Tuesday, January 21, 2014

Homemade Chicken Wrap

Assalamualaikum..


Hari tu ada beli roti tortilla jenama Mission wraps punya. Beli tu sebab nak buat shawarma. Takde roti arab kita guna je la yang seakan-akan.. Bila dah cuti ni mula aku nak buat macam-macam. Workout pun nak, bisnes pun nak. masak pun nak tapi western punya la. Senang dan cepat. Kalau masak yang susah habis terbalik dapur-dapur tu aku berlari ke hulu ke hilir dengan pisau di tangan. Bukankah itu bahaya??


Coleslow umi yang buat. Tak sempat aku nak buat umi dah buat dulu. Macam tau-tau je anak dia nak makan apa.

Chicken wrap yang susah bagi certain orang bila nak gulung. Kan? Kan? 
Lepas gulung konfem berterabur inti-inti dalam tu. Bila gigit habis tangan berlengas dengan sos mayonis apa semua. Tapi aku ada kisah? Yang penting nampak macam wrap. Hahaha

Bahan-bahan:
1. Isi ayam 
(nak guna isi ayam ready make pun boleh cap ayam dinding-aku selalu guna)
2. French fries
3. Mission wrap
(suka hati nak jenis yang mana satu. aku guna potatoes punya)
4.Salad
(Tak suka sayur tak payah letak)
5.Mayonis
(aku tak suka so tak letak. umi suka then umi letak.)
6.Serbuk roti



Mula-mula letak salad. Nak potong kecik-kecik pun boleh. Resepi orang malas dan nak cepat memang macam ni. Mujur aku rajin basuh bersih-bersih. Kalau ada mesin yang boleh basuh sayur, dah lama aku masukkan dalam mesin tu.


Letak Coleslow pulak. Resepi mohon google sendiri ye sebab aku tak buat. Umi aku yang buat. Jujur gituuuu.. 


Letak isi ayam. Yang ni isi ayam disalut dengan serbuk roti. Bukan yang ready make punya. Kat tesco berlambak yang isi ayam ready make. Lebih mudah. Goreng je even ni pun dah mudah kita cari yang mudah lagi. :P


I'm potato's fan. Semua benda nak ada kentang. Nak senang beli fries goreng je. Ada orang rajin, diorang beli kentang, potong ikut saiz diorang nak then goreng tambah ingredient sikit-sikit. Budak engineering suka cari jalan mudah. So ni la jadinya.


Tarrraaaa...
First time wrap tak terburai kalau tak, sepanjang perjalanan aku berjalan mesti akan ada tompok-tompok sos. Dari situ umi boleh tau yang aku ni makan tak bertempat. Port aku konfem depan tv. Wakakaka.


p/s: Aku tak minat mayonis so tak letak. Kalau korang minat bolehla sapu atas roti tortilla tu. Taip entry ni baru perasan dalam peti ada cheese la. So gunakan inovasi tambah cheese pulak..


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

8 comments :

Akeyla Azmi said...

ya allah sedapnyaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaaaa <3333333333

fatin aziz said...

mmg sedap pun.. :P

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Arghhhh sedapnyaaaa.. esok juga nak cari bahan... arghhhhh lapau balik T_T

fatin aziz said...

hahaha..nanti ena dan buat post la gambar kat fb.. :P

Iris Jasmine said...

nakkkkkkk! hehehe nanti nak try buat lahh. macam best je makan ni. mesti perut hepiii! :D

fatin aziz said...

try la..senang je..cepat dan senang dan kenyang yang amat..hehe :D

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

fatin aziz said...

thanks taufiq..mohon singgah lagi nanti2..hakhakhak

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt