Thursday, October 24, 2013

Sakit Gigi Kembali Menyerang

Assalamualaikum..

Dah seminggu jugak la aku derita bagaikan nak meroyan sebab sakit gigi. Orang cakap sakit gigi ni sakit yang kedua tersakit selepas sakit bersalin. Sejauh mana fakta tu aku tak sure sebab aku takde pengalamn bersalin apatah lagi mengandung.Hahahaha.. (sakit mati tu lain kira la ye)


Ada sekali tu dah la aku kena siapkan tutorial ASAP. Gagahkan jugak la walaupun selama ni tutorial aku tak pernah nak complete sebab lecturer tu buat aku cuak kecut perut bak hang. Haruslah rajin. Tapi last-last masuk bilik tido sebab tak tahan. Apa ingat kalau pulun buat boleh settle ke? Selang 5 minit lepas tu bangun pulak pergi kumur then minum air. Masuk bilik tido, after 5 minutes bangun lagi dan buat keje yang sama. Semua tengok aku pelik je.  Tapi nak buat macam mana aku takde stok ubat sakit gigi. Mana pernah aku sakit gigi.


Last-last TERPAKSA jugak makan PANADOL walaupun tak elok. Housemates 8 orang. Sorang pun takde ubat sakit gigi. Nak tak nak panadol je la kan. 5 minit lepas tu bangun pulak sebab kesakitan datang lagi. Azab kot nak tidur. Dah la kelas kol 8 pagi. Kalau 8 malam takpe gak. 


Maka bermulalah keje gila aku dengar lagu dengan earphone sambil khayal-khayal sikit, berangan sikit then teros berdengkur. Sedar-sedar dah pagi. Maklumlah lagu jiwang mesti berangan kan. Sambil terbayang-bayang bakal suami muka macam Azlee Khairi. Azlee Khairi yang original pun takpe lagi aku nak. Kawen paksa pun takpe.


Paling tak best sakit gigi time raya haji. Bagos betul. Rumah depan, rumah belakang, rumah kanan, rumah kiri, rumah penjuru semuanya makan daging. Tak heaven tau makan daging. Mampu tengok je macam kucing tengok orang sedap-sedap makan ikan kat restoran. Kalau dah teringin sangat, gigit daging tu 2/3 kali, hisap sikit, pastu telan. Fuhhh!!!Berpeluh nak habis seketol daging


Kepada korang yang pernah sakit gigi tu share sikit apa korang buat ye. Nak try gak. Next week kelas dah berlambak. Test pun dah beratur macam kereta api.



Alololo~~~
bajet comey dengan jacket oren, tudung hijau.
###peace####


p/s: Ada jugak google pasal geraham bongsu. Seram wa dengar kot. Tapi rasanya ni bukan sebab geraham bongsu kot. Hihokhihokhihok

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...



15 comments :

Liza Licha said...

kalau sakit gigi panadol pun xjalan dear :) licha ekstrem skit, salu opt for inject je. puas hati. hahahha

adk dayah said...

dayah penh skit geraham susu..azab dekat sminggu..huhu..mg bengkak sbelah la..juz mkn ubt dkt farmasi then ok la..alhamdulillah..try la =)

que nizam said...

memang azab lee kalau sakit gigi nii...nak makan ape pun ngangaa je laa....nak2 geraham..perhhh

zalilawati saidin said...

follow me back zalilawati.blogspot.com tq uolllss

fatin aziz said...

@liza licha inject??bunyi seram je..hehehe

fatin aziz said...

@adk dayah ni tengah try makan ubat farmasi la. tapi ok la kejap..pastu minggu depan sakit plak..2 minggu dah ni..hehe

fatin aziz said...

@que nizam..bila geraham yg buat hal mmg bubur nasi la makanannya..hehehe

Cik Tieka said...

memang ngeri sakit gg ne dn boleh akibatkan kta jd moody. dulu kalau sy sakit gg, try bkumur air suam + garam atau letak colgate tempat yg sakit tu.kurang sakit gg tu..Fatin try la.hehe

fatin aziz said...

thanks cik tieka..nanti saya cuba ye.. :)

Busyra Bt Takiyudin said...

sama la dngan sy. sy pown tngah sakit gigi yang hujung skali nak tumbuh. huhu

fatin aziz said...

sama2 la rasa peritnya dan deritanya..hehehe

Arya Estinengtyas said...

Farmasi ada ubat khas untuk sakit gigi ni. Saya beli banyak sikit dan simpan sebab gigi selalu sakit sebab belum tumbuh habis.

Dayat Lucas said...

follow dayat balik tau... insyaAllah allah balas baik atas pertolongan awak... thanks :)

Sofea Lang said...

Mmg sakit pun.. Bru j cabut geraham bgsu..walaupn tiap2 tahun checkup.kn cabut jgk sbb dh trlampau sakit.utk jagaan awal, gosok gg spt biasa.. Minum susu.. Kalau sakit sgt, better g klinik gg.antibiotik akn diberi.. Cara tradisional nk krng sakit, kumur air garam.. Ltak bunga cengkih kt gg yg skit.

Sofea Lang said...

Mmg sakit pun.. Bru j cabut geraham bgsu..walaupn tiap2 tahun checkup.kn cabut jgk sbb dh trlampau sakit.utk jagaan awal, gosok gg spt biasa.. Minum susu.. Kalau sakit sgt, better g klinik gg.antibiotik akn diberi.. Cara tradisional nk krng sakit, kumur air garam.. Ltak bunga cengkih kt gg yg skit.

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt