Tuesday, December 24, 2013

Serius Ke Sakit

Assalamualaikum..

Sekarang ni selalu sangat main cak-cak kat blog ni. Nak update satu-satu entry pun kena fikir dulu banyak benda. Masa, hari, kelapangan, nak buat entry panjang ke pendek ke. Kalau panjang postpone dulu kalau pendek cari masa yang betul-betul lapang. Kalau setakat lapang sejam dua baik lupakan. Huhuhu


Sebab tu la banyak entry tergendala. Winter in Melbourne tak habis lagi. Terbaru pasal Phuket dengan Krabi menanti pulak. Maklumlah aku memang suka cerita tempat-tempat menarik. Dulu-dulu zaman batu dulu aku tak pernah merasa pergi jalan-jalan obersea ni. Tapi suka baca dan tengok gambar. Bila aku dah berpeluang ni so aku pun share la dengan orang ramai. At least yang bakal-bakal akan pergi boleh tahu sikit kan tempat-tempat mana menarik. Yang dah pergi boleh kongsi-kongsi pengalaman.




23/12/2013
Phuket, Thailand

Will be published soon


So untuk nampak berkaitnya entry aku dengan tajuk yang diberi ni, sebenarnya aku tengah rasa macam gigi geraham bongsu baru nak tumbuh.

Balik je dari Thailand semalam, bangun tido, once nak nganga makan nasi aku rasa macam tak boleh nak nganga sampai habis. Separuh je boleh. Makan ayu-ayu je. Macam nak taknak je makan.Sejibik sejiban macam pengantin perempuan makan kat meja beradab. Buka mulut pun cukup-cukup untuk sudu je masuk. Peha ayam tak boleh dah. Main cubit-cubit je kalau nak makan.


Balik rumah, check tengok macam ada gigi baru nak tumbuh. Dengar kata sakit tahap petala langit. Serius ke? Kalau serius macam mana aku nak hadap final minggu depan ni? Bukan seminggu, bukan dua minggu tapi TIGA MINGGU!!!


Korang dan korang dan korang dan korang yang tengah baca tu, ha engko leww!!! Share some experience sikit kalau pernah terjadi. Share la petua-petua sikit ye. Dan nak tanya memang gigi geraham bongsu ni WAJIB cabut ke? 




Saya yang menulis..
p/s: jangan tegur tudung senget benget. first trial tudung bawal jadi shawl

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

6 comments :

Nur Inani said...

alahaii.memang sakit kalau gigi nk tumbuh ni..cuba letak garam dekat gigi tu.. petua org2 tua dulu :)

Sofea Lang said...

aduh fatin..mmg sakit yg amat. klu ikut petua, ambil bunga cengkih dn tumbuk..pastu ltk kt gg yg skit. kumur pakai air garam pn blh.
kalau sakit sgt,mmg kn cabut.. MC seminggu.

nae nematoda said...

masa tumbuh gigi bongsu, sakit sampai deman...lebih kurang 2 minggu la..sampai berdarah, dan bernanah...sakit dia, tahap tak boleh nak cerita..tp, try jumpa dengan doktor, at least dia kasi ubat tahan sakit

Budak KacaMata said...

cer search cara perubatan islam dari utz haron din ttg sakit gigi nie..moga bermanfaat

Nasuha said...

Jom sertai Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

Syarat amat mudah.

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

fatin aziz said...

thanx utk petua2 tu..Alhamdulillah buat masa ni dah tak rasa pape dan exam berjalan dgn lancar..another 2 papers..wish me luck.. :)

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt