Thursday, August 1, 2013

Cara Trick Readers

Assalamualaikum...


Yeay nak raya dah. Sedih Ramadhan dah nak habis. Setahun pulak kena tunggu dengan cerita baru. Ramadhan kali ni cerita macam ni. Ramadhan nanti cerita macam lain pulak kan. Pelik sikit sebab kat rumah aku ni takde bunyi bbboooommm kebaboommm. Setakat mercun pop atau bahasa kampung mercun bawang je. Tahun-tahun lepas rasa macam nak tercabut je bumbung rumah dengar bunyi mercun. Sampai sekarang aku pelik. Apsal orang panggil mercun bawang? Ada nampak macam bawang ke? Aku nampak macam besar tahi hidung je.. :P


Balik kampung nanti main mercun jugak. Mercum yang berdas-das keluar. Mohon maaf polis ye. Hekhekhek. Tok yang beli mercun pun polis sebenarnye. Wakakaka.


Sedangkan doktor pun akan sakit. Inikan polis yang melanggar peraturan. Sedangkan budak tadika pandai je langgar peraturan tadika. Inikan orang tua yang dah ada cucu umur 20 tahun. Tok aku awet muda tau. (tok sedara). Sama umur dengan mak aku. Cecepat korang hilangkan pandangan yang tok aku ni tua ganyut tapi still nak main mercun!


*mukadimah yang teramat tak sedar diri*



Macam mana aku trick readers sama ada baca entry aku atau tak. Jom aku gosip-gosip di bulan mulia ni.


1. Kadang-kadang aku tulis tajuk yang takde kene mengena dengan content langsung. Maksudnya kalau ada blogger yang komen based on tajuk means dia tak baca entry aku. Then, aku gelak sorang-sorang.



2. Melalui gambar. Aku letak gambar lain dan cerita pasal benda lain. Kalau blogger yang komen pasal gambar maknanya dia tak baca. Hehehe. Contohnya, aku cerita hari raya tapi letak gambar pelakon Twilight. Kalau blogger komen pasal twilight dia tak baca la kan post aku. Sebab tajuk pun aku tak letak "hari raya". Wakakaka.



3. Melibatkan resepi. Datang je mood terlebih rajin aku akan cerita pasal resepi yang aku masak. Tak kisahlah simple mana pun. Sesetengah orang nak memudahkan readers diorang letak dalam points bahan-bahan semua. Disebabkan aku ni orang yang pelik, aku buat karangan. Longgok terus bahan dengan cara-cara dalam karangan ala-ala zaman kegemilangan aku di sekolah rendah.

Kalau ada yang komen "MOHON SHARE RESEPI". Nampak jelas lagi nyata lagi terang benderang tanpa memerlukan spotlight tak baca sebab dah terang-terang aku explain bagai dengan details lagi tu. Penuh perasaan dan keghairahan. (jangan pikir pelik. aku luku korang)




4. Ada je sesetengah yang baca post kita. Tapi sampai habis ke tak? Aku trick lagi dengan tulis MUKADIMAH panjang lebar tapi yang aku nak cite berdasarkan tajuk cinonet je. Kalau diorang komen based on mukadimah yang macam sampah apatah lagi tak mengikut kriteria tajuk, ehem2 faham la aku yang korang baca kat atas je then tros drop komen. (Jangan malu jangan segan aku pun kadang2 buat jugak)

Maklumlah bila busy yang amat tapi tengok ada orang drop komen. Nak baca cite sampai habis banyak lagi nak buat so baca yang atas-atas je la. Setelah itu drop komen. Taknak balas nampak sombong pulak kan. Dua tiga hari ada ANONYMOUS hantar komen tak puasa hati. Ok fine! Makan garam dah..




5. Part ni mesti ramai je buat. Nampak ada orang komen seeksaited mungkin click. 

"Done follow you. Salam perkenalan. Follow me back..."

Hahahaha... Tak marah pun tapi lucu dengan telatah-telatah blogger ni. Wish salam perkenalan rupanya. Agaknya entry aku berkisah pasal salam perkenalan kot. Mohon jangan marah ye. Tak kisah pun korang letak kat komen ke shout box ke. Aku pergi jugak blog korang..






Eh mana saya??

Selamat hari raya...Awal gilosss ucapnye.. :D


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

19 comments :

Mysara Ab Rahman said...

wah mcm2 trick ek

fatin aziz said...

huhuhu.. :)

Katak Comel said...

mohon pos mercun kt sye..
klu men SEO nie,kompom meletup blog nie..
ahaha

fatin aziz said...

bagi alamat nak pos..hehe..
meletup ke??hahaha

Izzie said...

saya baca sampai habis tau. hahaha.
paling tak tahan org komen follow back tu..
btw gmbar tu kat mane?

Nik Muhammad Jameel said...

oooww, tabur perangkap yer... dah tau lar tricknyer,, huhuhu

weschairs said...

Trickla sangat...koh koh koh

Hoshi Akemi said...

ohhh..x tau plak aq da byk trick nk tackle readers ni.ehehehe :))

fatin aziz said...

@Izzie..ok percaya baca sampai habis..hehe :)

fatin aziz said...

@Nik Muhammad Jameel.. xde la perangkap..muat masa ni xde yg maut lagi la..hahaha

fatin aziz said...

umi..boleh gunakan ye untuk tackle readers ye..bukan tackle pakwe.. :P

cik chenta said...

hahaha,nice entry lorh :D boleh try ni...

fatin aziz said...

hehe..silakan.. :P

Nurulee said...

yg cite pasal benda lain gambar lain tu dah biasa jumpa. yg cite resipi buat essay tu.. first time jumpa. ahaah =D

Azney Shamsuddin said...

WAHHH TERUJA NAK BACA TADI..

fatin aziz said...

Yeke Nurulee???boleh try la tu..buat resepi dlm essay..haha

Pykaa Pdott said...

Haha tok yg beli mercun pon polis . Nak kira mcm mna nie . Haha

Apa pon pyka nak ucap selamat hari raya sis .

fatin aziz said...

selamat hari raya..for u too dear.. :)

Ms Qiya Saad said...

Salam..Fatin, awk mmg best la..sempoi je post2 awk ni.. i like.. :)

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt