Saturday, December 22, 2012

Homemade Durian Crepe!


 6 biji Rm10...
Kalau aku buat bisnes boleh jadi orang terkaya dunia ni..
Disebabkan terlalu mahal, so mak aku decide nak buat sendiri. Aku ulang MAK aku bukan AKU yang buat..hehe..

Aku bukan hantu durian. Jangan kata hantu, cicit kepada hantu pun bukan. Aku memang tak suka durian. Kecik-kecik dulu aku belasah je durian. Sekarang ni je tak. Sekarang ni aku belasah steak, sushi, spagetti, pizza, korean food. Maju tak aku? Muehehe..

Tapi durian crepe ni aku makan. Sebab semua cakap sedap, aku pun try la. Not bad! Sebab ada krim kat dalam. Bila simpan dalam peti ais, krim tu sejuk dan bila dimakan seola-olah makan aiskrim. YUMMYSSSSS!!!!
 





Isi dalam. Ada durian dan dicampur dengan krim yang boleh didapati di kedai-kedai yang berhampiran dengan anda. (Macam tangan lelaki la plak tangan aku dalam gambar)


Dari 6 biji tinggal 2. Mana lagi 4? Mesti lah aku mengamalkan sharing is caring. Kongsi dengan kengkawan. Kenakan kawan sekali sekala letak julat sekali dalam tu. Wahahaha :D
Diorang makan je asalkan nampak durian crepe terus rembat. Dah tak peduli kiri kanan depan belakang. :P


Nak tempah?
Jumpa aku di belakang semak yang berhampiran anda :P


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Tuesday, December 18, 2012

Rahsia Tarikh Lahir Anda

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja
OGOS
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik
OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat
NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik


Aku si budak JANUARI!!!
Yang aku gariskan tu memang sifat aku. Pendiam, pemalu, mudah selsema walaupun baru kena setitik air hujan dan kuat cemburu. Even kalau kawan perempuan aku rapat dengan orang lain mesti aku cemburu. Tapi itu dulu, zaman2 hingusan yang meleleh lepas tu kesat kat baju. Sekarang ni dah berubah, tisu sentiasa dalam beg sama la jugak dengan kes ni takde makno den nak cemburunyo!!!


p/s: Besday aku bulan satu. Tolong sediakan hadiah dari sekarang ye supaya tidak kelam kabut wat keje last minute :P


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Sunday, December 16, 2012

Kemaruk dibelai ‘jantan’


 pix_middle



KUALA LUMPUR: Menggerunkan apabila cinta maya yang berputik di laman sosial seperti facebook (fb), twitter, Myspace, Tagged dan Instagram selain kemudahan telefon pintar seperti BlackBerry Messenger (BBM) menyebabkan ramai remaja perempuan terjebak dengan kegiatan tidak bermoral, termasuk hamil luar nikah.

Antara faktor utama masalah itu ialah kerana kesepian dan cemburu melihat rakan sebaya berwajah cantik berdampingan dengan kekasih, menyebabkan ramai gadis kurang menawan menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti laman sosial dan telefon pintar untuk mendapatkan seramai mungkin kenalan lelaki.

Bagaimanapun, tindakan itu membawa padah apabila maruah diri tergadai selepas terperangkap dengan janji manis lelaki miang.

Ini berikutan gadis seperti itu terlalu kemaruk untuk memiliki teman lelaki tanpa menyiasat latar belakang kenalan baru apabila berhubung melalui laman sosial.

Akibatnya, mereka mudah terpedaya dengan ayat manis kasanova yang sentiasa mencari peluang memerangkap gadis naif dalam laman sosial berkenaan hingga berakhir di bilik tidur.





p/s: Girls jangan takot untuk hidup single dan jangan malu menjadi single. Allah dah tetapkan jodoh untuk semua. Sekiranya jodoh kita bukan di dunia InsyaAllah ada di akhirat sana. Im also single and i'm happy with my life. Once you get married then you will know being single is the best moment without any resposibilities :)

Friday, December 14, 2012

Single Itu ROCKS!!!





Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!

1. Bebas dan berdikariJika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.



2. Jadi rakan yang baikSememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.


3. Lebih banyak masa berkualiti di rumahIbu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.


4. Kuat keuntungan dengan part-timeDengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.


5. Jimat kosBila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.


6. Kurang beban tanggungjawabAnda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.




p/s: Copy paste.. Malas nak wat entry tengah busy sekarang ni nak final end of disember!!!



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Sunday, December 9, 2012

Lyssa Faizureen Follow FatinAziz's Belog

Eksaited gitu. Tengah packing baju-baju yang bergunung untuk dibawa ke rumah keluarga angkat selama 3 hari, sempat la buka blog kesayangn ni. Biasalah dah seminggu tinggal. Busy nak buat macam mana kan. Tapi at least, satu tanggungjawab dah selesai. Assignment dah hantar. Cuma tinggal 1 lagi assignment dengan satu presentation. *eh terlebih kuah dari nasi. nak cerita benda lain*

Buka je belog ni, benda first yang aku usha ialah follower. Bukan sebab nak bangga follower bertambah tapi nak menjalankan tanggungjawab aku untuk terjah belong diorang balik dan follow. Hek3.

Kemudian nampak follower aku 733. Bertambah! Tegok shoutbox ada orang tinggal mesej and it is LYSSA. Aku pun click la. Click punya click rupa-rupa cik Lyssa Faizureen kita tu. Aku pun terus tinggal semua baju-baju atas lantai than update belog! Eksaited eksaited eksaited!




Ok tu je nak cakap..hehe..
Wassalam~~~


p/s: Nantikan entry 3 hari 2 malam bersama keluarga angkat ye. :P


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Thursday, December 6, 2012

Blog Yang Aku Suka Terjah

Assalamualaikum everbody :)
Kali ni bercerita tentang blog pulak ye. Sudah ketandusan idea dalam bercerita sebab aku tak pernah masuk pertandingan bercerita. *ok tak ada kaitan*

Jenis blog yang aku suka baca

1) Entry-entry yang di post tak terlalu panjang. Simple entry dan ayat yang sempoi. Means tak ada ayat scientific or something like that yang membuatkan aku kena cari kamus dewan atau oxford untuk cari maksud atau untuk lebih canggih terpaksa buka GOOGLE TRANSLATE.

2)Tulisan yang tak terlalu kecil macam semut api yang berjalan kat kaki dan gigit kaki aku sesuka hati dia. Nasib baik binatang kalau manusia aku sumpah seranah sebakul dah.

3) Blog yang tidak terlalu bercerita pasal peribadi contohnya "I love my BF" , " Aku benci BF aku", "Aku sedang patah hati", "I miss you sayang" atau yang sewaktu dengannya.

4) Sudah tentu blog yang famous contohnya Fatin Liyana, Irine Nadia Marcello, Dena Bahrin dan Hanis Zalikha.

5) Blog yang tak serabut sampai pening kepala aku. Gadjet kiri kanan. Gambar atas bawah. Doodle setiap bucu.

6) Dah tentu-tentu blog-blog kawan-kawan aku sebab kalau tidak aku yang menyokong siapa lagi kan? Wakakaka...


Jenis blog yang aku suka melawat

1) Blog Lyssa Faizureen sebab aku suka tengok tutorial dia yang simple dan mudah untuk faham.

2) Blog-blog yang comey lotey. Especially blog geng-geng budak sekolah rendah. Terserlah keSWEETan disitu walaupun entry diorang yang di publish tak matured. Hehehe..Jangan marah..

3) Blog yang ada lagu best. Nampak tak betapa aku masuk blog tu hanya nak dengar lagu. *kurang ajor ko fatin*

4) Blog-blog golongan artis contohnya Zahiril Adzim, Yana Samsuddin dan Syamsul Yusof. Aku melawat je tengok apa perkembangan diorang. Baca taklah sebab mostly diorang post pasal kerja dan hal-hal production. Satu pembacaan yang berat. Aku kan suka baca entry yang ringan-ringan je. ^_^



Ok itu je. Aku pun ada kekurangan. Tak semua orang suka dan tak semua orang juga benci. Sedangkan kita tak boleh nak sukakan semua orang so apakan daya kita nak paksa semua orang sukakan kita.

Kalau ada kekurangan pada belog ni tegur ye. Jangan simpan dalam hati and of course aku takkan simpan dalam hati jikalau ini untuk kebaikan bersama seperti ada seorang hamba Allah yang tegur aku untuk buangkan word verification supaya senang dia nak komen. Seriously kalau dia tak tegur aku takkan perasan yang blog  aku ni kena guna word verification :)


Wassalam~~~~


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Sunday, December 2, 2012

Tips Cepat Dapat Jodoh

Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.

6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci. (sebenarnya selalu kena amalkan ini) jauhi yang haram dalam kehidupan anda.
 Semoga membantu anda di luar sana.
InsyaAllah...
Renung-renungkan dan selamat beramal.. :) 
Lots Of Luv,
Fatin Aziz.. 
 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt