Thursday, January 17, 2013

Suggestions Present For My Dad's Birthday

Assalamualaikum uollss :)

Korang korang korang..Aku nak mintak tolong boleh? Boleh la ye walaupun hati korang memberontak bagai nak gila seperti pesakit wad gila di tangjung rambutan tak nak tolong aku. Korang tak perlu tolong aku tukar tayar kereta ke, baiki paip dalam tandas aku ke, tolong carikan suami untuk aku ke, semua tu tak payah. Uolls cuma taip kat ruangan commet tu je. Senang kan? Peluh korang yang korang paling sayang takkan rugi setitik pun sebab tak keluar pun peluh korang apatah lagi korang duduk dalam aircond kan...Sweat gland korang pun tak bekerja penat.

Hari sabtu ni birthday ayah aku. Aku tau uolls tak kisah tapi aku kisah. Yeah bulan satu jugak sama dengan aku! Lepas aku selidik dengan adik aku yang perangai ala-ala FBI tu ( bukan faizal ismail tu tau) rupa-rupanya ayah aku yang suggest nak beli teddy bear kat aku hari tu. Ingatkan adik aku yang menggedik terlompat-lompat guling-guling macam filem kuch-kuch hota hai depan ayah aku suruh beli sebab nanti birthday dia nak tuntut hadiah paling mahal dalam abad ni sebab dia memang tau yang kakak dia adalah orang paling kaya dalam abad ni. Semua title dato, tan sri  kakak dia yang kebas!

So, now come to your duty, please suggest me the best present for male especially for daddys la. Jangan korang suggest aku beli robot ultraman, hulk, shrek, kereta control ke apa. Nak kena hempuk kepala dengan ayah aku dan terus jadi kemetot tak tinggi-tinggi dah! Memandangkan aku ni tak pernah beli hadiah kat lelaki plus boyfriend pun tak pernah ada, please please please help me okay!

Scroll bawah sikit nak promote ayah sendiri atau bakal ayah mentua korang. Wakakaka.. :P

 Ni la my super duper abah!!! Alahai warna rambut ke abah? Tua-tua ni tak payah la warna rambut kalau ye pun nak warna janganlah putih, merah ke perang ke baru stylo tak gituuuwww?? Wakakaka..



 Sama tak dengan muka aku? Kalau tak sama bukan anak abah aku la kan..Yang pasti darah aku sama dengan abah aku. So, no doubt!

 Banyak la pulak gambar ayah aku. Ni masa dia pergi bercuti backpacker dengan kengkawan dia. Bila bercuti dengan family memang tak adalah gambar dia sebab dia photographer tak berbayar kitaorang. Hehehe

Tapi yang paling benci sebab bila dia travel sorang-sorang New Zealand la, Perth la, Hong Kong la..Tapi dengan family Medan. Tak Medan, Bandung.Tak Bandung, Jakarta. Dah macam bibik-bibik indon balik kampung la pulak.Sama-sama cong ceng cong ceng cakap indon dalam plane.


Wow!!1 Smartnye...Biarlah anak dia je yang puji yang lain tak boleh puji. Kalau tak kena pancung 27 dengan isteri dia kemudian keluar surat khabar Metro ahad. Muehehe :P


Motif?? Saje nak cakap yang aku baru lepas make over bilik aku supaya jadi purplish sama dengan blog aku. Ketaksuban terhadap purple yang menyerlah sangat!!! =) Plus aku nak tunjuk yang korang pergi bayar mahal-mahal suruh Eric Leong tu make over tu kenape? Aku kan ada, FOC je. Contact kat FB ye (kalau betul-betul ada mampos aku nak korek lubang sembunyikan diri)

Wassalam...
Mintak tolong ye :)

Lots Of Luv, 
Fatin Aziz...

10 comments :

Izza Sakura said...

leh belikan hadiah jam tgn ke baju ke,tapi beli yang murah2 skit,hehe.nt hbis pula duit tu

fatin aziz said...

mmg nak beli yang murah je. kalau mahal boleh pokai seumur hidup..hehehe..btw thax :)

Cik Tomato said...

Hihi. comel je bilik dia :)

Miss Za said...

X tau la.... Za biasa bgy birthday party je kat abah Za....
Tapi kalau bg jam ke, dompet ke....bgus gak...sebab dia selalu guna bawa g mana2... ^_^

fatin aziz said...

@Cik tomato bilik pulak yang dilihat..hehe..btw thanx :)

fatin aziz said...

@miss za nice idea nanti saya pergi survey ye :)

Cik Tanpa Nama said...

bagi sesuatuyang sis buat sendiri maybe?:)

fatin aziz said...

tapi dah x sempat nak buat..hehe

fiquecool said...

Comel bilik awak!

kalau nak lagi comel jom follow blog saya dan join Segmen nih!

http://fiqzmilkshake.blogspot.com/2013/01/worniojowo-giveaway-by-wanynaziar.html

fatin aziz said...

thanx :)

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt