Thursday, February 21, 2013

Antara Persahabatan Dan Cita-Cita

Assalamualaikum...

Kali ni kite serius sikit. Dah tak ada gelak-gelak atau main-main walau hakikatnya aku menulis penuh dengan main-main..Wakakaka( kan dah terkeluar, tadi cakap nak serius!)

Ok lah..Aku just nak tanya pendapat korang la kan. Inilah untungnya ada belog. Ragu-ragu sikit post kat belog mintak pendapat. Lepas tu berduyun-duyun komen masuk bagitahu pendapat korang.

Tak nak panjang-panjang kita mulakan story kita ye...



Katakan lah korang dapat kos engineering kat mana-mana IPTA. Tetapi korang tak minat kos tu. Nak tak nak kena jugak masuk sebab nak belajar kan kalau tak nak, duduk rumah tunggu anak raja masuk meminang. Itupun kalau ada yang berkenan la. Kalau tak ada, membujanglah sampai ke tua ye.


Dalam tak suka, tak minat, tak ikhlas, tapi still lagi masuk kelas, belajar,buat assignment, revision, tutorial, study. Dalam tak minat dan tak suka jugak korang still masuk exam dan result exam 3 pointer above which is not bad at all. Ye la kan dalam tak minat dan tak suka korang boleh capai 3 pointer above kira gempak la kan. Dalam ragu-ragu dengan kos engineering sama ada boleh bawa ke tak sebab dari sekolah hinggalah ke asasi korang dalam bidang pure science. Dari sekolah lagi korang dah didedahkan dengan benda-benda sains.  
But you proved it that you can get better than others!


HABIS SATU SEM...


Then, bila masuk sem 2, korang dapat tawaran further study dalam bidang yang korang nak sangat. (anggap medic atau dental) .Plus di Indonesia..
Tetapi lewat setahun la. Meaning umur korang 20 tahun tetapi masuk dengan batch umur 19 tahun. Yang pastinya ini CITA-CITA korang.


Dan..


Di waktu yang sama, korang dah habis sem 1. Result ok dalam tak suka, dalam kata susah nak catch up dan dah rapat sangat-sangat dengan kawan. Classmate, housemates, roommate, besties....Korang rasa rela tak tinggalkan diorang hanya kerana nak capai cita-cita korang sedangkan bila korang pergi capai cita-cita belum tentu korang dapat kawan sehappening, sebaik, sekepala macam diorang. Tetapi ini CITA-CITA dan HARAPAN ORANG TUA.


Dan...


Dalam pada masa yang sama, cita-cita yang korang impikan sejak dari kecik bakal tercapai. Sedangkan korang dah lalui pahit jerih sejak dari sekolah hinggalah zaman asasi semata-mata nak capai impian korang. Tetapi korang tersungkur sedikit semasa UPU sebab result tak mencapai kehendak universiti lain dan ini peluang KEDUA buat diri korang. But at the same time korang rasa macam sedikit ragu-ragu untuk bawa kos kritikal macam medic dan dental. Ye la kos ni kan tough jugak.


So...


Apa pendapat korang????



p/s: Entry terlalu panjang.. Sori andai kata entry kali ni membosankan..


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

11 comments :

Asmieza As said...

Mcm ni la.

Kalau bg saya, saya minat enggenering dan benci medik. so, tawaran utk melanjutkan ke medic tetap tak akan diterima.

Ok ok, berbalik pada kes awak. awak minat medic. So, go on.
Capailah cita cita nak jd doktor. Lambat sikit takapa.
Kawan sy pun mcm awak, umur 19 baru dapat fly ke mesir buat medic.6 tahun pulak tu. Tp disebabkan impian yang tinggi sekarang dia dah ok kat sana.

It's okay kalau awak nak teruskan dgn bidang engginering tu. Belajar benda baru ni buat kita lebih bersungguh sungguh tau. Tambah lagi bidang kita tak minat. Bukannya bersungguh sbb minat tp terpaksa bersungguh lebih dr org lain sbb nak dpatkan kejayaan.

Apa pun, pilihla mana mana pun. Dua dua bagus.

P/s : Ada kawan sy jugak, dapat asasi sains hayat kat UM. Tp lepas habis tu turun diploma sains kesihatan. Nampak kan rugi 3 tahun tu. Tp disebabkan minat , sekarang dia happy sangat2 dan membuahkan hasil dgn kejayaannya .

Nana Liena said...

bagi me la kan..em..
ada dua choices:-
1) teruskan study kos engineering..
= alang2 dah sampai semester ke-2 dan pointer utk sem 1 pun not bad.. baik teruskan.sebab masa mula2 memang rasa tak berapa 'ikhlas'.. sebab kata 'terpaksa'..hehe.. kadang2 yang kita tak nak tu la kta dapat..tak kenal maka tak cinta...betul tak? hehe..lagipun sekarang dah selesa dengan persekitaran semua.. jadi sayang nak tinggalkan

2) kos medic /gental
= kalau ni mmg course yg diidam2kan sejak dlu.. entah la..kalau me jadi mcam org tu..me pun dilema..tapi bagi me..even tawaran tu datang lambat.. rasanya me akan teruskan dengan yg sekarang sebab takut menyesal.. nanti dah amek medical/dental kan tough takut nanti tak dapat bawak.. nanti prestasi merudum..tak ke naya? hehe.. takut nanti jd yg dikendong berciciran yg dikejar tak dapat.. lbh kurang mcm tu la peribahasanya..

*banyak2 kan mengadu pada Allah n mohon diberi petunjuk.. ^^

(Allah will never give you something you can't handle,its all part of his plan for u)

SEKIAN.. hehe

ni cuma pendapat me.. me tak boleh nak bayangkan me dalam situasi mcm ni sbb tak pernah rasa..apa2 pun salah silap maafkan me...hehe

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

macam sy , walaupun ambik biotech , sy bukan minat pun... teruskan juga wlaupun tak minat , sebab tu je pilihan yg ada
but in your case , u had given a choices , eng or med.. tp , awk minat kpd medic kn ? so , kalau dh minat , susah payah macamna pun , orang cakap lautan api sanggup kuredah... so , just take the chance , and berusaha.. mmg syg sebab umur dh terlebih , tapi dalam bab menuntut ilmu , tak da yg rugi :)... sebaik2 nya , cuba buat istikharah :)

fatin aziz said...

thanx girls..really appreciate..

Nik Muhammad Jameel said...

Okay, pada pandangan saya lebih baik awak teruskan cita-cita awak, bab persahabatan, ia takkan putus begitu sahaja kalau kita pandai mengukuhkannya. Satu lagi, walaupun sekarang kita boleh score dalam course yang kita tak minat dan mungkin akan grade & kerja.Tetapi kesan jangka masa panjang, mungkin kualiti kerja anda akan semakin menurun. Jadi lebih baik awak melihat potensi diri awak, di bidang mana awak lebih arif. Jika perlu pergi jumpa kaunselor kerjaya, InsyaALLAH ada jalan penyelesaiannya.. ^_^

Seneorita Baharin said...

macam pernah mengalami situasi yg sama 2thn lepas..dpt bidang yg kita tak minat, dh belajar 1sem dgn jayanya tiba2 dpt twrn yg kita tnggu, but the end, sy pilih bnda yg sy xminat tu sbb rasa syg pulak nk tnggl dh penat2 belajar utk 1sem, n dh selesa dgn environment kt situ n yg pnting dh rsa feeling2 sikit dgn kos tu, so i juz go on je la.. xpelaa yg bnda yg kita nak xsemestinya dpt kan, itu bergantung kpd keputusan awk la dear...Solat istikharah dan mnx petunjuk dariNya...jgn serabut2 ok sweetie..

fatin aziz said...

thanx nik & seneorita.. thank u soooo much.. still in consideration!!!

Alyn Roslan said...

:)..buarlah pilhan yang tepat..solat istikharah pun boleh..:)

Iyraa Cariyno said...

anda di tag

http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/01/segmen-who-is-lucky-one-by-hanna-kk.html

fatin aziz said...

@Alyn Roslan..InsyaAllah :)

Lieyana Ahmad said...

dear, jom bagi sokongan join segmen mudah ini. tak perlu tag siapa2 pun . sebb nak kumpul bloglist nnt senang nak blogwalking. kalau bertuah mana taw dapat vintage owl necklace?? tq ye. :)
http://lieyanaahmad.blogspot.com/2013/02/bloglist-review-and-giveaway-by-lieyana.html

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt