Friday, February 28, 2014

Diskaun Untuk Latest Phone

Assalamualaikum...


Pening kepala tau tak. Baru masuk 2 minggu untuk sem 4 dah kena tukar hostel. Baru je angkut barang segala bagai, kemas habuk-habuk, sawang-sawang, lap almari meja tup tup kena kemas semua balik pindah hostel lain. Nasib baik baru lagi. Masuk je rumah, meja berplastik, almari pun berbungkus lagi, tilam pun balut plastik lagi. Kurang la sikit kemarahan dan kebengangan tahap kebangangan. Fuhhh.. ambik kau! Sampai tahap tu nak descride BENGANG tu.


Kena sangat entry ni dengan aku memandangkan aku tengah dalam mood nak beli phone baru. Kononnya nak senang berbisnes. Padahal nak main candy crush bila ada gap yang panjang sebelum masuk kelas.



Dah tengok atau usha-usha atau merisik handphone mana idaman kalbu. For me haruslah XPERIA Z. Camera tuuuu dia...Beli yang ni konfem dalam tong sampah DSLR. Hahaha...




Diskaun ni aku bagi kat korang yang nak beli apa sahaja handphone yang korang berkenan. Baik tak aku? Aku pulak tengah kumpul duit sebabnya ada diskaun ni pun still duit tabungan belum cukup. Jadi bermurah hati aku bagikan diskaun ni untuk korang. Ambik je..Ambik.. Semua boleh ambik!!!


BTW XPERIA Z ni kamera 13.1 MP kot. Handphone korang ada?? Takde kan..Kalau ada pun senyap sudah tak payah riak sangat. Kepada yang takde tu pergi la beli ada diskaun ni...





DESCRIPTION:
 
  • Android OS, v4.1.2 (Jelly Bean) , planned upgrade to v4.2 (Jelly Bean)
  • Support 4G LTE Technology
  • Quad-core 1.5 GHz Krait CPU
  • 1080 x 1920 pixels, 5.0 inches Full HD Touch Screen Display
  • microSD Card slot, up to 32 GB
  • Internal Storage 16 GB
  • 2 GB RAM
  • Support NFC
  • Primary Camera 13.1 MP, 4128x3096 pixels, autofocus, LED flash
  • Secondary Camera.  2.2 MP, 1080p@30fps
  • Stand-by Up to 550 h (2G) / Up to 530 h (3G)
  • Talk time Up to 11 h (2G) / Up to 14 h (3G)



* RM 15 untuk belian minimum RM 100
* Sah sehingga 31 Mac 2014
* Penggunaan tanpa had



KOD DISKAUN:
498373LPM



Maklumat lanjut boleh layari lama web yang tertera ini...



Saturday, February 22, 2014

Bestkan Kalau Dapat Rumah Macam Ni?

Assalamualaikum...

Layan gambar dulu la..














Bestkan??


Orang cakap "make a dream comes true"
InsyaAllah..hakhakhak

Bukan senang nak berjaya. Nak buat apa-apa pun dalam dunia pun bukannya senang. Kalau nak senang kawen je dengan orang kaya konfem dapat rumah macam ni but make sure jangan kawen dengan datuk-datuk yang tak sesuai dengan umur korang tu.

Mentang-mentang nak jadikan impian kenyataan sanggup je kawen dengan "datuk-datuk"..wakakaa..


Ok lah..Nak sambung mimpi-mimpi rumah comel-comel la..

Wassalam...


Jom lawat ke page online shoppe saya dan mintak jasa klik like ye---->FATYYN SHOPAHOLIC SHOPPE

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Saturday, February 15, 2014

Potato Salad

Assalamualaikum..

Memandangkan sem 4 akan buka, jadi dengan ini aku sibuk nak update segala aktiviti yang aku buat sepanjang sebulan kat rumah. Semua resepi aku nak share sekali gus. Resepi para remaja je. Mudah simple dan sluurrppp.. Hahaha



Rasanya tak perlu plating elok-elok sebab nanti masuk dalam perut jugak kan. Gaul-gaul, letak dalam mangkuk, masuk dalan fridge. Settle!!


Kentang harus direbus dulu sebab kentang kan lambat masak. Nak cepat masak, potong kecil-kecil. Masak je nanti boleh terus gaul dengan mayonis tak perlu nak potong-potong dah. Main campak je. Tapi jangan terlampau masak sampai lembik-lembik pulak. Mashed potato boleh la lembik-lembik. Potato salad tak boleh. Takut bila gaul nanti tak nampak rupa potato dah. Pastu korang nak ke makan dengan kentang yang terlampau lembik gaul dengan mayonis. Kembang anak tekak aku.


Aku tak minat mayonis so guna dalam 2/3 sudu kecil je. Lemon tu over je lebih. Guna sikit je ye. Hurrmmm..main agak-agak je la korang nak banyak mana. Hahaha. Lemon ni MASAM ok. Jangan terlampau banyak. Tahap kemasaman dia KUAT!!


Daun bawang pun agak-agak korang nak banyak mana. Daun bawang ni rasa dia strong jugak. Aku tak minat sangat. Letak sikit je. Kalau korang suka, letak banyak. Resepi cakap letak segenggam!
Hidup tak boleh lurus sangat. Perlu bengkok sikit je. Jangan terlampau ikut satu persatu. Hahaha


Kobis aku letak banyak sebab aku suka kobis. Actually potato salad ni sepatutnya potato je. Macam kosong la pulak kalau potato je bogel-bogel. Pucat macam makanan orang sakit kalau takde warna. Nak nampak sedap tambah kobis. Capsicum hijau, merah, kuning kalau nak letak pun takpe. Kalau ada purple,oren,pink pun letak jugak nak bagi nampak menarik. Tu pun kalau korang jumpa!


Bahan-bahan: 
(hidangan untuk aku sorang)

 3 biji potato saiz sederhana
3 sudu kecil mayonis
Lemon
Serbuk pati ayam secubit (sesedap rasa)
Daun bawang ikut agak-agak je
Kobis dalam 3/4 helai/kelopak/whatever


SIMPLE!!!
Letak dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk.


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Monday, February 10, 2014

Thailand: Krabi & Phuket

Assalamualaikum...


Ingat tak lagi post pasal Travelog Aussie yang last sekali tu? Konfem tak ingat kan. Macam takde keje la pulak nak ingat segala entry yang aku post kat sini. Aku ada inform yang akan update pasal travelog ke Thailand pulak. Tak havoc mana pun sebab pergi dalam 4 hari je macam tu. Dekat je kan tak perlu bercuti lama-lama. Iolls kan duduk kat perlis...




Waktu aku bercuti ni orang lain tengah berhempas pulas bagai nak gila dengan final exam. Aku pulak menghirup udara segar ala-ala mat saleh yang berjemur tepi pantai kat Phuket konon nak menikmati summer. Jangan salahkan aku. Salahkan universiti aku sebab bagi lama sangat tempoh exam. Bayangkan start exam, 2 Januari hingga 18 Januari. Lewat sangat start. Orang lain nak habis, aku baru nak mula pergi dewan exam. Study week pulak sampai 2 minggu. Tak cukup study week lama, gap antara paper ke paper pulak seminggu. Banyak masa untuk study tu betul la. Kalau dah lama sangat dah jadi bosan jugak kan. Orang lain dah bosan duduk kat rumah, aku baru kemas barang nak balik umah!!


Nak dijadikan cerita, mula-mula abah cakap nak pergi Krabi, aku feeling-feeling naik flight ke apa. Best jugak ni sebab tak lama, sekejap je. Kalau lama aku bosan tahap gaban! Tapi sebenarnya naik kereta. Dalam fikiran aku boleh ke abah bawak kereta sampai ke Krabi dengan Phuket? Kalau setakat Hatnyai takpe sebab dah pernah pergi. And you know what, abah aku cakap dia main redah je. Kalau sampai maknanya sampai lah. Kalau tak sampai???



Aonang Beach Resort. Best giler sebab buka je sliding door bilik, teros kolam mandi which is means korang tak perlu keluar dari bilik then pergi kolam untuk mandi. Buka sliding door terus terjun. And thats what i did.  Even waktu malam. Penat berenang masuk bilik kejap makan ke minum ke pastu sambung balik..Senang sikit aku nak menyelam ke, berenang ke, tidur dalam air ke takde orang kisah.


Ha!! Sambung yang tadi.. Macam mana kita orang boleh sampai ke Krabi ni? Btw abah ni seorang traveller. Tu yang paling aku patut letak dalam mindset aku. Dia pergi overseas dengan kawan-kawan 3 orang lagi tak kira mana pun, Sydney, Melbourne, Shenzhen, Hong Kong, New Zealand tak pernah guna travel agent tau. Berdikari kata kau!


Mula-mula abah nak bawa kita orang pergi Aussie memang macam tak yakin je semua tempat boleh pergi but andaian tu salah! Kalau bergantung dengan travel agent belum tentu korang boleh masuk ceruk-ceruk mana sebab mostly mesti bawa-bawa tempat yang hebat dan jadual mesti packed! Yang ni lebih santai..Tak perlu terkejar-kejar. Just nice!!



Memandang bertolak tengah hari Sabtu, malam baru sampai jadi tak boleh nak pergi jalan-jalan. Sempat pergi makan dengan ronda-ronda keliling pantai. Orang Malaysia banyak kot. Tak terasa asing langsung. Tepi-tepi jalan penuh kereta Malaysia. Makanan halal banyak, pilih je mana yang korang berkenan. Rumah urut lagi banyak noks..


Motif kita orang pergi Krabi sebab nak snorkeling. Huh!! Dah lama aku tak bermain dengan air. Maklumlah Iolls ni perempuan Melayu terakhir so kalau mandi kolam-kolam ni Iolls segan sikit. Sebab tu Iolls mandi kolam tengah malam. Hakhakhak


Menunggu turn nak naik bot melawat 7 pulau kot kalau tak silap sambil snorkeling. Harga dalam RM100++ seorang termasuk makan semua. Complete!! Makanan ditanggung HALAL.

Kalau nak cerita bab sweet-sweet ni banyak. Dua entry pun belum tentu habis. Bila dah bercuti ni mata ni mesti liar usha-usha orang. Jangan cakap aku, korang pun sama kan!!! Hahahaha. Untuk mengurangkan gedik, tak payah cerita. Ahaks!



Waktu ni assistant pemandu bot suruh tengok something. Tapi aku tetap tak nampak dan tak faham. Jujur aku tak faham English diorang. Hahahaha


 Ada nampak macam sambil berenang aku tangkap gambar tak gambar ni???


Macam ni la bot yang kita orang naik. Banyak bot disediakan. Tahap pengurusan diorang TIP TOP. Aku bagi 4 Bintang!!!


Gambar original yang diambil sendiri okay. Guna DSLR. Jangan cakap aku ciplak kat google pulak!! Tau gambar ni cantik. Hohoho. Masuk lif tekan sendiri


Waktu ni berombak sikit. Snorkeling pun asyik dilambung ke tengah laut. Tak payah kayuh dengan kaki nak berenang ke apa. Ombak dah tolong tapi bahaya sikit la. Paling penat nak lawan ombak nak ke tepi laut sikit. Kuak sekuat mana pun tak bergerak. Lelah aka semput waktu tu.




Jangan suruh aku namakan kesemua pulau yang aku pergi. Phi Phi Island je yang aku ingat. Lain pulau I dont care and I dont want to care. Tugas aku duduk dalam bot pegang kamera!


Pulau ni aku tak ingat nama. Paling pasti pulau ni ada filem hollywood shooting kat sini. Tajuk filem pun aku tak sure. Kalau tak silap abah aku cakap pelakon Leonardo De Caprio yang berlakon. Bukan TITANIC ye. Pasir tak payah cakap, lembut sangat. Sampai tourist guide tu cakap better jangan pakai selipar atas pasir sebab terlalu lembut takut tak boleh jalan dan SEJUK. Rasa nak golek-golek atas pasir. Tapi macam yang aku cakap Iolls kan perempuan melayu terakhir so bertertib la sikit. Hekhekhek



I punya abah suka sangat gambar ni sampai letak background kat iphone dia tau. Anak you yang snap ni. Kalau tak cantik kemain kutuk. Lebih pedas dari Papa Jo (masterchef) kutuk. Kalau cantik buat tak tau je. Tengok-tengok letak kat iphone. Hurrrmmm..


Snorkeling time!!!
Perhatikan gambar tu betul-betul. Kalau korang betul-betul tengok konfem nampak ikan-ikan berenang. Kalau nampak duyung gua cakap lu havoc! Gambar aku dengan abah tak nampak sangat sebab ni adik aku yang snap. Orang dah cakap close up, dia buat jauh jugak sebab nak bagi nampak semua dalam satu gambar. Ok! Tak boleh bantah.


Adik aku ni penakut sikit. Mandi kolam ok. Masuk laut dalam, takut sikit walaupun life jacket dah pakai. Nak turun dah tapi tak jadi. Menyesal aku turun dulu. Tak boleh nak tarik dia.Sepatutnya adik aku turun dulu. Paksa baru jalan!!!



Destinasi terakhir. Kat sini kita orang diberi masa selama satu jam. Nak berenang ke snorkeling ke apa ke hentam sajalah. Kiranya ni tempat lepaskan gian bagi yang tak berpeluang nak mandi.


Abah aku siap tido lagi kat bawah pokok. Berdengkur noks!!! Aku dengan adik apa lagi, dalam air la. Peluang..Peluang..Peluang..Jangan sia-siakan. Bayar mahal!!!


Time to go!!! HUHUHUHU (caps lock nak tunjuk betapa sedihnya aku)





Penat satu hari keliling pulau. Malam tu jalan-jalan kat kedai-kedai tepi pantai je. Meriah macam kat Pantai Cenang tapi yang ni lagi meriah.


Balik tido. Esok bangun pagi. Let's move to PHUKET.


Actually takut jugak nak gi Phuket ni. Sebab aku pergi tarikh tu elok-elok 24 Disember. Takut TSUNAMI. Hehehe



Phuket, kita orang stay kat Hilton. Kat gambar terpampang. Bukti itu perlu okay!!! Taknak orang kata aku ni cakap tak serupa bikin. :P

Krabi ke Phuket dalam 3 jam tak termasuk sesat. Bertolak dalam pukul 9 pagi sampai dalam pukul 2. Target nak sampai pukul 12. Memang sampai pukul 12 tapi cari hotel tak jumpa. Apa nak buat hotel tu dah nampak tapi pintu masuk tak jumpa. Hahaha


Me: Adik... Apsal pakai selipar datang obersea?? Selekeh...

Adik: Apa pulak?? Tengok mat saleh tepi pantai..Pakai selipar jepun jugak. Lagi pun ni selipar JEPUN kot selekeh apanya.


Last-last aku jugak kena beli selipar jepun. Gila jalan atas pasir guna flat shoe. Tak pasal-pasal kasut aku lekang sebab basuh lepas kena pasir pantai. PADAN MUKA KO!!!



Sampai je Phuket, lepas makan dan solat terus jalan-jalan kat pantai. Esok dah nak balik. Takut tak sempat. Phuket ke Bukit Kayu Hitam lebih kurang 8 jam. Kena bertolak pagi. Lambat nanti gate kat sempadan tutup tak balik rumah la jawabnya. Tu pun hampir-hampir nak tido kat Hatnyai sebab sesat berjam-jam kat pekan Hatnyai tu. Hati dah gembira tapi tiba-tiba je abah jumpa jalan keluar. OMG..Sedih balik...Hahaha


Mat dan minah salleh. Fuh!!!
Macam-macam...Macam mana iman lelaki yang tengok minah saleh tu..(mohon faham..haha)



Its me!!
Sebenarnya kita orang tunggu sunset. Kat Phuket ni sunset cantik gila. Rasa macam romantik pulak tunggu sunset dengan abah. Hahaha.. Macam dalam novel gitu...


I told you already..
Cantik bukan??
Indah ciptaan Allah SWT..



Adik aku sentiasa over. Konon berseni sangat la mintak tangkap gambar macam ni.


Actually Krabi dengan Phuket ni sesuai tempat untuk berehat. Tenangkan fikiran. Bercuti kat sini pun takde lah adventure sangat macam pergi Aussie dulu. Semua nak pergi. Set masa. Makan cepat. Kat sini more relax. Habiskan masa kat pantai je. 4 hari cukup je nak melawat satu Krabi dengan Phuket kalau ada kenderaan sendiri.


Kotak komen nanti mesti ada sorang akan cakap "takkan gambar permandangan je? Mana gambar family? Tak banyak pun gambar sis fatin.." macam entry lepas-lepas, travelog Aussie. Tapi yang ni jujur aku cakap dalam koleksi tak banyak sangat gambar family. Frankly takde sangat. Banyak gambar permandangan je. Semua aku dah letak dalam blog ni.


Untuk membezakan dengan gambar-gambar lain..Nah..


Family yang kecil tapi bahagia.
As usual Im the photographer.. :P
Garang pulak muka ummi tu padahal dah warning awal-awal nak tangkap gambar ni. Hahaha


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Monday, February 3, 2014

Benda Perlu Buat

Assalamualaikum..

Hello guys..Selamat Tahun Baru Cina bagi yang menyambut, bagi yang tak menyambut macam aku ni selamat makan limau banyak-banyak.. Rasanya belum terlambat lagi kan nak wish walaupun memang terlambat pun. Wahahaha.


You know cuti Iolls cuma tinggal 2 minggu je lagi mak noks. 2 MINGGU je lagi. Ohmai Ohmai. Belum puas kot. Extend cuti boleh tak?

Sepanjang cuti ni, list yang aku nak buat separuh je baru buat. Separuh lagi aku tak buat pun. Hakikatnya MALAS.


Hampir sebulan berhempas pulas dan memulas kepala otak nak pikir pasal final exam yang macam ujian antara hidup dan mati, of course jerawat-jerawat pun sibuk jugak nak bertempek. Busy dengan study memang WAJIB la aku tak ambil kisah pun pasal cuci muka ke apa. Benda penting yang aku pikir "kalau tak study, ko jangan nangis lepas habis paper esok". Wakakaka..

Pernah dengar tak Vitamin Dian'z ni? Bagi yang pernah dengar apa lagi try la. Bagi yang tak pernah dengar so sekarang korang dengar elok-elok. Vitamin ni elok untuk orang alergik makanan laut macam aku, muka berminyak macam aku, jerawat yang selalu hadir tanpa pedulikan situasi macam aku. Sesiapa yang mengalami masalah macam aku boleh la cuba. Aku tak boleh la bagi jaminan CONFIRM elok. Lain orang lain sensitivity kulit. Tapi sepanjang aku consume satu botol dulu Alhamdulillah menjadi. Kulit pun better dari dulu. Paling penting PRODUK ORANG MELAYU. Dijamin HALAL.. Lepas tu aku stop sebab poket tengah kering. Well nak beli vitamin bukan 5/6 hengget okay!!


Start cuti sem aku busy dengan online bisnes balik so adalah duit poket sikit nak tanggung diri sendiri. Tanggung mak ayah tak cukup lagi. Hekhekhek.


Macam aku, nak beli vitamin ni aku tak beli kat main supplier sebab banyak hal nak kena buat. Tunjuk bayaran la, isi order form la. Senang lagi beli kat stokis. Check out page DIAN PIXY, kat situ korang tau siapa-siapa yang jadi agent berdaftar so korang boleh pilih dengan siapa korang nak beli. Make sure AGENT BERDAFTAR supaya tak kena tipu atau dapat barang tiruan.




Sebab kedua aku suka beli dengan stokis ni adalah sebab diorang suka bagi free gift. Macam yang aku beli ni. Vitamin RM80 (sama je harga dengan siapa korang beli) tambah dengan RM5 postage (depends pada seller, ada yang 6 hengget). Jadi total RM85 tambah dengan shiseido black mask 3 KEPING + 1 LIPS TINT. Dulu aku beli dengan agent lain dapat 2 EYE COLLAGEN MASK + 1 3D MASK. Best tak?? Selalunya yang tak bagi free gift ni aku tak layan. Hehehe. Bila aku nak beli je vitamin ni aku akan tanya pada semua agent yang pernah aku beli then tanya ada dapat gift tak? Kalau ada aku proceed bayaran, kalau takde cari yang lain. :P

Cara makan:

Satu botol ada 60 tablets. Sebiji pagi selepas makan dan sebiji malam selepas makan. Make sure jangan makan perut kosong. Tahan sampai sebulan. Kalau nak jimat boleh makan sebiji sehari. Tahan 2 bulan. Awal-awal aku makan 2 biji tapi akhir-akhir aku makan sebiji sebab poket kering tak boleh beli yang baru. Huhuhu..

Makan vitamin ni make sure korang jangan minum susu atau coffee dan apa-apa minuman berkafein. Vitamin tak akan bertindak sekiranya ada kafein dalam badan. Nak cepat perubahan pastikan minum banyak air kosong okay. Ini yang tengah aku usahakan memandang tengah cuti, tenaga pun tak banyak keluar so air pun kurang minum. Hehehe




Selain jaga kulit muka waktu cuti ni, benda lain yang perlu aku buat adalah memasak. Yes! Aku nak belajar memasak. Jujur aku cakap aku minat memasak masakan western. Banyak jugak aku google resepi. Kadang-kadang tengok program masakan kat AFC.  Yang ni HOMEMADE PIZZA. Guna roti tortilla je. Bahan atas-atas, aku campak mana yang ada dalam peti ais je  Sebijik macam pizza hut tu tak lah tapi sekadar nak basahkan tekak makan Italian food boleh la. Pizza ni italian ke???


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...
 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt