Thursday, July 4, 2013

No more P in my hand

Assalamualaikum.


Mungkin orang lain relaks je tak over macam aku yang baru nak merasa bawa kereta tanpa ada cemuhan pemandu-pemandu lain yang mengutuk aku sebab tanda "P" yang merata tempat kat kereta. Mesti ada punyalah. Sedangkan abah aku sendiri bukan main mengutuk kereta yang ada "P" sebab bawa slow bila dia tengah nak cepat dan bila dia tengah berlatih seakan-akan nak melawan Michelle Schumacker (betul ke eja??) dan bertanding tidak lama lagi. Memang kecut perut, nak terkencing, terberak semua ada la kalau naik kereta dengan abah aku. Tempat yang jauhnya orang lain sampai paling cepat 30 minit tetapi dengan didikan pelatih yang sama melatih Michelle Schumacker abah aku boleh sampai dalam masa 15 minit je. 




Gambar haruslah dikaburkan atas sebab-sebab populariti. Taknak la public kenal sangat kan. Jatuh la saham I walaupun pada hakikatnya muka tu terlalu la annoying untuk dilihat. Muka tak matured. Muka budak-budak yang otak tak betul yang suka berhuha-huha. Tapi sekarang ni matured sikit. First time ada budak tanya aku ni 21 ke 20 sebab muka matured. Padahal sebelum ni semua cakap aku ni macam budak-budak yang kalau dibagi kumpulan untuk jadi ketua memang hancus kumpulan tu dengan keputusan aku.





Rentetan perjalanan aku dari L sehingga P dan kini aku pemandu yang diiktiraf walaupun parking pun tak lepas. :P
Tapi janganlah korang suruh aku jadi pemandu sebab aku takkan nak walaupun dibayar rm1000 sebab aku pernah ACCIDENT. Jujur aku fobia nak bawa kereta sorang diri. Kalau aku bawa pun aku akan make sure Co-Pilot aku ada iaitu Umi. Umi tak payah cakap la, aku lintas lori pun dia bising. Aku bawa 90km/h pun dia bising. Terhad hanya untuk 80km/h. Berhemah sungguh aku di jalan raya. Tu tak masuk adik aku. Adik aku ni alarm yang amat alert. Kalau nak reverse je belum apa-apa lagi alarm mulut dia dah bunyi. Yang kereta tak bunyi lagi dia bunyi malah lebih kuat dari alarm sebenar. Bagos semuanya!!! Betul-betul mendidik aku jadi pemandu berhemah.

Kalau abah aku, hidup aku senang. Aku bawa kereta, dia Co-Pilot jugak tapi tidur kat sebelah. Agak-agak memang macam tu kot taktik jurulatih Michelle Schumacker ajar abah aku. Then abah aku apply kat aku. Aku brek mengejut pun abah aku relaks je, ummi aku dengan adik yang kat belakang je over melampau. Padahal aku pun cuak jugak.. -_-




Maaf gambar kabur sikit. Malam-malam aku lapar tapi takde makanan, semua orang tido, aku pun menyelinap macam pencuri yang profesional masuk ke dapur buat meggi goreng dan makan dalam bilik. Profesional what kalau pagi keesokkan ummi tak tanya pape. Semua bukti-bukti aku dah campak jauh-jauh dah. Ahli forensik pun takkan jumpa..


Sekian..


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

14 comments :

SiGadis Yuyu said...

wah2..lesen baru nampak! beribu ribu tahniah..;)

fatin aziz said...

tq.. :D

Shafiq Hashim said...

Ade Orang Dapat Lesen Baru...Tahniah :)

fatin aziz said...

haha..tima kacih.. :)

Teena Tna said...

Saya lesen L lagi....

fatin aziz said...

hehe..teruskan sehingga berjaya ye.. :P

WendyPua said...

Tahniah!
Drive safe ya!

fatin aziz said...

i will :)

Nurul Yun said...

Hehehe.. Yun faham situasi anda. Kalau Yun bawa kereta mulut mak dah membebel dulu. Tapi ayah rileks jer siap boleh suruh bawa laju lagi..hehehe

fatin aziz said...

haha..tu la kan..mak kalau baru start enjin dah bebel..ade je tak kena.. :)

ekin schmidt said...

alamak !
jelesnya.
aritu test jpj begado ngn jpj smpai now belum tahu bila nk p amek test blik..hahaha.

tahniah! dont drink n drive :P

fatin aziz said...

hehe..cuba lagi..saya pun dulu berpeloh-peloh nak lepas test..hehe

Nory Zoulkefle said...

wahhh pasni boleh lah eksyen sikit, sebab dah takde P lagi..heheh..
*saya new follower kat sini...salam kenal..=)

fatin aziz said...

salam perkenalan untuk awak jugak.. :)

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt