Thursday, October 24, 2013

Sakit Gigi Kembali Menyerang

Assalamualaikum..

Dah seminggu jugak la aku derita bagaikan nak meroyan sebab sakit gigi. Orang cakap sakit gigi ni sakit yang kedua tersakit selepas sakit bersalin. Sejauh mana fakta tu aku tak sure sebab aku takde pengalamn bersalin apatah lagi mengandung.Hahahaha.. (sakit mati tu lain kira la ye)


Ada sekali tu dah la aku kena siapkan tutorial ASAP. Gagahkan jugak la walaupun selama ni tutorial aku tak pernah nak complete sebab lecturer tu buat aku cuak kecut perut bak hang. Haruslah rajin. Tapi last-last masuk bilik tido sebab tak tahan. Apa ingat kalau pulun buat boleh settle ke? Selang 5 minit lepas tu bangun pulak pergi kumur then minum air. Masuk bilik tido, after 5 minutes bangun lagi dan buat keje yang sama. Semua tengok aku pelik je.  Tapi nak buat macam mana aku takde stok ubat sakit gigi. Mana pernah aku sakit gigi.


Last-last TERPAKSA jugak makan PANADOL walaupun tak elok. Housemates 8 orang. Sorang pun takde ubat sakit gigi. Nak tak nak panadol je la kan. 5 minit lepas tu bangun pulak sebab kesakitan datang lagi. Azab kot nak tidur. Dah la kelas kol 8 pagi. Kalau 8 malam takpe gak. 


Maka bermulalah keje gila aku dengar lagu dengan earphone sambil khayal-khayal sikit, berangan sikit then teros berdengkur. Sedar-sedar dah pagi. Maklumlah lagu jiwang mesti berangan kan. Sambil terbayang-bayang bakal suami muka macam Azlee Khairi. Azlee Khairi yang original pun takpe lagi aku nak. Kawen paksa pun takpe.


Paling tak best sakit gigi time raya haji. Bagos betul. Rumah depan, rumah belakang, rumah kanan, rumah kiri, rumah penjuru semuanya makan daging. Tak heaven tau makan daging. Mampu tengok je macam kucing tengok orang sedap-sedap makan ikan kat restoran. Kalau dah teringin sangat, gigit daging tu 2/3 kali, hisap sikit, pastu telan. Fuhhh!!!Berpeluh nak habis seketol daging


Kepada korang yang pernah sakit gigi tu share sikit apa korang buat ye. Nak try gak. Next week kelas dah berlambak. Test pun dah beratur macam kereta api.



Alololo~~~
bajet comey dengan jacket oren, tudung hijau.
###peace####


p/s: Ada jugak google pasal geraham bongsu. Seram wa dengar kot. Tapi rasanya ni bukan sebab geraham bongsu kot. Hihokhihokhihok

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...



Friday, October 18, 2013

Review Blog-Gadis Blogger

Assalamualaikum..

Lama tak menaip tetiba jadi kekok sikit. Selamat hari raya Aildiladha ye tawan-tawanku. Lambat pun lambat la. Gadis paling busy abad ni memang macam ni. Busy goyang kaki kat rumah dan busy dengan mesyuarat tingkap dengan gadis-gadis gosip serumah. 

Seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas yang aku nak review blog kan. Refer SINI. Aku tak pernah lagi review blog orang. Dulu pernah sekali kot tu pun sebab nak balas balik review blogger. Penat-penat review blog aku waktu follower antara nampak tak nampak je waktu tu.





Sebab aku tertarik dengan blog adalah warnanya. Girly sangat you all. Even aku tak minat sangat dengan pink tapi bila masuk blog ni rasa macam pompuan sangat. Aku yang jiwa mafia ni tiba-tiba jadi ala-ala princess sikit. Macam barbie doll pun boleh.

Selalu jugak lah melawat blog ni sebab aku perasan dia selalu komen-komen entry aku. Tapi aku tak bias ye. Bukan sebab dia banyak komen aku pilih dia. Kan entry lepas aku cakap random. Mana yang mata aku menangkap blog tu comei dan tak serabut yang tu la aku pilih.




Followers dah seribu lebih. Hebat la kan. Jom la terjah ramai-ramai. Ramaikan kenalan dan ramaikan followers. Blog ni kemas sangat-sangat. Aku suka sangat. Nama blogger ni Mysara Ab Rahman. Jom kenali blogger pinkish ni dengan klik gambar-gambar kat atas.



Sekian~~~~~~~~~



p/s: Dah tunaikan pun janji nak review blog. Bagi sesiapa yang nak jugak boleh drop link ye. Tiada syarat yang akan dikenakan. Itu PASTI!!!! :D

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Friday, October 4, 2013

Winter In Sydney: Tarongga Zoo

Assalamualaikum...

Lama jugak tinggalkan travelog ke Sydney ni. Kemalasan bermaharaja lela dalam diri ditambah dengan kelas yang padat setiap hari sampai pukul 7 petang. Fuuuhhhh!!! Inilah student!



Tarongga Zoo / 17 AUGUST 2013





Sebelum menjelajah ke zoo, kita orang jalan-jalan la dulu disekitar Sydney ni. Last day berada di Sydney. Sebak hati nak tinggalkan kota Sydney ni. Ober vetol mak jemah ni. Malaysia lagi best!!! MANTOOOPP!!!



Lepas breakfast, abah aku pakai baju, ambik jacket, kamera di tangan terus keluar. Semua pelik ditambah dengan tercengang. Pehal la dengan ayah aku sorang ni. Balik je apartment, selongkar kamera baru tau yang abah aku keluar snap gambar. Motifnya tak dapat dikenalpasti. Yang pasti gambar ni cantik sangat. Bersih kan?? Takde longkang. Takde bau. Takde sampah, Takde pencemaran bunyi. Sebabnya kat jalan ni siap ada jalan/ lorong untuk penunggang basikal lagi. Agaknya diorang pergi kerja pun naik basikal kot. Kalau kat Malaysia naik basikal, sampai je office, berpeluh satu badan dengan ketiak-ketiak lagi. Pastu setiap office kena sediakan bilik mandi. Sampai je office mandi dulu before start bekerja.


Nak pergi zoo kena naik boat/feri. Naik kereta pun boleh. Tapi kan namanya traveller. Cer tunjuk gaya traveller sikit. Apa guna ada kat kota Sydney yang popular dengan pelabuhan cantik menarik kau memang da bomb kalau kita tak cuba naik pengangkutan air. Entry sebelum ni asyik naik CABLEWAY, RAILWAY dengan SKYWAY. Sekarang ni kita naik feri pulak.


Jeti untuk ke Tarongga Zoo ada di Opera House. Tu la OPERA HOUSE. Sebut je Sydney, bangunan yang bentuk separa bulat tu yang akan terlintas. Kat opera house ni selalunya ada pertunjukkan. Jumaat malam paling havoc gila. Sesak kot dengan orang ramai. Budaya diorang la katakan. Every Friday's Night is the night they must enjoy themselves. Berjoget, menari,bergelimpangan,lepak, makan malam sampai lewat malam tu dah jadi cara diorang. Best tau. At least kita boleh tengok budaya diorang. Tapi jangan la pulak kita ikut. Yang baik jadikan teladan. Yang buruk jadikan sempadan.



Hoyeah!!! Minah gedik dah start perangai dia. Ni waktu kita orang atas feri. Boleh pilih nak duduk kat dalam ke, kat luar ke, kat atas ke. Terserah pada keselesaan penumpang. Kalau korang nak tau, feri ni pun salah satu pengangkutan awam tau kat sini. Maksudnya kalau nak pergi tempat kerja dengan feri pun boleh. Lebih kurang kalau kat Malaysia ni LRT la. Kat sana pun ada jugak kereta api laju. Kereta api atas jalan pun ada. Pendek kata kalau nak save minyak nak gi kerja boleh naik pengankutan awam. Jimat dan cepat.


Kebetulan naik feri, ternampak cruise terdampar kat jeti. Nampak la jugak pelancong-pelancong kat atas cruise tu. Paling best sebab boleh nampak dekat sangat. Nampak orang tengah ambik angin dari balkoni bilik. Pengalaman kot. Kalau yang kat Penang/ Langkawi tak payah cakap la. Dah biasa tengok dah.


Teringin nak naik. Lagi sweet kalau macam dalam cerita Titanic. Tak sweet kalau accident macam Titanic tu berlaku. Nak yang sweet-sweet je. Sour taknak.


Macam ni rupa feri kita orang naik. Nampak macam bot nelayan je. Jangan pandang sebelah mata tau.



Kota Sydney!!!
Lambang kota sydney. Popular dengan pelabuhan. Impian aku nak tengok pelabuhan di Sydney yang sejibik sejibon dengan dalam cerita Finding Nemo tercapai.Hahaha



Kawasan sekitar Opera House


Ni exclusive sikit. Aku naik yang sengket punya. :P


Opera House


Wah model handsome la. Patutla anak cun. Ayah hensem. Hohoho. Naik lif tekan sendiri sebab takde orang nak tolong tekankan.


Full Opera House picture


Arah hadapan Opera House



Dah sampai ke jeti tarongga zoo, aku naik kereta cable pulak. Tak tinggi mana pun. Tapi takpe lah. Nak cuba walaupun dah puas naik kat Scenic World. Naik je semua yang ada. Kalau terpaksa naik hot air balloon pun aku sanggup.


Ni koala bear. Masuk je zoo, port koala bear yang berada di permulaan jalan. Kalau korang nak tau, masuk Tarongga Zoo ni kena ada map tau. Luasnya yang amat. Konfem lenguh, sakit, melecek kaki korang. Perkara kedua pulak yang mesti ada ialah makanan. Sebab konfem korang lapar.Masuk zoo kat sini tak cukup sejam dua tau. Buat habis duit je kalau korang nak masuk sejam dua. Dan jangan bajet sangat lah zoo kat sini luas Zoo Negara atau Zoo Taiping. Berlipat kali ganda lagi luas tau. Aku masuk hari tu dari pagi sampai petang. Imagine luas mana zoo tu. Belum ditambah sesat lagi. Lepas tu berlari sana sini sebab nak kejar animal show. Macam treasure hunt dah aku rasa. Berlari anak sambil pegang map ditangan.


Rasa nak peluk. Nasib baik dah beli sekor kat Scenic World. Bila rasa macam nak peluk, ambik je bear yang dah beli. Sebijik sebijon macam patung koala bear.


Puas tengok koala bear yang kiut miut tomey-tomey. Berlarilah kami berempat nak kejar animal show ni. Kat Malaysia takde tu yang berlari bagai nak gila. Mesti mat saleh dan minah saleh pelik. Pehal la kalut sangat ni.


Aku rasa macam nak je pergi dekat-dekat. Terjun dan berenang bersama-sama bagai merpati dua sejoli.


Yang ni aku tak tengok anjing laut. Aku tengok mamat tu je.. :P




Hebak hebak hebak!!!


Video terlupa nak rakam. Nak rakam guna phone tapi silau sunlight. Guna DSLR, tapi abah tengah pegang waktu tu.



Berehat sebentar. Makan-makan dulu. Lapar kot. Makan sandwich yang ditapau dari hotel tadi. Dah buat siap-siap. Packed elok-elok makan kat zoo. Dont worry sebab kat sini takde sebarang larangan untuk food from outside. Bebas!!!


Image yang wajib di fokus adalah kangaroo tu. Tapi aku tak tau la kenapa aku gi fokus minah ni. SO korang tengok kangaroo je la ye. Motif gambar ni nak ambik gambar kangaroo.. :P




Ala tomey-tomey..

Adik: Ummi nanti adik nak jadi artis tau. Nak jadi pelakon dengan penyanyi.

Ummi: Nyanyi suara pun tak sedap nak jadi penyanyi buat pe.

Adik: Sedap la. Tengok la nanti. Kenapa kak Fatin tak jadi pelakon macam HANIS ZALIKHA??

Me: Kenapa pulak nak jadi pelakon??

Adik: Hanis Zalikha kan dulu blogger pastu berlakon. Kak Fatin bila lagi??

Me: Errrkkkk...





Wow beraninya!!!!


First thing yang korang nampak burung tu ke aku yang bertudung hijau??hahaha..
Burung apa ni aku tak tau. Burung ke itik ke angsa ke tak kisah janji spesies sama.


Ni penguin. Kabur sikit sebab penguin ni diletakkan di dalam kawasan yang sekitarnya cermin. Memang tak boleh nak closed up dengan jelas.


Posing maut. Singa laut ni muka garang la. Takut aku.



Asyik gambar binatang je. Kita orang pun jugak bergambar ye dak..



Adik: Abah nak bawak balik yang ni boleh???



Missing one. The cameraman!!!


Balik!!!!


Melawat botanical garden. Tempat shooting SEHANGAT ASMARA. Akulah yang paling tergedik ajak abah aku pergi. Sebab dalam cite macam sweet je tempat tu. Hasrat aku adik-beradik nak guling-guling, golek-golek ala-ala kajol dan shahrukh khan kat atas rumput tu terlaksana. Wakaka..


Gaya dah ada tu...


Bersih tau..Takde tempat yang kotor sepanjang aku pergi. Tak tau la kalau ada kat ceruk-ceruk mana kan.



Ummi pun nak jugak jadi model..


Yang ni forever feeling model


Jalan punya jalan. Perut mula berkeroncong. Normal la untuk traveller kan. Sape yang traveller tapi kenyang sokmo tu pelik. Kalau pergi Sydney, orang Malaysia syorkan pergi Malay Village. Semua makanan Malaysia/Melayu ada kat situ. Tapi yang kerja kat situ Indon je aku tengok. Hahaha. Adik aku makan bihun kari kot kalau tak silap.



Aku pulak makan nasi ayam. Harga aku lupa. Kalau convert ke ringgit konfem la mahal. Tapi kalau dalam dollar, aku rasa harga tu normal je. Tapi takkan setiap hari nak makan roti dengan tuna je kan. Alang-alang datang sini tak salah kalau mencuba walaupun mahal. hehehe...






Hari terakhir di SYDNEY!!!
Bye SYDNEY..
Welcome MELBOURNE..

Hope one day boleh pergi lagi.
Jom godek-godek AirAsia..


Next Entry...
"Winter In Melbourne"

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...


 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt