Tuesday, June 25, 2013

Misi Dan Visi Ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum..

Orang lain semua cakap jerebu sana jerebu sini, aku yang duduk kat Perlis ni selambe je nak pergi tadah jerebu kat KL tu. Kalau bukan ayah aku nak tengok bola Johor lawan Kelantan tu takde makna aku nak pergi tadah. Dah alang-alang ayah aku pergi, menumpang la kan.

Jangan main-main. Ayah aku penyokong setia KELANTAN. Gomo Kelate Gomo. Siap beli tiket VVIP lagi kot. 

"Abah, adik nak pergi jugak stadium. Nak tangkap gambar dengan Khairul Fahmi Che Mat"

Apa kejadah adik aku nak pergi tengok bola. Bola yang kat tv pun tak pernah dihadapnye pun.


Visi aku nak pergi KL

  1. Nak makan burger bakar abang burn.
  2. Nak makan meatball Ikea.
  3. Nak tengok rumah makcik aku yang baru pindah hebat sangat ke sampai happy je dapat sewa master bedroom ada toilet sekali.. :P
  4. Nak makan lunch dekat hotel. Sebab free haruslah heboh-hebohkan. Kau ade?? @_@
  5. Nak jumpa kawan PASUM aku??Eeemm..next time ye makcik sebab aku pergi semalaman je.

Tu je la kot rasanya. Tadi rasa macam banyak je benda aku nak buat. Bila nak tulis je hilang sekelip mata lepas tengok gambar Robert Pattinson. Nasib baik mat salleh, kalau Melayu dah lama aku suruh mak aku pergi pinangkan.. :P





Rindu nak makan lagi.. This time no kuda-kuda ok. CONFIRM daging lembu..

p/s: Highlight tulisan pun warna merah. Semangat RED WARRIORS!!!


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

6 comments :

Cik Bella said...

Abang burn sedap. Mmg kenyang.

fatin aziz said...

sedap ek??ni yg try sangat2 ni..hehe :P

Rizky Kaw said...

Happy sekali travelnya, semoga saya juga bisa main ke sana next time :D

Admin-Blogger said...
This comment has been removed by the author.
akubiomed said...

Peminat tegar Red Warriors. :-)

fatin aziz said...

owh yeke??hewhewhew :P

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt