Saturday, February 23, 2013

Tetapkan Hari Untuk Post Entry

Assalamualaikum...

Entry lepas penuh dengan kekeliruan. So sekarang ni demi menjamin masa depan yang cerah lagi cemerlang ( ayat nak muntah) aku akan tetapkan hari bila aku akan post entry aku. So di hari tu jugaklah aku akan blogwalking blog-blog korang and follow korang. 

Sori andai kata terlewat balas ke apa. Penyakit atau sindrom aku ni makin berleluasa. Dan penyakit ni amat SERIUS! Betul aku tak tipu...



PENYAKIT ON9 YANG TAKNAK BERHENTI!!!


Ha penyakit ni tak ada ubat melainkan usaha nak menghalau nafsu on9 yang ketara tahap dewa.
Sebelum ni aku selalu online,update entry sebab aku nak cari readers yang akan stick kat belog aku dan baca-baca cerita-cerita aku. Bukan nak cari populariti atau nak up macam Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Maria Elena, Yuyu Zulaikha dan siapa saja. TETAPI aku rasa seronok bila apa yang aku luahkan, beri pendapat, teguran, komen, orang baca then i felt like ada orang appreciate my writing even aku tau ada yang tak baca pun entry tapi komen..(normal bagi para blogger diluar sana kan) :D


I'M TOTALLY DIFFERENT NOW


Waktu zaman hingusan hijau pekat meleleh (zaman sekolah), aku dah didedahkan dengan blog ni. Tetapi tak adalah obses sangat macam sekarang, everyday aku cari  topic that we can share together and publish then ping my entry to facebook and twitter. Tak cukup kat situ, kat busuk, pingje,gilaping, macam-macam lagi la.



SEHINGGAKAN....



My parents said that i dont have social life, dont have time for myself and family. Always with the laptop, broadband everywhere i go and sometimes i feel zero if this laptop is not with me. Believe me or not, whereever i go, even for holiday,overseas im still bring this laptop. Because of that, my dad hesitate to let me further study in critical course.


Bayangkan dalam bidang engineering pun aku asyik terperuk dalam bilik. Cuti sem kawan-kawan ajak keluar, reunion aku tak pernah pergi sebab bagi aku duduk kat rumah, menghadap laptop, berkawan dengan alam maya jauh lebih menyeronokkan sehingga kawan yang susah senang waktu sekolah dilupakan.


Bayangkan kalau aku jadi medical student, konfem aku susah nak bawa dengan attitude malas aku plus dengan kurang bersosial. Asyik terperuk kat rumah je. Plus aku ni perempuan takut after married aku tak pandai nak bahagikan masa dengan baik antara family dengan kerja. Percaya atau tidak sejak dari zaman UPSR aku tak pernah ada jadual belajar. Aku belajar ikut suka hati aku je. But now i think i should have ONE.



So from now on, aku akan publish my entry, ping my entry, promote my blog, blogwalking, only EVERY FRIDAY NIGHT..

Only on that day....


sincerely from the owner of FatinAziz's Belog :D


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Thursday, February 21, 2013

Antara Persahabatan Dan Cita-Cita

Assalamualaikum...

Kali ni kite serius sikit. Dah tak ada gelak-gelak atau main-main walau hakikatnya aku menulis penuh dengan main-main..Wakakaka( kan dah terkeluar, tadi cakap nak serius!)

Ok lah..Aku just nak tanya pendapat korang la kan. Inilah untungnya ada belog. Ragu-ragu sikit post kat belog mintak pendapat. Lepas tu berduyun-duyun komen masuk bagitahu pendapat korang.

Tak nak panjang-panjang kita mulakan story kita ye...



Katakan lah korang dapat kos engineering kat mana-mana IPTA. Tetapi korang tak minat kos tu. Nak tak nak kena jugak masuk sebab nak belajar kan kalau tak nak, duduk rumah tunggu anak raja masuk meminang. Itupun kalau ada yang berkenan la. Kalau tak ada, membujanglah sampai ke tua ye.


Dalam tak suka, tak minat, tak ikhlas, tapi still lagi masuk kelas, belajar,buat assignment, revision, tutorial, study. Dalam tak minat dan tak suka jugak korang still masuk exam dan result exam 3 pointer above which is not bad at all. Ye la kan dalam tak minat dan tak suka korang boleh capai 3 pointer above kira gempak la kan. Dalam ragu-ragu dengan kos engineering sama ada boleh bawa ke tak sebab dari sekolah hinggalah ke asasi korang dalam bidang pure science. Dari sekolah lagi korang dah didedahkan dengan benda-benda sains.  
But you proved it that you can get better than others!


HABIS SATU SEM...


Then, bila masuk sem 2, korang dapat tawaran further study dalam bidang yang korang nak sangat. (anggap medic atau dental) .Plus di Indonesia..
Tetapi lewat setahun la. Meaning umur korang 20 tahun tetapi masuk dengan batch umur 19 tahun. Yang pastinya ini CITA-CITA korang.


Dan..


Di waktu yang sama, korang dah habis sem 1. Result ok dalam tak suka, dalam kata susah nak catch up dan dah rapat sangat-sangat dengan kawan. Classmate, housemates, roommate, besties....Korang rasa rela tak tinggalkan diorang hanya kerana nak capai cita-cita korang sedangkan bila korang pergi capai cita-cita belum tentu korang dapat kawan sehappening, sebaik, sekepala macam diorang. Tetapi ini CITA-CITA dan HARAPAN ORANG TUA.


Dan...


Dalam pada masa yang sama, cita-cita yang korang impikan sejak dari kecik bakal tercapai. Sedangkan korang dah lalui pahit jerih sejak dari sekolah hinggalah zaman asasi semata-mata nak capai impian korang. Tetapi korang tersungkur sedikit semasa UPU sebab result tak mencapai kehendak universiti lain dan ini peluang KEDUA buat diri korang. But at the same time korang rasa macam sedikit ragu-ragu untuk bawa kos kritikal macam medic dan dental. Ye la kos ni kan tough jugak.


So...


Apa pendapat korang????



p/s: Entry terlalu panjang.. Sori andai kata entry kali ni membosankan..


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Wednesday, February 20, 2013

Tolong Suggest Mask Mana Yang Elok

Pelik kan tatkala aku bercakap soal kecantikkan?
Ni memang kenyataan aku yang menaip...Hehehe

Nak mintak tolong korang yang suka sangat pakai mask segala ni. Aku teringin nak pakai sebab nak memanjakan diri aku dengan cara yang murah. Tak perlulah lepak-lepak spa kecantikkan untuk kelihatan cantik. Ye dak?

Yang kat spa tu manusia, kita pun manusia so tak ada yang ajaib pun kalau pergi spa mahal-mahal sedangkan diri sendiri boleh buat.
*ayat orang tak mampu nak pergi spa*

Berbalik kepada topik asal. Orang cakap pakai mask ni bagus untuk kulit tapi make sure sekali seminggu je sebab tak nak kulit hydrated.
So memandangkan aku tak pernah pakai nak la tanya korang yang pernah pakai.

Korang beli brang apa?

Beli kat mana?

Ape feeling pakai benda alah tu?


 *pakcik dan makcik google bagi pinjam*


 Ape beza mask yang terus pakai mcm ni dengan yang kena sapu dulu?


Terkejut tak aku cakap pasal benda alah ni.Kalau tak tak ada makna aku nak tau. Lantak la mask ke apa ke yang penting KITA ENJOY!

TETAPI...

Bila dah start kelas ni kena lah extra care. Cuti sem aku rasa aku dah cukup putih dah tapi hari ni rasa macam gelap sebab kena redah panas terik matahari. Bukan panas macam US tu je. Kalau yang tu takpe la. Ni PANAS TERIK.
Yang kalau korang letak telur pun separuh masak.. :P


XOXO

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Sape Suka Yogurt Kita Geng!


Baru lepas makan yogurt then rasa nak tulis blog.
Pasal yogurt pun nak share jugak ke?
Biarla..Blog aku. Aku tak curi wifi ko pun.
*emo tak emo tak?*



Aku pilih blueberry sebab warna PURPLE!!!
Aku kan minat purple kalau boleh rumah ni pun aku nak cat warna purple, kereta warna purple, kerusi purple, semuanya lah purple.


First2 dulu aku paling tak suka makan yogurt sebab tak sedap wa cakap sama lu. Dah la masam. Buah pulak seciput, bagi la besar sikit. Terliur la jugak aku nak melantak kan.

Ni buah pun kecik. Besar lagi tahi hidung aku. Eh?

Sekarang ni kalau pergi Tesco konfem beli satu. Aku paksa diri aku makan sebab aku jeles orang lain kata sedap sedangkan aku kata tak sedap. 
MANUSIA MEMANG PENUH DENGAN HASAD DENGKI!!!
Sejak dari tu terus makan sampai tak ingat dunia sehinggakan seringkali mengimpikan untuk pergi ke kilang membuat yogurt dan berenang-renang dalam yogurt tersebut. :P



Sedapkan...
Nyum3...
Walaupun nampak macam muak pada zaman dulu kala tetapi sekarang ia amat menyelerakan buat diriku ini. Ahaks! * ayat berbunga*


Bertemu di lain warkah... :P

Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

Tuesday, February 19, 2013

Prepare Tapi Tak Rela

#maaf sekiranya lambat post sebab entry dalam blog ni ikut turn..hahaha



Tanpa salam tanpa kata aluan, terus letak gambar. Betapa aku tak rela nak bermukadimah segala bagai.

Tak ada benda nak story pun tapi tangan ni gatal jugak nak menaip dan tinggal entry kat belog before hari-hari aku pack yang melampau. Awal-awal ni seronok la sebab masuk kelas 5 minit lepas tu lepak kat bilik sambil golek kiri golek kanan.



Bila dah balik asrama memang wajib la shopping barang-barang hygiene ni kan. Semua aku beli yang besar. Senang untuk satu sem. Tak payah beli lagi dah. Aku ni memang PEMALAS!!
Semua yang jenis pam sebab senang tak payah buka tutup. Sesungguhnya aku memang PEMALAS!!


SO.....

KITA ENJOY!!! (eh..salah jap)


SO LET'S START OUR NEW SEM WITH FAKE SMILE!!!
 Wakakaka..   



SELAMAT BELAJAR SEMUA :D



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Sunday, February 17, 2013

Tugas Baru Bermula Esok

Assalamualaikum...
Peace yo!!!!



Esok bermulalah tanggungjawab aku sebagai isteri orang...Alhamdulillah..


Eh3..Lari tajuk..

Bermulalah tugas aku sebagai pelajar engineering sem 2. Cuti sebulan macam lama tapi sebenarnya macam baru sehari je cuti. Rasa macam semalam baru orang wish besday aku. Lepas tu balik rumah adik surprise dengan teddy bear besar gedabak tu.
(nak tau cerita apa yang aku maksudkan cari kat entry lama, aku malas nak selongkar pastu paste kat sini )


Untuk sem 2 ni, aku dah mula selongkar jadual dengan perasaan yang tidak rela. Hal ini demikian kerana( wah hebat la ayat ni) aku nak susun jadual aku untuk update blog bukan untuk study ye. Wakakaka..


Result sem 1? Perlu ke aku cerita? Kalau dapat 4 flat bukan setakat cerita, aku akan buat video post kat blog, youtube, FB, twitter dan semua la supaya satu dunia berbangga dengan aku. Hahahahaha *gelak jahat*


So far untuk sem 1 ok lah. Lepas 3 pointer..


"Fatin dah ada yang punya ke sekarang ni?"

Amboi soalan cepucemas+sesak nafas aku nak jawab.
Ni la kot semua orang rasa bila dah masuk umur 20 tahun ni..

Tu je nak cakap..

SEKIAN 

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...  


Friday, February 15, 2013

Bila Gatal Guna Limau Nipis


Bukan gatal miang okay. Ni gatal kepala. Jangan pulak pikir ni tips untuk orang yang gatal-gatal. Tak pasal suami/bf gatal pergi ambil limau nipis pulak.
Orang tanya sape cakap?
Tu budak yang tak reti nak lap hingus lagi tu (aku)..


Adik: Ish gatal kepala la. Ada kelemumur.Ummi, ada limau nipis tak dalam peti.


Ummi: Ada pergi la ambil.


Adik: Kak fatin, jom kita main-main.


Me: Main-main?


Adik: Ye la.Adik sapu limau atas kepala kak fatin lepas tu kak fatin pulak sapu kat kepala adik.


Me: Tapi kepala kak fatin tak gatal *alasan malas*


Adik: Ala jomla * terus kepala aku dikerjakan*


Me: Haaa..Kiri sikit. Ok kanan sikit. Nah ambil sebiji lagi. *over kan aku*


Adik: Adik pulak...


Me: Buatlah sendiri...

CIRI-CIRI KAKAK YANG BAIK :P



Tak perlu pergi salon pun. Free Of Charge. 

Nak cantikkan rambut anda dengan percuma. Datangla ke rumah saya pasti anda akan puas hati. Wakakaka..

SELEPAS BEBERAPA MINIT...


Adik: Jom adik basuh rambut kak fatin.

Me: Eh3...Nak basuh guna apa? * bukan boleh harap budak ni*

Adik: Basuh dengan air la.

Me: Kak fatin malas nak mandi la. *eh mandi dengan adik aku ke? NO WAY*

Adik: Siapa suruh mandi, orang nak basuhkan rambut je la.

Me: Nak basuh macam mana? *soalan budak U yang memang tak boleh blah*

Adik: Adik tau la..Cepat.



Baik tak adik aku. Baik la sebab dia basuh dengan syampoo segala rambut aku tapi aku tak payah basuh rambut dia. Wakaka..

Bukan syampoo je tau, siap perapi sekali dia letak. Layan first klass gituuwww.

Dan aku tak adalah jahat mana pun. Aku tonyoh la jugak rambut adik aku dengan limau. Tonyoh ye bukan sapu lembut-lembut sampai adik aku cakap

"kak fatin ni ikhlas ke tak buat ni?"

Wakakakaka


SEKIAN...


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Thursday, February 14, 2013

Memang Tak Elok Tapi Dah Teringin

 Haaaaa...
Asyik penuh dengan segmen dan contest segala bagai, sekarang kita ubah ke arah personal atau lebih tepat kehidupan seharian aku yang amat menggembirakan..kononnya..

Hari tu aku balik kelantan cuti CNY tapi aku tak celebrate la sebab aku ni cuma berdarah je cina tapi family semuanya totally Islam(melayu). Tak ada yang cina pun. Kalau kelantan memang syurga makanan la. Everytime balik kelantan konfem aku akan siapkan list untuk makanan..

Akok (checked)
Nasi Kerabu (checked)
Ayam Percik (checked)
Nasi Berlauk (checked)
Soto ( checked)
Satay (checked)

Banyak kan. Balik cumalah 5 hari je kalau seminggu panjang lagi list tu.

Kalau raya penimpang tu pecah sebab tak dapat nak menampung berat   (-_-)

Tapi aku bukan nak cerita pasal CNY ke apa. Yang aku nak cerita ada la satu petang ni aku makan kat pantai. Tak sah kalau balik kampung tapi tak pergi pantai. Sia-sia la kalau rumah tok nenek depan pantai kan. Adik aku pun pesan la maggi kari..

Korang expect ape?

Mesti la meggi kari yang buat sendiri tu kan.

Tapi yang adik aku dapat, meggi perencah kari. Tambah ayam, tambah telur. Yang tu kat rumah pun boleh buat. Adoyaiiii..

Yang adik aku pun satu yang order pelik-pelik apasal. Dah tempat tu warung mana la ada benda yang complicated tu.



Ni meggi yang aku wat sendiri. Tak tahu lah kenapa malam semalam tetiba nak sangat makan meggi. Yang pasti aku tau meggi tak elok makan selalu. Tapi dah teringin tak ingat dah semua tu. Lagi satu, bila malas nak turun beli makanan bila stay kat hostel, memang meggi la aku baham. Then bila nak jimat belanja, meggi lagi yang aku baham..Hehehehe..




Nah gambar lagi satu. Saje je nak buat korang terliur walaupun hakikatnya nasi putih + ikan kering jauh lebih sedap..Wakaka..


Aku kalau dah masak meggi memang sebakul cili aku letak. Lepastu hingus keluar bak air terjun yang laju je turun ke bawah.

Adik pun sibuk memerli

"sedap sangat ke meggi kak fatin masak tu sampai nanges2 makan meggi?"

!@##$$%%^&**^%@@$%^&*&^$#@$%^&*
(malas layan orang yang selalu tak puas hati )



SEKIAN


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

2013 Giveaway by Aliya Tralala & Saadah Toha





GA lagi??hehe..ni "MAYBE" yang last kot..Aku tak larat dah..so harap-harap menang la ye. Lepas ni akan berbalik kepada story mory about my life pulak..

JOM JOIN!!!


Senarai Hadiah:
1 Obuse Lip Tint by Princess Pretty Closet 2
1 Blouse by Princess Pretty Closet 2
1 Pakaian Wanita by Anaziah Online Boutique.
1 Sabun Beras by Anaziah Health & Beauty
1 Soft Toy by Anaziah Baby & Kids wear
5 Banner by Mailey Jailey
1 Edit Blog by Aliya Tralala
1 Edit Blog by Saadah
2 Bloglist By Nana

Pemilihan Pemenang :
Random.org
Top Refferal
Tamat:
28/2/2013  24/2/2013
 
 
BESTKAN HADIAH-HADIAH...
 
Mangsa Tag :
 
 
 
 
 

Short Segmen by Nurirwane & Miwaa




SYARAT-SYARAT!


1- Wajib follow blog penganjur segmen ini dan ini.


2- Wajib buat 1 entry "Short Segmen by Nurirwane & Miwaa"

3- Wajib tempek banner yang "cantik'' tu di entry korang, dan linkkan banner tersebut ke entry ini.

4- Wajib tag paling sikit 3 kawan blogger's korang *mereka wajib tau*

5- Wajib follow/like semua sponsor sebab mereka yang berikan awak, awak, awak dan awak hadiah (AKAN DI PERIKSA)

6- Paste link entry korang di comment box entry ini SAHAJA, tempat lain tak di terima, dan kami juga tak terima LINK BLOG seperti *http://blogakucantik.blogspot.com/* NO NO NO, tidak di terima. Dan sertakan ID FACEBOOK sebab nak periksa likers.



Pembahagian hadiah:


  - Top Referral!

 - Hadiah yang lain di pilih 100% oleh puan random.org *senang la korang dapat hadiah!

  - Tiada sifat pilih kasih di antara penganjur dan para peserta, ADIL! :P

  -  Segmen terbatal sekiranya tidak melebihi 80 peserta *adil kan? sebab hadiah sarat, banyak wooo ada 75 hadiah!



p/s: Syarat simple, hadiah gempak. Jom la join ramai-ramai... :)

Mega Exclusive Giveaway





Kawan-kawan diluar sana jangan marah andai kata blog aku ni penuh dengan GA ke apa ye sebab akau tengah bersemangat nak menang. Ye la hari tu macam-macam aku join tapi tak menang satu pun so yang ni aku akan melipat kali gandakan usaha. Sebab tu aku join banyak-banyak. Nak jugak rasa feeling menang kan..hehe..

Korang pun join la sama. Ramai-ramai lagi meriah. Hadiah pun banyak..

Mangsa tag :





IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013




Klik banner di atas sekiranya ingin menyertai :)

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. hihii

TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2013


JOM KITA JOIN RAMAI-RAMAI!!!

Segmen Random oleh Honey Yeo





HADIAH-HADIAHNYA:

TEMPAT PERTAMA:
Exclusive Baju TOPS bernilai RM25
Doodle rekaan khas yang bernilai RM15
Voucher discount 5% pembelian di Anseneda Shop's
Bloglist setahun dalam semua blog para penaja.
TEMPAT KEDUA:
Voucher discount 5% pembelian di Anseneda Shop's
Doodle rekaan khas bernilai RM15
Topup HOTLINK/CELCOM  RM5
TEMPAT KETIGA:
Voucher discount 5% pembelian di Anseneda Shop's
Doodle rekaan khas bernilai RM15
TEMPAT KEEMPAT:
Voucher discount 5% pembelian di Anseneda Shop's
Edit Template Blog sahaja bernilai RM10.


TEMPAT KELIMA:
Voucher discount 5% pembelian di Anseneda Shop's
Topup HOTLINK/CELCOM  RM5
SAGUHATI:
Semua yang menyertai (kecuali yang dah menang hadiah lain) akan dibloglistkan selama sebulan dan akan menerima Voucher discount 5% pembelian di Anseneda Shop's
Mangsa Tag :

Wednesday, February 13, 2013

10 Perkara Disebalik Seorang Blogger

Nampak tak betapa aku dah ketandusan idea nak menulis so kira macam tangkap muat je la kan apa yang masuk dalam otak aku.....

Yang aku nak cakap bukan Fatin Liyana bukan Fatin Suhana tetapi Fatin Shazwani. Siapa Fatin Shazwani tu? Tak kenal pun.

Yang menulis ni entry ni la Fatin Shazwani..Hehehe..
Ramai sungguh Fatin menulis blog ni ye. Aku ni blogger ke? Ye la walaupun tak famous. Ahaks!

Aku ni orang yang macam mana ek? Bagi yang nak tau nah ambik ni. 10 perkara tentang aku. 10 je tak banyak. Sekali nafas je korang boleh habiskan baca..


1) Aku ni peminat tegar novel.
Baru tahun lepas minat novel. Setakat ni dah ada lebih dari 10 novel kot agaknya :)


2) Aku ni seorang pendiam.
Aku ni pendiam bagi orang yang tak mengenali diri aku.


3) Seorang yang gila-gila.
Macam mana gila aku? Lebih kurang sama la dengan orang yang tinggal kat Tanjung Rambutan. Wakaka..Hanya kawan aku je yang tau kegilaan aku tahap mana.


4) Seorang yang amat cerewet.
Kalau nak beli barang apa-apa aku memang susah. Sebab aku akan cari sampai aku jumpa taste yang aku nak. Selagi tak jumpa aku takkan beli even benda tu teramatlah penting untuk aku beli.


5)Suka travel.
Once abah aku cakap " eh tiket AirAsia ada murah. Jom pergi sini....". Aku teramatlah teruja. Berjalan kaki jauh pun tak kisah. Tapi MERENTAS DESA sekolah dulu aku yang selalu ponteng. Hahaha..


6) Suka shopping.
Normal untuk perempuan. Tapi jangan risau aku shopping tak habis duit punya. Aku suka jalan-jalan kat mall sambil cuci mata. So kalau aku kawen dengan anak jutawan pun InsyaAllah tak bankrap punya. :P


7)Seorang yang minat gila social networking.
Semua aku ada. Dari zaman Friendster sampai la Twitter. Tapi aku akan hardcore on9 bila cuti. Bila study pandai2 la aku nak hidup antara belajar dengan blog ni.


8) Seorang yang setia.
Yang ni aku je syok sendiri. Tak tau la setia ke tak sebab tak pernah ada someone lagi. Tapi aku rasalah aku ni setia pada yang satu kot kalau orang tu tak buat masalah. BETOL TAK GIRLS???


9) Budak yang sentiasa berangan.
Ha yang ni memang aku mengaku. Kalau aku duduk sorang-sorang memang aku berangan. Berangan nak rumah besar mana, nak beli kereta apa, nak bercuti kat mana, nak pelamin macam mana, nak suami macam Zain Hakimi. Eh?


10) Aku adalah aku
Maknanya aku ni lebih suka jadi diri sendiri. Buat apa nak jadi orang lain sedangkan kita ni cuma satu je dalam dunia. Ye dak???? Cuma kalau yang buruk tu kita ubah la. Janganlah sebab nak jadi diri sendiri yang jahat pun tetap jahat pulak.....


p/s: 10 je. Buat la gi 10 bagi 20. Takpe la, nak pikir yang 10 ni pun termengah-mengah tengok cermin tentang diri aku ni..Hehehe..





SEKIAN...


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Contest Blog Comel


Join lagi ye...hehehe..
Memang aku nak join banyak-banyak..hehehe


SYARAT-SYARAT
1) Follow blog ni dan like pages
2)Buat satu entry ringkas dan tampal banner kat atas dan backlink kan kat entry ni*letak link entry kat komen bawah ni*
3) Like SINI
4) Like SINI
5) Tamat pada 10/3/2013
6) Pemenang dipilih berdasarkan blog comel+kemas+cepat loading

Hadiah
1) Tempat pertama: Bedak arab+ Celak arab
2) Tempat Kedua: Satu Set Krim kologen*Rm55*
3) Tempat Ketiga: Bedak Arab
4) Tempat Keempat: Bedak Arab
5)Tempat Kelima: Celak Arab
6) Tempat Keenam: Celak Arab
7) Saguhati: Review 3 blog
 
 
Syarat yang simple dan hadiah yang gempak!!!
Sebab tu aku rasa macam nak join..Korang pun sama la join dengan aku sekali ye :)
 
 
Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

THE VERY FIRST GIVEAWAY BY DI

Assalamualaikum.. :)

Kali ni penuh lagi blog aku aku dengan segmen dan contest. Maklumlah aku tak puas hati sebab dalam banyak-banyak contest yang aku join hari tu satu pun tak menang so aku akan melipat kali gandakan usaha aku untuk membawa pulang hadiah-hadiah yang menarik. *wow ayat memang boleh blah*




Hadiah?

Hadiah gempak gila wa cakap sama lu. Nak tau hadiah ape klik la banner yang comey tu. Nak join pun klik banner tu ye. Jom la kita join ramai-ramai ye.

Lagi ramai lagi meriah!!!


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Tuesday, February 12, 2013

Simple Giveaway Aisyah Humaira'




jom la kita ramai-ramai join GA ni. Hadiah tak payah cakap la gempak yang teramat. Korang klik je banner tu lepas tu tengok hadiah-hadiah. Konfem korang cepat-cepat join!!!

GA ni tamat hari ni tau so cepat sikit menaip tu supaya ada peluang nak menang..hehe :P

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...



Segmen Pantas :Header siapa paling awesome ?






Jom join ..
syarat senang je !
Wajib buat satu entry bertajuk Segmen Header siapa paling
awesome ?

Letak header korang dekat entri tersebut  
n publish ..

n letak link blog kat ruang komen
dekat cbox or tempat lain .. saya tak layan ok


n Ikut syarat sponsor semua ni


WAJIB FOLLOW BLOG SPONSOR

Mohd Zuhri ,  Aswan Azmy , Cik Fie , Farisya
Fiqah


LIKE FANPAGE SPONSOR

Mohd Zuhri , Farisya ,Aswan Azmy , Cik Fie

Add fb sponsor 

Puteri Insyirah



Tamat ?  hari sabtu ni tamat ok
kalau boleh ahad atau sabtu tamat ok

Hadiah Blousex1 n Shawlx1 topup rm5x3
Barangan kraft nama x2 , Review Blog untuk 3 orang

Pemenang dipilih berdasarkan header tercantik


p/s: so korang semua jom la kita join ramai2..aku rasa header aku dah cukup cantik dah tu walaupun bukan aku yang wat. harap menang le. hek3 :P


Nak join tekan header aku yang kononnya cun melecun tu ye :P

 

Thursday, February 7, 2013

Bila Jodoh Jadi Topik Bualan Ummi


Situasi: Aku dan ummi dalam kereta keluar nak beli lauk sebab malas nak masak.
Tempat: Dalam kereta Proton Persona warna hitam. no plat tuuuttt..


Aku: Ummi, hari tu lecturer ada cakap yang kita ni kalau nak cari suami kena pilih yang    setaraf atau lebih sebab takut suami rasa rendah diri bila isteri melebihi diorang.


Ummi: Betol la tu. So carila sekarang.


Aik? Mak aku bagi green light nampak. Hati melompat-lompat kegirangan.


Aku: Malaslah nak cari sekarang tengah belajar. Lagipun belum tentu yang duduk kat U tu semua jadi engineer. Nanti keluar keje lain. Lepas tu rendah dari Fatin. Susahlah..Baik cari nanti kerja.


Ummi: Bagosla tu. Lepas tu bercinta dengan suami orang.


Aku: !@#$%^&**(*&^$##%#   (tetiba masuk suami orang)



Situasi: Tak ingat.
Tempat: Tak ingat jugak :P


Aku: Ummi malas la nak cari sekarang. Nak belajar dulu. Habis degree sambung terus master. boleh apply overseas. Degree tak dapat pergi Master InsyaAllah...


Ummi: Bagosla. Balik je dari overseas dah tua. Tak laku. Baru padan muka.


Aku: Ala kalau jodoh tak kemana..


Ummi: Lepas degree kawen la. Lepas tu bawa semua pergi overseas sekali.


Aku: *speechless*



Situasi: Tengok tv rancangan Imam Muda akhir.
Tempat: Depan Tv & Dalam bilik



Ummi: Kak Fatin!!!! Mari sini kejap tengok ni.


Aku pun keluarla dari bilik..


Aku: Tengok apa?


Ummi: Tu...Yang mana satu Fatin nak. Ummi nak pergi masuk meminang. *sambil tunjuk kat    imam2 Muda*

Aku: Apa-apa je la... * masuk bilik balik *


Ummi: Kak Fatin!!!


Aku: Apa? * keluar bilik pulak*


Ummi: Cepatla pilih yang mana satu ni nak. Yang pendek ada yang tinggi pun ada.


Aku: !@##$%%^&**^$#%&^%  *masuk bilik balik*






SEKIAN



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...


Wednesday, February 6, 2013

Kisah Strawberi Aku Waktu Sekolah

Assalamualaikum... 


Kawan: Wei Fatin!!!*sambil jerit2*

Me: Ye? Apsal jerit-jerit. Kat sebelah ni je kot.

Kawan: Cuba tengok si F tu...*mata terus tengok budak hot tu*

Me: A'ah dah tengok. Apsal? *pening aku nak hadam kata-kata dia*

Kawan: Tengoklah dia minum air apa tu...

Apa kaitan dengan aku nak tahu apa budak laki tu minum. Nak jaga hati kawan tengok je la.

Me: Dia minum air Dutch Lady Strawberi. So?

Kawan: Wei PINK kot...

Still tak dapat tangkap. Aku kan "nerd" waktu sekolah.

Me: So kalau pink pun kenape? Strawberi kan pink. Takkan nak letak color biru lak.

Kawan: Bayankanlah lelaki badan tough. Budak hot sekolah minum air dutch lady strawberi warna pink. Eeeuuuwww!!!

Me: A'ah la. * terus teruja* Tak macho la. Tak sesuai dengan badan tough...



BUT NOW


Bila aku pikirkan balik. So What? Suka hati la dia nak minum air apa pun. Tak ada istilah Dutch Lady Strawberi untuk perempuan je. Then baru aku terasa betapa fikiran tak maturednya aku waktu tu.Hurrrmmm...


Kelemahan aku ialah aku tak boleh tengok benda cantik-cantik ni terjuntai. Aku rasa nak petik je. Aku tak berpeluang lagi petik strawberi sendiri. Adik aku je pernah. Kat rumah aku ni banyak pokok-pokok bunga. Ummi aku memang suka bab2 gardening ni. Hias-hias taman. Tak macam anak perempuan dia yang lebih suka merosakkan taman. FAKTA!!!

Bayangkanlah...Setiap kali pokok Orchid berbunga, ummi tak sempat lagi tengok bunga tu. Aku dah petik. Pokok bunga ros tak pernah tahan lama kat rumah ni sebab setiap kali berbunga je aku petik. Pokok cili pun sama. Cili tu tak sempat nak merah aku dah petik sambil terlompat-lompat.

"Ummi..Ummi..Nah cili ambil buat sambal belacan"

Padahal cili tu kecik je lagi. Aku memang sakit jiwa sikit. Tu tak masuk lagi pokok limau nipis. Limau tu baru je nak rupa macam limau, aku dah petik. Sebab tu sekarang pokok limau tu tak berbuah dah...

Nasiblah kan dapat anak macam aku..Wakaka..


 
Saya obses dengan strawberi that's why aku beli bantal strawberi ni!!!!


Wassalam...


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Tuesday, February 5, 2013

The Best Honeymoon Places For Me

Assalamualaikum :)

Wah tajuk gempak gituww. Gaya macam esok malam je akad nikah, ni sekarang tengah pakai inai penuh jari. Wakaka..

Hasil tengok cerita JODOH yang Scha Al-Yahya berlakon terus bersemangat nak taip entry. Kalau tak asyik dok perah otak pikir ala-ala nak tengah jawab soalan SPM esei sejarah tentang tamadun Mesir segala bagai.

Korang nak tau tak yang aku waktu kecik-kecik mesti berangan nak pergi somewhere yang best-best. Korang pun sama jugak kan... Apa orang cakap? "angan-angan mat jenin ek" . Tapi kadang-kadang tu tanpa angan-angan kita tak berjaya. Bermula dengan angan-anganlah kita berusaha supaya ia menjadi kenyataan. Ye dak???

So jom tengok tempat yang aku teringin nak pergi. To girls jom share favourite place yang korang nak pergi and to boys just keep silent and save in your memory which one is favourite place for your future wife. Kot la "future wife" TERkomen kat blog aku ni ke ATAU korang TERjumpa pasangan kat blog aku ni. Wah boleh jadi matchmaker ni. Ahaks!

YANG PERTAMA
 "MALDIVES"

Aku suka laut. Sebab nampak tenang dan rasa macam nak terjun je. Dah tak peduli ada paus ke apa yang penting boleh terjun. 


YANG KEDUA
  
"ITALY"

Sebab aku teringin nak pergi Itali ialah (ayat macam nak jawab soalan bm la pulok) sweetttt. Sweet je kalau aku boleh nak sampan tu. Oh romantiknya!!! Gedik untuk satu saat...

YANG KETIGA
"PARIS"

Orang lain mesti letak Paris no 1 kan. Alasan sebab kota cinta. Aku peduli apa kota cinta ke kota benci ke. Yang penting aku dapat pergi tempat yang aku nak pergi. Actually kan kalau pergi Kota Sarang Semut  dengan yang tersayang pun jadi kota cinta jugak kan. Muehehe :P


YANG KEEMPAT (last dah tak payah banyak2)
"SYDNEY"

Yang ni aku no komen. Aku pun tak taw apsal aku pilih Sydney. Maybe sebab abah aku cakap best kot. KOT je la.

So,

"Dear my "future husband" yang entah bila akan muncul hanya Allah je yang tau, tolong pilih antara 4 ni ye. Selain daripada tu reject awal. Tapi kalau tak boleh jugak nak pilih antara empat tu hanya ada satu je pilihan lain iaitu....."








supaya aku boleh lepaskan perasaan geram dan marah dengan shopping sebab tak dapat pergi holiday kat tempat-tempat yang aku nak pergi. T_T
(but make sure pergi waktu sale, baru best aku lepaskan geram!)




Calon "future husband" yang memang takkan jadi hak aku.
(undian dibuka...Korang boleh mengundi. Dah macam cerita Jodoh la pulak :P)

1) Aiman Hakim Ridza

2)Afiq Muiz

3) Dazrin


Wakakaka..Mimpi la sorang-sorang fatin..
Wassalam...


p/s: Story ni tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah mati. Hanyalah suka-suka sekadar mengeratkan silaturahum antara blogger. Segala kesulitan dan ketelanjuran harap dimaafkan...

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...


Monday, February 4, 2013

Colour Blocking & Colour Pastel

Assalamualaikum :)

Kali ni aku nak bercerita FESYEN ye. *bajet aku ni pandai berfesyen*
Sekarang ni macam-macam fesyen dah ada. Macam tu macam ni. Gaya tu gaya ni. Sampai aku pun pening keluar jejalan tengok macam-macam ragam manusia. Pelik pun ada. But thats what we call FASHION!! 

Sekarang ni yang makin pelik tu la fesyen sebenarnya. Kalau dulu badut je berkelakuan pelik. Sekarang ni tak payah cari badut dah, keliling pinggang badut berlonggok.


 Tak ke macam badut korang tengok? Cuma tambah hidung merah je. Tapi kan..kan...kan..
aku pun kadang-kadang ikut jugak Ahaks!

Tapi tak ada la extreme macam gambar ni. Belum pernah lagi la aku keluar tudung warna merah, baju warna biru, cardigan warna purple, seluar warna oren, kasut warna hijau. :P

Jangan pulak jumpa aku kat mana-mana, genting ke, sunway lagoon ke tetiba pergi mintak belon kat aku. Aku siku kepala korang habisan-habisan sampai korang tak mampu nak angkat kepala lagi dah.

Tapi sekarang ni aku sudah dipengaruhi dengan warna-warna PASTEL

Lembut kan warna-warna pastel ni selembut diriku yang begitu berharga. Ahaks!
Dulu aku tak suka warna pastel sebab macam baju buruk. Ye la pudar je warna. Perasaan pun jadi pudar kan. Tapi betul la cakap orang fesyen ni kan macam roda. Dia berputar. Yang lama akan jadi trend baru pulak dan begitulah sebaliknya. Ingat hidup manusia je ibarat roda? Fesyen pun RODA jugak :P

Aku mula minat pastel ni sejak......

tengok Irine Nadia ni kawen. Irine guna semua warna pastel. Dia gabungkan pink dan biru. Pandai kan dia pilih warna. So sweet. Dari situ la aku mula minat warna-warna pastel ni. :)

Cantikkan? Haish aku nak pergi mencari barang berwarna pastel la plak.. Muehehe :)


Eh3...Bulatnya mata? Anak siapa la ni? Nampak sangat saje je jegilkan mata sebab taknak nampak sepet. Muahaha..

Jangan panggil aku badut sebab tudung biru baju oren. Korang ingat aku suka ke pakai pelik-pelik ni? Tapi pakaian aku dah diluluskan oleh my fashion designer (my ummi) so aku tak malu lah nak jalan depan orang ramai. Yang pastinya tak ada orang pun datang dekat aku mintak belon..Muehehe

p/s: Bak kata pereka fesyen dan para artis, nak pakai pelik-pelik ni kena berani TETAPI jangan jadi mangsa fesyen!!!

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...
 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt