Thursday, June 27, 2013

Sesi Soal Siasat Aku

Assalamualaikum..

Yeay gelang dan rantai Tiffany & Co untuk diri aku sendiri dah sampai dari supplier. Untuk diri aku ye bukan untuk customer so jangan nak pujuk-pujuk nak yang aku. Untuk customer, aku order asing. :P


Ni la satu benda yang aku tak suka. Bila aku jual, aku beli. Macam mana nak maju? Orang kata owner kena pakai dulu baru orang sekeliling minat nak beli. Amboi mak temah, sengket aku nak beli semua jenis gelang,cincin, rantai. Aku beli yang Tiffany je, its more look like a teenager. Aku teenager lagi ye bukan dewasa. Ahaks!




Ummi: Nur Fatin Shazwani ada barang ni!!!! (nama panjang)

Me: Kenapa bukak barang kak Fatin ni???

Ummi: *tanpa rasa bersalah* Ala takpe tuan punya badan ada kat rumah. 

Me: @_@




Ummi: Ni beli kat mana???

Me: Laaaa, kan Kak Fatin jual mestilah beli sendiri.

Ummi: Bayar dah ke belum??

Me: Mestilah dah..Takkan tak bayar pulak.

Ummi: Bayar guna duit sape??

Me: Duit Kak Fatin la..

Ummi: Ambik duit kat mana??

Me: Dalam akaun kak Fatin la.

Ummi: Account mana???

Me: CIMB..

Ummi: Raya ni pakai yang ni la tak payah pakai emas.

Me: @_@



Guna kamera phone macam ni la ye gambarnye..

Abah: Mana gelang dengan rantai yang ummi kata beli tadi??

Me: Ada dalam bilik kenapa??

Abah: Berapa dah gelang jual??

Me: Adalah...Mana boleh bagitau.

Abah: Dapat berapa dah dapat duit??

Me: Rahsia..

Abah: Siapa yang beli gelang-gelang kak Fatin?

Me: Adalah siapa-siapa yang nak beli.
.
Abah: Guna account mana??

Me: CIMB la. Senang..

Abah: Takpe senang abah nak check.. 
(aku senang sebab kalau ada masalah boleh call abah aku sebab dia keje bank tapi keje nak check duit aku pulak.. -_-)

Me: Owhhh..mana boleh..Private & Confidential.

Abah: Takpe la lepas ni abah tak payah bagi duit belanja dah la. Try usaha sendiri nak dapatkan duit.

Ummi: Dah besar dah pun. Biar rasa cari duit sendiri.

Me: *Takde duit belanja???OhMyGosshhhh!!!*



The End...

Korang nak beli jugak ke??? Cepa laju-laju tekan link ni..Fatyyn Shopaholic Shoppe


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Tuesday, June 25, 2013

Misi Dan Visi Ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum..

Orang lain semua cakap jerebu sana jerebu sini, aku yang duduk kat Perlis ni selambe je nak pergi tadah jerebu kat KL tu. Kalau bukan ayah aku nak tengok bola Johor lawan Kelantan tu takde makna aku nak pergi tadah. Dah alang-alang ayah aku pergi, menumpang la kan.

Jangan main-main. Ayah aku penyokong setia KELANTAN. Gomo Kelate Gomo. Siap beli tiket VVIP lagi kot. 

"Abah, adik nak pergi jugak stadium. Nak tangkap gambar dengan Khairul Fahmi Che Mat"

Apa kejadah adik aku nak pergi tengok bola. Bola yang kat tv pun tak pernah dihadapnye pun.


Visi aku nak pergi KL

  1. Nak makan burger bakar abang burn.
  2. Nak makan meatball Ikea.
  3. Nak tengok rumah makcik aku yang baru pindah hebat sangat ke sampai happy je dapat sewa master bedroom ada toilet sekali.. :P
  4. Nak makan lunch dekat hotel. Sebab free haruslah heboh-hebohkan. Kau ade?? @_@
  5. Nak jumpa kawan PASUM aku??Eeemm..next time ye makcik sebab aku pergi semalaman je.

Tu je la kot rasanya. Tadi rasa macam banyak je benda aku nak buat. Bila nak tulis je hilang sekelip mata lepas tengok gambar Robert Pattinson. Nasib baik mat salleh, kalau Melayu dah lama aku suruh mak aku pergi pinangkan.. :P





Rindu nak makan lagi.. This time no kuda-kuda ok. CONFIRM daging lembu..

p/s: Highlight tulisan pun warna merah. Semangat RED WARRIORS!!!


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Monday, June 24, 2013

Design Terbaru. Check It Out..

Assalamualaikum..

Sekarang ni tengah busy dengan business. Bila dah cuti ni la keje aku, mengadap laptop, promote online page aku. Dengan stock baru sampai, design terbaru keluar dan paling paling paling aku tak suka harga naik. Supplier naikkan harga sebab harga kilang barangan silver kat Philipines naik. Aku tak suka sebab nanti mesti ada yang cakap mahal la, itu la, ini la sampai ada customer tak percaya yang aku pun pakai silver yang aku jual. Sampai tahap suruh aku tangkap gambar tunjuk bagi takut aku tipu. Macam-macam la. Memandangkan supplier nak naikkan harga, aku pun cepat-cepat order gelang satu dengan rantai. Jadi dapat harga murah lagi. Bagi customer yang lain, sori la ek sebab harga dah naik. Siapa yang order awal-awal hari tu bernasib baik sebab harga masih lagi rendah.. :P

Design terbaru kali cantik gilos tahap melampau-lampau. Nafsu membeli aku terus membuak-buak. Sedih dan sadisnya bila supplier cakap semua design-design baru akan keluar dengan harga baru. Maksudnya MAHAL la. Aku pun tak jadi. Control nafsu aku beli yang aku mengidam dari dulu je. Hehehehe...



Bersihkan mata anda dengan design dan siapkan tisu untuk lapkan air liur yang meleleh selepas tengok tengok design yang !#$$%^*&*&(()()*^$#$$%^%^ ( tak tahu nak cakap macam mana dah).












Macam mana? Cantik kan..Eh puji barang sendiri nampak. Korang tak percaya jugak ke yang aku pun pakai silver yang aku jual? Takpe takpe nanti aku post pulak gambar silver yang beli. Aku takkan promote la benda yang aku pakai. 


Nak tahu harga dan details atau nak buat tempahan boleh ke: Fatyyn Shopaholic Shoppe


Banyak lagi design yang cantik-cantik yang pasti menggugat keimanan anda untuk membeli. Dapatkan satu sempena HARI RAYA AIDILFITRI ini...



p/s: Ambik kau!! Gambar besau gedabak. Tak terliur lagi tak tahu la.. :P

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Sunday, June 23, 2013

Iklan Pampers Ke Ni?

Assalamualaikum...


Kepada yang monday blues tu, bersabar la ye. Saya tengah cuti haruslah happy monday ke tuesday ke tak kisah..Hahaha..

Jom layan video bawah ni. Ambil waktu kenduri kawen pakcik cuti sekolah hari tu..


video


Banyak lagi video tapi dalam iPad. Malas nak tranfer. Ni pun ambil kat account keek.
Btw follow my keek, instagram, twitter ye u'olls..




p/s:Weekend ni nak jumpa si kecik ni lagi. InsyaAllah kalau jadi.... :D

Lots Of  Luv,
Fatin Aziz...

Friday, June 21, 2013

Nak Jugak Berteduh Dibawah Kasih Papa Ehsan

Assalamualaikum...


Wow!! Dulu demam Nora Elena, pastu Setia Hujung Nyawa, Sebenarnya Saya Isteri Dia and now demam TEDUHAN KASIH. Siapa tengok teduhan kasih? Ofkos I yang angkat tangan dulu mak jemah mak jemah sekalian. First time tengok dah episod 7 kot kalau tak silap. Waktu tu tengok pun sebab ummi yang buka. Aku layan je la. Aku tak berapa layan sangat drama pukul 7 lepas habis Setia Hujung Nyawa sebab Sedetik Cinta tak menangkap kalbuku untuk tengok. Jadi aku ni tak ambil tau la. Lepas je tengok satu episod 7 tu terus aku rasa macam best jugak cerita ni ala-ala novel gitu. Ehem2, ratu novel is here. Dah boleh tangkap cerita tu macam novel ke tak. Habis je Teduhan Kasih tengok yang bahagian closing tu (ala yang tunjuk2 pelakon segala bagai tu la) ada tulis "diadaptasi dari novel". Terus feeling "patutlah best. novel rupanya.."


Aku: Eh patutla best cerita ni. Dari novel rupanya. Kak Fatin dah agak dah tadi.

Ummi: Ummi tengok cerita ni pun sebab ada Adi Putra..


OhMyGosh!!!Ummi pun layan Adi Putra jugak. Like mother like daughter youuuu. Pernah sekali ummi tanya "Kenapa Adi Putra tak pernah menang mana award? Sedangkan banyak drama dia berlakon. Best-best pulak tu". Tiba-tiba terfikir, betul jugak tu. Berlakon punyalah banyak drama dan filem. Kalau tak best takkan banyak berlakon kan. Nak kata tak handsome, "gila wa cakap sama lu tak handsome?". Semua perempuan terpaut kot. Nak-nak kalau berlakon waktak romantik. Cair sampai tak dapat dibekukan dah. Tapi takpelah tak menang award pun takpe asalkan banyak keluar tv.




Kalau aku jadi wife dia memang aku ikat kaki tak bagi berlakon. Wakaka..


Ada tak yang baca novel ni? Cer cite sikit best tak dalam novel? Kalau diadaptasikan pengarah pendekkan. Tak boleh nak feeling lebih-lebih. Nak beli novel, dah tahu ceritanya. Aku ni jenis kalau dah tengok cerita malas nak baca novel sebab dah tahu ending. Aku tak macam ummi aku, 10 kali baca pun still feeling-feeling lagi. Aku kalau dah second round baca, cari part-part yang best je. Setengah jam je dah habis satu novel. Kalau ummi, yang kesepuluh kali pun berhari nak habiskan. Bila tanya je mesti ummi jawab macam ni

"Biar la nak menghayati setiap ayat dalam novel ni."

OhEmGeee!!!





"Jangan lupa saksikan drama bersiri #TeduhanKasih di slot Akasia. Setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7 petang hanya di TV3."-feeling retis la pulak ko ni PATIN


p/s: Aku cukup geram geram dengan watak KAK LONG tu. Rasa macam nak cepuk-cepuk je muka dia.


Lots Of Luv,
Fatin Aziz... 

Thursday, June 20, 2013

Update Belog Menjadi Keutamaan

Assalamualaikum..Selamat malam.

First day cuti ni memang best sebab tak payah nak bangun pagi-pagi buta nak berebut bilik air dengan 6 orang housemates yang tingtong dan semuanya kelas pagi tetapi bila dah lama sure jadi boring kan. Bila dah tinggal seminggu cuti barulah cakap macam ni "eh dah nak habis cuti rasa macam baru je kan". Hohoho...


Mungkin cuti dua bulan setengah ni tak bosan kot sebab sebulan dah spent untuk Ramadhan. Berpuasa dengan family memang nikmat tak terkata. Siapa yang tak suka tu tak tau nak cakap la. Lain orang lain pendapat kan. Hekhekhek..Pastu seminggu pulak spent untuk raya tapi selalunya bukan seminggu, kitaorang extend jadi 2 minggu. Hahaha. Seminggu je mana cukup. Nak makan kat rumah ni lagi, rumah tu pulak, kat hujung sana, hujung sini. Paling-paling cikai pun 2 minggu tau. Makan tak ingat dunia lepas tu lepak-lepak kat hospital pulak sebab cirit-birit. Haahaha.. Bukan aku la, orang lain.. :P


Aktiviti hari pertama cuti ialah...

Mengendong (bukan mengandung ek) kotak tisu ke hulu ke hilir. Tapi nak jugak update belog.



Kotak tisu mak jah. Tak main tisu yang paket-paket tu. Vicks pun haruslah dibawa ke mana saja untuk mengelakkan ketidakselesaan nak bernafas. Gelap pulak la gambar ni. Kamera sony ericsson je. Kite takde iPhone, Note II segala bagai.


Maka dengan ini, first entry for the first day sem break. Target everyday nak update tapi hidup ni semuanya dusta. Belum tentu aku mampu update tiap-tiap hari. Muehehehe..

SEKIAN...

p/s: Dah tengok gambar anak Shera Ayob dengan Zahiril Adzim? Comel kot. Rasa macam nak gomol-gomol je. Macam anak mat salleh. Mak bapak takde la pulak nampak macam mat salleh. Agak-agak boleh ke aku dapat anak muka macam mat salleh kalau kawen dengan lelaki pure melayu? Ahaks..Bye2.. :P



Tak macam mat salleh ke? Jelez mak temah..

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Wednesday, June 19, 2013

Its Over!!!

Assalamualaikum semua...

Woohhhoooo..Lama gilezzz aku tak update blog ni kan. Nak buat macam mana tanggungjawab lain wajib diselesaikan dulu. Now I'm back as usual. Blogger, twitterian, facebooker, instagramer, keeker and so on. Welcome back fatin!!! *clap hand*


Now nomore asking like this "How was your exam Patin??" Aku ketuk kepala sekoq sekoq.
Ada ke exam yang senang? Kalau senang konpem 4 flat kan.. :P So dah tau kan exam aku senang ke susah. Hahaha..


OMG...Irine Nadia dah ada baby girl. Jelez kot. Irine dah ada baby, Dena Bahrin pun, Maria Elena akan datang (ye ke..dengar dari orang je). Bestnye. Nak jugak. Wakaka..


Dalam masa 2 bulan setengah ni aku dah siapkan jadual *kononnye* nak update blog dengan online shoppe tu tapi aku ni memang sejak kecik tak pernah diajar buat kerja ikut jadual even study pun. Aku tak ikut jadual, aku ikut hati walaupun ikut hati mati hakikatnya belum lagi. Hehehe.


Tak sabar nak tunggu bulan 8 ni..Apa ek?? Rahsia..Cer teka..Kalau betul kite cakap betul. Ahaks!! Kegedikkan melampau disitu...



Nak jugak tempek muka kat sini. Cari populariti la ni.. 


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...
 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt