Thursday, July 18, 2013

Perkara Yang Paling Korang Nak Buat

Assalamualaikum.


Semua orang mesti ada perkara yang nak dibuat tapi tak tahu bila agaknya akan tercapai kan. Kalau aku macam-macam aku nak buat. Bila dah buat, cuba, baru rasa puas. Contohnya, dulu aku nak sangat naik jambatan gantung yang memang tinggi. Jambatan yang hanya boleh berpijak satu kaki je. Aku dah pun selesaikan misi tu. Sambil pejam mata. Selawat dalam hati. Membebel dalam hati biar cepat sampai. Jauh kot. Panjang sangat dan tinggi sangat. Jambatan tu kat Taman Negara. Siapa yang dah cuba konfem tau macam mana rasanya.



Habis satu misi nak misi lain pulak kan. Bukan misi kat hospital. Ok, ni apa yang keluar dalam otak aku 20 saat yang lepas. Aku menulis ikut apa yang terlintas.


1. Aku nak try berlakon. Its so Funny. Tapi...Bukan berlakon yang watak sedih-sedih. Aku nak berlakon dalam cite ala-ala Narnia, Twilight. Terbang sana terbang sini. Golek sana golek sini. Bukan HINDUSTAN.


2. Terjun ke laut dari tebing yang tinggi sambil cakap "AKU BENCI...." (selesaikan ikut keadaan waktu)


3. Bilik yang penuh dengan Teddy Bear sampai tak nampak langsung katil. Ada nak sponsor teddy bear tak?


4. Travel seorang diri. Overseas tau. Mana tau boleh jumpa jodoh macam dalam drama apatah. Rita Rudaini pergi bercuti. Jumpa lelaki, bercinta. Oh sweet di situ.Hahaha.


5. Duduk dalam hutan sorang diri. Boleh ke tak aku survive. Jadi independent. Mana la tau kot-kot jumpa vampire macam Edward Cullen. Bercinta la aku dengan dia. Nak sangat love story macam Twilight kan...


6. Letak aku dalam wad orang yang sakit jiwa. Tapi dalam tu aku sorang je sihat. Lain-lain semua sakit. Aku plak ditugaskan untuk handle semua tu. Jangan-jangan dengan aku gila sekali. Muehehe


7. Mungkin yang ni macam ngeri sikit. Aku pun tak berani tapi teringin. Nak tengok macam mana proses hukuman gantung sampai mati. Maksud aku, saat-saat pesalah kat tali gantung. Macam mana diorang handle pesalah tu. Ngeri kan. But its sound interesting!



Tujuh je yang dapat aku pikir. Ingat nak bagi cukup sepoloh tapi dah tak keluar idea tu. Mungkin ni perkara yang gila tapi mungkin akan terjadi atau pernah terjadi kat korang. Aku belum lagi la. Sebab tu buat list tu. Nombor 5 sampai 7 mungkin aku tak berani tapi mana tau ada orang desak dan aku terpaksa. Macam orang desak aku naik roller coaster paling ngeri kat USS dan waktu tu aku tak boleh patah balik sebab ramai orang beratur kat belakang. I can do it!!! Rasa macam nak naik lagi dan lagi dan lagi. Waktu turun tu dah tak rasa ngeri TAPI BEST GILE!!!!


Ok. Itu je..





"Saya yang menulis"



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

12 comments :

AiSyA LiEzA said...

wah2...smga bjya capai impian tu.. ekkekke... =) wah..peminat cik ted rupanya...prkara paling saya nak buat ialah ingt smua benda y saya nak hafal..kekekekxD

salam kenal..saya singgh n follow sini ^^ sudilah keblog saya ^^

fatin aziz said...

thanx my dear..minat gile!!!hehe..salam kenal for u too my dear.. :)

aien hermionie said...

owh peminat twilight

fatin aziz said...

hehe..minat gile2.. :D

isya said...

perkara pling nak buat....... nak buat semua ltihan addmath smpai habes!! hehe.. masalahnye xreti nk wat. hehe..

fatin aziz said...

hehe..addmath senang je..fikirkan senang boleh buat.. :D

Aida Syifaa ♥ said...

drama sehangat asmara, hihi. wahh besar hajat2 tu, semoga tercapai lahh ye kak? :)

fatin aziz said...

haha..yg drama tu lagi besar kan.. InsyaAllah..

Cik Tanpa Nama said...

yang part teddy bear tu iera pun pernah terfikir jugak tauu!!serious..huhuuhu seeeepppp sikit

fatin aziz said...

yes geng!!! best kan ada teddy bear banyak banyak banyak..hehehe

BKB said...

wauuu..byknya impian die,BKB nk g 1 tempt je dlu,g Mekah,wt umrah ke haji huhuhu

fatin aziz said...

amin..semoga impian tu tercapai.. :)

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt