Friday, October 12, 2012

Habis Duit Untuk Kulit

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Wah3 ada bakat jadi YB ni. Hehehe

Penting ke penjagaan kulit ni? Jawapannya yang pakar sahaja boleh jawab. For sure diorang akan cakap mestilah penting dan tazkirah bla bla bla akan bermula pasal penjagaan kulit especially yang ambil lewa pasal benda ni macam aku.

Memandangkan sekarang aku tengah belajar dan terpaksa mengadap matahari yang terik atas kepala sebab kena berulang-alik pergi kelas, muka berminyak dah menjadi perkara biasa. Disebabkan kelas aku yang kejap kat utara kejap kat selatan ditambah dengan kena meredah cahaya matahari yang terik (ayat orang power bm), mestilah makin hitam. Kalau original ok tetapi kalau sunburn tak okay!

So pergi la Watson mencari sesuatu yang boleh menghilangkan sunburn. Apa lagi kalau bukan SUNBLOCK. Before ni aku bukan tau pun apa sunblock, yang aku tau block-block kat hostel aku. Betapa tak nakkan sunburn sanggup cari sunblock yang harga macam nak beli baju sehelai.

Ni la Sunblock yang aku beli. Mana la aku pandai beli benda-benda alah ni. Nasib baik tengok kat iklan plus pernah tengok kat blog orang pasal Sunblock jenama ni so tak adalah macam rusa masuk kampung sangat sampai tak tau nak beli yang mana satu. Hek3.
Harga RM30.52.

Mahal kan? Bagi orang yang tak pernah pakai sunblock. Bagi yang pernah pakai, dia akan cakap normal sebab memang sunblock mahal. Dah la kecik, kalau besar berbaloi jugak aku beli. Kalau lepas ni muka aku sunburn jugak, aku buat sunblock sendiri lepas tu jual. Boleh tambah income. (Angan-angan minah jenin)

Lepas tu tiba-tiba terlintas nak beli cuci muka yang mini punya sebab senang nak bawa pergi kelas. Korang jangan nak kutuk-kutuk aku sebab korang tak tau kelas aku macam mana. Dari pukul 8 pagi sampai pukul 7 malam. Packed yang teramat sangat. So memang takkan sempat nak balik hostel. Solat, makan semua kat fakulti.

 Maka dengan itu haruslah aku menyediakan cuci muka dalam beg. Muka aku ni jenis yang cepat sangat berminyak dan gatal-gatal kalau tak basuh. Kepada girls kat luar sana aku suggest korang beli la satu yang mini punya. Senang untuk korang nak bawa pergi mana-mana. Yang besar simpan kat bilik je.
Cuci muka mini ni murah je.
RM5.50
Harga mampu milik :P



Lots Of Luv,
Fatin Aziz..


5 comments :

Terserah lu ajalah said...

hay bloge nnya sudah saya follow tuh janganlupa foll back ya dan coment juga di
http://mbingboo29.blogspot.com/2012/09/otik-welcome-to-otik-4-tahun-2012.html

fatin aziz said...

thanks for your follow!!!

ifnirsweet said...

ifnir pkai safi je,alhamdulillah serasi :)

fatin aziz said...

apa2 pun xpe asalkan sesuai dgn kulit..huhu

Hnahdy said...

biasalah..huhu nasib x pandai makeup kalau yang suka makeup segala macam nak beli..huhu

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt