Sunday, September 1, 2013

Syorga Makanan

Assalamualaikum..

Jangan nak expect aku nak ceghita pasal kedai makan havoc-havoc ataupun exclusive bak hang. Takde kedai makan yang paling best melainkan Dapur Mak. Ye dak? Bukan nama kedai makan ye "dapur mak" tu. Tu nama dapur mak-mak, ummi-ummi, mama-mama korang sekalian ye. :D



Adik: Adik teringin nak makan mee kari la..

Ummi: ok..


Tup tup petang tu jugak ummi buat. Best kan. Kalau kedai makan, korang kena pergi kedai makan yang korang rasa nak makan. Kat rumah, korang duduk depan tv lepas tu cakap " aish teringin nak makan.....". Tong tang tong tang, siap makanan yang korang nak tu.





Taaarrraaaa!!!! Mee tak berkari. Letak tomato macam pokok tomato sebelah tingkap je. Main petik-petik kalau nak makan. Hulur tangan. Pejam mata. Petik tomato. Campak dalam mangkuk.

Sejak aku minat tomato ni melampau la pulak kan. Waktu kecik-kecik mesti mak-mak cakap "makan tomato ni baru kulit cantik, putih.." kan??

Adik: Ummi, adik dah makan sayur,tomato,carrot tapi kulit tak putih pun. Adik taknak makan dah la lepas ni.


Senget betul la adik aku sorang ni.





Tengok tu ada lemon lagi tu. Tahu la baru balik "obersi". Sampai ke lemon pun hidang untuk makan dengan mee kari. Mood omputeh tak habis lagi. Omputeh, omputeh jugak, cili padi,cili burung,cili api,segala cili jangan lupa. Tekak aku tak masuk kalau tak pedas..


Masa kat Aussie dulu...

Me: Ummi, tak sedap la ikan salmon grill ni. Tak pedas.

Ummi: Takkan nak letak cili padi pulak buat salmon grill. Duduk negara mat saleh buat macam mat saleh.





Sebelanga ummi aku buat kuah. Nak skuba diving tengok batu karang pun boleh dalam tu. Kalau takot menyelam, snorkeling pun boleh...




Pandangan sisi...




Pandangan atas...



Yang mana dah tertumpah air liur tu, cecepat ambik tisu lap sebelum kering. Dah kering nanti susah pulak nak lap.



p/s: Ini memang ummi aku yang masak ye. Bukan aku. Aku tak pandai masak-masak yang complicated tapi akan belajar sebab saya ni PEREMPUAN..Ahaaks!. Kalau nasi goreng, ayam grill, mashed potato, salad,paratha roll, maggi, masak kicap, goreng sayur, sup sayur, air asam, sambal belacan tu aku reti la. Simple je. Kalau yang macam ni bagi senduk dengan periuk kat aku, senduk dengan periuk tu jugaklah aku bagi balik. Hakhakhak


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

12 comments :

Cik Mun said...

sedapnye..terliur den..

abgDude a.k.a kai said...

nampak sangat menyelerakan lah...

fatin aziz said...

mmg sedap pun cik mun..bertambah-tambah makan..hehe

fatin aziz said...

mmg menyelerakan pun..hehe :P

Azian Elias said...

salam kenal..

nampak menyelerakan tu.. tetiba rasa lapar nii..

fatin aziz said...

salam perkenalan.. :)

Cik YuYu said...

sedap2 ! yuyu nakkkk ! hihi

fatin aziz said...

hehe..ambik la.. :)

JMR said...

salmon tu bagus utk minda..:-)

fatin aziz said...

thats why i love salmon..hehe :P

Nurfatin Atikah said...

nampak sgt menyelerakan! :)

fatin aziz said...

sangat.. :)

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt