Tuesday, July 15, 2014

Berbuka Macam Orang Kaya

Assalamualaikum...


First of all (ewahhh!!),salam ramadan buat semua readers. Sorry kepada yang follow/blogwalking/drop sini tapi tak dapat nak balas balik secepat yang mungkin. Bukan sombong apatah lagi nak kerek tapi internet broadband dah habis limit. Data pun ciput-ciput je jalan. Nak buka facebook, sejam loading tau. Bulan puasa perlukan kesabaran,so here it is. Bersabar je walaupun terasa nak baling lappy ni. Tapi bila diingatkan bukan salah lappy buat apa nak dera dia kan. But dont worry guyzz, I'll follow back soon. Just drop message kat chatbox ye. Jangan marah-marah tau. Kurang pahala puasa.


Kekecik dulu, mind set aku kalau orang yang pergi berbuka puasa/makan kat hotel adalah golongan kaya-raya. Teringin sangat nak merasa makan-makan kat hotel. Bila ingat balik nak gelak pun ada. Padahal kenyataannya sesiapa pun boleh pergi asalkan ada duit.Bajet dalam fikiran, dato2/tansri2/kerabat2. Well biasalah kecik dulu otak kan straight forward atau erti lain tak kenal atau tak exposed dengan dunia luar yang penuh pancaroba dan liku-liku, onak duri dalam kehidupan. Ayat taknak kalah nokss.


Korang yang makan kat hotel yang sediakan makanan jenis buffet, agak-agak berapa round ye korang tawaf???


As usual, abah aku ni unpredictable. Kadang-kadang dia buat benda-benda yang sebelum ni dia taknak buat tapi tetiba buat. Contohnya, waktu iphone tengah in/famos amos, dia tak nak guna iphone. Dia guna phone cap ayam yang takde warna. Waktu tengah fofular dengan tv LCD, dia beli tv gedabak besar. Tapi bila dah beli tv LCD, selalu pulak dia melawat seng heng! Kononnya nak beli yang LED yang muat satu dinding rumah. Relate dengan this story pernah sekali aku cakap beberapa tahun yang lepas....


Me: Abah jom kita gi berbuka kat hotel. Macam best je. Kadang-kadang nak rasa environment baru. Lunch dengan dinner dah pernah. Berbuka la pulak.


Abah: Buat apa. Makanan bukan sedap pun. Harapkan mahal. Baik makan kat kedai mamak.




Tiba-tiba, weekend hari tu sambil kitaorang keluar beli baju raya,abah drive terus masuk one hotel ni. Semua tercengang!! Then abah masuk hotel, buat reservation apa semua,after 10 minutes, jalan terkedek-kedek sambil bawak kertas. Kemain abah surprisekan semua orang. Dapat je kertas tu apa lagi. Aku dengan adik pun mulalah cup nak makan apa kejap lagi. Buffet la katakan. Nak makan semua memang tak lah. So pecah sikit-sikit. At least habis berbuka kitaorang boleh cerita makanan ni sedap ke, yang tu sedap ke? Lepas tu memasing rasa rugi sebab tak ambik makanan yang sedap sebab full sesangat. Mula la tengok gambar makanan yang dah snap. Pastu dalam hati "kan best kalau boleh masuk dua kali dengan satu bayaran. konfem semua aku boleh makan". Kahkahkah




Tengok tu. Nafsu makan tengah membuak-buak. Dah nak dekat azan kan. Tunggu azan je terus telan. Hahaha. Ni cuma separuh. Separuh lagi sibuk makan takde nak snap-snap gambar. Makan cepat-cepat takut makanan lain habis, orang lain kebas. hakhakhak



Kalau korang tengah baca entry ni waktu siang, sorry la ye. Den tak boleh tolong. Asalkan iman kuat dan elakkan dari pergi dapur banyak kali. Lagi satu, elakkan tengok peti ais berulang kali. Takut tak sedar, tetiba minum air segelas.


Aku punya pilihan. Umi dengan abah pilih nasi. Aku pulak elakkan nasi sebab kalau makan nasi nanti kenyang sangat-sangat. Tak boleh nak makan yang lain. Rugi duit abah den nanti. Walaupun yang ni pun semput nak habiskan. Mukadimah dengan spaghetti carbonara. Habis je makan terus berlari anak ambik steak,lasagne,tomyam,chicken wings, icecream,roti jala, bebola yang cucuk-cucuk, dan semua la dengan harapan taknak rugikan duit. Tapi sebagai manusia biasa tetap rugi sebab walau tak banyak tapi sisa tetap tinggal je atas meja. Tak larat nak habiskan. Keluar je hotel, semua merangkak pergi kat kereta. Dah tak boleh jalan ayu-ayu.




Ok. Gambar ni takde kaitan. Just nak kongsi. Sesiapa yang rasa nak kulit tu flawless raya ni try la produk dian pixy. Vitamin dianz superb sangat-sangat. 2 minggu dah boleh tengok perubahan kulit korang. Konfem bertambah putih. Memandangkan lebih kurang 2 minggu lagi nak raya, why not korang pergi beli cecepat. Sempat lagi nak putih time-time raya nanti. Ahaks!!!



Thats All...

Selamat berbuka...

Jangan lupa follow twitter dan instagram saya....


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

10 comments :

Rubiatul Adawiyah said...

amboiiii.. macam sedap jee.. ^_^

fatin aziz said...

boleh tahan sedap la jugak..hehehe..

anamizu said...

adehhh kite TERsinggah sini time siang tgh pns..
terus lapar meleleh air lior nengok T______T



salam ramadhan :)

Nurfatin Liyana said...

Sedapnya juadah berbuka tu !
Terliur pulak tengok. Hehe :D

IFA Athirah said...

hamboi.. lalat pun mleleh2 air liur tgk ni. bahah

twinscraftlife said...

안녕하세요! This is twinscraftlife. We are handcrafters! pls visit our blogshop~ We sell handmade bags, pouch, phonecase, bookmarks, notes and many more! 감사합니다~ 꼭오세요~ twinscraftlife.blogspot.com

Ainniah Zulkefli said...

dapnya..lama tak makan western..
sori..tumpang lalu je ni..hehee :)

-Ainniah Zulkefli-
menowizme.blogspot.com

ros_reeza said...

wah..sedap..sedap!

Adinda Kekanda said...

Done Follow :)
Jum singgah

https://adindasygkekanda91.blogspot.com

mawar berduri said...

Grab lagi satu sampel pixy kat sini..http://mawarberduri4147.blogspot.com/2014/10/percuma-pixy-gentle-moist-cleansing.html

 
copyright to: FatinAziz's Belog' full design: jiakreatifelt