Wednesday, October 31, 2012

Vlogging And Blogging. Which One Is Better?

Assalamualaikum WBT....
Apa tu vlogger??Apa tu blogger?? Ramai yang keliru but its okay. Tak masuk UPSR,PMR, SPM, STPM, exam SEMESTER pun dijamin tak masuk..

APA ITU VLOGGER???
Vlogger tu adalah orang yang suka buat video. Ala-ala Matlutfi, Anwar Hadi dan Maria Elena.


APA ITU BLOGGER???
Blogger tu plak adalah pemilik blog yang mempunyai blog sendiri. Contoh, Fatin Liyana, Hanis Zalikha dan Irine Nadia Marcello.


BEST TAK VLOG???
Depends pada individu. Bagi yang malas nak menulis atau menaip diorang prefer vlog. Korang perlu sampaikan everything melalui lisan.

BEST TAK BLOG???
Memandangkan aku sendiri ada blog of course la best. Sebab tak perlu beraksi depan kamera. Tak perlu pakai cantik-cantik. Tak perlu make-up2. Pakai baju tido pun boleh tulis blog.

KEBURUKKAN VLOG???
Eeeemmmm...Ntah...Mungkin orang akan label sebagai GEDIK, POYO, OVER atau BAJET.

KEBURUKKAN BLOG???
Penyampaian kepada orang ramai MUNGKIN disalah tafsir. Lain yang nak disampaikan, lain pulak yang orang faham. Kemudian kecoh satu Malaysia.

KEBAIKKAN VLOG???
Penyampaian lebih teratur. Lebih faham. Lebih teliti.

KEBAIKKAN BLOG???
Menjana minda ke arah Bahasa Melayu yang betol....KOT..:P

BANYAK TAK MASA DIGUNAKAN UNTUK VLOGGING???
Sebagai yang tak pernah ber-vlogging, aku tak sure tapi rasanya banyak masa diperlukan untuk buat video. (Dari apa yang aku tengok melalui video Matlutfi)

BANYAK TAK MASA DIGUNAKAN UNTUK BLOGGING???
Kalau korang dah tau apa yang nak ditulis, jawapannya sekejap je. Tapi kalau korang baru nak cari idea nak menulis agak lama la masa korang perlukan untuk siapkan satu entry.


MANA LEBIH FAMOUS??? VLOGGER ATAU BLOGGER???
Dua-dua boleh jadi famous kalau betul pada tempat dan waktu. Sebagai bukti siapa tak kenal Matlutfi, Anwar Hadi, Maria Elena, Fatin Liyana, Hanis Zalikha dan Irine Nadia Marcello. Kecuali orang yang memang tak berkecimpung dalam dunia alam maya la...




Itu je yang boleh aku explain. Ringkas dan tak terlalu padat and for sure korang faham kan sebab bahasa melayu kot. CINTAILAH BAHASA KITA!!!* tetiba je*



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Monday, October 29, 2012

Reddish Girl



Salam my beloved readers.*ada ke yang baca blog kau fatin*
Masa berganti masa. Usia berganti usia. Ketinggian je yang tak berganti-ganti sampai sekarang. Haha..

Tak ada modal nak story mory so just a short entry untuk tidak membiarkan pembaca-pembaca tegar aku tertunggu-tunggu entry dari aku yang cun melecun ni * bajet kau fatin!!*
Akumengarutsudahhhh..

Dulu waktu asasi dulu, roomate aku selalu tanya "fatin, ko memang suka warna merah ke?" Aku dengan megahnya bercakap " mana ada. tak suka pun merah tapi kebetulan je baju banyak warna merah"
Tapi sekarang baru aku sedar yang aku sebenarnya suka jugak warna merah. Aku avoid daripada suka warna merah sebab orang cakap individu yang suka warna merah ni berpendirian tegas. Aku tak nak!! Aku nak jadi sweet. Tapi bukan pinky girl walaupun baju pink berduyun-duyun dalam almari aku. Tapi bila aku tengok gambar-gambar aku pakai baju warna merah rasa macam cun la pulak. Ahaks!

Aku suka tengok orang yang pakai baju warna merah. Nampak menyerlah dan nampak berkeyakinan. Buktinya, dia tetap maintain walaupun tau ramai yang perhatikan termasuklah lembu. Merah la katakan. Tambah-tambah kalau orang yang berkulit putih. Lagi la MELETUP! Lelaki pakai baju merah lagi la cair. Plus bila berdiri di tengah-tengah panas..Waaahhhh...
*Eh3 terlebih sudah...*

Cer tenung sikit ciri-ciri orang yang suka warna merah ni
.
.
.
.
.
 .
.


Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.
Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah
# Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.

# Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.


 MERAH : Merupakan warna kekuatan, kesihatan dan daya hidup yang tinggi. Merah selalunya merupakan pilihan golongan yang aggresif dan outgoing. Mereka yang menggemarkan warna merah juga adalah seorang yang bercita-cita tinggi, nekad untuk mendapatkan apa yang mereka mampu dalam hidup ini, mudah menghakimi sikap seseorang dan berat sebelah. Mereka juga adalah seorang yang optimistik dan tidak boleh duduk diam. Mereka sukar untuk menjadi seorang yang berobjektif dan gemar menyalahkan orang lain atas kesalahan yang dilakukan. Seorang pendiam yang menggemarkan warna merah pula memerlukan kasih sayang dari orang sekeliling. 

Ni je yang aku jumpa sepanjang aku meng-google. Ada yang betul ada yang TIDAK!! Especially yang aktif, agresif dan penuh ghairah..haha..Tolongla~~~~Itu bukan aku..

Ok lah tu je yang aku nak merepek. Bila cuti midsem seminggu blogging la aktivitinya. Test yang menunggu tak dihiraukan. Hek3..


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Saturday, October 27, 2012

November Is Coming

Glad to see you November..Hehe
Pejam celik pejam celik dah 2 bulan aku bergelar degree student. Dan berharap pejam celik pejam celik aku bergelar Ir. suatu hari nanti. Amin..Doakan ek.

Segala pahit manis aku lalui sepanjang bergelar pelajar universiti sejak di asasi sehinggalah masuk degree. Macam-macam dugaan aku lalui selepas SPM. Banyak air mata aku mengalir dengan result SPM yang tak penuhi target aku. Dengan UPU aku tak dapat mana-mana waktu lepas SPM. Masuk U pulak jadi culture shocked. Homesick je memanjang. Dan sekarang Tuhan permudahkan aku masuk U dengan dapat UPU first intake tapi course pulak yang aku tak suka which is engineering. Yang tak pernah langsung aku harapkan dan idamkan.
.
.
.
.
.

And after 2 months everthing going smooth. Syukur Alhamdulillah. Betullah Allah knows the best for me. Midsem test pun quite ok. Yes im admit, test was quite hard but Alhamdulillah i can go through it although this is not what i want. Hope i can get a good result. Kawan-kawan pun best, housemates and roomate pun best. Totally im happy with my new life. Totally im happy with the life as an engineering student. Totally im fall in love with engineering and totally im proud if one day my name will become " Ir. Nur Fatin Shazwani bt Aziz". Amin amin amin....

Dulu aku selalu bayangkan yang suatu hari nanti nama aku akan jadi Dr Fatin but now i hope my name will be Ir. Fatin. Jujur sebelum ni aku tak tau apa function orang yang ada gelaran Ir kat depan nama. Nampak tak betapa aku bencikan engineering aka engineer sampai benda alah ni pun aku tak tau but now barulah aku tau bila roomate aku explain satu per satu apa tu Ir. :P

 Mula-mula aku tak bangga if aku dapat gelaran tu tetapi sekarang aku mengharapkan lepas je grad aku akan jadi engineer bukan benda lain selain daripada ni. Tengok tak betapa aku terlalu bencikan bidang ni tetapi sekarang ni aku betul-betul fall in love with it although not 100% yet.

So kepada semua pelajar-pelajar SPM, do your best. Apa-apa pun berdoa. INGAT. "Jalan hidup kita yang pilih. Tetapi Allah yang tentukan." Jangan bersedih dengan jalan Allah kerana Allah mengambil benda yang bukan baik untuk kita sebab Dia nak berikan benda baik untuk kita yang kita sendiri tak pernah harapkan. Dan aku mengharap Allah SWT mempermudahkan segala urusan aku dalam hidup. Dia dah "tarik" cita-cita aku walaupun aku dah berada di jalan yang betul iaitu "sains hayat" dan aku berharap Dia akan memberikan sesuatu yang lebih baik daripada cita-cita aku yang pernah menjadi impian aku. Berdoa lah semoga hidup kita diberkati...Amin..

Good Luck to all SPM candidates. Do your best! Dont ever think about the failure because everyone can succeed! InsyaAllah....dan jangan sedih dengan jalan Allah...
From super duper cutie senior.. :P


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Tuesday, October 23, 2012

Midsem Break Bermula!!!!

Salam to all readers.
Now my midsem break dah bermula..Jeles pada orang yang cuti awal dulu daripada aku tapi aku berbangga sebab cuti aku hampir 2 minggu. Hampir ye. Bukan sharp 2 minggu. Hehe. Mula-mula seminggu je tetapi disebabkan jasa baik hati mulia lecturer, dia batalkan kelas untuk esok yang sepatutnya aku ada kelas sejam. Waarrrrggghhh!!! Heavennya belajar kat universiti ni senang-senang je kelas cancel tapi kalau bab nak catch up silibus, aku FAILED!

Walaupun cuti 1 minggu setengah tapi aku balik raya 3 hari je :( so dalam otak aku cell-cell neuron bergerak kiri dan kanan mencari idea ape aku nak buat sepanjang cuti ni. 1 paper core yang menunggu after break langsung aku tak pedulikan. Hahaha.

Setelah berfikir sejenak, aku pun menyatakan hasrat aku kepada ummi ku ( baru lepas test BM, ayat tak leh blah). Aku nak beli novel dalam dua, tiga, empat rasanya dua cukup kot. Bajet boleh habis semua la tu~~~

So kepada korang yang kat luar sana tolong gtau aku novel apa yang best lagi meletup sekarang ni. Maklumlah sejak start degree dah lama aku tak bertapa kat popular. Nak tunggu baucer buku entah bila dapat. Nak tunggu siswa kad, cakap lepas sebulan masuk degree baru dapat. Tapi sebenarnya bila dah 2nd year. Buat penat aku satu kelas pergi buat muka seposen mintak kad.

Kepada semua yang diluar sana tidak kira kenal atau tidak. Selamat hari raya Aidiladha!!! Esok aku balik kampung...Yeay!!!
K bye~~~

Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

Wednesday, October 17, 2012

Tambah Wishlist



 Assalamualaikum WBT
Tiba-tiba je rasa nak tambah wishlist. Weekend hari tu pergi Langkawi sebab abah ada dinner so ikut la dua kaki kalau sekaki tak ikut sebab susah nak jalan.
Then nampak la sorang budak ni pegang teddy bear yang besar sangat. Adalah lebih kurang tinggi aku. Hek3..
Terus teruja kot. Nak jugak!!!

Balik je terus update wishlist kat blog mana la tau ada orang baik hati nak hadiahkan kat aku memandangkan birthday aku hanya tinggal berapa bulan je lagi. Kawan-kawan aku kat sini semua dah gtau nak prank aku . Bagos sungguh kawan! Cakap siap-siap. Hehehe



Nampak tak wishlist terbaru aku? Siapa tak nampak aku ketuk kepala tu. Antara banyak-banyak wishlist aku tu yang paling aku nak teddy bear. Sebab???
Bila aku dapat teddy bear tu secara automatik yang lain aku dapat. Nak aku explain?

Dah lama aku mintak kat parents tapi diorang tak bagi. Tak tahu kenapa sebab aku nak beli teddy bear lain bagi je cuma yang besar gedabak je tak bagi even dari kecik lagi nak. So bila ada orang bagi mesti yang special one kan? Hehe. So bila special one yang bagi, secara automatik wishlist kelima dapat. Then semangat nak belajar datang so wishlist keempat dapat. Ada jodoh wishlist kedua dan ketujuh sebagai hantaran :P

Bagos tak bajet hidup aku??
Kbye~~~


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Sunday, October 14, 2012

Total Pageviews Aku Hilang!!!!

Korang tolong aku!!! Even aku tau benda ni tak adalah penting sangat tapi........wwwuuuuaaa!!!
Penat aku kumpul total views banyak sampai 4000 lebih..Sedih weiiii..Tolongla!!!




Aku buka pagi ni tengok-tengok ada 5 orang je yang masuk blog aku. Semua "pelawat-pelawat" aku hilang serta-merta. Kenapa ni???Wwwuuuuaaaa!!!!





Semua kosong kot. Semalam banyak je tengok. Ni nak wat magik ke apa?




T_T
Korang tolong aku pleasssseeeee..
Pernah tak jadi kat korang??
Kalau pernah korang buat macam mana bagi total visit tu back to normal...
Share kat sini pleaaasseeee...

Friday, October 12, 2012

Habis Duit Untuk Kulit

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Wah3 ada bakat jadi YB ni. Hehehe

Penting ke penjagaan kulit ni? Jawapannya yang pakar sahaja boleh jawab. For sure diorang akan cakap mestilah penting dan tazkirah bla bla bla akan bermula pasal penjagaan kulit especially yang ambil lewa pasal benda ni macam aku.

Memandangkan sekarang aku tengah belajar dan terpaksa mengadap matahari yang terik atas kepala sebab kena berulang-alik pergi kelas, muka berminyak dah menjadi perkara biasa. Disebabkan kelas aku yang kejap kat utara kejap kat selatan ditambah dengan kena meredah cahaya matahari yang terik (ayat orang power bm), mestilah makin hitam. Kalau original ok tetapi kalau sunburn tak okay!

So pergi la Watson mencari sesuatu yang boleh menghilangkan sunburn. Apa lagi kalau bukan SUNBLOCK. Before ni aku bukan tau pun apa sunblock, yang aku tau block-block kat hostel aku. Betapa tak nakkan sunburn sanggup cari sunblock yang harga macam nak beli baju sehelai.

Ni la Sunblock yang aku beli. Mana la aku pandai beli benda-benda alah ni. Nasib baik tengok kat iklan plus pernah tengok kat blog orang pasal Sunblock jenama ni so tak adalah macam rusa masuk kampung sangat sampai tak tau nak beli yang mana satu. Hek3.
Harga RM30.52.

Mahal kan? Bagi orang yang tak pernah pakai sunblock. Bagi yang pernah pakai, dia akan cakap normal sebab memang sunblock mahal. Dah la kecik, kalau besar berbaloi jugak aku beli. Kalau lepas ni muka aku sunburn jugak, aku buat sunblock sendiri lepas tu jual. Boleh tambah income. (Angan-angan minah jenin)

Lepas tu tiba-tiba terlintas nak beli cuci muka yang mini punya sebab senang nak bawa pergi kelas. Korang jangan nak kutuk-kutuk aku sebab korang tak tau kelas aku macam mana. Dari pukul 8 pagi sampai pukul 7 malam. Packed yang teramat sangat. So memang takkan sempat nak balik hostel. Solat, makan semua kat fakulti.

 Maka dengan itu haruslah aku menyediakan cuci muka dalam beg. Muka aku ni jenis yang cepat sangat berminyak dan gatal-gatal kalau tak basuh. Kepada girls kat luar sana aku suggest korang beli la satu yang mini punya. Senang untuk korang nak bawa pergi mana-mana. Yang besar simpan kat bilik je.
Cuci muka mini ni murah je.
RM5.50
Harga mampu milik :P



Lots Of Luv,
Fatin Aziz..


Tuesday, October 9, 2012

Perlukah Ada Rasa Benci

 Siapa yang suka belajar matematik angkat leher! Semua tak boleh angkat kan so semua tak minat matematik la kan. Hehehe. 
Kenapa kita fikir matematik itu susah?
Sebab setiap benda apabila kita fikirkan susah ia akan menjadi susah dan sekiranya kita fikirkan ia mudah InsyaAllah akan menjadi mudah.


 Tengok gambar ni pun macam nak pancung leher. Dah macam tulisan korea atau jepun. Sebab tu kalau ada orang genius matematik bukan main lagi disanjung tinggi. Bukan senang nak selesaikan equation yang entah apa-apa ni.

Percaya atau tidak, believe me or not yang tuan punya belog ini juga tidak suka akan matematik TETAPI matematik lah yang dapat skor tinggi sejak sekolah rendah. Bila masuk U rasa bengong di situ sebab buat soalan 1 tak dapat jawapan, soalan 2 tak dapat jawapan, soalan 3 pun tak dapat jawapan, sampai soalan 4 terus tutup buku then tidur. Ye dak? Mesti korang pun buat macam tu kan.

Tetapi bila dapat solve soalan yang susah, rasa macam kepuasan di situ. Rasa macam nak bagitahu satu Malaysia yang aku dapat selesai soalan matematik. Am I right?

Antara tips yang boleh dikongsi untuk mudah dan seronok belajar matematik
 

1. Jangan gunakan kalkulator semasa membuat latihan Matematik.
Dengan menggunakan kalkulator menyebabkan anda tidak dapat mengingati sifir dengan baik, kurang cekap mengira , mendarab, membahagi nombor2, malah tidak tahu meletak titik perpuluhan apabila operasi Matematik tersebut menggunakan nombor2 perpuluhan.


2. Selalu bertanyakan kawan, guru atau sesiapa sahaja yang boleh membantu kita menyelesaikan masalah dalam pembelajaran Matematik. (SETUJU)

3. Jangan bertangguh apabila anda tidak faham kaedah penyelesaian atau operasinya. Usahakan berkali-kali tanpa jemu sehingga anda dapat memahaminya. Kalau tidak anda akan lebih tertekan apabila guru anda mula beralih kepada topik yang lain, dan masalah dalam pembelajaran Matematik menjadi semakin banyak untuk diseselaikan. (SETUJU)

4. Memahami Konsep Matematik. Apabila pelajar dapat memahami konsep dengan jelas semua penyelesaian Matematik menjadi mudah. Rujuk kepada guru anda bagaimana hendak memahami konsep pada setiap topik yang anda pelajari.

5. "Workout" sekurang-kurangnya 20 hingga 30 soalan sehari mana-mana soalan / topik yang anda kenalpasti yang menjadi masalah kepada anda selama ini. Jika anda berjaya menjawab lebih daripada 3/4 atau betul sekurang-kurangnya 8 daripada 10 daripada soalan-soalan tersebut, anda berjaya. Kalau tak, anda seharusnya mengulangi semula latihan tersebut sehingga berjaya. Cuba dan cuba lagi. (SETUJU)

6. Jangan "give-up". Berputus asa akan menjadikan pembelajaran Matematik anda semakin teruk prestasinya. Matematik adalah satu subjek yang menarik tapi mencabar. Hanya orang yang sanggup menempuh cabaran sahaja yang akan berjaya. (SETUJU)

7. Ulangkaji berterusan. Ualngkaji secara berterusan akan membantu anda mengingati formula, menemukan anda dengan kepelbagaian kaedah dan akan merangsang minat anda untuk belajar Matematik.

8. Mengajar orang lain. Apabila anda memahami sesuatu operasi penyelesaian Matematik, walau semudah mana pun, cuba ajarkannya kepada orng lain. Dengan mengajar kepada orang lain akan menambah ingatan anda dan meningkatkan kemahiran dalam Matematik.(SETUJU)

9. Matematik menajamkan minda. Apabila anda mengulangkaji sesuatu pelajaran dan rasa mengantuk, kembali kepada latihan Matematik untuk seketika, dan teruskan semula belajar matapelajaran tersebut. Latihan Matematik boleh menajamkan minda anda, jadi selang selikan ulangkaji anda dengan jadual belajar yang efektif. Setiap orang mempunyai gaya belajar dan pelbagai kecerdasan.

10. Yakin, anda bijak Matematik! Apabila anda mengamalkan tip-tips di atas, insyaAllah kemahiran anda dalam Matematik akan bertambah. Ini akan membuatkan anda semakin yakin kerana prestasi Matematik anda didapati meningkat dari semasa kesemasa. Yakin lah, anda boleh!

"PRACTICE MAKES PERFECT"
  

Macam mana? Rasa semangat tak, nak belajar matematik? Kalau tak bersemangat jugak tu tak dapat lah nak bantu sebab tak ambil kos kaunseling. Saya budak jurutera. Kalau nak suruh baiki otak boleh kot. Ahaks!
Perkataan (SETUJU) kat hujung tu menunjukkan perkara yang aku selalu buat. Nak kata pro matematik tu tak lah sebab tunggang langgang jugak result matematik kat U ni. Sekadar berkongsi panduan dengan kawan-kawan hasil daripada google. 
Ni apa yang aku belajar. Saja snap gambar terbalik tak nak korang tengok jalan kira. Nanti ada yang pro matematik tengok, malu. Hehehe.


Engineer bukan cita-citaku, tetapi ini bidangku.
Physics bukan minatku, tetapi ini pelajaranku.
Matematik bukan kemahiranku, tetapi ini kelebihanku.
"Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui yang terbaik untuk kita"

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Saturday, October 6, 2012

Perempuan Memang Begini

Salam everyone.
Tengah sibuk print lecture notes, take a few minutes to update new entry then continue my duty back.
Nothing to be story just wanna to talk about girly things. Hehehe.

Since Im getting older, ( oh no i hate this!) I found that myself getting mature than before. Not too much. Just a little.

Bukti yang aku dah berubah 80% menjadi ala-ala perempuan sejati.

Semua ni benda yang aku akan bawa pergi mana sahaja. Especially jam, compact powder, perfume and purse. Yang lain cuma perlu ada dalam genggaman. Kalau tak ada, as soon as possible akan pergi beli.

Yang membezakan aku dengan orang lain ialah, kalau orang tu guna brand Silky Girl, semua benda akan beli brand yang sama. Tetapi aku TIDAK. Aku membeli ikut suka hati jantung limpa aku. Kalau compact powder, aku suka guna Silky Girl and same with perfume. Kalau lips balm, aku prefer Maybelline sebab tone warna ikut warna bibir. Tak terang sangat dan tak pudar sangat. Still boleh nampak yang korang pakai balm. Kalau jenama lain over tahap melampau, pakai sikit dah macam calit dakwat merah.

Shampoo pulak aku guna Rejoice tetapi perapi aku guna Sunsilk. Nampak tak betapa aku ni jenis membeli ikut suka hati jantung limpa aku?

Cuma cuci muka je aku guna Olay dan day cream pun Olay. TETAPI (ada jugak tetapi ni) untuk toner dan lotion malam aku guna Oxy. That's Me!!

Apa-apa pun Alhamdulillah sebab buat masa ni tak ada side effect la lagi. Aku pernah guna set Oxy and this product suits to my skin. Olay pun sama. Disebabkan nak beli satu set Olay memakan belanja yang melampau-lampau memandangkan aku belum bersuami so jimat-jimat la sikit. Ahaks! Jadi aku gabungkan lah dua brand ni menjadi satu. Major product tetap Olay, yang minor-minor aku beli Oxy sebab murah sikit. Haruslah planning dalam berbelanja. Barulah maju hidup!



"Aku adalah aku"
Tak perlu jadi orang lain sebab diri kita cuma ada satu dalam dunia.

p/s: Sambung print notes!!!

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Friday, October 5, 2012

Lisa Surihani Cari Peminat


Dah tengok cerita SAM (Saya Amat Mencintaimu)?  Cerita ni best sangat ditambah-tambah dengan pelakon yang bijak lagi cantik, Lisa Surihani. Walaupun pengarah muda tetapi impak yang diberi cukup mengancam.

Siapa yang belum tengok lagi cepat-cepat tengok kat SINI
Lisa pun ajak korang tengok sama-sama dengan dia.
Seriously best sangat! Tak akan menyesal...

Nak tengok filem lain? Klik Sini

Thursday, October 4, 2012

Saya Suka Dutch Lady Chocolate

Korang suka susu? Kalau suka mesti korang suka susu Dutch Lady kan?
New chocolate Dutch Lady memang sedap. Dah try? Kalau belum boleh try boleh ke sini Klik

Sambil minum korang boleh main games jugak.  "Ezy Mix Party". Dapat baucar pulak tu. Jom main game ramai-ramai dan kumpul baucar banyak-banyak. Just main game, income jadi masyuk!!!



Nak tahu cara main game???
Jom ke sini
.
.
.
.

Fatin + Cermin = Normal

Aku dan cermin tak dapat dipisahkan. Tanpa cermin siapalah aku. Tanpa aku, tak laku lah cermin kat kedai-kedai kat Malaysia ni.  Kerana aku peminat tegar kepada cermin. Muehehehe

Disebabkan blog ni kian membuat sarangnya sendiri, terpaksalah aku update entry baru supaya tak berhabuk. Maklumlah busy dengan assignment, tutorial, video lakonan, presentation, ulasan filem and so on selagi aku belum graduate. Penatnya tak boleh explain cuma boleh dirasai sendiri.

Cer tengok gambar-gambar aku kat bawah ni
(tengok je jangan nak complain)


Bergaya dengan cermin adalah hobiku
Menjual cermin adalah cita-citaku.
Rumah cermin adalah impianku.



Cermin adalah teman kamceng aku.
Cermin adalah boyfriend aku.
Tetapi cermin bukan suami aku sebab aku masih lagi waras!



Again with mirror!
Im not a pinky girl! TAKE NOTE!


Kalau lah cermin tu boleh bercakap, bergerak, berlari, BERGOSIP, dah lama aku bawa dia ke hulu ke hilir. Tetapi kalau korang nak tahu, cermin ni banyak kegunaannya selain tangkap gambar dan tilik jerawat.

Cermin boleh bantu korang untuk improve korang punya expression bila bercakap.So kalau korang tengok macam buruk je gaya korang bercakap for sure boleh ubah. Cermin juga boleh bantu korang improve your proficiency in english. Korang cakap je depan cermin sepuas-puasnya. Tak akan ada orang komplen mahupun gelakkan korang if tersalah sebut word. Last but not least cermin jugak boleh buat tempat korang lepaskan tekanan. Andai kata korang tertekan luahkan kat cermin and sure cermin takkan balas balik :P 
Tapi jangan selalu sangat takut tak pasal-pasal korang masuk wad gila. Aku tak nak bertanggungjawab. Muehehe.


p/s: Orang dah mula perasan yang gambar aku banyak dengan cermin tapi AAK ( ada aku kisah!) As long as im happy with my life why not? Hehehe.


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...
 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt