Friday, April 18, 2014

Perubahan Zaman

Assalamualaikum..

Pertama sekali, hhhhhhaaaaaaa.. Lega test untuk midterm dah habis. Semput tahap kehabisan nafas nak hadap test satu persatu. Penat dia dari hujung rambut hingga hujung kaki termasuk organ dalaman. Maksudnya penat otak la kan.


Umur aku ni dah 21 tahun. Kalau flashback 5 tahun dulu aku umur 16 tahun. Form 4 gitu. Waktu tu baru nak masuk alam baru la katakan. Alam nak capai cita-cita jadi doktor sebab dah mula belajar biologi. Eksaited kemain. Rajin je study biologi. Semua benda nak kaji. Semua nak relate dengan sains.Sekarang ni korang bagi je buku biologi konfem tido tertungging siap berdengkur.Complete set!


Siapa sangka aku di jalan yang tersasar dari perjalanan. Dari aliran sains, masuk ke asasi sains hayat tapi belajar engineering. This is what we called life. Ramai jugak tanya, boleh ke masuk engineering dari sains hayat? Jawapannya aku dah dapat dan masuk pun, boleh la maksudnya. Boleh ke catch up pelajaran tanpa ada basic? Jawapannya mestilah boleh. Believe in yourself. Be confidence in whatever you did! Bagi aku senang je. Kita dah ada kat jalan ni. Nak taknak semua tetap kena lalui walaupun pahit. So do we have any choice melainkan habiskan study dan berjaya? Aku tak suka engineering tapi aku struggle nak result hebat. Sebab? Aku taknak kena repeat atau extend sem. Dah tak suka cecepat la habiskan. Tak gitu caranya..Kalau ada short sem pun aku rembat bagi singkat. Waktu aku habis degree, orang lain dah kerja pun. Antara geng gegirls, aku je 4 tahun. Sadis tak? Diorang boleh pergi makan kat Seoul Garden, Starbucks, OldTown, aku makan kat warung tepi jalan je. Poket nipis.

5 Tahun akan datang...


5 tahun akan datang, aku dah berumur 26 tahun. Dalam wishlist mestilah nak yang happy2, hebat2 kan. Top list untuk perempuan konfem kawen kan. Memang tu je motif kalau ada perbincangan meja bulat budak pompuan ni. Untuk aku kalau boleh la kan waktu tu aku nak ada bisnes sendiri, kerja yang hebat, rumah sebijik, kereta seketul, master dalam genggaman. Ini cuma perancangan la kan. Kawen?? Perlu ke untuk mention. Just wait and see...Walaupun memang hormon gatal nak kawen cepat tu ada tapi malu nak cakap. *tutup muka dengan selimut. iteeeww maluuu*


Kalau 5 tahun dulu, hingus meleleh pun tak kisah, sekarang tudung herot pun malu nak keluar. Kalau dulu cakap kuat-kuat sekarang cakap pun sopan-sopan je. Perubahan zaman la katakan. Zaman hingusan ke zaman yang bertauliah la sikit. Kalau dulu urus diri tak pandai, sekarang dah mula belajar urus hidup orang lain pulak, suami dan bakal anak.


Im happy for your life friend! Semoga berbahagia hingga ke syurga dan lahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Dulu-dulu perangai gila-gila orangnya. Sekarang ni sopan, ayu, lembut je. Jodoh dah sampai. Alhamdulillah...

Seronok dengar kawan-kawan dah kawen. Aku? Taknak pikir. Belum masanya. Hahaha




Aku yang menaip...


Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt