Thursday, March 7, 2013

Eh Result SPM Nak Keluar Kan?

Salam semua... :)

Aku bukanlah calon SPM tetapi nak juga berkongsi rasa berdebar, gementar, cuak bab kata pepatah orang bercinta...

"makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena"

Tapi aku...

Mandi basah je melainkan korang mandi tak buka paip air memang la tak basah.

Makan kenyang je sebab ummi masak sedap rugi tak makan nanti masuk hostel,makan kena catu sebab nak jimat.

Tidur ni je yang tak lena.

Tarikh keluar bila ek? Sepupu aku cakap 20 Mac. Anak kawan ayah aku cakap 18 Mac. Cuak tak????Aku dulu dengar tarikh nak keluar result pun dah cuak. Jangan kata dengar, bila orang tanya "result keluar bila??" jantung terus zzzuuupppp macam nak pengsan.

Kepada korang, korang dan korang yang tengah tunggu result SPM dan STPM, i wish good luck for all of you. Korang dah buat yang terbaik. Apa-apa pun nanti terima dengan hati yang terbuka. Jangan nak buat perkara yang pelik-pelik. Andai kata korang tak dapat seperti yang mana di target jangan rasa down macam aku dulu.

Seriously aku cakap yang aku target straight A's tapi tak dapat terus rasa down gila sehinggakan fikiran aku pernah dihasut tak nak balik rumah dan nak bunuh diri.
INI SERIUS!


SUBHANALLAH

AWAS!!! INI SEMUA GODAAN SYAITAN!!!

Tetapi alhamdulillah, diri aku kembali waras. Dari situ baru aku rasa macam mana orang yang pernah bunuh diri sebab tak dapat 5A dan 8A waktu UPSR dan PMR. Kadang-kadang aku pernah cakap..

"weh korang 4A 1B je kot yang bunuh diri segala bagai kenapa?"

"UPSR je kot. Over la nak bunuh diri segala bagai"

"Tak kesian mak bapak ke?? "


Bukan nak membangga diri tetapi aku capai target yang aku nak dalam UPSR dan PMR. Tetapi untuk SPM je yang aku tak mampu nak dapat straight A's.

Korang tolonglah jangan nak buat kerja-kerja pelik ni. Rezeki ni ada dimana-mana. Even aku tak dapat straight A's masuk U jugak. Buat degree jugak. 

Rezeki itu ada tetapi bagaimana ia datang dan diberi itu berbeza bagi setiap individu!





INGAT!!!!

Sekali lagi aku nak ingatkan JANGAN BUAT PERKARA YANG DILUAR IMAN KITA!!!
Apa pun yang kita dapat terima dengan hati yang terbuka.


"ALLAH TAKKAN MENGUJI UMATNYA DENGAN UJIAN YANG KITA TAK MAMPU NAK TEMPUHI"


Ye. Buktinya, memang aku down 3@4 bulan. Waktu ni baru betul mandi tak basah, makan tak lalu, tidur tak lena sebab asyik menangis. Tetapi aku lalui jugak walaupun pahit dan selepas dari itu aku gembira yang amat sebab apa yang aku dapat melebihi harapan aku nak straight A's.


So, korang get ready fizikal dan mental dengan semua yang bakal berlaku. Ingat! (banyak sungguh pesanan aku) makin kita dewasa makin banyak dugaan dan cabaran. Makin umur kita meningkat makin pelbagai peristiwa akan datang yang menguji mental kita. Semua ini proses untuk mendewasakan kita. Jangan takut untuk maju ke hadapan kerana once you step forward you will see something new in your life!



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

31 comments :

Gombug said...

Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...

yan shamba said...

hehe..dr upsr smpailah ke u skang..tunggu result mmg nk buat jantong tercabot..:)

fatin aziz said...

normal dalam kehidupan..hehe

Cik Tanpa Nama said...

betul tu...jgn buat perkara2 stupid kalau tak mampu capai target.apa yang Allah dah tetapkan adalah yang terbaik dan hasil usaha kita sendiri :)

fatin aziz said...

SETUJU!!!

Nana Liena said...

result SPM 20mac nie STPM katanya 18MAc..my cikgu habaq kat cik..wot wot..zaman sekrang nie..oerang pentingkan akademik semata2..akhirat tak penah nak pentingkn...suka sngt pandang rendah pada manusia yg tk berjaya dpt result terbaik dalm exam besar2 ..pelik..

AmyZana said...

Terima kasih. Entri ni sangat berguna utk saya yg nak face PMR. Ujian bulanan tak dapat straight A's pun rasa macam nak terjun kolam. Lol. Kolam XD

the Izudean said...

dulu masa nak ambik result tu punyalah berdebar tak boleh nak luah. haha

apa2 pun school time memang best!

Seneorita Baharin said...

Setuju sgt dear...tp mmg betol la tngggu result ni mmg 1 penyiksaan, xtidow mlm kan, sampai ke zaman U pn sama, hehe..ppepon good luck utk adik2 yg nk amik result spm nnt.. :D

fatin aziz said...

AmyZana..just chill sya pun dulu tak pernah dpt straight A's pun.. dapt 1 A je..tapi the real one alhamdulillah dapat.. just put ur extra effort InsyaAllah dpt.. :)

fatin aziz said...

@Izudean waktu sekolah dulu mmg mlas nak gi skolah tapi skrg ni klau bleh kembali ke skolah mmg nak sgt2 :P

fatin aziz said...

@Seneorita Baharin btol2..berdebar tu jgn ckp la..seminggu sblm result tu dah rasa..

Chelz Rachel said...

Good Luck!

fatin aziz said...

Chelz Rachel good luck for?? :P

Katak Comel said...

relax suda..
tawakal jela dpt result yg cmrlg

Anis Farhana said...

Yaa , tahun depan saya SPM. berdebar debar pulok :D

fatin aziz said...

Anis Farhana..cool2..hehe

fatin aziz said...

Katak comel that's right lepas usaha tawakal je :)

Blog Sensasi said...

confident result terbaik

keyboard menaip said...

btul tu,,sy ada target 6A dlm pmr,,tup2,, dpt 4A, dan hri tuk sy x sujud syukur lngsung,,
yg sy tau hari tuh,, nangis ja kerja,,
kalau ada yg tanya berapa dpt pmr, sy senyum ja, mls nk jwb ,,
tpi masa sy blik kpg,, byk yg support sy,, ckp' oklah tu,,aslkan sns dan math A ja,,'
kalau mereka jumpa ayah saya mereka akan ckp ' eh, bagusnya anak awk, sns math A ',,
ehhhe,,, masa tuh mak ayah saya selalu di taya oleh org kpg brpa dpt sya ,, kebykkn nya memuji keputusan saya tu,, apa lagi mak ayah senyum ja kerja,,
btw, walalupun dpt 4A saya boleh buat mak ayah senyum

fatin aziz said...

Blog sensasi jgn konfiden sgt nanti kecewa... :)

fatin aziz said...

@keyboard menaip rezeki ada dimana-mana tetapi jangan tunggu sbb nak rezeki yg baik kena usaha.. :)

fatin aziz said...

Blog sensasi jgn konfiden sgt nanti kecewa... :)

ANISRAHIM said...

haha rasanya pelajar skrg mmg makin stress sebab makin hari, generasi makin pandai kan..

fatin aziz said...

Btol..klau dulu dpt 1A dah riuh satu kampung tapi skrg full A's mcm xde apa pun..

wani ezryl * said...

sama la weh, time spm ada la target few papers yg favourite utk dpt A kan.. alih2 paper tu yg dpt B! tp xpe xpe xpe (haha) kejayaan seseorang tu bergantung kepada usaha and rezeki. insyaAllah kalau spm x straight As pun masih boleh sambung degree.. even sampai masters and ke dpn dpn nya xD

Nadya Bubble said...

Promosi Al-Quran Pelangi :) Ready stock! http://bit.ly/10AVN8H

fatin aziz said...

@wani ezryl..rezeki itu ada cuma ia datang lambat atau cepat je :)

Izzat Eshak said...

Tetiba teringat zaman2 SPM dulu

fatin aziz said...

Izzat Eshak zaman2 muda mudi ke..hehe :P

Airen Surayya said...

spm bukan segala2nya..tapi tanpa spm, tak leh nak buat2 ape2 jugak..huhu..
do blogwalking to my blog ye sis..hehe

http://assnzone92.blogspot.com/

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt