Saturday, January 5, 2013

3 Hari 2 Malam Bersama Keluarga Angkat



 Assalamualaikum wbt..
Ingat tak lagi aku pernah cakap yang aku akan update pasal program aku bersama keluarga angkat kan? Sori la..Lama tertangguh..Busy sikit sekarag ni dengan test, kuiz, assignment, coursework ,final lagi..Huh! Penat! Semput! Letih! Pengsan!

Ni pun ambil masa jugak sebab lepas ni takut dah tak sempat nak update sebab next week study week..

Mula-mula malas gila tahap dewa nak mengemas sebab niat hati tak nak pergi . Malas! Tambah pulak tak sama tempat dengan geng. So akan BORING~~~~

Tapi lepas je pergi, totally mind set aku berubah 180 degree only not 360 degree. Best la gak. Kawan-kawan pun fun. Sebelum ni tak pernah bertegur even satu kelas. Sekarang ni dah jadi baik. Dalam kelas bertegur antara satu sama lain. Siap boleh bergelak sakan.Dah nak habis sem baru rapat dengan kawan sekelas. Apa cer ni???

Yang tak bestnye sebab keluarga angkat kitaorang kat taman perumahan. So moden sikit. Tak rasa aktiviti kampung macam group lain yang pergi memancing la, pergi dusun la. Kita orang punya aktiviti tersangatlah skema. Senam robik, shoot netball dan main boling dengan buah kelapa.


Layan je la gambar..Malas nak membebel :P






Tugas aku cuci ayam..Siapa nak jadikan bini sila berjumpa dengan ayah saya ye untuk isi borang pencalonan. 5 calon teratas akan dipanggil untuk temuduga :P

Skema kan aktiviti ni.











Kerusi muzik. Like kindergarten students. Aku main benda ni waktu tadika je dulu-dulu.



Bila lelaki bermain, kekasaran itu adalah normal!



END!!!
Malas nak upload gambar banyak-banyak, nanti buka blog ni loading jadi lambat macam siput khinzir!


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

No comments :

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt