Wednesday, August 28, 2013

My Homemade Mashed Potato

Assalamualaikum...


Setelah 3 kali berhempas pulas mencuba akhirnya menjadi jugak buat kali keempat. My homemade mashed potato. Penat tau. Mula-mula dulu ikut guna buku resepi. Iolls tak reti masak so guna buku resepi leeewww. Satu-satu tau aku ikut. Tak menjadi jugak Jadi setakat boleh makan je. Aku lebih suka "menjadi" yang boleh buat aku puas hati. huhuhu






Nak tengok hasil yang dulu klik sini...Hidup Ala Barat Itulah Saya

Putih pucat je. Tak macam kepci. Macam muka orang sakit. Dah la putih, pucat pulak tu. Macam VAMPIRE!!! Kira tak passed bagi aku. First time buat pun macam tu jugak. Second time pun tetap sama. Third time ummi tolong pun sama jugak warna. Akhirnya aku fed up. Google resepi, jumpa resepi yang lain dari cara aku buat. Ikut la.. Selalu orang rebus ubi dulu. Aku buat gravy dulu. Sebab???


Sebabnya kalau kuah tak menjadi boleh buang. :P
Tapi buat sikit je la supaya tak rasa bersalah nak buang. Bila dah menjadi, cecepat ambik potato dalam fridge rebus atas dapur. Dengan kulit-kulit lagi. Aku lebih suka buang kulit dulu walaupun hakikatnya rebus dengan kulit lagi manis. Bagi aku, aku lebih suka rebus "bogel-bogel". Lepas ubi dah masak terus lenyek. Tak payah tunggu sejuk baru nak lenyek,kupas kulit. Aku ni kurang sabar sikit dalam memasak. Kalau ada resepi yang boleh siap dalam masa 20 saat, aku akan buat.





Dalam masa 10 saat je. Berlari ke fridge, ambik potato. Ke sinki, basuh. Then campak dalam periuk. Nak cepat sebab kuah dah menjadi dan nak siap.Teruja gituuuwww.. Potato pun kena la cepat masak sebab tu tak menyempat nak buang kulit tu. Kentang kan lambat empuk.





Macam kepci tak?? Sama la tu. Nyum3 sedap tau. Terliur tak? Tolong la puji sikit cakap teliur. Effort tau ni sampai 4 kali. :P


Mula-mula buat gravy macam "eh terangnye warna macam pekat sangat la pulak".
Then letak air. Bila dah siap semua, letak atas mashed potato..
"uuuwwaaa...kepci gelap lagi.kenapa la gatal aku letak air tadi"

But at least menjadi kan.. :D




Lepas mentekedarah,yang lebih simpan dalam peti ais. Aku dengan adik aku makan kuah banyak. Mashed potato satu scoop je tapi gravy bersudu-sudu sebab tu yang last-last macam ketandusan kuah. 




Beza kan?? Kali kelima konfem PERFECT!!!!



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Tuesday, August 27, 2013

Dah Ada Pembantu Untuk Bisnes Online

Assalamualaikum...


Sejak jadi gadis berjaya ni (ecewah) sibuk memanjang je. Update blog, ambik order customer, promote barang lagi,update barang baru. 24 hours la depan laptop ni sampaikan internet ni habis limit dalam masa seminggu je. Hekhekhek


Dan sekarang dah ada peneman ketika bekerja..



Ni la peneman iolls. Boleh jadi secretary jugak. Ambik order,jawab panggilan customer. Dah nak masuk sem kan haruslah ada peneman aka pembantu. :P

Akan bawa dia ke hostel. Peneman buat assignment yang bakal berlonggok nanti.. :(




Tengok.. setia je dia menanti customer untuk dilayan.  Bagos budak ni..




Kat perut dia takde poket. Tapi ada kenangan tempat aku beli. Comel kan kangaroo ni. Rindu nak pengang kangaroo,kita pegang patung ni. Lembut je bulu dia. I loiiikkeee.. Macam teddy bear yang korang beli kat kedai..


Ummi: Dari kecik tapak tangan sampai dah tua tak habis-habis dengan teddy bear. Pantang nampak teddy bear suruh abah beli. Abah pun layan je. Dari yang murah sampai ke mahal.

Me: Biarlah...

Ummi: Kawen nanti macam mana la..

Me: Takpe..Kak fatin akan buat suami pun suka teddy bear. Boleh share dengan anak. Aaauuuwwww!!!


p/s: Peduli apa orang cakap, aku akan bawa kangaroo ni kat hostel nanti. Nak bawa yang besar tak sanggup, takot rosak. Hekhekhek...


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Sunday, August 25, 2013

Sekali Lagi Topik Jodoh Ummi

Assalamualaikum...


Me: Ni nak pergi mana pulak ni nak iron baju segala bagai.

Ummi: Kawan abah ajak gi open house.

Me: Kawan abah yang mana???

Ummi: Kawan abah yang duduk kat Shah Alam tu. Alaaaa.. yang anak dia belajar doktor gigi kat Mesir tu.

Me: *********perlu ke cakap sampai budak tu belajar apa dan kat mana*******


Aku memang dah tau dah anak kawan abah aku tu belajar kat Mesir. Jadi perlu ke lagi ummi menyebutnya sejuta kali???


Kat dapur pulak..


Me: Ummi, taknak ikut boleh?

Ummi: Pergi tanya abah.

Me: Abah ok je tu..

Ummi: Dah ok takpe la.

Me: Adik pun takyah la pegi. Dok kat umah dengan kak fatin..

Adik: Ehhhh.. Tak boleh.. adik kena pergi. Nak eratkan silaturahim...

Me: Apa kejadah nak eratkan silaturahim pulak ni. Bukan ada kena mengena pun.

Ummi: Takde kena mengena?Nanti ummi bagi ada kena mengena. Nak mintak anak dia yang doktor gigi ni jadi menantu.

Me: !@#$%^&*())(^#@#%

Maklong: Doktor gigi mana pulak?

Ummi: Anak kawan abah dia ada 2 orang teruna. Bongsu tu belajar kat Mesir. Dentistry. Ambik yang doktor la..

Me: *********mula la tu********

Ummi: Elok la tu. Dia ada 2 anak teruna. Ummi ada 2 anak dara. Kak fatin ambik la yang bongsu tu. Doktor gigi ummi suka.

Me:*******bukan ke tengah cakap pasal taknak pergi open house??**************



Balik je open house...



Me: Adik..sini kejap..

Adik: Kenapa??

Me: Dah eratkan silaturahim dah??

Adik: Dah...


Saja nak kenakan..Jom baca lagi..


Me: Tadi anak kawan abah tu ada ke??

Adik: Ada kot. Kembar ke?

Me: Kenapa plak kembar??

Adik: Muka macam sama je dua-dua.

Me: Hensem tak???

Adik:.....................



p/s: Dalam diam gedik jugak..Hahaha..bila jodoh jadi topik bualan ummi


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Friday, August 23, 2013

Burger Bakar Kak Fatin

Assalamualaikum..

Entry yang ingin dikongsikan belom lagi siap. Actually belom lagi menaip. -_-
Ni kes menggantikan entry sebenar la ni. Tahun ni takde cerita-cerita raya sebab tahun ni kamera di tangan abah aku so tak sempat nak snap-snap gambar. Abah aku pulak snap ala kadar je. Ayah berusia 50-an jangan nak disamakan dengan anak yang berumur 20-an. Darah muda. Mana je ada kamera kat situlah berposing bagai orang sakit otak.





Ada rupa burger bakar Abang Burn tak? Memang la tak sama sebab ni burger bakar KAK FATIN. Limited Edition je. Orang tertentu je boleh rasa. Orang luar tak boleh melainkan lelaki yang satu hari nanti akan jadi orang dalam keluarga. Kahkahkah

Warna berkarat sikit tu potato ye. Kentang bakar. Bukan hangit tau. Memang kalau bakar akan jadi macam tu. Dalam lembut sangat dan gebu. Wuhuhuhu




Gadis moden haruslah dengan idea moden. Bakar guna dapur gas je. Takde masa nak beli arang, hidupkan api dengan berpeluh-peluh semata-mata nak bakar daging dua tiga keping tu. Walaupun orang cakap nak lagi sedap bakar secara original. Bakar ikan pun lebih sedap dengan arang berbanding dapur gas.





I really love potatoes!!!

Niat nak buat mashed potato tapi macam renyah la pulak. Tunggu kentang empuk lagi. Tunggu air rebusan lagi. Elok mashed potato siap, burger dah licin. Kalau yang ni, seiring dan sejalan bagai romeo dan juliet. Eh???





Dijamin Halal :D


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Thursday, August 22, 2013

Baru Jumpa Jalan Balik Ke Belog

Assalamualaikum...

Lama kan tak upate. Kan kan kan???
Di manakah saya sebelum ni? Akan dicerita kemudian. Perlukan masa yang lama untuk menaip sebab banyak benda nak cerita. Wuahahaha..


Ramai yang bertanya, Tiffany & Co takde diskaun lagi ke? Raya hari tu tak sempat nak beli. Ok2. Sekarang jom beli ramai-ramai. Memandangkan tengah nak buat diskaun haruslah promote di blog jugak supaya makin laris. Wah gituwww..




DISKAUN 50% DIBUKA!!!!!


Tetapi ada syarat-syarat untuk dapat diskaun 50% tu. Ingat sikit ke? Banyak siot 50%. Pelik pulak cakap siot-siot ni. Tak pernah cakap siot menyiot jadi pelik. Dengar orang je cakap. Hehehe


PM page ni untuk 50%..Fatyyn Shopaholic Shoppe



Banner baru untuk I punya online page.. Cantik tak kak ton??? Cantik kan banner ni. Please cakap cantik. Penat tau edit. Bukan design sendiri ye tapi edit. Hikhokhikhok


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Wednesday, August 7, 2013

Special For Malam Raya

Assalamualaikum...


Dalam terkejar sana terkejar sini. Bungkus ketupat tak jadi masuk dalam perut. Kalau menjadi riuh satu rumah. Mengambil sedikit masa update blog. Cuma nak wish raya je. Tak aci la kalau blogger lain penuhkan blog diorang wish aku kosong tanpa meninggalkan jejak. Jeles tau!!!


SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR
&
BATIN

Maaf sekiranya ada terkasar bahasa. Terlepas pandang pertanyaan korang. Tersombong dengan korang walaupun takde niat. Segala "ter" lagi la. Atas muka bumi takde siapa pun yang sempurna. Jadi marilah kita sama-sama merendahkan diri memohon ampun dan kemaafan kepada sesiapa sahaja dan juga merendahkan diri mengampunkan segala kesalahan sesiapa sahaja. Moga-moga ukhwah sesama umat dapat dijalinkan semula.




p/s: Makan rendang, ketupat, lontong, soto, satay, biskut raya, lemang, nasi kerabu, nasi minyak, roti jala, nasi dagang, makaroni, spagetti, kek coklat, kek batik, kek pelangi, jangan lupa snap gambar masuk INSTAGRAM ye. Hekhekhekhek.



Lots Of Luv,
Fatin Aziz....

Thursday, August 1, 2013

Cara Trick Readers

Assalamualaikum...


Yeay nak raya dah. Sedih Ramadhan dah nak habis. Setahun pulak kena tunggu dengan cerita baru. Ramadhan kali ni cerita macam ni. Ramadhan nanti cerita macam lain pulak kan. Pelik sikit sebab kat rumah aku ni takde bunyi bbboooommm kebaboommm. Setakat mercun pop atau bahasa kampung mercun bawang je. Tahun-tahun lepas rasa macam nak tercabut je bumbung rumah dengar bunyi mercun. Sampai sekarang aku pelik. Apsal orang panggil mercun bawang? Ada nampak macam bawang ke? Aku nampak macam besar tahi hidung je.. :P


Balik kampung nanti main mercun jugak. Mercum yang berdas-das keluar. Mohon maaf polis ye. Hekhekhek. Tok yang beli mercun pun polis sebenarnye. Wakakaka.


Sedangkan doktor pun akan sakit. Inikan polis yang melanggar peraturan. Sedangkan budak tadika pandai je langgar peraturan tadika. Inikan orang tua yang dah ada cucu umur 20 tahun. Tok aku awet muda tau. (tok sedara). Sama umur dengan mak aku. Cecepat korang hilangkan pandangan yang tok aku ni tua ganyut tapi still nak main mercun!


*mukadimah yang teramat tak sedar diri*



Macam mana aku trick readers sama ada baca entry aku atau tak. Jom aku gosip-gosip di bulan mulia ni.


1. Kadang-kadang aku tulis tajuk yang takde kene mengena dengan content langsung. Maksudnya kalau ada blogger yang komen based on tajuk means dia tak baca entry aku. Then, aku gelak sorang-sorang.



2. Melalui gambar. Aku letak gambar lain dan cerita pasal benda lain. Kalau blogger yang komen pasal gambar maknanya dia tak baca. Hehehe. Contohnya, aku cerita hari raya tapi letak gambar pelakon Twilight. Kalau blogger komen pasal twilight dia tak baca la kan post aku. Sebab tajuk pun aku tak letak "hari raya". Wakakaka.



3. Melibatkan resepi. Datang je mood terlebih rajin aku akan cerita pasal resepi yang aku masak. Tak kisahlah simple mana pun. Sesetengah orang nak memudahkan readers diorang letak dalam points bahan-bahan semua. Disebabkan aku ni orang yang pelik, aku buat karangan. Longgok terus bahan dengan cara-cara dalam karangan ala-ala zaman kegemilangan aku di sekolah rendah.

Kalau ada yang komen "MOHON SHARE RESEPI". Nampak jelas lagi nyata lagi terang benderang tanpa memerlukan spotlight tak baca sebab dah terang-terang aku explain bagai dengan details lagi tu. Penuh perasaan dan keghairahan. (jangan pikir pelik. aku luku korang)




4. Ada je sesetengah yang baca post kita. Tapi sampai habis ke tak? Aku trick lagi dengan tulis MUKADIMAH panjang lebar tapi yang aku nak cite berdasarkan tajuk cinonet je. Kalau diorang komen based on mukadimah yang macam sampah apatah lagi tak mengikut kriteria tajuk, ehem2 faham la aku yang korang baca kat atas je then tros drop komen. (Jangan malu jangan segan aku pun kadang2 buat jugak)

Maklumlah bila busy yang amat tapi tengok ada orang drop komen. Nak baca cite sampai habis banyak lagi nak buat so baca yang atas-atas je la. Setelah itu drop komen. Taknak balas nampak sombong pulak kan. Dua tiga hari ada ANONYMOUS hantar komen tak puasa hati. Ok fine! Makan garam dah..




5. Part ni mesti ramai je buat. Nampak ada orang komen seeksaited mungkin click. 

"Done follow you. Salam perkenalan. Follow me back..."

Hahahaha... Tak marah pun tapi lucu dengan telatah-telatah blogger ni. Wish salam perkenalan rupanya. Agaknya entry aku berkisah pasal salam perkenalan kot. Mohon jangan marah ye. Tak kisah pun korang letak kat komen ke shout box ke. Aku pergi jugak blog korang..






Eh mana saya??

Selamat hari raya...Awal gilosss ucapnye.. :D


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...
 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt