Saturday, January 18, 2014

Winter In Melbourne: Mt Buller

Assalamualaikum...

Ini adalah entry tertunggak ye tawan-tawan. Aku minat blogging tapi malas typing. Harap faham! Malas nak update tu memang ada sebab dah lama dah tapi macam tak best la pulak bila travelog Aussie tak lengkap. So nah...Malas cerita panjang lebar. Tengok gambar je la ye. Jimat tenaga,tenang kepala otak nak pikir ayat yang sesuai.



On my way to Mt Buller. Berapa lama nak sampai dari Melbourne aku dah tak ingat. Pergi bulan 8 tahun lepas tahun ni baru update.

First expression.." eh kenapa jalan warna putih semua??"
Umi pun jawab " salji la tu"
Ohmai Ohmai... Boleh tak terpikir. First time memang la macam ni..


Kereta pun dah tak nampak rupa. Semua putih macam tepung gandum. Eksaited bebeh!!!


Waaaallllaaaa...Mabeles!!!!


Dulu tengok kat tv sekarang tengok depan mata. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang



Baju kembung-kembung. Seluar kembung bawah. Sebab takde saiz. Saiz dewasa takde yang pendek semua panjang ikut saiz obersea. Saiz kanak-kanak ada lah. Ohmai jatuh standard aku pakai saiz kanak-kanak. So terpaksa la pakai jugak. Nak amek gambar pun tak lalu sebab nampak macam.....pape2 je la..
Btw umi macam tengah baca doa je.. :P


First time mak jah. 


Dont worry, tak terasa asing langsung sebab jalan kiri " orang Malaysia ke??", jalan kanan " Malaysia kat mana??", jalan depan " dari Indon ke Malaysia?", jalan belakang " Dari mana? Malaysia?"


My boyfriend forever and ever. Boyfriend macam ni ko nak gtau satu Malaysia pun tak kisah. Boyfriend yang belum tentu milik kita jangan ober sangat gtau satu Malaysia. Buat malu diri sendiri je. Jangan bangga benda yang belum tentu milik kita. Peace yo!!


Tengok seluar macam kembung je tu aku la. :(


First time nak main memang macam takot-takot sikit so pergi main kat tempat kanak-kanak. Orang tengok pun ada aku kisah. Beginner act as beginner. Kalau over pergi tempat yang cerun slide tergolek dok baru malu. Pelan-pelan.



Kitaorang tak pergi Mount Stirling. Pergi Mount Buller je.


Geram tengok salji-salji ni. Semua putih. Rasa macam duduk kat tempat yang suci gila. Tak nampak sikit pun kotor. Sampah pun takde. Seluruh kawasan putih memukau.


The only mom in the world yang always support me in everything that i do




 Lets start the game!
Dah rasa macam expert sikit baru naik kat bukit yang tinggi. Adventure tu mabeles!
Muka tu boleh blah kau noks...

Kat sini nak main ski pun boleh. Sebelum main ski sape-sape yang takde asas dont worry sebab diorang ada trainer yang akan train korang sampai boleh main. Aku teringin nak main tapi memandang aku pergi pagi balik petang so masa tu takde. Kalau korang nak main ski, aku suggestkan korang untuk bermalam di Mount Buller. Baru sempat nak main ski plus dengan training class.



My adik lagi la eksaited. Sambut birthday kat obersea main-main salji lagi tu.
Aku sambut birthday main PS1 je. Zaman purba betol.



Rindu giler nak main lagi. InsyaAllah ada rezeki, Im coming!!!


Giliran umi pulak. Everyone must try. Peluang yang jarang dapat so ada peluang gunakan. Asyik luncur dengan pelampung je kat Sunway Lagoon. Luncur salji la pulak.


Mula-mula memang macam gerun. Rasa macam seriau or something like that. Susah nak describe. Bila dan sekali cuba nak kedua, ketiga, keempat, kelima dan kalau boleh nak buat rumah depan bukit tu. Bangun pagi pergi slide then baru masuk rumah breakfast.


Abah's turn. Steady cool walaupun first time. Haruslah tunjuk macho depan puteri-puteri. Jatuh standard la ayah pengecut dengan anak-anak. Hahahaha





How dare you adik. Nak femes sensorang. Sanggup tutup muka Iolls dari masuk gambar.



 Eeeeuuuwwww..macam budak-budak bila tengok perangai aku. Come on behave sikit. Act like you are 20s. Hahaha




Nak main ski tak boleh. Takkan nak main luncur salji sampai ke petang. If uolls nak tau kat sini pun ada cable car as transpor nak naik atas. Kat atas puncak gunung ni la orang main ski. Kalau nak tengok permandangan seluruh pergunungan ni boleh la naik cable car ni. Nak pusing berapa kali pun tak kisah. Aku naik ni pusing 2 kali non-stop tak turun-turun. Takde orang kisah pun. Penjaga pun tak hairan sebab foreigner kan. Mestilah diorang bagi first class punya treat. Macam la kita kat sini kalau foreigner bukan main ko senyum kambing. Tapi kalau sesama sendiri kalau boleh kelat lagi kelat ko bagi senyum. Pakej dengan jelingan maut! Btw tak semua okay..nanti kena banned pulak. Hehehe


Puncak gunung lagi la teramat sejuk dan salji lagi tebal. Kawasan pun nampak kabur je. Macam orang rabun jalan tak pakai cermin mata. Macam tu la rasanya berjalan kat atas puncak gunung. Kalau nak cari orang pun mungkin susah sikit la nak cari. Kepada bini-bini yang takot hilang laki, peluk kuat-kuat. Bukan apa, takot bermadu dengan minah salleh je. Wakakaka





Bukan untuk naik ye. Ni kereta peronda. Kalau-kalau ada kemalangan ke, salji tebal sangat sampai orang yang pergi main ski kat ceruk mana tak boleh balik, diorang ni la yang akan ronda seluruh pergunungan tu untuk bagi bantuan. Ataupun main ski laju sangat terlampau expert nak tunjuk kat makwe-makwe sebelah tetiba terlanggar pokok, terjunam dalam gaung ke, peronda ni yang akan pergi selamatkan.


Jangan ingat anak-anak je pandai posing, umi I pun pandai. Paham-paham la kami dua beradik ikut sape ye. Hekhekhek


My inspiration.
Ketika jatuh mereka ada.
Ketika naik mereka ada.
Ketika sakit mereka ada.
Ketika sihat pun mereka ada.


Love this picture so much.
Cantik kan. Kan? Kan? Kan?
Angguk la sikit!!!


Hot coffee and hot fries memang betul-betul walllaaahhh!!!!
Datang tempat-tempat sejuk baru aku rajin minum minuman panas. Kalau tak asyik letak ais je. Teh ais, nescafe ais, kopi ais.




Waktu ni salji dah mula turun. Dalam petang jugak la rasanya. Makin lewat makin lebat.
Dinasihatkan pakai topi untuk tutup kepala. Jangan bagi kena salji. Salji ni macam hujan jugak. Tak boleh kena hujan. Jangan mentang-mentang salji korang suka hati je tak pakai topi biar kepala semua nampak putih.


Hanya mampu pegang. But I'll make sure kalau sekali lagi pergi aku nak main ski!
Bukan janji tapi PASTI!


Belakang-belakang tu hotel. Kalau nak bermalam pun boleh. Ajak abah bermalam kat sini tapi taknak, alasannya sejuk. Mana taknya, kat Melbourne pun tiap kali abah aku buka tingkap aku bising suruh tutup ni ada hati nak tido kat gunung. Piiirrrahhhhh!


Suasana kawasan tempat orang menginap.



 Tengok gambar baru perasan ada salji atas kepala. Adik aku punya pasal la ni. Main baling-baling salji tiru gaya movie-movie waktu Christmas.


Mount Buller


Turung dari puncak gunung, main slide untuk second round tapi yang ke berapa kali tak ingat. Infinity dah rasanya.


Last picture before saying goodbye to Mt Buller.
I'm promise to you that one day I'll be there again with my family or my new family maybe. Ahaks!!!


Finally habis pun travelog ke Australia.
Yeay!!!
Next travelog Thailand!!!
(itupun kalau rajin)

RECAP:
Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

17 comments :

aswa leyla said...

bestnye bestnye !!!

fatin aziz said...

:D

Rahim Aim said...

bestnya melancong....setakat ni xd pengalaman melancong ke luar negara lagi..huhu...pi main salji dalam malaysia pun blom pernah lagi...

fatin aziz said...

Alhamdulillah.. Allah bagi rezeki lebih.. :D

Saljiah Zafirah said...

nak ikut,..hehe
bestnye, =)
jom singgah blog sy

Qaseh Qistina said...

salam..wah, seronoknya dik p melancong tempat org. Main salji gitu.. akak pon belum pernah p jauh2.. moga satu hari dapat p la ye.. salam kenal=)

fatin aziz said...

Alhamdulillah...dapat rezeki lebih dan peluang.. :D

Adi Zhaf said...

wah bestnye..bilelah nak melancong ke Melbourne niiii =((

fatin aziz said...

InsyaAllah satu hari nanti.. ;)

Kay Sham said...

Done Following your blog...nice..i like it :)

Follow my blog

http://www.dakwatbiruhitam.blogspot.com/

Cik Mun said...

wahhh..seronoknyeee..

fatin aziz said...

:D

ceq mas said...

adik, need some favour from u. boleh tak?
bulan brapa u pergi sana mount buller?

fatin aziz said...

saya pergi seharian je sis... pergi pagi balik petang.. :)

ceq mas said...

owh i mean bulan apa? :)

fatin aziz said...

pergi bulan 8..selepas raya puasa..

ceq mas said...

ok tq dear

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt