Friday, November 29, 2013

Siapa Cakap Cari Kawan Baik Tu Mudah?

Assalamualaikum..

Yes Im still here. Final sebulan je lagi sebab tu jarang drop kat sini sebab busy yang amat dengan mini project, assignment dan test. Everytime kitaorang sibuk dengan semua benda ni, for sure sorang dari geng-geng propa which is selalu buat drama sendiri mesti akan jerit..

"AARrrrrrggGGGhhhh..Stress giler!!!Aku taknak belajar dah. Nak stop dan nak kawen."

Ayat ni dah normal dah. Setiap kali stress je sebut pasal nak berhenti belajar dan kawen. Maybe orang tengah nak up sekarang ni. Gadis-gadis 20-an, takde benda nak jadikan topic atau untuk release stress macam ni la jadinya.


So point yang aku nak kongsi kat sini, semua orang konfem akan cakap yang diorang nak cari pasangan hidup yang betul-betul faham dengan diri kita. Cari suami/isteri bukan senang sebab kita nak hidup lama dengan pasangan. Tetapi cari kawan senang ke???


Berkawan biar beribu, bercinta biar satu.


That's right!! Cari kawan pun susah. Kalau cari pasangan nak cari yang boleh terima baik dan buruk kita. Samalah jugak dengan cari kawan. Wajib terima baik dan buruk kita. Supaya yang baik, kita kongsikan yang buruk kita sama-sama tutupkan aib tu. Dalam dunia ni kita perlukan kawan. Berkawan biar beribu tak bermaksud sekarang kita berkawan dengan si polan, esok lusa kita cari orang lain dan tinggalkan dia. Berkawan dengan ramai orang bukan tujuan untuk bila nampak keburukkan seseorang terus kita tinggalkan dia dan cari orang lain tapi hanyalah untuk tambahkan pendapat dan yang paling penting happening. Best ke kalau ada kawan seorang je? Tak best tau sebab tak boleh jerit ramai-ramai bila ada hot story, tak boleh berdrama lebih-lebih bila kawan kita tengah gembira.


Contohnya, kalau kita dah lama berkawan dan dah tau perangai depan belakang, tiba-tiba ada perkara yang boleh terasa hati tu senyap-senyapkan je la. Tak payah la kita nak bising-bising. Normal la kalau setakat terasa sikit-sikit tu. Benda yang kecik tak payah besar-besarkan. Berkawan ni kalau bab-bab terasa ni biasalah, tak pernah lari dari kehidupan. Sebab tu aku cakap "boleh terima baik dan buruk". Kalau kita dah nampak kawan kita ni jenis yang baik, kalau setakat ada benda-benda buruk yang keluar dari diri dia tu butakan la mata kita tu. Anggap semua tu tak jadi. Mungkin kekhilafan dari diri empunya badan. Tapi kalau dah selalu menyakitkan hati, cari pasal sesuka hati, kacau hidup peribadi, family apa semua better cari kawan lain la. Hidup tenang, hati pun gembira!!!


Berkawan ni harus ada give and take. Siapa cakap pasangan suami isteri je perlu give and take? Berkawan pun. Kalau berkahwin kita nak kekal sampai jannah. Berkawan tak nak ke? Nak kekal sampai form 5 je lepas tu putuskan je. Nak kekal sampai universiti je, habis belajar cari kawan lain. Nak kekal sampai sebelum berkahwin, dah kawen taknak jumpa dah dengan kawan lama. Kadang-kadang bila kawan belanja teh ais ke, karipap ke tak salah pun kan kalau kita pun belanja jugak even benda tu tak mahal. Belanja tu tak semestinya Secret Recipe, KFC atau McDonalds, yang penting dia memberi kita menerima dan kita memberi dia menerima. Happy kan macam tu. Kalau menganggap barangan mahal baru belanja,maksudnya kita berkawan bukan sebab nilai persahabatan, tapi mengambil kesempatan!


Kawan yang baik akan selalu berada di waktu susah dan senang.
Kawan yang baik akan sentiasa menjaga aib kawannya.
Kawan yang baik akan sentiasa menyokong apa sahaja yang kawannya lakukan.
Kawan yang baik akan sentiasa akan berada disisi kawannya sehingga orang sekeliling akan tertanya-tanya sekiranya tidak melihat salah seorang dari kalian.
Kawan yang baik akan terima apa adanya tidak kira miskin mahupun kaya atau bijak mahupun kurang bijak.
Kawan yang baik akan saling melengkapi antara satu sama lain. Yang bijak ajar yang lemah. Yang berkemampuan bantu yang susah. 


Sekiranya ada kawan-kawan korang yang macam ni jagalah ukhwah tu sebaik mungkin. Sehingga ke syurga. Nilai kekeluargaan tiada galang ganti. Nilai persahabatan yang kukuh juga tiada galang ganti. Jangan sampai salah seorang dari sahabat kita pergi meninggalkan kita baru kita tahu yang sahabat kita jauh lebih baik dari sahabat yang kita terkejar-kejar nak berkawan.


Lots Of Love,
Fatin Aziz...

10 comments :

Nuna Pringia said...

istilah terima seadanya pun bukan untuk psgan saja.. tpi untk kekasih juga! huhuhu i'm here.. best entry ni.. happy blogging.. nuna follow n like fanpage sini! jom join! Masih terbuka lagi!! http://nunapringiacyunq.blogspot.com/2013/11/topup-giveaway-by-nuna-and-gang.html …

Nuna Pringia said...
This comment has been removed by the author.
Arya Estinengtyas said...

salam. memang bukan senang nak cari kawan yang baik. Baik mcm mn pon kita harus waspada dan sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan dalam hubungan kita dan kawan :) http://aryaestinengtyas.blogspot.com/

fatin aziz said...

yeah..thats right.. :)

Rubiatul Adawiyah said...

kawan yang sejati susah nak cari.. so, kita kena pandai pilih kawan.. :)

fatin aziz said...

yup..wajib pandai pilih kawan..hewhewhew :)

NJihe.am said...

salam singgah, betul. setuju sangat. studioous.blogspot.com/

fatin aziz said...

salam perkenalan... :)

Akeyla Azmi said...

wah............
sgt panjang meh.
Heheheheh betul.
Kwn pon byk backstabbers, fake friends and stuffs like that apa tah lagi suami ish ish ish.

Susah :/
Jgn ingat sng kan kak fatin?
hehehehehhe

fatin aziz said...

betul tu..kawan pun kalau boleh nak sampai kita mati..taknak kawan separuh jalan je.. :D

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt