Tuesday, July 30, 2013

A Few Weeks More

Assalamualaikum..


Macam mana persiapan raya? Ok ke tidak?? Seperti yang aku pernah gtau dulu yang aku ni suka shopping last minute tapi Alhamdullilah dalam sehari je aku boleh rembat 2 helai baju dan 3 seluar jeans. Syabas! Itu maknanya aku mampu beli kesemua kelengkapan hanya dalam satu hari saja. Saiz, ukuran, design semua masih lagi ada dalam supermarket. Yang tak best kena beratur macam nak ambil Baskin Robin percuma!!



Cuma..cuma...cuma..kasut je aku main beli..Uwwaaaa..Kasut Vincci dah cantik dah. Warna pun menarik. Jarang orang pakai warna tu. (raya haruslah nampak kelainan kan). Tetapi heel yang buat aku kecewa macam kena tinggal bakal suami di majlis akad nikah. Heel tu halus nak meninggal. Mana la aku reti jalan dengan heel macam tu. Kampung aku penuh tahi ayam, tahi itik mau pijak segala benda tu tak ke jenuh aku nak cuci. Lepas tu, kalau jalan-jalan nak gi open house then tergolek atas jalan, semua yang makan beralih tengok aku, tak ke malu aku sejuta tahun. Jujur aku tak sanggup!!


Akhir sekali beli flat shoe yang warna seakan-akan. Pendek la aku macam tu. Baru nak rasa berjalan dengan lagak orang tinggi di pagi raya. Malangnya Tuhan suruh aku sedar diri yang ketinggian aku memang tak cukup kalau nak berjalan di sebelah Edward Cullen yang tinggi lagi macho tu.



"A FEW WEEKS MORE"


Bukan nak cite pasal raya ye. Nanti korang pelik apsal few weeks more sedangkan raya minggu depan je. Terus korang buat assumption yang aku dah taip entry ni berabad tapi over tulis shopping last minute segala bagai sekadar nak naikkan trafik. Bila tak puas hati, drop comment dengan nama anonymous. Dah masak ranum lagi enak dah dengan perangai macam tu. Eh marah ke???

Tak marah pun..Puasa kena kawal kan. Hekhekhek..


Apa ye yang "a few weeks more" tu?? Nantikan ye.. Will update soon..


HAPPY!!!
EXCITED!!!
NERVOUS!!!
PREPARATION COMPLETE!!!


Waiting for the real day.. :P




The Siblings...
(sepetnye mata. nanti beli eyeliner banyak2)


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Monday, July 29, 2013

Jualan Penghabisan Stok!!!

Assalamualaikum...


Segala order untuk pre order item untuk Tiffany & Co, European bracelets, Pearl Swarovski, Couple Ring, Sterling silver bangle DITUTUP..

Kalau nak order jugak boleh tapi saya akan hantar order selepas raya sebab supplier dah tak terima order dalam masa terdekat..

Untuk ready stock masih lagi berjalan..

PROMOSI PENGHABISAN STOK!!!!

Beli 2 gelang dapat diskaun..

BRACELETS: tb15, tb01, tb12,










BELI 2 GELANG ANTARA 3 DESIGN NI AKAN DAPAT DISKAUN..

BOLEH CAMPUR..

DESGN TERHAD SEBAB KEBANYAKKANNYA DAH HABIS..



Boleh ke sini untuk tempahan.... Fatyyn Shopaholic Shoppe


Tempah sekarang sebelum yang ni pun kehabisan stok!!!!




Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Wednesday, July 24, 2013

Produk Yang Trending Sekarang Ni

Assalamualaikum


Genap 15 hari berpuasa. Yeay nak raya dah. Sedih puasa dah nak habis dah. Tahun depan pulak berjumpa kalau ada umur yang panjang. Persiapan dah buat ke belum cik akak, cik abang, makcik-makcik dan pakcik-pakcik sekalian? Kalau dah buat bagos la. Persiapan last minute tak elok. Biar aku je buat at least tak sesak sangat shopping mall nanti. Takde la keluar taring harimau, kuku panjang singa nak berebut, bercakar dengan orang sebab nakkan baju yang sama kan..


Raya-raya ni benda paling penting untuk gadis-gadis diluar sana bukan baju raya ye. Tapi muka. Harus nampak berseri, cantik, mulus lagi tulus. Jadi aku nak tanya pendapat korang produk apa yang paling trending sekarang ni. Aku guna Olay White Radiance tapi sekarang ni macam olay nak bertindak jahat sebab muka aku asyik berminyak dan berjerawat. Exam dah habis sebulan yang lepas tapi muka still nampak macam tengah bertarung antara hidup dan mati dalam dewan exam yang sejuk tahap kutub utara tu.



Ada hitam-hitam sikit kat muka aku tu jerawat la. Tension bak hang.. Cuti sem ni aku asyik berkurung je dalam bilik. Usaha untuk dapatkan tona sekata. Hakhakhak. Taknak sunburn. Cukuplah waktu study sunburn. Tu memang takleh nak elak. Kalau nak pergi kelas WAJIB kena sunburn. Kan best kalau macam negara omputeh. Summer je cuti. Muehehe



Lebih kurang 2 minggu lagi nak raya. Gagahkan jugak taip entry sebab weekend ni nak keluar beli cuci muka baru sebab yang lama dah habis. Rasa macam nak try yang baru. Dah setahun aku guna Olay. Memang muka aku ni jenis yang set cukup setahun tukar baru. Dulu guna Oxy. Jahanamkan muka aku jugak bila nak masuk setahun. Awal-awal je setia bagai Edward dan Bella. Muehehe


Mintak jasa baik tuan puan, dato datin, tan sri puan sri drop comment kat bawah je. Pemerhatian akan dilakukan. Kerjasama anda amatlah dihargai. Tolong menolong amalan mulia. Siapa yang dapat nama kalau muka aku berseri di pagi raya nanti kalau bukan (mestilah bukan korang) jenama produk tu. Hehehe


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Tuesday, July 23, 2013

Baru Perasan Dalam TV Tu Anwar Hadi

Assalamualaikum..


Bagi yang pernah tengok ASSALAMUALAIKUM BRO..TOLONG JAWAB mesti tau kan. Waktu mula-mula dulu aku dok tenung jugaklah. Siapa dia ni? Macam pernah tengok. Sebenarnya aku tak ikut sangat vlog-vlog anwar hadi. Lebih prefer Matluthfi. Kekadang tu ada la jugak tengok sikit-sikit. Dia interframe Matlutfi.


Aku pun bukannya tengok sangat rancangan tu. In fact jarang tengok TV dah. Bertaubat sebentar. Tapi internet harus. Hahaha...


Tenung punya tenung. Pikir punya pikir. Mimpi punya mimpi. Tanya punya tanya. Satu hari tu aku terbuka rancangan tu. Baru nak mula la. Dia cakap macam ni..


Host: Assalamualaikum...Anda bersama saya, ANWAR HADI dalam rancangan...


Aku pun pikir.. Anwar Hadi.. Macam pernah dengar je nama tu. Terserlah sangat keBENGONGan disitu. Hint dah ada tapi still tak boleh tangkap. Tutup tv, masuk bilik online. 






Dengan girangnya aku online, chatting, tekan keyboard dengan lajunye. Then, baru aku teringat tu kan Anwar Hadi dengan Matlutfi yang ko selalu tengok tu. Mak aaaiiiii!!!! Nampak tak tahap kelembapan berfikir. Hehehehe.. Ramai je pernah jadi macam tu. Tambah-tambah kalau kawan sekolah. Sebut nama macam pernah dengar. Tapi tak boleh nak ingat muka dan siapa dia tu sebenarnya. Walaupun tu kawan baik kita yang ketat-ketat, kamceng-kamceng kan. Huhuhu



Salam Ramadhan....



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Sunday, July 21, 2013

Musim Berkeinginan

Assalamualaikum..

Separuh bulan dah kita berpuasa. Tak lama lagi raya. Yeay!!! Tahun depan pulak kita jumpa Ramadhan. Sedih kan. Ramadhan ni bukan best sebab berpuasa tapi tak tahulah environment berbeza. Pungpang pungpang bunyi mercun pun rasa Ramadhan. Berita yang ni putus tangan yang ni putus kaki pun hanya dalam bulan Ramadhan.Kalau setakat puasa, hari-hari lain pun boleh puasa tapi takkan sama dengan puasa di bulan Ramadhan.


Tajuk sebenarnya nak tulis " mengidam". Hasrat hati dibatalkan sebelum ada orang komen pelik-pelik. Hahaha. Maklumlah blog ni bukan orang luar je baca. Kawan-kawan aku banyak je skodeng senyap-senyap. Diorang ingat aku takleh detect. Sebelum aku diserang bagai ikan todak dengan pertanyaan pelik lebih baik tukar tajuk kan walaupun dengar macam pelik je. 


"DONT JUGDE THE ENTRY BY ITS TITLE"



Inilah benda yang aku berkeinginan sangat-sangat. Bubur Lambuk. Puasa amatlah tak sah sekiranya tidak menjumpai bubur lambuk. Bubur lambuk, moi sup, nasi air (kalau kelantan) favourite aku. Ummi aku cakap ni makanan orang sakit ataupun orang sakit gigi. Hahahaha





Sedap kan. Bagi yang imannya goyah harap click pangkah kat sebelah kanan atas supaya puasa anda tidak makruh. Janganlah pulak sebab aku post entry pasal makanan semua tergedik-gedik nak buka puasa. Aku taknak tanggung dosa orang. Bak kata kawan aku "kubur lain-lain, dosa pun lain-lain. Jadi tanggung sendiri taknak share-share dosa".. Muehehehe



Bazaar Ramadhan banyak je jual tapi aku ni taknak lah beli in fact aku tak pernah pun pergi. Kecik-kecik dulu je. Tangan aku tak boleh duduk diam kalau pergi. Semua benda aku nak ambil. Duit keluar berapa banyak pun aku dah tak kira. Jadi elakkan membazir, elakkan ke bazar ramadhan. Teringin apa-apa order kat abah atau ummi je. Bubur lambuk taknak order sebab nak yang free. Ada yang nak bagi free tak?? Kalau beli aku je melantak tak best la. Aku cuma nak cuit-cuit macam tu je bukan nak makan sampai kembung perut. Kalau tak, siapa nak habiskan ayam percik, nasi kerabu, gulai kawah, kuih tu kuih ni. Huhuhu. Syorga Makanan....



Selamat Berbuka~~~~~



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Thursday, July 18, 2013

Perkara Yang Paling Korang Nak Buat

Assalamualaikum.


Semua orang mesti ada perkara yang nak dibuat tapi tak tahu bila agaknya akan tercapai kan. Kalau aku macam-macam aku nak buat. Bila dah buat, cuba, baru rasa puas. Contohnya, dulu aku nak sangat naik jambatan gantung yang memang tinggi. Jambatan yang hanya boleh berpijak satu kaki je. Aku dah pun selesaikan misi tu. Sambil pejam mata. Selawat dalam hati. Membebel dalam hati biar cepat sampai. Jauh kot. Panjang sangat dan tinggi sangat. Jambatan tu kat Taman Negara. Siapa yang dah cuba konfem tau macam mana rasanya.



Habis satu misi nak misi lain pulak kan. Bukan misi kat hospital. Ok, ni apa yang keluar dalam otak aku 20 saat yang lepas. Aku menulis ikut apa yang terlintas.


1. Aku nak try berlakon. Its so Funny. Tapi...Bukan berlakon yang watak sedih-sedih. Aku nak berlakon dalam cite ala-ala Narnia, Twilight. Terbang sana terbang sini. Golek sana golek sini. Bukan HINDUSTAN.


2. Terjun ke laut dari tebing yang tinggi sambil cakap "AKU BENCI...." (selesaikan ikut keadaan waktu)


3. Bilik yang penuh dengan Teddy Bear sampai tak nampak langsung katil. Ada nak sponsor teddy bear tak?


4. Travel seorang diri. Overseas tau. Mana tau boleh jumpa jodoh macam dalam drama apatah. Rita Rudaini pergi bercuti. Jumpa lelaki, bercinta. Oh sweet di situ.Hahaha.


5. Duduk dalam hutan sorang diri. Boleh ke tak aku survive. Jadi independent. Mana la tau kot-kot jumpa vampire macam Edward Cullen. Bercinta la aku dengan dia. Nak sangat love story macam Twilight kan...


6. Letak aku dalam wad orang yang sakit jiwa. Tapi dalam tu aku sorang je sihat. Lain-lain semua sakit. Aku plak ditugaskan untuk handle semua tu. Jangan-jangan dengan aku gila sekali. Muehehe


7. Mungkin yang ni macam ngeri sikit. Aku pun tak berani tapi teringin. Nak tengok macam mana proses hukuman gantung sampai mati. Maksud aku, saat-saat pesalah kat tali gantung. Macam mana diorang handle pesalah tu. Ngeri kan. But its sound interesting!



Tujuh je yang dapat aku pikir. Ingat nak bagi cukup sepoloh tapi dah tak keluar idea tu. Mungkin ni perkara yang gila tapi mungkin akan terjadi atau pernah terjadi kat korang. Aku belum lagi la. Sebab tu buat list tu. Nombor 5 sampai 7 mungkin aku tak berani tapi mana tau ada orang desak dan aku terpaksa. Macam orang desak aku naik roller coaster paling ngeri kat USS dan waktu tu aku tak boleh patah balik sebab ramai orang beratur kat belakang. I can do it!!! Rasa macam nak naik lagi dan lagi dan lagi. Waktu turun tu dah tak rasa ngeri TAPI BEST GILE!!!!


Ok. Itu je..





"Saya yang menulis"



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Wednesday, July 17, 2013

Jangan Takut Untuk Berangan

Assalamualaikum...


This entry very special to girls. Kalau cakap je berangan konfem akan kaitkan dengan perempuan. Sama ada lelaki tak pernah berangan atau nak tunjuk macho, itu aku tak pasti. Bagi sesetengah gadis macam aku ni, eceh gadis konon, memang kuat gile berangan. Perempuan yang dah kawen aku rasa jarang kot berangan. Takde masa nak buat perkara takde faedah tu kan.


"Angan-angan mat jenin"



Orang cakap jangan angan-angan tinggi sangat takut tak sampai nak capai nanti kecewa. For me la kan, personal opinion, ok what berangan tinggi-tinggi. Sebab kadang-kadang kita sedar yang kita takkan mampu capai sesuatu perkara yang luar dari jangkaan kita. But at least, when we had a problem, it bring us out from the problem for a while. Right???



Lagi satu, apa yang kita kecapi sekarang bukan ke dari angan-angan. Ok fine, some people might said that, "I'm not expected these could might be happened". Tapi cuba bayangkan. Perkara pertama yang kita akan buat ialah berangan nakkan sesuatu. Lepas tu bukan ke kita usaha tahap yang melampau nak dapatkan sesuatu yang kita angankan. Then we will decide its really succeed or not! Dont ever decide before you give a try!



Jangan sesekali cakap," woi ko berangan tu apa ha?? tak payah nak berangan la ko. ko takkan capai pun". Ignore the words of others.Dont ever judge that before you give a try. At least a try. Memang Allah tentukan segala-galanya. Tetapi bukan ke Allah akan membantu umatnya yang berusaha?? Dan bukankah kita akan berusaha untuk dapatkan apa yang kita angankan?? 



Sesetengah orang mungkin akan cakap, "berangan la ko ni. Sedarlah diri tu sikit!!". Jangan terkejut bila dia dah sedar, ko yang jauh ketinggalan ditakuk yang lama. Life needs something new. Best ke hidup kalau kita tak cuba benda baru? Dari kecik sampai besar asyik benda yang sama. Tak best kan. JUST TRY!!!


"Jangan asyik berangan je. Cuba dapatkan apa yang ko angankan. Usaha!!"
This is the true friend and this is what we call FRIEND.


Orang kita takut nak berangan tinggi-tinggi sebab takut usaha yang dilakukan takkan mampu mencapai impian kita. Macam yang aku cakap tadi. At least try. Contohnya, kumpulan KRU (paling senang nak nampak). Sebelum ni diorang cumalah penyanyi adik-beradik biasa. Tapi sekarang. Diorang pengarah. Komposer lagu. Penggubah lagu. Pengarah filem animasi. Jangan cakap diorang tak pernah berangan nak buat semua benda ni. Kalau kita tengok diorang dulu, korang expect ke diorang boleh jadi macam ni sekarang? 
"From nothing to everything"


Like what i said, JUST GIVE IT A TRY. At least A try.



p/s: Aku pun berangan jugak. Berangan nak ada BF mcm Edward Cullen. Love story macam Twilight. Berada di tempat Bella. Dan semestinya takkan berlaku. Sekurang-kurangnya release tension bila senyum sorang-sorang kan?




"saya yang menulis"

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Monday, July 15, 2013

Shopping Raya Dengan Klik Sahaja

Assalamualaikum...


Macam mana puasa korang??Ok ke tidak?? Dah shopping ke belum? Siapa dah shopping bagus sangat. Preparation last minute tak elok. Saiz takde. Baju buruk-buruk. Tukang jahit taknak ambik tempahan. Kasut tinggal saiz kecik-kecik. Kesimpulannya korang shopping la awal-awal biar aku je shopping last minute. Takde la sesak sangat shopping mall tu. Takde la pening sangat kepala aku nak berebut barang. Takde la susah-susah aku nak beratur panjang hanya semata-mata nak bayar selipar jepun sepasang je.


Untuk memudahkan lagi urusan korang shopping online je. The best online shop in the town ni ha.. Fatyyn Shopaholic Shoppe. Aik macam promote page sendiri je. Ahaks!! Kalau tidak aku sape lagi yang nak promote kan. 


Korang nak beli apa? 
Baju?? Ada..
Accesories?? Wajib ada.Treadmark tau.
Tudung?? Of course la mak temah.


Terbaru aku baru masukkan Melina Shawl. Sempena Syawal ni tau. Murah lagi berkualiti. Custom made bukan dibeli borong ok. Tapi bukan aku la yang buat. Ada orang buatkan sendiri. Aku tau jual je. Wakakaka..








Tak mahal pun. RM29 je tidak termasuk postage. Jom la kita membeli di sini. Daripada korang pusing satu JALAN TAR, baik beli kat sini. Pakai kain batik pun boleh shopping. Makeup-makeup semua tak payah. Duduk depan laptop main klik-klik je. Esok lusa sampai depan rumah. First class gituuuu...


Jangan tunggu lama-lama tau. Makin dekat nak raya makin la sibuk. Termasuk owner ni. Nak balik kampung, nak masak lemang, ketupat, macam-macam lagi la. Takut tak sempat nak layan customer. Hehehe. Takut-takut pulak posmen cuti awal. Baru nak menyesal. *mulut manis betul*


Klik like page ni ye.. Fatyyn Shopaholic Shoppe



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Sunday, July 14, 2013

Telegram Untuk Tersayang

Assalamualaikum..

Back to old school. Sms? NO. WeChat? NO. Kita guna telegram. Pelik ke? Ada aku kisah. Aku memang kisah sebab ini kisah aku, korang jangan kisah sebab bukan kisah korang. Waaahhhh..Tersayang?? 

Boyfriend? NO.
Tunang? NO.
Suami? OF COURSE NOT

Ini khas buat ANONYMOUS. Sayang ke? Sayang sangat-sangat. Semua post aku dia komen. Naikkan trafik blog aku. Ramaikan pengomen kat setiap post. Mau tak sayang?? Sayang ketat-ketat tau. Rasa macam tak boleh hidup la kalau takde dia.




Perkenalkan kesayangan aku yang amat sangat. Tak boleh hidup tanpa dia seriously. Nak together-gether selama-lama lama lama lamanye. Tau tak selama-lamanya. Bukan sehari dua tau. Opppsss!!! Ok2 dah, bulan puasa kena KAWAL..


Dear my sweetheart,

Please stop writing this kind of comment. Kalau aku faham takpe la jugak. English pun ko tak paham ke?? Tu la kecik-kecik taknak masuk SmartReaders. Ha ni la jadahnye. Lain kali masuk Smart Reader ye adik-adikku. Akak ni dah tua kerepot baru nak masuk buat malu je. Masuk sekali dengan anak-anak. Pendidikan sepanjang hayat katakan..


Memanglah you guna english darling, tapi kalau nak chat berdua tak payah la kat sini. PUBLIC you know. Zaman dah maju. Guna je WeChat, Line, Whatapps, KakaoTalk.


Tension bebenor bila buka je blog tengok ada comment, seEKSAITED mungkin klik nak tengok siapa yang comment. Blog jarang dapat komen memang la macam ni sikit. Bila tengok je anonymous, darah dalam badan aku berhenti mengalir. Rasanya darah dah beku kot dalam badan sebab kecewa dan menyesal sebab terlampau excited sebab ada comment. Wuahahaha..


Sekian sahaja warkah buat kali ni ye. Kita berjumpa lagi di lain lembaran.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Pecah kaca,
 pecah gelas,
Lepas baca,
 harap balas.


Ecewwaaahhh...Kata telegram untuk tersayang..Haruslah ada pantun kan..


p/s: Nak taip TOGETHER pun tengok google translate. Bulan puasa otak tak betul. Sebelum kena bash sebab tak pandai tulis TOGETHER baik aku check dulu ye dak???

Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

Friday, July 12, 2013

Kalau Boleh Reka Hidup Dah Lama Reka Hidup Sendiri

Assalamualaikum..Salam Ramadhan..


Wahai rakyat-rakyat jelata beta, adakah tuan hamba semua berpuasa? Harap korang berpuasa la ye. Taknak tinggal-tinggal. Taknak taknak taknak melainkan yang special case la kan. :P Kadang-kadang bila kita stress atau ada masalah mesti kita akan cakap "kenapa la hidup aku tak best macam dalam novel. Happy-happy je". Ini kalau yang gila novel tahap hantu la. Bila aku cakap macam ni muncul la suara-suara halus yang bebisik macam ni. "Woit Fatin ko kat dunia mana ni? Kembali la Fatin oooiii". Suara kawan aku. Aku rasa lebih kepada menengking bukan berbisik ni.



Bagi yang terlampau taksub dengan novel macam aku, yes kita geng. Mesti bila baca je novel, awal-awal tunggang-langgang hidup, dera sana dera sini, sindir mak aiii keras sungguh bunyinya rasa macam nak hempuk je novel kat dinding sambil bayangkan yang kena hempuk tu hero novel tu tapi bila yang hero tu Aaron aziz, Izzue Islam, Akim tak sampai hati la pulak. 



Sampai ke hati korang nak hempuk kalau dah muka hero macam ni??? Ahaks!!


Tapi bila nak akhir-akhir, sweet menyuweet je memanjang. *Abaikan BM aku*. Part tu la yang korang akan rasa "wah bestnye", waktu tu jugaklah hati korang berbunga-bunga indah sambil menyanyikan lagu-lagu indah seperti  A Thousand Years? Hahahaha. Aku ni dah taksub Twilight. Maaf sekiranya ada typo pasal Edward Cullen ke Bella Swan ataupun Jacob yang kacak lagi handsome lagi tinggi lagi gentleman lagi dan lagi dan lagi.



Suka dengan mata Edward!!!Boleh cairkan hati perempuan aku..Hakhakhakhak


Pernah tak korang baca novel yang ending tak happy?


"Kalau ending tak happy takdenye orang nak beli novel. Dah lama orang mengamuk-ngamuk habiskan duit ending tak happy"-ummi



10 points for ummi. Kadang-kadang, aku mengaku yang ada juga aku taksub dengan kehidupan dalam novel sehingga aku tak sedar yang hidup seseorang bukan ditentukan oleh manusia seperti novel. Semua itu rekaan oleh manusia sedangkan hidup kita di muka bumi ditentukan yang di atas sana.(baca dalam nada serius)


 Walau bagaimanapun (penanda wacana la pulak), setiap novel mempunyai isi dan juga istilah tersendiri yang boleh dikaitkan dengan kehidupan. Pengajaran dalam novel tu boleh diselitkan dengan kehidupan kita yang ibarat roda. Awal-awal menghadapi kesusahan tu sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan dan perancangan Allah itu mahal adil. Diberikan kesusahan untuk balasan kesenangan nanti. Tak gitu yang diceritakan dalam novel???



Tapi kalau nak harapkan hidup kita ni 100% macam novel tu taklah kot. Tak tau la kat luar sana ada yang hidup seakan-akan atau sejibik macam novel. Cercite sikit.. :P



p/s: Apa-apa pun kan best kalau hidup aku macam novel Kampung Girl. Kawen dengan orang kaya rumah ada lif lagi..hahaha..


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Wednesday, July 10, 2013

Dalam Poket Ada RM10 Tapi Boleh Makan Steamboat

Assalamualaikum..

Adik: Abah jom makan steak. Lama dah tak makan steak.

Abah: Abah nak tengok Dil To Pagal Hai ni.

Adik: Lepas tu nak makan pukul berapa? Bukannya ada nasi kat rumah.

Abah: Makan je la roti.

Me: *suka hati la dua beranak ni baik aku masuk bilik*


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Me: Ni bersiap nak pergi mana??

Adik: Nak keluar makan.

Me: Makan apa?

Adik: Apa-apa je la..Hish..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ummi: Tak nak keluar makan ke?

Me: Nak keluar apanye dah pukul 9.30.

Ummi: Ntah abah ni tadi taknak keluar nak tengok Shah Rukh Khan.

Me: Malas la keluar..

Ummi: Lepas tu nak makan apa?

Me: Ntah..

Abah: Abah nak gi makan STEAMBOAT ni.

Me: Ha???Makan Steamboat?? Errrmmm pegi je la. Malas nak keluar.

Ummi: Dia ni bukan malas nak keluar tapi malas nak cari baju dalam almari, malas nak cari tudung, malas nak iron, sebab dia tau dah dia yang paling lambat. Nak keluar nak kena iron tudung, iron baju. Warna tak sesuai taknak pakai.

Me: *amboi tuan punya badan depan mata ni* 

Abah: Nak gi cepat bersiap. Abah tunggu.

ZZZAAAPPPP...Terus aku menghilangkan diri ambik tudung, iron cepat-cepat. Hahahaha

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Hanya dengan RM10 seorang, korang dah boleh makan buffet stemboat. Ambik berapa kali nak ambik. Bawa balik pun boleh dengan syarat pandai-pandai la korang sembunyikan masuk dalam poket seluar ke, poket baju ke, makcik-makcik atau akak-akak yang bawa handbag besar-besar waktu ni la nak manfaatkan ye tak..




Lagi lewat korang pergi, lagi ramai orang kat sini. Hypothesis accepted!



Suku dari keseluruhan yang kita orang ambik. Suku ye! Kita orang berulang-alik lebih kurang 5 kali pulak selepas tu. Bayangkan...Berapa banyak kita orang makan. Balik-balik, semua tukar baju, seluar sebab dah sendat sangat-sangat sampai dah tak boleh nak bernyawa dah.


Semua ni hanya berada di PERLIS. Datang perlis, korang tau la kat mana.. 


SEKIAN...

Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

Tuesday, July 9, 2013

Stok Baru: Peplum Raya 2013

Assalamualaikum..

Selamat menyambut ramadhan kepada semua readers FatinAziz's Belog.Marilah kita sama-sama mengumpul pahala sebanyak yang boleh dalam bulan mulia ini. Sempena Ramadhan kali ini, Fatyyn Shopaholic Shoppe ada mengambil stok pakaian bersempena Aidilfitri ini. Untuk keterangan lanjut dan segala details dan harga boleh ke Fatyyn Shopaholic Shoppe..






Antara koleksi yang ada untuk Peplum Raya 2013.
Fatyyn Shopaholic Shoppe dibuka setiap hari untuk tempahan. Jadi jom ke page ni untuk segala details tentang barangan raya termasuk barangan silver,swarovski pearl dan juga Tiffany & Co..



Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

Monday, July 8, 2013

Hidup Ala Barat Itulah Saya

Assalamualaikum..


Amboi ko fatin nak jadi omputeh ke? Tak payah nak berangan jadi orang putih kalau hidung tak mancung, tinggi tak meninggi, kulit tak menampakkan salleh disitu. Tapi hidup ni kalau tak berangan ala-ala mat jenin tak best kot. Tak bererti hidup tanpa berangan atau dengan kata lain KO HIDUP MACAM MANA KALAU TAK BERANGAN HA???


Nak jadi mat salleh, kita WAJIB mulakan dengan step by step. Jangan tahu nak redah je dan jangan ingat nama ko SALLEH terus ko letak "mat" kat depan. MATluthfi takpe dibenarkan. Kita haruslah mulakan dengan pemakanan. Kalau korang asyik makan cili padi dengan nasi bubuh kicap sikit tak payah nak omputeh la kan. Jadi melayu cukup. Sedar diri. *ayat macam pekena diri sendiri ja*



Contohnye benda ni. Apa benda ni aku pun tak tau. Apsal kabur sangat ek? Padahal aku guna kamera Sony Ericsson yang 5.1 megapixel. Sebelum ni terang benderang. Nak suruh aku ambik DSLR semata-mata nak snap benda ni tak payah la noh. Buat habis tenaga aku nak panjat almari.


Ini adalah mashed potato. Ala makanan baby-baby atau makanan orang sakit gigi atau makanan orang yang takde gigi. Terlebih rajin tatkala perutku berlagu riang meminta mashed potato. Terasa gila yang amat kalau melenggang ke KFC hanya nak beli mashed potato. Kalau yang jadi cashier tu aku haruslah aku letak jawatan serta merta dari melayan customer yang hanya nak membeli mashed potato yang small size.. 



Godek-godek dalam peti terlihat potato yang ala mister potato mister potato *sambil menyanyi*. Ambik la 4 biji lalu dengan rakusnya menyiat-nyiat kulit ubi kentang tu. Kedengaran kejam disitu. Kemudian, dapur bertung-tang tung tang kedengaran dengan benda-benda jatuh, dengan air sinki membuak-buak keluar dari paip , dengan peti berbunyi ting ting ting ting menunjukkan dah terlalu lama biarkan peti terbuka. Serupa orang baru nak masuk dapur atau lebih tepat nampak sangat baru first time nak masak..Wakakaka *malu malu malu*







Ditoskan dan dilenyek hingga lumat. Lagi lumat kalau dilenyek ketika marahkan seseorang. Kurang dari seminit dah hancur.


Last sekali buatla kuah dah siramkan diatas ubi macam gambar yang atas sekali. Percubaan yang kali ketiga ni agak berhasil. Sekarang ni nak perkasakan lagi nak bagi warna kuah betul-betul keperangan.. :)


Letak dalam peti ais selama suka hati korang la kan. Then makan sejuk-sejuk. Walaweeeehhh..Macam makan aiskrim yang rasa masin-masin sikit.. :P


SEKIAN..

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Friday, July 5, 2013

Mengharap Cincin Jatuh Ke Riba

Assalamualaikum..

Ramadan bakal datang tak lama lagi kan. Inilah benda yang aku paling tunggu-tunggu. Bulan puasa teramatlah best ditambah berpuasa di sisi keluarga tercinta. Aku pulak sibuk mengejar hal duniawi. Eh3 boleh pulak ek. Takde la, cuma sibuk dengan business tu je pun. Ni pun sebab gara-gara nak kumpul duit sebelum sem 3 start. Waktu cutilah boleh kumpul duit banyak-banyak. Kalau waktu tak cuti, duit masuk hari  ni esokkan keluar sebab nak beli tu beli ni. So bila cuti haruslah dirapi simpan dalam akaun. Mak bapak tanggung everything kat rumah. Muehehe..





Hari-hari aku menjaja cincin kat page aku ni biar orang beli ingat tak tergoda ke? Hati ni nak sangat buka CimbCliks tranfers duit nak dapatkan satu untuk aku diri sendiri. Macam pelik la pulak. Apa kejadah nak beli couple ring ni. Aku nak pakai dengan abah aku ke? Gila orang tengok nanti. 


Aku ni bukan suka sangat cincin ni. Aku pakai yang emas je. Demand tak aku? wakaka..Aku pakai umi yang suruh. Aku pun tak faham mengapakah diri ini dipaksa sebegitu rupa. Setelah berperang dengan hati dan perasaan, tangkai hatiku ini kian terusik untuk memakainya demi umiku tercinta. Penangan dunia khayalan novel. Abaikan ye..



p/s: Yakin dan pasti akan memilikinya jua suatu hari nanti cuma tidak pasti adakah yang ini ataupun yang lain.... :P

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...


Thursday, July 4, 2013

No more P in my hand

Assalamualaikum.


Mungkin orang lain relaks je tak over macam aku yang baru nak merasa bawa kereta tanpa ada cemuhan pemandu-pemandu lain yang mengutuk aku sebab tanda "P" yang merata tempat kat kereta. Mesti ada punyalah. Sedangkan abah aku sendiri bukan main mengutuk kereta yang ada "P" sebab bawa slow bila dia tengah nak cepat dan bila dia tengah berlatih seakan-akan nak melawan Michelle Schumacker (betul ke eja??) dan bertanding tidak lama lagi. Memang kecut perut, nak terkencing, terberak semua ada la kalau naik kereta dengan abah aku. Tempat yang jauhnya orang lain sampai paling cepat 30 minit tetapi dengan didikan pelatih yang sama melatih Michelle Schumacker abah aku boleh sampai dalam masa 15 minit je. 




Gambar haruslah dikaburkan atas sebab-sebab populariti. Taknak la public kenal sangat kan. Jatuh la saham I walaupun pada hakikatnya muka tu terlalu la annoying untuk dilihat. Muka tak matured. Muka budak-budak yang otak tak betul yang suka berhuha-huha. Tapi sekarang ni matured sikit. First time ada budak tanya aku ni 21 ke 20 sebab muka matured. Padahal sebelum ni semua cakap aku ni macam budak-budak yang kalau dibagi kumpulan untuk jadi ketua memang hancus kumpulan tu dengan keputusan aku.





Rentetan perjalanan aku dari L sehingga P dan kini aku pemandu yang diiktiraf walaupun parking pun tak lepas. :P
Tapi janganlah korang suruh aku jadi pemandu sebab aku takkan nak walaupun dibayar rm1000 sebab aku pernah ACCIDENT. Jujur aku fobia nak bawa kereta sorang diri. Kalau aku bawa pun aku akan make sure Co-Pilot aku ada iaitu Umi. Umi tak payah cakap la, aku lintas lori pun dia bising. Aku bawa 90km/h pun dia bising. Terhad hanya untuk 80km/h. Berhemah sungguh aku di jalan raya. Tu tak masuk adik aku. Adik aku ni alarm yang amat alert. Kalau nak reverse je belum apa-apa lagi alarm mulut dia dah bunyi. Yang kereta tak bunyi lagi dia bunyi malah lebih kuat dari alarm sebenar. Bagos semuanya!!! Betul-betul mendidik aku jadi pemandu berhemah.

Kalau abah aku, hidup aku senang. Aku bawa kereta, dia Co-Pilot jugak tapi tidur kat sebelah. Agak-agak memang macam tu kot taktik jurulatih Michelle Schumacker ajar abah aku. Then abah aku apply kat aku. Aku brek mengejut pun abah aku relaks je, ummi aku dengan adik yang kat belakang je over melampau. Padahal aku pun cuak jugak.. -_-




Maaf gambar kabur sikit. Malam-malam aku lapar tapi takde makanan, semua orang tido, aku pun menyelinap macam pencuri yang profesional masuk ke dapur buat meggi goreng dan makan dalam bilik. Profesional what kalau pagi keesokkan ummi tak tanya pape. Semua bukti-bukti aku dah campak jauh-jauh dah. Ahli forensik pun takkan jumpa..


Sekian..


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Monday, July 1, 2013

#GomoKelateGomo. We Are In KL..

Assalamualaikum..

Target untuk update blog hari-hari semuanya dusta semata-mata. Aku ni bukanlah rajin sangat update-update blog ni tapi kalau dah ada cerita nak kongsi tergedik-gedik cari laptop dengan broadband. Nampak tak kegelojohan di situ.


Visi untuk makan burger bakar abang burn GAGAL. Sebab apa? Sebab abah aku balik pun dah nak dekat pukul satu pagi. Burger bakar apa kebenda kan nak keluar dengan baju kelawar ke. Bola habis lebih kurang pukul 11. Korang rasa abah aku akan balik awal ke? Tak mungkin la jawabnya kan selagi tak bergambar dengan pemain-pemain bola, jurulatih segala bagai. Piala tu sebenarnya yang berharga tu.

Balik-balik je tunjuk gambar.

Abah: Ni gambar yang abah ambik tadi..

Me: Tengok.. Gambar dengan Khairul Fahmi takde ke??

Abah: Abah ambik dengan Piya je..

Me: *Frust menonggeng adik nak tengok gambar Khairul Fahmi*









Habis cerita pasal bola, kita cerita pulak pasal shopping.Nak shopping pun tak jadi. Jammed yang amat sangat. Nak pergi Sogo pun berjam-jam nak cari parking lagi,nak redah jammed lagi, parking lot pulak penuh. Betapa ramainya umat manusia. Kalau dapat parking pun belum tentu boleh shopping dengan tenang aman damai lagi bersuka ria. Beratur bayar barang pun konfem panjang berjela-jela lebih panjang dari beratur nakkan Baskin Robin free. Lenguh kaki-kaki nak tunggu. Tapi kan makcik-makcik yang gilakan handbag sanggup je beratur panjang-panjang asakan handbag dalam genggaman..Hehehe..


Lepas je check out dari hotel terus pergi makan-makan kat cafe hotel tu. Makan lunch kat hotel adalah perkara yang paling aku suka sebab jarang dapat dilakukan oleh orang macam aku ni. Masuk-masuk je cafe tu dah macam rusa masuk kampung. Eh? Macam tak sesuai pulak. Masuk kampung apa kebenda ni kan bandar. Macam ayam kampung masuk bandar boleh tak??


Korang tak tertanya ke mana gambar-gambar makanan?? Ha...Ni yang aku nak cerita..

Makan punya makan..


Me: Adik..Lupa nak ambik gambar la. Buat penat makan udang,ketam segala mak nenek cucu cicit apa semua tapi tak tangkap gambar. iPad tu simpan bawah ketiak buat pe. Tangkap la gambar ni.

Adik: Adik peduli apa asalkan kenyang. Nak ambik ipad tangkap sendiri. *dia pun bangun ambik makanan lain*

Me: *letak iPad sebelah ikut adik pergi ambik makanan lain. Tak boleh kalah ni..*


Last-last sekali berakhir la macam ni...


 
Ni akibat malas nak bawak beg berat-berat. So satu tudung untuk semua baju yang ada dalam beg. Aku bawak tudung hijau je. Nak tak nak WAJIB pakai dengan baju apa je yang ada. Walaupun nampak pelik pada mulanya, lama-lama rasa sweet dengan combination purple dan hijau. Hehehe.



Ummi tak tegur tu kira ok la. Aku ni ada consultant tau bab-bab fesyen ni tau. Free of charge. Bila dia rasa anak-anak dia pakai baju macam tak betul atau dalam bahasa kasar MANGSA FESYEN, without a few second ummi aku akan potpetpotpet.

"Sebelum orang lain tegur lebih baik ummi yang tegur dulu"

So sweet..Selalunya adik aku la..Wakakaka..


First day pakai putih dah hijau. Memang matching la. Itula sebabnye aku ada tudung hijau je.. Nasib ko la labu...Bila lagi nak try pakai colour blocking kan. Feeling-feeling retis gittuuwww.Jangan jadi macam Didie Alias sudah le..Oppsss!!!


Lots Of Luv,
Fatin Aziz..


 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt