Friday, November 30, 2012

Blogger Masuk Dapur

Tiba-tiba aku ditinggalkan seorang diri di rumah yang tersergam indah itu. ^_^
So, perut aku ni lapar tahap dewa. Aku pun masuk la dapur, dengan niat yang suci lagi murni nak kelentang kelentung kan dapur. Mula ingat nak masak nasi dengan lauk-lauk sikit.
Barang-barang semua dah dikeluarkan...

Tiba-tiba....

Aku terfikir, kalau aku masak lauk mesti tak habis sebab malam tak ada siapa pun nak makan. So aku pun decide nak masak western sebab senang, ringkas dan boleh makan untuk seorang. Mula-mula selongkar fridge, nampak daging. Terus pikir nak wat steak la..

Tetapi...

Daging tu kan keras lagi. Kena tunggu lama. CANCEL!!! Perut dah berkeroncong. Selongkar lagi peti ais yang boleh memuatkan aku dari hujung rambut hingga hujung kaki, then jumpa ayam. Hhhmmmm.. much better. Tak payah tunggu lama sangat.

So aku pun mula nak masak...TETAPI dapur buat hal. Kena guna lighter. Mana la aku pandai guna. Aku takut jari aku terbakar. *alasan tak boleh blah* Korang nak kutuk, kutuk la aku terima T_T

Setelah cuba dan mencuba finally dapur dapat dinyalakan. Yeay!
Siapa kata study je susah. Nak masak pun susah tau. Betakung peluh aku satu dapur. Wahaha..

GRILLED CHICKEN WITH MASHED POTATO

Indah khabar dari rupa... :(
Mashed potato macam pucat kan? Tapi biar la at least perut aku kenyang.

Aku makan sedap gila. Nampak tak betapa aku promote air tangan sendiri. :P
Siapa kata gadis modern tak boleh masak?
Boleh la masak tapi antara sedap dengan tak sedap. Wakaka..
Aku punya kategori tak sedap so jangan nak suruh aku masak ye kawan-kawanku. Hekhekhek

Korang jangan ingat aku ni asyik mengadap lappy dengan litar elektrik 24 jam je.
Dapur pun aku mengadap jugak.

Sinki jangan cakaplah. Aku ni CEO kat sinki tu. Semua barang yang ada dalam sinki tu aku yang kena basuh. T_T

Itu sahaja buat kali ini..
SEKIAN~~~

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

6 comments :

adibbbb said...

Sinki itu kepunyaan mu. Ahaks!
teruskan usaha murni untuk menjadi isteri mithali untuk bakal suami, weeheeee ~

fatin aziz said...

yeah! sinki tu mmg hak milik mutlak..hehe..isteri mithali? InsyaAllah :P

cikumi armena said...

xsngka upanya cik fat kita ni pndai msk..hehehe..
nmpak sedap..hebadd2 ^^,

fatin aziz said...

nampak je umi..rasa belum lagi..wakaka

fandyz said...

wah.. bleh masuk Masterchef musim depan.. :D

fatin aziz said...

haha..msok masterchef konfem kena tendang awl2 lagi..hek3

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt