Thursday, November 7, 2013

Percutian Singkat

Assalamualaikum..


Mood tengah midterm tapi gatal miang keladi ulat bulu lagi nak menaip buat entry dengan gagah perkasa supaya pembaca tegar yang memang tak tegar takkan lari mencari port lain untuk bertenggek. Alasannya aku dah bersara jadi blogger sebab dah tak nampak cahaya yang aku akan publish entry baru.Sumbat tisu kat hidung gara-gara taknak hingus keluar laju je macam paip bocor. Waktu ni jugak la nak demam, selsema, batuk. Pakej!! Syabas betey!!! Kalau boleh taknak sebarang gangguan semasa menaip sebab aku nak cepat-cepat tido. Nak kejar mimpi dengan Mr Arrogant aku! Nanti terlambat, aku pulak yang menyesal bagai bini hilang suami bila bangun pagi esok mimpi tak sempat nak sampai ke ending.


Last week hari sabtu memang bercadang nak gi Kuala Lumpur sebab abah yang peminat tegar Red Warriors nak tengok bola. Tapi apakan daya tiket dah habis. Jadi nak memujuk pwincess-pwincess yang dua orang ni excited nak pergi KL digantikan dengan Langkawi. Macam bosan jeww. Macam boring jew. Macam hampeh jew. Macam nak bagi penampo jeww kat diri sendiri pulak dok cakap macam tu. :P



Dia ni suka sangat buat muka pelik-pelik everytime nak snap gambar dia. Tak ubah macam kakak dia. Siapakah???



Muka bosan dalam feri. Kalau dah beribu-riban kali pergi Langkawi wajarlah tak rasa apa-apa kan? Tambah-tambah bila si abah ni selalu je pergi Langkawi atas urusan kerja. Pwincess-pwincess ni hanya jadi secretary tak berbayar je. Ikut bontot abah diorang melainkan masuk toilet la.



Kata bosan tapi senyum meleret. Acaner??
Bergambo ni haruslah fake sikit. Kalau tak, macam mana nak terhasilnya gambar-gambar cantik menawan sebegini. Menangis semua photographer tak dapat cari makan lepas ni. Said no to DSLR!!! Guna kamera phone yang cikai pun boleh jadi cantik!


Me: Adik, memandangkan purse tengah tebal apa kata adik belanja kak fatin Baskin Robin.

Adik: Tak bawa purse.

Me: Tapi adik bawa duit kan

Adik: Abah, kak fatin suruh belanja aiskrim.

Me: Taknak aiskrim, KFC pun jadi la. Nak try yang baru.

Adik: Abah, kak fatin suruh belanja KFC.



Taarrraaa!!!!
KFC jeti point Langkawi



Hari kedua nak kelainan pulak kannnn.
Jom pekena masakan Siam pulak. Tinggal kat hujung-hujung negeri ni memang dah biasa makan-makan masakan Siam. Siapa yang datang Perlis roger aku untuk info masakan Thailand yang sedap fuhhh terangkat sampai peluh merecik! Baju tak basah, dahi tak berpeluh, airmata tak keluar, bibir tak merah, bukan pure masakan Siam la gamaknya tu.


Wan Thai Restaurant, Langkawi.
Umi, abah, Izyan berair-air mata sampai boleh cukupkan takungan air mandi kat rumah yang aku pulak selamba lembu je tanya "pedas ke?". Lidah aku ni dah kebal ke memang makanan takde lah pedas mana tapi diorang tu je yang over nak berdrama dengan aku. Kalau abah cakap pedas memang pedas la jawabnye. Kena jumpa doktor agaknya aku ni.




Lepas makan, check in hotel. Perangai abah aku ni pelik sikit. Kalau bercuti mana-mana je dia suka pindah randah hotel. Seminggu aku pergi Sabah, 3 hotel aku duduk. Kat sini pulak 2 buah hotel hanya untuk 3 hari 2 malam. Satu malam di Myhotel satu malam lagi di Baron. 




Lembab tahap datuk kepada datuk ulat gonggok pengurusan hotel ni. snap la gambar dulu untuk mengisi masa lapang. Check in hotel pun lambat. Nak bagi duit pun lambat. Setengah jam jugaklah nak dapatkan kunci tu. Aku ni dah la tak sabar nak golek-golek atas katil empuk ni bagaikan pwincess Snow White.Close up gambar ni sebab nak tengok nampak tak mascara yang aku pakai. Hewhewhew. Taknak tebal-tebal macam Che Ta pulak. Abaikan muka berminyak. Memang tak boleh nak ubah dah.. T_T




Esokkan sebelum balik, breakfast roti canai dulu. Teman umi shopping pulak. Umi dengan shopping ibarat isi dengan kuku. Wajib bersama kemana jua. Tak larat beli pinggan mangkuk, beli cadar pulak dua tiga set. Mujurlah Al-Ikhsan takde buat sale. Kalau tak, aku dengan Izyan akan tarik tangan, kaki, baju, seluar abah masuk boleh beli sepasang kasut ke, beg ke, baju dua tiga helai, jadilah kan. Baru boleh balik dengan hati yang tenang dan puas.


Actually aku pergi Langkawi ni bukanlah bercuti sangat pun. Saja je ikut abah aku kerja. Aku dah cakap kan yang aku ni secretary tak bergaji aka paparazzi umi aku. Secretary original tinggal kat pejabat. Secretary otak biul lagi sewel ditambah senget ni je yang ikut. Baru direstui MEM besar.

SEKIAN


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

14 comments :

Nor Nadia Syakila Jamal said...

lapanya tengok makanan awak..

fatin aziz said...

hahaha..pergi makan cecepat.. :)

cikyuz said...

amboiii..best jalan ek.... :)

fatin aziz said...

xde la berjalan pun..pergi atas urusan kerja..huhu

nurul hidayah said...

wah ! p langkawi . Tak dak gambar En Lang ka . Errrr , gambar chocolate , haha . Langkawi dengan cokelat . Makanan pun nampak urmppp ! dapnyaaaa

fatin aziz said...

haha..dah pergi banyak kali dah..ayah keje kat langkawi. chocolate pun byk lagi dlm fridge:)

atiqa aris said...

naik feri not bad lah. best apa. hehe

fatin aziz said...

hehe..kalau dah setahun 5/6 kali pergi langkawi mmg la x rasa pape dah..huhu

wsc biolo obat pelangsing said...

salam kenal saya from indonesia

Aisha Fauzi said...

Salam. Saya blogwalking sini dan follow awak :)
Btw nak mintak tolong like link di bawah ni ^^

https://www.facebook.com/aishah.fafa/posts/550188008409273
Terima kasih sudi tolong :)

Awak suka join contest / giveaway / segmen di blog atau facebook tak ? Kalau ya, jom singgah blog saya sambil usha banyak giveaway menarik dengan tawaran hadiah yang sangat awesome !

Selalu-selalulah jenguk blog saya dan follow / bloglist untuk tengok update giveaway yang terbaru. Tiada paksaan hihi :)

King Of Contest - http://twinkleeestar.blogspot.com/

suerafe said...

untungnya dapat bercuti teman ayah! i cant remember when the last time i travel haha. do feel lucky! tak ramai orang ada peluang macam awak. biar secretary tak berbayar pun :)

Info kesehatan Indonesia said...

wah muka pelik ternyata melihat makanan

Muslimah Solehah said...

akak dan adik pipi sama tembam.. saya tak pernah pergi ke langkawi..mcm best jer,mcm best jer. :)

Fariha Abdullah said...

Assalamualaikum .selamat pagi…hari jumaat yang penuh barakah…
Jemput baca post saya yeaahhh…

1. http://farihaabdul.blogspot.com/2013/10/biovelocity-sleep-mate-selimut-cahaya.html
2. http://farihaabdul.blogspot.com/2013/07/testimonibiovelocity-sleep-mate.html
3. http://farihaabdul.blogspot.com/2013/07/suntik-untuk-cantik.html
4. http://farihaabdul.blogspot.com/2013/06/top-leaders-circle.html
5. http://farihaabdul.blogspot.com/2013/11/kutu-biovelocity-sleep-mate.html

btw,jom join segmen salam kenal dari saya di sini yaaa

http://farihaabdul.blogspot.com/2013/11/segmen-salam-perkenalan.html


semoga Allah dapat membalas jasa2 anda semua….terima kasihh :)

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt