab ada tali panjang.

So pesanan di sini, kalau korang ni yang jenis gila beg macam mak aku ( aku tak gila lagi baru nak gila), jangan depends on brand sangat. Tengok harga dan buat perbandingan. Sebab mungkin kat tempat lain korang boleh dapat yang lagi murah sedangkan beg jenama yang sama, kualiti yang sama, dan original. Orang yang pro akan tahu sama ada beg itu original atau tak dengan pegang kulit beg. So jangan mudah cepat sangat nak sesuatu barang. Selagi kita boleh berjimat, jimatlah but at the same time u get what u want!

p/s: Tak ada niat nak riak, takabur, menunjuk-nunjuk atau sewaktu dengannya. Cuma nak berkongsi cerita atau maklumat kepada penggemar handbag di luar sana..:)
Pashmina kat China pun murah-murah.Diorang selalu jual guna harga lelong kalau beli banyak. Rasa macam one day kalau pergi sana nak beli barang banyak-banyak then buat bussiness kat sini :)

Lots Of Luv,
Fatin Aziz

3 comments :

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

cantik bag jimmy choo 2... huhu jeles... Ahlam pn suka shopping bag n kasut.. pntg tgok kdai kasut n bag mst singgah tgok2 wlaupn xbeli...huhuhu

fatin aziz said...

thanx..sma la kita..kaki shopping..hehe

zaimzero said...

ok i follow u follow me back hehe-http://zaimzero.blogspot.com/2012/07/minuman-kolagen-el-marino-hot-hot-hot.html

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt