Thursday, January 31, 2013

Short Review Untuk Follower ke 1000

Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak kepada rakan blogger yang lain yang follow FatinAziz's Belog ni. Tak sampai setahun pun lagi dah dapat 1000 follower. Sebenarnya aku berblogging ni dah 4 tahun. Tapi yang betul-betul serius ni yang blog sekarang ni la. Blog lama dah delete dah.

Nak tahu siapa yang follower ke 1000 tu?

Jom terjah!!!

 Klik header kat atas ni sekiranya nak mengenali blogger ini.

Blog Fathiah ni comel je. Simple and tak serabut. Ada sikit-sikit gabungan warna pink. Normal la perempuan mesti ada pink. Kalau bukan background pun mesti akan ada celah-celah warna pink kan. Macam aku. Aku rasa background aku warna purple tapi ramai yang cakap blog aku warna pink lembut. Mana ada warna pink. Cer buka mata tu luas-luas sikit... :P

Aku rasa Fathiah ni blogger baru kot. Berdasarkan mata kasar aku yang lagi sepet ni tengok entry-entry yang dia post. Kot la. Tak tau la kalau ni second blog dia ke, third blog ke and so on kan...

So uolls pergi la terjah dan tambah followernya. Support rakan blogger yang lain sama ye. Kita semua pun mula-mula follower kosong so bila dah banyak jangan sombong ye.
*pesanan untuk diri sendiri jugak :P *


p/s: Asyik aku je yang suruh orang review blog aku so aku la pulak review blog orang lain kan kan kan...*kedip-kedip mata buat muka comel yang memang comel pun..wakakaka*(naik lif tekan no sendiri sebab tak ada orang nak tolong tekankan)

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...



Wednesday, January 30, 2013

Blog Direview Oleh News Edisi Blog Sikarap


Assalamualaikum uolls :)

Kali ni aku direview oleh News Edisi Blog Sikarap pulak.Aku pun tak tau apsal sejak 2 menjak ni kalau ada je orang nak wat blog review aku la plak terhegeh-hegeh buat muka tak malu tumpang populariti orang..Wakakaka..

Sebelum ni aku tak peduli pun diorang nak buat blog review ke apa. Ada aku kisah. Yang penting hidup aku bahagia. Tapi sekarang pun bahagia jugak tau. :P






Blogger ni memang betul-betul review la. From A to Z wa cakap sama lu. Dari gambar header sehinggalah entry-entry yang aku tulis dalam blog. Wow!!!
Really really really appreciate that!
Thank you so much!!!
Lain kali buat lagi ye..Muehehehe :P



Ha ni la gambar baby aku. *over plak*
Dan terang lagi bersuluh ada watermark DenaBahrin..Ni la gambar anak kepada blogger Dena Bahrin. Comel kan? Secomel Umminya. Btw tahniah Dena for your newborn baby. Welcome Saif Amaan Daniyal!!


Secomel umminya kan. Muda-muda dah jadi ibu dan isteri. Cayalah!! Kalau aku tak tau la apa jadi. Mesti jadi macam Ersalina dalam Setia Hujung Nyawa. Pagi petang siang malam dengan laptop. Rumah bersepah. Bilik tak kemas.Masak tak sedap. Tidur lewat. Bangun lambat. Wakaka..


p/s: Versi entry 2 in 1..Malas nak buat entry lain so gabung je la. Hek3. So korang pergi la terjah blog News Edisi Blog Sikarap kalau nak direview jugak macam aku. :)

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Tuesday, January 29, 2013

Blog Direview Oleh Nabila Biela

Assalamualaikum :)
 
Tak ada perkataan yang boleh diucapkan melainkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan blogger Nabila Biela kerana review blog saya yang tak seberapa ni..Hehehe..

Nabila ni tengah buat review blog so aku pun tumpang famous dia je la. Letak link aku then dia buat. Thanx again ye... :)


Korang pergi la terjah blog dia. Cer tengok, warna warni tau blog dia. Ceria je aku tengok mesti tuan blog pun ceria.. Kot la ek.. :P

Pastu sambil korang terjah blog dia tu join la segmen yang dia buat sekali. Segmen bukan sekadar segmen semata-mata tau..Ada hadiah. Gempak pulak tu hadiah-hadiah.

Tunggu apa lagi?
Pergi la terjah!!!



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Monday, January 28, 2013

Melawat Popular Pulak!!!


Assalamualaikum :)

Hari Ahad lepas aku keluar la jalan-jalan sambil window shopping memandangkan plan nak gi holiday kat Penang diberi notis batal 24 jam sebab nak tengok cerita Main Hoon Na dan juga sebab Shah Rukh Khan. Ni abah aku punya pasal la. Aku punyalah semangat dah buat list  nak beli kasut, baju, novel, beg dan macam-macam lagi seolah-olah aku ni jutawan terkemuka di Malaysia ni.

So pergi je la Tesco memandangkan my mommy (ummi je la tak payah nak berlagak omputeh sangat) nak beli barang dapur. Lepas je beli barang dapur aku terus menghilangkan diri menyelinap sambil merangkak macam askar upahan masuk ke dalam popular sambil menginjak-injak kaki tengok novel-novel yang menggunung.

Masuk tanpa bermodalkan satu sen pun, keluar balik dan buat muka innocent kat abah mintak duit. Bagilah rm50. Dalam hati "Cukup ke tak ni ek? Tapi aku nak beli dua je. DUA JEEEEE.."


Taraaaaa...Ni la novel yang aku beli.


Duit baucer buku 1Malaysia tak dapat lagi so guna duit abah la dulu..Hehehe..

Aku pilih berdasarkan TOP RATING and of course la cerita pasal kawen paksa. Boleh tau dah sekarang ni trend cerita kawen paksa. Perempuan umur 19 lelaki 20++.

Sebelah popular ada kedai iProduct. Kedai ni semua benda jenama Apple. iPad, iPhone, Macbook dan apa2 je la yang ada gambar apple kena gigit sikit kat depan tu.

Aku pun skodeng la iPhone. Aku pernah cakap yang tetiba aku minat iPhone kan. Klik SINI untuk baca entry lepas. Bila tengok harga terus tak jadi. Tengok pulak iPad. Murah la sikit dari dulu. Abah aku beli 2000++. Sekarang ni 1000++. Tapi aku tak nak iPad sebab besar sangat aku malas nak bawa dalam beg, berat. Then terpandang mini iPad. Harga 900++.

Haruslah bibirku tersenyum...

Sekarang ni aku tengah consider sama ada nak beli mini iPad ke atau galaxy tab? Kawan aku suggest galaxy noteII. Harga berapa ek? Tapi aku kalau boleh tak nak la beli hp baru sebab yang aku baru 2 tahun. So nak bersabar dulu....

Hhhhmmmm..Meleleh lagi air liur aku..wakakaka


Gambar terbaru!!!
Hot lagi panas lagi meletop lagi bajet ko ni hot Patin. :P
*lama tak gila glam di belog sendiri*
Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

Sunday, January 27, 2013

Segmen:Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed!


Assalamualaikum.. :)
Once again aku join segmen. Nak rasa menang jugak. Asyik orang lain je kan. Korang pun join lah ramai2 ye. Baru GEMPAK wa cakap sama lu...





Tujuan aku join segmen ni bukanlah nak menang semata-mata. Aku ni bukan pernah bertuah pun dalam apa-apa contest, tak pernah nak menang. Aku join ni sebab nak ramaikan followers dan nak naikkan trafik. Yang tu lebih penting bagi aku *ayatbajettakbolehblahnampaksangatmintaksimpati*

Ok lah kawan-kawan sekalian alam yang amat aku sanjungi *ayatbajetmacambudakgradsastera* jomlah kita beramai-ramai join segmen ni sambil menambahkan kenalan. Lets Start!!!

CONTEST BLOG PALING CANTIK 2013

Assalamualaikum :)




Saya join contest pulak tawan-tawan.Boring kan blog aku tiap kali masuk je contest. Tiap kali masuk je segmen. Rilek2 jangan marah, aku join dalam masa cuti sem ni je. Buka sem nanti konfem tak ada masa nak join sana join sini.Lepas ni baru aku akan pikir entry2 yang best lagi gempak lagi happening lagi mantoopp lagi MELETOP!

So now bagi korang yang rasa blog korang tu cantik join la. Aku tak rasa blog aku cantik tapi aku rasa aku yang cantik sebab tu aku join * sila muntah hijau sekarang tapi ambil plastik dulu takut terkena karpet korang* Wakakaka...


Lots Of Luv ,
Fatin Aziz...

Saturday, January 26, 2013

Segmen: Jom Blogwalking

Assalamualaikum Uolls :)

Jangan jemu la pulak kalau semenjak dua menjak ni belog aku penuh dengan segmen dan contest. Lagipun aku pun tak tau apsal mood aku tengah baik nak join segmen sana sini contest sana sini. Kalau selalu aku pandang sebelah mata je, tu kalau rajin kalau tak rajin tak pandang langsung.


Segmen ni bukan saja2 join tau. Korang boleh menang.Best tak? Best la kan..So apa lagi jom la join ramai2 baru meriah kan...Klik banner kat atas kalau berminat nak join :)


Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

Shah Rukh Khan Buat Hal

Assalamualaikum.. :)

Tajuk bajet gempak yang amat tapi cerita macam jakun je. Seriously tak ada kena mengena. Lepas korang baca mesti muka korang merah sambil tahan nafas dan terus angkat penumbuk dan DUSHHH kena sedebik kat muka cute aku. Tapi alang-alang dah buka entry ni baca je la ek :P

SRK buat hal? Hal apa? Buat hal la sebab time-time aku nak holiday dengan family seronok-seronok di atas katil yang empuk sambil tengok permandangan yang indah ditambah dengan menikmati lagu-lagu gempak di Hot FM..Muzik paling hangat...




Aku just nak cerita yang disebabkan Shah Rukh Khan ni la plan yang family aku buat nak holiday kat Penang tiba-tiba batal. Sebab abah aku nak tengok Shah Rukh Khan. Macamlah nanti-nanti tak boleh tengok. Mesti akan ulang jugak kan. Adoyai...Abah abah...*Sabo je la*

Lagipun cite ni aku dah tengok banyak kali. Boleh pulak sesuka hati mak jemah ayah aku cakap dia tak pernah tengok. Kejap guna ayah kejap guna abah..Ish3!

Abah aku yang peminat hindustan cakap tak pernah tengok memang betul-betul pelik bin janggal..Wakaka...

Lepas tu tadi abah aku bukan tengok sangat. Dia TIDO tau uolls!!!Adik aku punyalah bengang !!!

Aku pulak OK je sebab I'm the one big fan of Shah Rukh Khan..Muehehe :P




Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Wednesday, January 23, 2013

Hubungan Cinta Fizo Omar & Bakal Doktor Putus Di Tengah Jalan


Hubungan Cinta Fizo Omar & Bakal Doktor Putus Di Tengah Jalan – Sejak kebelakangan ini nama Fizo Omar semakin jarang kedengaran di dalam industri hiburan tanah air. Kelibatnya di dalam drama ataupun filem juga sudah tidak kelihatan. Kemanakah menghilangnya anak seni ini yang sudah meningkat naik namanya suatu masa dahulu.

Suatu ketika dahulu Fizo pernah mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang yang bakal bergelar doktor, terbaru pelakon kacak ini memberitahu hubungan yang terjalin itu sudahpun terputus di tengah jalan.

“Itu hanyalah kisah lama saya dan dia. Hubungan yang terjalin antara saya dan dia sudah lama berakhir,” katanya.

“Selama inipun kami tidak meletakan apa-apa status dalam hubungan yang terjalin cuma berharap jika ada jodoh kami bersatu maka adalah.”

Tambahnya lagi, kesibukan beliau menguruskan perniagaan menyebabkan beliau tidak terlalu fokus untuk mencari pasangan.

Oleh: MyArtis.My

p/s: Yeay!! Ada peluang..Untuk pengetahuan Fizo saya ni orang Kelantan jugak..Jom exchange no phone..Wakakakakaka *mimpi la ko sorang2 Fatin tin tin*

Lots Of Luv,
Fatin Aziz.. 

I Want This Gadjet Right Now


Salam maulidur Rasul semua :)
Memandangkan aku ada depan laptop sekarang ni sambil tunggu line ok sebab nak tengok drama SetiaHujungNyawa yang masih aku tak pernah puas walaupun beriban kali dah aku tengok so aku pun blogging la.

Uolls nak tau yang iolls (tetiba ikut cara FL) teringin nak iphone. Sejak bila ntah aku minat iphone. Kalau dulu bukan main aku kutuk. Ye la handphone punyalah besar gedabak tapi screen kemetot. Tak puas la kan. Tapi tapi tapi sekarang ni aku nak iphone tu gila-gila....





Arrggghhhhh!!!!!
Tengok gambar pun dah meleleh air liur..Wakakaka..*over ko mak jemah*
Kalau lah duit tu turun dari langit cepat-cepat aku gi kedai phone.Hehehe...
Mintak dengan ayah aku? Tak payah nak mimpi proposal aku takkan diluluskan. Jangan kata nak lulus nak sentuh pun tak nak melainkan guna duit sendiri tapi aku bukan bini tan sri ke dato mana yang dalam akaun ada 5/6 angka sebulan..

So conclusion, tengok gambar je la puas-puas sampai dah jemu...


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Awesome Photo Contest by Shadhira

 Assalamualaikum...
Sedang asyik berblogwalking anak mata brown campur pink purple aku ternampak contest ni terus hati berdegup dup dap dup dap macam baru lepas jumpa cinta hati yang dicintai dalam diam * over mak jemah* Apalagi join la!!!


 
http://i1159.photobucket.com/albums/p624/shadhirasan/banerAPhotocontest_zps0004e4ce.jpg
 
 

I REALLY LOVE AND MISS ALL MY PENTHOUSE GIRLS.
"Aku betul-betul rindu dan sayang pada semua kawan-kawan aku. Setiap susah dan senang kita selalu lalui bersama. Setiap kesedihan dan kegembiraan kita kongsi bersama.Walaupun sekarang masing-masing terpisah bagi meneruskan perjuangan masing-masing ke serata negeri dengan hala tuju yang berbeza tetapi perhubungan persahabatan tetap terjalin sehingga kini. Perhubungan persahabatan yang hanya sempat terjalin selama setahun sahaja akan kita sama-sama genggam dan InsyaAllah akan berkekalan hingga ke akhir hayat..."


p/s: Actually ada sorang lagi kawan yang tak masuk dalam gambar ni. Dia tengah tangkap. Sori umi aku dah geledah semua folder dalam lappy ni tapi xde gambar kita berlima yg betul2 cun. Sori ek.Yang pasti aku pun sayang ko ketat-ketat. Thats the FACT! NO DOUBT!

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Kakak Dia Yang ajar

"Yeay esok cuti!!!"

Tolongla jangan mengOVERkan diri anda ye.
Kalau dah tengah cuti sem buat la cara tengah cuti. Tak payah la laung sana laung sini.Pekik sana pekik sini. Jerit sana jerit sini cakap esok cuti. Ko memang tengah cuti sebulan pun...:P

Dari 9 Januari hari tu memang bosan sebosannya la aku duduk kat rumah. Tak ada buat apa pun. Cuma ada 2 @ 3 hari aku balik Kelatan sebab tok ayah aku meninggal * Al-Fatihah*

So bila cuti sebegini haruslah aku plan something yang interesting. Adik aku siap cakap lagi yang hari Jumaat dia nak ponteng sekolah. So Abah, ready? *kening diangkat beberapa kali*Wakaka..

Adik: Ummmmmmiiiiii!!!!! * buka pintu rumah terus jerit sekuat hati seolah-olah nampak hantu disiang hari yang sungguh cerah nan indah sambil angin bertiup sepoi-sepoi bahasa*

Ummi: Ya! Ada apa?

Adik: Cikgu adik cakap hari Jumaat ni dia demam. * dengan selamba ditambah muka toya dia memberikan statement yang paling kakak dia suka. Sape ajar kalau bukan kakak dia.*

Ummi dan Abah: !@#$%^&&**(&$@!#%&^^

Aku: Ha? Cikgu demam? Cepatnya cikgu cakap demam..Dia dah dapat MC ke? Pandai dia tilik nasib. *kalau dah berbintikan Aziz beginilah adik-beradik semuanya Poyo!!!*

Adik: Ala tadi cikgu cakap hari Jumaat ni ada ceramah. Malas la dengar ceramah. Duduk kat rumah lagi best.*terus berterus-terang*

* kakak dia yang ajar sebab waktu sekolah dulu kakak dia master bab2 ponteng sekolah ni.Tapi aku bukanlah jahat tahap syaiton tu. Aku memonteng cara bijak. Hari sukan, hari yang penuh diisikan dengan ceramah segala bagai, hari guru aku pontengla. Ponteng2 pun masuk universiti jugak Engineering lagi tu. Bangga diri kejap. Astaghfirullahalazim...Tak baik tu Fatin..(bertafakur sejenak)...wakaka*

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Sunday, January 20, 2013

Lelaki Cuba Rasa Sakit Bersalin






Lelaki Cuba Rasa Sakit Bersalin - BELANDA : Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum hawa ketika melahirkan anak.
Bagi tujuan itu mereka dibenarkan merasaikan kesakitan berkenaan secara simulasi, namun hasilnya, kedua-dua lelaki berkenaan hanya mampu bertahan selama dua jam.

Mereka menyifatkan kesakitan yang dialami itu sebagai satu siksaan.
Storm dan Zena mendedahkan mereka melakukan ujian itu untuk merasaikan pengalaman bersalin selepas mendengar bahawa ia paling menyakitkan di dunia.

Malah ketika memasang alat itu, Zena sempat bertanyakan kepada jururawat “Adakah awak rasa kesakitan ini akan membuatkan saya menjerit,” .

Soalan itu dijawab oleh jururawat ` ya, sudah pasti’.

Biarpun ketika memasang alat berkenaan, kedua-duanya cuba bergurau dan ketawa, namun wajah mereka menunjukkan kesakitan sebenar yang mereka alami.

Dengan pengalaman yang dilaluinya itu, Zena kini berfikir dua kali untuk memiliki anak kerana tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesakitan ketika bersalin.

Zena dan Storm bagaimanapun bukan lelaki pertama yang cuba merasai kesakitan berkenaan.
Pada 2009, Dr Andrew Rochford melalui pengalaman sama untuk program TV, What’s Good for You.

Dua jam kemudian, muka Rochford hampir bewarna biru ketika dia sedang menahan kesakitan. – Webberita | Terkini


p/s: Betapa kuatnya kaun hawa ni. So jangan pandang kaum hawa ni sebelah mata walaupun kami merupakan kaum yang lemah :)

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

SHORT SEGMENT BY NAA


Aku join segmen pulak kali. Nampak sangat yang aku memang tak ada kerja. Lagipun aku malas nak menaip. On9 pun bukak blog sekali lalu je sebab busy melayan novel penuh perasaan lagi khusyuk seolah-olah aku tengah mengira power, voltage dan current dalam litar guna nodal analysis. (aku tau korang bukan faham pun akau ngarut apa)

Korang pun join jugak tau. Tarikh tamat dah dekat tau. CEPAT!!!!

Header saya:



Thursday, January 17, 2013

TEMPAH GELANG PEARL COMEL

Ni original Swarovski Pearl dari Austria...bukan pearl air tawar/masin. company Swarovski dah keluarkan pearl Swarovski sekarang ni. Lebih cantik & lebih berkilau.

 Penyangkut & chain tu adalah Sterling Silver 925. Memang tak akan berkarat.
HARGA
=====
Saiz S ---> RM52
Saiz M ---> RM56
Saiz L ---> RM60
Saiz XL ---> RM64
Saiz XXL ---> RM68

POSTAGE
======
Seluruh semenanjung Malaysia: 1-9 unit, RM6
Sabah/Sarawak: 1-9 unit, RM9

CADANGAN SAIZ BERDASARKAN UKUR LILIT TANGAN YANG KETAT
=============================
Saiz S: Untuk ukur lilit tangan 10.5CM ~ 12.4CM
Saiz M: Untuk ukur lilit tangan 12.5CM ~ 14.4CM
Saiz L: Untuk ukur lilit tangan 14.5CM ~ 16.4CM
Saiz XL: Untuk ukur lilit tangan 16.5CM ~ 18.4CM
Saiz XXL: Untuk ukur lilit tangan 18.5CM ~ 20.4CM


































CARA NAK ORDER ADA DISINI!!!

1) ANDA BOLEH EMAILKAN NAMA, ALAMAT, NO H/P DAN KOD GELANG DI EMAIL :
fatin_0801@yahoo.com.my 

2) ANDA BOLEH INBOX NAMA, ALAMAT, NO H/P DAN KOD GELANG DI FACEBOOK SAYA

"Nur Fatin Shazwani"

3) PEMBAYARAN AKAN DILAKUKAN SELEPAS SAYA MEMBALAS EMAIL DAN MESEJ ANDA...


"TEMPAHAN DI BLOG MAHUPUN DI TWITTER TIDAK AKAN DILAYAN MELAINKAN UNTUK SEBARANG PERTANYAAN LEBIH LANJUT "

TEMPAH SEKARANG!!!

Caps lock uolls. Penting tau!!
First time nak menjual ni uolls!! Give a big clap for me. Bajet macam menang anugerah oscar sambil jalan kat karpet merah lambai-lambai tangan kiri nak kanan dengan kamera DSLR Canon keliling pinggang aku tengah ambil gambar aku.

Aku tak jual baju, kasut, handbag, makanan, kosmetik, produk kecantikkan. Aku jual GELANG!!!
Ala-ala Ac Mizal. Mana tau tup tup nanti masuk tv budak hingusan yang hingus meleleh masih lagi lap dengan tangan baju jadi DATO uolls.

Ok lah dah mengarut panjang ni. Sekarang tengok gelang apa yang akan aku jual.






 Ni original Swarovski Pearl dari Austria...bukan pearl air tawar/masin. company Swarovski dah keluarkan pearl Swarovski sekarang ni. Lebih cantik & lebih berkilau.

 Penyangkut & chain tu adalah Sterling Silver 925. Memang tak akan berkarat.

Cara nak tempah akan dimaklumkan di next entry. 


p/s: Saya cumalah ejen dropship bagi gelang pearl ni. Bukan saya yang buat sendiri. Harap Maklum.. 


Lots Of Luv,
Fatin Aziz.. 

Suggestions Present For My Dad's Birthday

Assalamualaikum uollss :)

Korang korang korang..Aku nak mintak tolong boleh? Boleh la ye walaupun hati korang memberontak bagai nak gila seperti pesakit wad gila di tangjung rambutan tak nak tolong aku. Korang tak perlu tolong aku tukar tayar kereta ke, baiki paip dalam tandas aku ke, tolong carikan suami untuk aku ke, semua tu tak payah. Uolls cuma taip kat ruangan commet tu je. Senang kan? Peluh korang yang korang paling sayang takkan rugi setitik pun sebab tak keluar pun peluh korang apatah lagi korang duduk dalam aircond kan...Sweat gland korang pun tak bekerja penat.

Hari sabtu ni birthday ayah aku. Aku tau uolls tak kisah tapi aku kisah. Yeah bulan satu jugak sama dengan aku! Lepas aku selidik dengan adik aku yang perangai ala-ala FBI tu ( bukan faizal ismail tu tau) rupa-rupanya ayah aku yang suggest nak beli teddy bear kat aku hari tu. Ingatkan adik aku yang menggedik terlompat-lompat guling-guling macam filem kuch-kuch hota hai depan ayah aku suruh beli sebab nanti birthday dia nak tuntut hadiah paling mahal dalam abad ni sebab dia memang tau yang kakak dia adalah orang paling kaya dalam abad ni. Semua title dato, tan sri  kakak dia yang kebas!

So, now come to your duty, please suggest me the best present for male especially for daddys la. Jangan korang suggest aku beli robot ultraman, hulk, shrek, kereta control ke apa. Nak kena hempuk kepala dengan ayah aku dan terus jadi kemetot tak tinggi-tinggi dah! Memandangkan aku ni tak pernah beli hadiah kat lelaki plus boyfriend pun tak pernah ada, please please please help me okay!

Scroll bawah sikit nak promote ayah sendiri atau bakal ayah mentua korang. Wakakaka.. :P

 Ni la my super duper abah!!! Alahai warna rambut ke abah? Tua-tua ni tak payah la warna rambut kalau ye pun nak warna janganlah putih, merah ke perang ke baru stylo tak gituuuwww?? Wakakaka..



 Sama tak dengan muka aku? Kalau tak sama bukan anak abah aku la kan..Yang pasti darah aku sama dengan abah aku. So, no doubt!

 Banyak la pulak gambar ayah aku. Ni masa dia pergi bercuti backpacker dengan kengkawan dia. Bila bercuti dengan family memang tak adalah gambar dia sebab dia photographer tak berbayar kitaorang. Hehehe

Tapi yang paling benci sebab bila dia travel sorang-sorang New Zealand la, Perth la, Hong Kong la..Tapi dengan family Medan. Tak Medan, Bandung.Tak Bandung, Jakarta. Dah macam bibik-bibik indon balik kampung la pulak.Sama-sama cong ceng cong ceng cakap indon dalam plane.


Wow!!1 Smartnye...Biarlah anak dia je yang puji yang lain tak boleh puji. Kalau tak kena pancung 27 dengan isteri dia kemudian keluar surat khabar Metro ahad. Muehehe :P


Motif?? Saje nak cakap yang aku baru lepas make over bilik aku supaya jadi purplish sama dengan blog aku. Ketaksuban terhadap purple yang menyerlah sangat!!! =) Plus aku nak tunjuk yang korang pergi bayar mahal-mahal suruh Eric Leong tu make over tu kenape? Aku kan ada, FOC je. Contact kat FB ye (kalau betul-betul ada mampos aku nak korek lubang sembunyikan diri)

Wassalam...
Mintak tolong ye :)

Lots Of Luv, 
Fatin Aziz...
 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt