Wednesday, January 23, 2013

Kakak Dia Yang ajar

"Yeay esok cuti!!!"

Tolongla jangan mengOVERkan diri anda ye.
Kalau dah tengah cuti sem buat la cara tengah cuti. Tak payah la laung sana laung sini.Pekik sana pekik sini. Jerit sana jerit sini cakap esok cuti. Ko memang tengah cuti sebulan pun...:P

Dari 9 Januari hari tu memang bosan sebosannya la aku duduk kat rumah. Tak ada buat apa pun. Cuma ada 2 @ 3 hari aku balik Kelatan sebab tok ayah aku meninggal * Al-Fatihah*

So bila cuti sebegini haruslah aku plan something yang interesting. Adik aku siap cakap lagi yang hari Jumaat dia nak ponteng sekolah. So Abah, ready? *kening diangkat beberapa kali*Wakaka..

Adik: Ummmmmmiiiiii!!!!! * buka pintu rumah terus jerit sekuat hati seolah-olah nampak hantu disiang hari yang sungguh cerah nan indah sambil angin bertiup sepoi-sepoi bahasa*

Ummi: Ya! Ada apa?

Adik: Cikgu adik cakap hari Jumaat ni dia demam. * dengan selamba ditambah muka toya dia memberikan statement yang paling kakak dia suka. Sape ajar kalau bukan kakak dia.*

Ummi dan Abah: !@#$%^&&**(&$@!#%&^^

Aku: Ha? Cikgu demam? Cepatnya cikgu cakap demam..Dia dah dapat MC ke? Pandai dia tilik nasib. *kalau dah berbintikan Aziz beginilah adik-beradik semuanya Poyo!!!*

Adik: Ala tadi cikgu cakap hari Jumaat ni ada ceramah. Malas la dengar ceramah. Duduk kat rumah lagi best.*terus berterus-terang*

* kakak dia yang ajar sebab waktu sekolah dulu kakak dia master bab2 ponteng sekolah ni.Tapi aku bukanlah jahat tahap syaiton tu. Aku memonteng cara bijak. Hari sukan, hari yang penuh diisikan dengan ceramah segala bagai, hari guru aku pontengla. Ponteng2 pun masuk universiti jugak Engineering lagi tu. Bangga diri kejap. Astaghfirullahalazim...Tak baik tu Fatin..(bertafakur sejenak)...wakaka*

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

4 comments :

blogeraceh said...

nice blog,, kunjungan perdana, follow back ya sobat blogger ^^

fatin aziz said...

thanx :)

Nick Nashram said...

hahah..saya demam pun tetap pegi ke sekolah jugak :)

fatin aziz said...

hehe..alasan budak2 :P

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt