Tuesday, April 30, 2013

Hilang Idea, Blog Tergendala

Assalamualaikum...

Sejak dua tiga menjak aku dah rasa bosan dengan blog. Sebab tu tak ada topik atau cerita yang nak dibualkan sekarang ni. Maybe sebab sekarang ni aku tengah sibuk nak promote bussines aku kot sebab tu la setiap kali buka laptop mesti buka FB promote sana promote sini. Bila dapat customer senyum sampai ke telinga. Siapa tak happy kan walaupun customer cumalah seorang..Hehehe.


1 Mei 2013


Yeay!!!Its a holiday. Mungkin bagi orang lain ala cuti sehari pun nak heboh tapi aku heboh sebab aku cuti 6 hari. Hari khamis ada kelas tetapi disebabkan atas budi bicara lecturer dan student, kelas semua dibatalkan dah hari jumaat dengan isni cuti mengundi. Yeay!! Double triple happy!!!


Walaupun tak mengundi, haruslah diriku ni happy ka. Cer cakap siapa yang tak suka cuti-cuti ni? Aku siku kepala siapa yang cakap tak best. :P


Kepada semua pekerja...
"SELAMAT HARI PEKERJA"

Sementara tengah free ni spent you precious time ni dengan family. Jangan nak kerja je even cuti melainkan kalau terpaksa la ye..

Kepada yang berumur 21 tahun ke atas..
"JOM KITA MENGUNDI"

Bak kata kawan aku..

Me: You balik mengundi tak??

Nithya: Mestilah balik. Tau tak satu undi kita tu boleh menentukan siapa pemimpin kita di masa depan. Penting tau untuk kita mengundi.

Satu yang aku tanya, tapi huraian full mark aku bagi. Wakaka...


Tapi betullah tu. By the way, waktu mengundi la paling best sebab tepi-tepi jalan bendera penuh semua bertanding nak tengok bendera mana paling banyak. Waktu ni jugaklah family semua berkumpul, tinggalkan kerja, balik kampung masing-masing kumpul depan tv bila nak tengok keputusan kan...


Esok aku balik kampung!!! 

p/s: Assignment memang berlambak tambah-tambah bila nak final tapi lupakanlah dulu buat sementara waktu sebab hari pekerja kan. Student pun dikira bekerja la. Hekhekhek..


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Saturday, April 27, 2013

1st BABY GIVEAWAY BY KMLIAHSHM




Assalamualaikum...

Kali ni aku join GA lak...Korang yang nak join boleh klik banner di atas. Hadih2 gempak gile. Bagi yang minat teddy bear macam aku silalah join ye..

Kenape saya nak menang??
Antara sebabnya saya tak pernah menang lagi hadiah yang join GA, contest dan macam-macam lagi la. Kiranya macam nak cuba nasib. Lagipun saya ni peminat teddy bear tegar. Pantang jumpa teddy bear mesti nak peluk-peluk lepas tu bawak balik..hehe. Memandangkan GA ni ada teddy bear, so rasa macam nak join dan kalau ada rezeki menang teddy bear. Huhuhu

Mangsa Tag:

Thursday, April 25, 2013

Seronok Ke Masuk U???

Assalamualaikum...

Malam ni nak cerita sikit pasal masuk universiti ni. Hari tu aku ada buka twitter then nampak ada sorang ni tweet lebih kurang macam ni


"Hidup di universiti tak seseronok macam dalam drama petang-petang"


Aku ulang, lebih kurang ye. Maybe tak 100% sama sebab aku pun dah lupa ayat sebenar.


Bagi yang masih sekolah, akak (rasa keTUAan plak) nasihat rasai zaman sekolah sepuas-puasnya sebab nanti adik-adik akan rindu. KONFEM!!! Aku berani jamin mesti ramai bebudak sekolah yang tak sabar nak habis sekolah sebab nak masuk universiti bukan semata-matanya untuk sambung belajar tetapi sebab nak hadapi hari-hari di universiti macam dalam drama-drama tu kan?


Mengaku je la ye sebab aku pun macam tu. Waktu form 4, tengok senior-senior form 5 habis sekolah rasanya macam bahagianya diorang. Tak payah bangun pagi, tak payah iron baju sekolah, tak payah nak sental baju sekolah putih bila kotor, tak payah nak pakai baju sukan then tukar balik walaupun dah nak balik rumah, tak payah nyanyi lagu sekolah tiap-tiap pagi isnin, tak payah dengar pengetua membebel panjang lebar sampai lenguh kaki-kaki, semua tak payah!


Tetapi bila korang masuk je universiti korang akan rasa...


"Eh hari ni nak pakai baju apa ek? Semua baju dah pakai, boring la. Waktu sekolah dulu kan senang, nak tak nak baju putih je"


Waktu tengah borak-borang dengan geng.


"Eh lagu sekolah korang dulu macam mana?Siapa ingat lagi cer nyanyi sikit"
(waktu sekolah nyanyi dalam hati je)


Waktu masuk kelas lambat.


"Eh ko apsal lambat walaupun kelas start kol 10? Ni mesti alarm bunyi tapi malas nak bangun kan..."
(dah biasa lepas subuh tido balik)


Bila pakai baju kurung.


"Rajinnya ko iron baju kurung. Pakai je la baju biasa. Sekarang kan bebas.."
(nak jugak nampak macam ayu berbaju kurung. Sekolah dulu kalau boleh nak pakai jeans)


Ingat lagi tak cerita "KISAH KAISARA" yang Sari Yanti berlakon tu? Ha kalau ingat, korang nak tau tak yang aku selalu berharap bila aku tidur then esok bangun sekolah, sepanjang hari persekolahan kalau boleh nak happy je macam hidup Kaisara tapi semua itu hampeh!

So dalam hati...

"Come on...Itu drama..Semuannya lakonan"


Bila tengok cerita budak-budak study kat universiti,study group segala bagai, dalam hati...


"Bestnye...Tak sabar nak masuk universiti cepat-cepat. Happy je hidup diorang. Cepatlah masa berlalu"


Tapi sekarang semuanya dusta. Sebab apa aku cakap macam ni sebab aku tak happy pun. Setakat happy sebab masuk universiti banggakan mak bapak tu ye lah tetapi selain dari tu tak happy. Penuh dengan stress!!!


Jadi wajarlah ada je budak-budak pandai tetapi bila masuk final year, jadi stress dan gila. Ini betul!! Kawan ayah aku dah jadi dan makcik aku pun sama. Sayangkan dah final year. Tetapi ni semuakan ketentuan. Walau apapun korang kena make sure jugak dalam apa-apa hal pun jangan stresskan diri korang pada tahap yang melampau. Kalau dah rasa stress sangat better korang luahkan. Kalau taknak kat parents, kawan yang boleh percaya,tapi kalau tak percaya kan kawan, korang boleh buat something yang korang boleh rasa puas. Macam aku baling benda-benda yang aku paling sayang...contohnya baling phone kat dinding then aku rasa puas. Tapi alhamdulillah sebab tak pernah rosak, bertahan sampai 5 tahun. Korang jangan ikut lak :P


Ok itu saje ye :)



"Saya yang menulis..Kikikiki..."


p/s: Motif kepada entry ni adalah nak gtau orang-orang kampung yang assignment digit, mathematics engineering, computer programming telah selamat dihantar hari ni. Fuhhh lega!!!Tetapi masuk je kelas tadi, next week tolong submit assigment mathematics engineering II,assignment PBSM,assignment devices. Gedebukkk!!!Jatuh batu berat atas kepala. Stress balik!!!Jerawat pun seronok "bina" rumah banglo kat muka aku. Minyak kat muka aku plak rasanya cukup kot goreng wedges kat 100 orang!!!


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Friday, April 19, 2013

Segmen Khas : BEN ASHAARI dan WEECLICKS!

Assalamualaikum..
Join segmen lagi tapi yang kali ni gempak sikit sebab hadiah-hadiah melampau gempak. Sebab tu tergedik-gedik aku nak join.. Weeee.. :P




KENAPAKAH ANDA NAK MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET INI ?

Jawapan:
Saya nak menjana pendapatan melalui internet kerana saya ingin membiayai pengajian ijazah saya dengan usaha sendiri tanpa membebankan ibu bapa saya memandangkan saya sudah berumur 20 tahun dan sudah tiba masanya untuk saya mula berdiri di atas kaki sendiri. 


Itu je jawapannya..

SEGMEN: Saya Nak Free Gift by Miratul Reyyah

Assalamualaikum...



Syarat-syarat penyertaan


Wajib FOLLOW blog NI and LIKE page

Follow Blog Sponser SINI and SINI

Sponser hanya dua org, so senang lah nak follow..Tak ramai..
Wajib follow blog ni n sponser, akan di CEK

Buat ENTRY " SEGMEN: Saya Nak Free Gift by Miratul Reyyah
Letak banner ni kat entry tu.. and backlinkkan

Tinggalkan link anda kt ruang komen

Semua Pemenang akan dipilh secara Random ;)

Tempoh: 14 April - 9 Mei 2013



Senarai Hadiah

1) Shawl  x 1

2) Tudung Bawal x 1

3) Cute Note Book x 1

4)  Sleeping Mask x 1

5) Clean & Clear cleanser x 1

6) Face mask x 1
  

Best kan hadiah-hadiah tu.. Jom la kita join ramai-ramai baru meriah... :)

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

SEGMEN: KAMI & BLOG AWAK!

Assalamualaikum...


Segmen ini dijayakan oleh CCK, Aisya Humaira, FizGraphic dan Cik Lyeen


TARIKH BERLANGSUNGNYA SEGMEN
11.00 MALAM (19.04.2013) - 11.00 MALAM (20.04.2013)
 
Dah lama rasanya tak join mana-mana segmen dengan contest so terasa macam nak join pulak. Segmen ni cuma berlangsung sehari je. Tengok tarikh kat atas tu. Maka dengan itu (terima kasih cikgu bm sebab ajar saya bm) jom la kita sama-sama meriahkan segmen ni..
 
Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Thursday, April 18, 2013

I'm The Super Duper Busy Women

Assalamualaikum...

Hai korang...Memandangkan every friday i have no class so its time for me to spent my time with my super duper cutie blog. I think. :P hahaha..So mungkin korang terkejut tetiba blog ni sunyi sepi senyap gelap gelita tanpa sebarang perkhabaran sedangkan minggu lepas habis satu satu entry aku post kan.

Ha..Mai sini orang-orang bandar aku nak cakap. Aku bukan hilang tetapi aku super duper busy dengan kuliah,test 1&2 (every night), lab test, assignment yang semakin rancak wat pengumuman kat portal, kelas ganti (postpone sejam ganti 2 jam. TERBAIK!!) dan bla bla bla.


So tell me. When i will have much time to publish and create a new entry?? Everyone has 24 hours but im using that 24 hours to do that and this and that again. OMG!!! Ko mengeluh fatin???Oh no of course not. Nak gempak je lebih. Actually masa tu ada cuma kemalasan untuk membahagikan masa dengan betul itu malas.


Contohnya, malas nak on laptop, malas nak study awal-awal so bila dah esok exam baru tergopoh-gapah, ketuk bilik kawan tu kawan ni minta tolong, mesej kawan tu kawan ni mintak soalan spot dengan harapan boleh increase my speed of study in high level and skip the part that not important and after exam i will cry because the part i skipped came out in exam and directly brainwash myself like "its okay fatin...you still have a chance next time. Lets study now to make sure you will not regret after this."

Tetapi semua ni cuma berjalan selama seminggu. After a week, it came back to normal. A LAZY STUDENT!


So to all people and bloggers out there, DONT DO THIS. But i know you will do this. I mean last minute study.This is an universal behaviors that all people face it.  Wakakakaka..

Thats all. Bubye..


p/s: Over ko mak jemah berSPEAKING ENGLISH gitu~~~~ :P
 JANGAN LUPA LIKE PAGE ONLINE SHOP SAYA--->Pearl & Silver Collection
Lots of luv,
Fatin Aziz...

Friday, April 12, 2013

Pearl & Silver Collection Buat Diskaun

Assalamualaikum...


BERITA GEMBIRA UNTUK ANDA SEMUA!!!









PERHATIAN!!!
Pearl & Silver Collection mengadakan SALE untuk kesemua gelang-gelang pearl pelbagai warna yang menarik hati.


Bukan sahaja sale sebanyak 15% tetapi anda jugak diberi FREE GIFT yang pasti akan memuaskan hati anda..
Sale bermula hari ni..


CEPAT DAPATKAN SEGERA SEBELUM JUALAN DISKAUN INI DITUTUP!!!
 
Lawat page kami untuk maklumat lanjut :D




Lots Of Luv,
Fatin Aziz.. 

New Banner For Online Shoppe

Assalamualaikum..

Mood happy sebab dapat menghasilkan banner for my online shop dengan titik peluh sendiri tanpa minta kawan tolong...Yeeepppii..

Btw yang senang boleh la gagah buat sendiri. Senang pun berjam-jam sampai sakit belakang mengadap laptop. Nasib baik dalam midterm lagi. Boleh bangun lambat.

Once kelas dah start belog ke mana online shop pun ke mana. Hewhewhew..
.
.
.
.
.
.




Cantik tak?? Oh please say yes.. :P
Kruk krak kruk krak tulang belakang aku nak buat ni je. Maklumlah aku bukan pandai nak buat benda-benda alah ni. Tu yang header belog tak pernah tukar pun. Wakakaka..

 Mula-mula letak yang ni tapi nampak macam ntah apa-apa je. Maklumlah main kopi pasta gambar kat google then letak nama je. 

Selepas godek-godek photoscape baru aku tau macam mana nak delete part yang kita tak suka dalam gambar yang kita ambil kat mana-mana even google or yahoo. Maka dengan itu jadilah banner yang di atas. Bravo fatin bravo!!!

Fisrt banner tu nampak la macam exclusive sikit kan. Walaupun berniaga tak ada exclusive sangat sebab tak ada masa nak promoto sana promote sini. Tapi tak apa first try memang macam ni. lumrah hidup. Nak berjaya bukan senang. Even nak berblog pun susah kan...

So jom ke page online shop saya:


ATAU

ke official website saya:



p/s: Mintak jasa like page di facebook dan subscribe di website ye.. Thank you :D

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Wednesday, April 10, 2013

Cerita Manis Bak Gula-Gula Kapas 4


Mungkin readers dah boring dengan cerita kononnya sweet melampau-lampau macam aku sorang je ada perasaan so aku decide yang ni adalah cerita terakhir walaupun banyak lagi aku nak story..


.................................

Sambungan yang lepas...


Kawan A : Eh Fatin tadi abang tu tolong aku...


Kawan B : Hhhmmm Fatin dah datang dah. Dari hujung sana sanggup datang hujung sini sebab abang budiman tu ada kat sini..



Kawan C : Weh Fatin..tu abang tu..pergi la..


Kawan D : Fatin dah datang sini sebab abang budiman tu ada kat sini. Jom la balik tempat masing-masing..



Kan aku dah cakap riuh satu kelas sebab aku admire dengan abang budiman tu. Padahal cerita ni mula dengan suka-suka je cakap pasal abang-abang dalam lab tapi dah bawa sampai berpanjangan..Cepat tersebar ye. :P


Kali ni aku tak mintak bantuan abang budiman sebab projek simple sangat. Siap pun cepat....


Tamat Sudah Lab Machine

..........................................................................................................................


Masuk Ke Lab Lukisan Kej.


2 minggu masuk lab machine then masuk plak lab lukisan kejuruteraan. So di sini wahai cik Fatin jangan nak berangan ye nak jumpa abang budiman ke abang putih ke abang merah je abang hijau pekat  ke sebab diorang memang tak jaga lab ni.

2 minggu la aku kemurungan..(bak kata kawan aku)


........................................................................................................................................


Masuk Ke Lab Wiring


2 minggu selepas lab lukisan kej masuk plak lab wiring. Lab wiring ni berhadapan dengan la machine je.


Kawan A: Minggu ni Fatin seronok la sebab leh jumpa abang tu.


Me: *eh knape lak? ni kan lab wiring bukan lab machine*


Kawan B : Eh ko tau tak tadi aku jumpa abang tu pakai baju warna hijau.
(mak aaiii sampai warna baju ko gtau aku. nak wat aku jeles la tu)


Kawan C & Me : Ko tipu. Aku tak caye..


Kawan B : Eh betul la. Buat pe aku nak tipu. Tak caye tanya dia (kawan D).


Kawan D : A'a tadi ada pakai baju warna hijau.


Me: Ooooooo (apsal bukan aku yang jumpa?)


Kawan B : Tadi dia tengok aku lepas tu senyum kat aku...


Me: *Aku buat-buat dengar je sebab akan memanaskan hati aku je kalau aku dengar..hehe*



Dalam tengah prepare nak buat wiring dengan partner (lelaki), aku pun duduk je la kat tempat aku tu. Yang bestnye tempat aku ni bertentangan dengan tingkap lab aku dan lab yang abang budiman tu jaga. Tapi aku tak perasan sehinggalah.....


Aku pusing nak ambil barang dekat rak then terpandang tingkap lepas tu dia ada kat tingkap lab machine dan nampak straight to the point.

Yang penting memang dia pakai baju warna hijau..Untung kawan aku jumpa dulu..Cis!!!

Habis je lab..


"Kawan-kawan : Fatin seronok la hari ni dapat tengok abang tu... :D"


Seriously kawan-kawan kelas aku ni sporting gila. Tiap kali nampak abang tu konfem report kat aku.
Dah rasa macam abang tu BF aku la pulak diorang keje report je kat aku... :P

Ni kawan-kawan kelas ye bukan kawan-kawan rapat yang selalu makan sekali buat keja sekali. Kalau yang rapat tak payah cakap la sampai suruh aku jumpa abang tu mintak no fon. Memang keje gila betul diorang ni!!!

...............................................................................................................................


Finally TAMAT SUDAH...
Maybe kesudahan tu tak lengkap lagi tapi untuk elakkan kebosanan orang membaca so aku ambil keputusan ( macam serius je ayat ni) untuk tamatkan kisah ni...


Terima kasih kepada yang membaca. Mintak ampun dan maaf andai ada tersilap kata dan tersalah bahasa. Niat di hati cuma nak kongsikan kehidupan aku sebagai budak universiti yang selama ni aku hanya tengok kat tv je and now i live in reality...

WASSALAM...


Bagi yang keliru...sini nak nak explain..


Abang putih : abang yang tolong acuh tak acuh which aku tak suka. Totally tak suka even dia handsome tahap gaban pun..

Abang budiman: abang yang tolong aku secara sebetul-betulnya..Dan AKU SUKA!!! 




Tak Faham Cerita Sebenar???


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Tuesday, April 9, 2013

OMG OMG OMG..Oh Pimples!

"aaarrrrgggghhhh jerawat dah naik"
Itulah ayat normal bagi bebudak perempuan..

btw sebelum terlupa..
Assalamualaikum... :P

Sejak cuti midsem ni makin gedik la pulak jerawat ni nak naik kat muka. Dalam banyak-banyak muka orang lain kat dalam dunia ni muka aku jugak yang berkenan. Kalau naik jerawat waktu belajar boleh terima maybe sebab stress belajar plus berminyak sebab aku saje je duduk bawah matahari lama-lama nak feel macam omputeh. Orang kata "sun-bathing"??Ha tu la aku..

Aku rasa cuti ni dah habis relax dah aku buat badan aku. Semua benda aku lupakan even pelajaran aku walaupun next week ni ada test.Wakakaka..

Aku paling tak suka dengan jerawat. Actually semua orang kot tak payah la nak aku sorang kan. Sebabnya cuma satu iaitu aku suka picit jerawat tambah-tambah yang ada nanah. Lepas nanah tu keluar mula aku menggelupur kesakitan pusing satu rumah melompat-lampat, merangkak-rangkak, berguling-guling tahan sakit. Waktu buat tak hirau pun. -_-


Haa macam ni la. Naik seriau la pulak tengok gambar ni.

If kat muka orang lain ada jerawat pun aku rasa geram.


Me: Adik, muka adik tumbuh jerawat la..

Adik: Jap nak tengok..A'ah la ada jerawat.

Me: Jerawat adik ada putih-putih (nanah la ). Sini kak fatin nak picit.

Adik: Tak payah nak gedik!!!

Me: Ala..Sikit je kak fatin picit slow-slow

Adik: (terus masuk bilik kunci pintu)

Me: Wakakaka..

So nak kempiskan jerawat..(macam kempiskan perut la pulak)

Aku guna..

Oxy 10

Alhamdulillah...Bila guna oxy 10, hari ni ada jerawat kembung macam belon esok kempis macam apa2 je (takde idea).

Dah lama aku guna ni tetapi face cleanser aku tak pakai dah jenama ni. Aku guna Olay sebabnya aku pun tak tau maybe dah jemu kot. Muka aku lebih ok dengan Olay berbanding Oxy walaupun Oxy dah berbakti dengan aku bertahun-tahun sejak aku muda-muda hingus orang lapkan. Hehehe..


So disini aku nak sarankan korang guna produk bukan Oxy ataupun Olay tetapi guna produk yang korang rasa best dan best dan best dan best lagi. Aku tak jual produk so suka hati aku la nak cakap apa pun. Lain la aku jual produk aku konpem aku paksa sorang-sorang guna produk aku. :P


<SEKIAN>


p/s: mintak jasa like page online business saya ye---->Silver & Pearl Collection

Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

Sunday, April 7, 2013

Online Business Launch

Assalamualaikum...

Ting Tong Ting Tong!!!!
PENGUMUMAN!!!

Sekarang ni saya tengah nak aktifkan diri buat online bussines. Hope sangat-sangat korang bagi support ek. Seperti mana korang support FatinAziz's Belog macam tu la korang support Pearl & Silver Collection.


Maklumlah umur dah masuk 20 tahun so kena la berjinak-jinak cari duit sendiri kan.
Seriously aku masih baru so kepada yang mana dah lama dalam bidang ni tolong sangat-sangat beri tunjuk ajar sewajarnya ye..


Jom lihat my online bussines page...



Before ni aku promote melalui blog dengan FB aku je so sekarang aku nak asingkan supaya senang aku nak pantau. Naik pening aku mana nak update blog pasal peribadi mana nak update pasal gelang ni gelang tu so aku aku decide buat page. Nak buat blog macam renyah je sebab banyak benda nak kena buat. Background la, itu la, ini la...


Kepada anda, anda, anda dan anda yang sedang membaca jom ke Pearl & Silver Collection dan klik like ye. Satu klik anda amat membantu saya untuk maju dalam bussines. Wow kebaboomm ayat ko fatin!!


Terima Kasih...



p/s: Rantai leher bakal dikeluarkan tak lama lagi..So kepada yang berminat sila klik like ye supaya senang nak tau new updates..


Jom lawat page online bussines saya :D



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Friday, April 5, 2013

Peminat Sushi Yang Tak Berapa Minat

Yyuuhhuuu..anybody here??
Assalamualaikum..

Jujur aku cakap aku tak minat sushi. First time aku makan aku tak ingat tapi yang pasti memang dah lama. Waktu aku beli tu aku teringin gila sebab orang lain makan macam best je. Ngap sana ngap sini. So memandangkan aku selalu shopping kat TESCO (gaya orang pentingkan bajet), aku pun belilah sushi kat tesco tu. 
Last-last....


Aku makan satu je, tu pun yang paling kecik and the rest ayah aku yang makan. Ayah aku ni jenis yang makan semua. Tak kira orang bagi apa pun kecuali batu dengan kertas. Waktu holiday kat Sabah pun rumpai laut dia makan sebab nak try katanyeerrr....

But now..



Aku dah mula makan balik. Semua ni gara-gara kawan aku. Dulu waktu kitaorang lepak kat SUNWAY PYRAMID kot kalau tak silap, dia pergi beli sushi. Lepas tu kita orang share berempat. Dia makan macam sedap je. Seketol seketol dia masukkan dalam mulut. Aku dengan yang lain terkebil-kebil je tengok.


Lepas tu la baru pintu hati yang suci lagi murni bak minyak masak cap buruh ni terbuka untuk beli. And its a miracle sebab aku boleh makan tanpa nak uuwweekk uuuwwweek!!!

Then, last week aku beli lagi. Kali ni portion dia besar sikit. Aku habiskan semua sebab tak ada siapa pun teringin nak makan sushi. Agaknya kena bawak pergi Jepun kot sekali biar diorang rasa sushi sebab terpaksa takde makanan lain :P


It's Ribena!! I love purple that's why i bought these.. :D


Colour also affect me to eat something. Wakaka..



p/s: Direhatkan sebentar entry "cerita manis bak gula-gula kapas" final part. Alasannya taknak readers boooorrriiinnngggg!!! Btw midsem break bermula..Ready depan laptop ye read all my entries the whole week ni. Hehehe :P

Lots of luv,
Fatin Aziz...


Thursday, April 4, 2013

Gelang Silver 925 Yang Menarik Hati




Assalamualaikum semua..Salam jumaat!!!
Ok memandangkan cuti midsem dah start aku akan mulakan balik bisness aku. Aku tak berhenti berbisness tapi kurang promotion sebab busy yang amat.

So sekarang ni aku keluarkan design gelang terbaru which bukan pearl tapi silver pulak. Gelang pearl masih ada ye. Kalau nak sila ke sini---->Gelang Pearl




JOM LIHAT DESIGN GELANG SILVER...




  KOD: BA0001

Material: Solid Sterling Silver 925 + Rhodium Plated

Panjang gelang termasuk rantai penyambung: +/- 18cm

Panjang rantai penyambung: +/- 3.5cm

Berat: 3.9g



Harga jual: RM105





KOD: BA0002

Material: Solid Sterling Silver 925 + Rhodium Plated

Permata: Cubic Zirconia

Panjang gelang termasuk rantai penyambung: +/- 17.5cm

Panjang rantai penyambung: +/- 3.5cm

Berat: 2.7g



Harga jual: RM90


KOD: BA0003

Material: Solid Sterling Silver 925 + Rhodium Plated

Permata: Cubic Zirconia

Panjang gelang termasuk rantai penyambung: +/- 18.5cm

Panjang rantai penyambung: +/- 3.5cm

Berat: 2.7g



Harga jual: RM117





 KOD: BA0004

Material: Solid Sterling Silver 925 + Rhodium PlatedPermata: Cubic Zirconia

Panjang gelang termasuk rantai penyambung: +/- 17.5cm

Panjang rantai penyambung: +/- 3.5cm

Berat: 2.7g



Harga jual: RM111



KOD: BA0005

Material: Solid Sterling Silver 925 + Rhodium Plated

Permata: Cubic Zirconia

Panjang gelang termasuk rantai penyambung: +/- 17.5cm

Panjang rantai penyambung: +/- 3.5cm

Berat: 3.6g



Harga jual: RM105



Sesiapa yang berminat boleh hantarkan nama, alamat, no telefon, kod gelang di...

1) fatin_0801@yahoo.com.my


Kemudian saya akan balas dan beritahu cara bayaran ye... :D  

Lots of luv,
Fatin Aziz..
 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt